Tuesday, November 15, 2011

Kehidupan kini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Suatu nikmat yang tiada tolok tandingnya.

So, first and foremost, sorry sebab lama gilak tak update blog. *Okey, bajet gilak ramai follower! Bajet hotsetap lettew.

Bukan bermakna nak campak dan buang jauh-jauh blog ni, namun kekangan masa tu yang menjadi batu penghalang selama ini. *Ecece

Tapi, seriously, sekarang memang busy sangat-sangat jadi masa untuk berblogging tu pun dah kurang. Kalau ada pun, setakat blogwalking dua tiga blog. Nak harapkan menulis, memang jauh panggang dari api lah! Dasar pemalas. 

Lagipun, bila tatap skin ni lama-lama, idea untuk menulis tu tak kunjung tiba, apatah lagi nak sambung cerita 'Sahabat selamanya'.. For those who keep asking about it, I'm so sorry because I'm not so into the mood to continue writting the story.. Ggaahhh!! Maybe I shall give you the one that I've written in the book (since the original story of it was written by hand).. *Okay, ni memang angkat bakul sekali lagi

Okey, udah-udah lah tu pasal cerita 'Sahabat selamanya' yang mengarut hasil karangan aku tu haa.. Bukannya menarik pun. Mungkin aku kena ubah balik la. Kena letak perencah segala bagai. Letak la asam jawa, asam keping, gula dan garam..asalkan bukan ajinomoto! Tak baik untuk kesihatan. Hehehe~

So, sekarang aku nak cerita pasal rutin harian aku sebagai budak yang belajar medik. Orang kata belajar medik ni bukan senang. Ya, memang aku akui, bukan senang *bagi aku lah, orang lain mungkin kacang je kot!

Tapi tak bermakna benda tu akan jadi susah buat selama-lamanya kan? Kalau susah, takkan lah ada orang yang boleh berjaya? Betul tak? Kalau macam tu, takkan lahirlah tokoh-tokoh perubatan seperti Ibnu Sina, Az- Zahrawi dan lain-lain. Selaras dengan firman Allah SWT dalam Al Quran,
" Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada TuhanMu hendaknya kamu berharap."
 " So verily, with the hardship, there is relief. Verily, with the hardship, there is relief. So when you have finished (from your occupation), then stand up for Allah's worship. And to your Lord turn (all your intentions and hopes and) your invocations." (94 : 5-8) 

Jadi, susah macam mana sekali pun, aku kena digest jugak benda tu. Tu lah cabarannya kan? Apa, ingat nak jadi doktor ni macam nak jadi doktor masa zaman main kecik-kecik ke? Habislaa nanti pesakit aku. Ada yang tercabut tangan, kaki nanti.. Memang habis aku kena saman. Buatnya dia saman berjuta-juta.. Pfffttt!! Mana nak kaut duit? Lain lah kalau aku anak Sultan! -________-

Dan bukan takat tu je, belajar medik ni memang memerlukan kos yang tinggi. Haritu aku pergi beli buku, baru 3 buku dah habis RM 390!! Habis duit elaun MARA yang aku simpan selama ni.. Huhuhu~

Eh, lupa pulak. Untuk first year ni, ada tiga subjek je. Anatomy, Physiology and Biochemistry. Kitorang belajar sekarang guna integrated module. Meaning to say that, kitorang belajar system by system. Untuk sekarang, tengah belajar Musculoskeletal System. Habis aku kena belajar otot-otot, urat-urat segala tu. Siap nak kena hafal namanya. Tapi aku suka belajar benda tu sebab menarik!!:D

Antara apa yang aku belajar dan perlu dihafal
Apapun, lagi dua minggu aku ada Progress Test (Pro Test). 
Peratus ulangkaji setakat ni : 0 %

I'm doomed!! -________-


Okey, dah dah. Get back to your study Hani! 
Ingat, duit MARA tu duit rakyat. Jangan nak membazir dan buat benda lagha. Karang nak jawab apa kat akhirat?

p.s: Please pray for my success. Tak nak lah buat undang-undang jampi pastu jawab. Tu hentam kromo namanya. 

ps.s : The most successful and fulfilled doctors were NOT necessarily the best students. -Unknown

without wax,

haniyahaya :)




1 comment:

aqu hanya seorang penulis said...

To tell the truth, aqu rase xlyk mngaku aqu pelajar perubatan sbb aqu msih xnmpak usaha aqu sbgi pljr medik, utk post kaw ni agak mengegarkn aqu yg msih dlm zon selesa....macam mne nk jdi rajin? Aqu takut faill lah