Sunday, October 2, 2011

MET and JPJ Test

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita semua masih lagi bernafas di muka bumi ini.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda serta para sahabat.

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah kerana sudah lama menyepi. Hal ini adalah demikian kerana aku begitu sibuk dengan urusan yang lebih penting lagi. *okey, ni apahal cakap ayat bahasa buku gila..

Sebenarnya, banyak benda yang ingin dikongsikan bersama, tetapi gara-gara kesuntukan masa, (almaklum sahajalah, aku ni kan sibuk memanjang. Kalah PM!) blog ini terpaksa dibiarkan menyepi..

Okey, sudah. Balik semula ke tajuk di atas. Tanggal 14 September 2011 yang lepas, aku dan rakan-rakan aku yang lain telah menduduki Ujian Kemasukan dalam bidang Perubatan @ Medical Entrance Test (MET). Aku pasti, kalian pasti tertanya-tanya, macam mana soalan tu? Susah ke? Senang ke?

To make it short and simple, it was HARD! Really HARD -----> For ME!

Mungkin tak semua rasa benda tu susah. Barangkali kerana aku tak selalu belek buku, tak ringan tulang untuk menelaah, tu yang aku rasa susah macam kena jawab soalan tu. Tapi, yang paling mengharukan ialah, kami semua diberitahu pada malam sebelum menjawab MET tu  yang ujian itu perlu dijawab pada esok hari. Mak aii!! Memang boleh kata semua meroyan lah malam tu.. Mana taknya, ingatkan esok tu ada interview, tapi alih-alih MSU buat kejutan yang MET esok!

Oleh yang demikian, dengan hati penuh rasa tawakal dan reda kepada Allah, kami semua jawab je lah. Yang pasti malam tu aku memang langsung tak sentuh buku. Mana nak dapat buku zaman SPM malam-malam buta oii?? Ingat 7 Eleven ada jual ke?

Kami semua dikehendaki menjawab 4 paper; Biology, Physics, Chemistry dan Mathematics. Skopnya, silibus SPM dan foundation. Setiap paper ada 40 soalan. Masa yang diberikan ialah 1 jam. Antara satu subjek ke satu subjek tu, ada rehat 15 minit.
soalan MET yang mampu membuat orang 'kegembiraan' ketika menjawabnya. 
Terima kasih kepada Izuani Zainuddin untuk foto ini :)

Dan yang pasti, masa jawab MET tu, aku dengan 'gembira'nya, menghitamkan sahaja jawapan yang terlintas dalam kepala. Memang jawab sambil dalam hati berdoa agar jawapan hasil bidikan yang tidak begitu profesional itu.

Nasihat aku untuk sesiapa yang bakal menduduki MET : bacalah buku zaman SPM dan foundation anda! Tapi PALING PENTING, bawak sekali sweater sebab suhu bilik yang sejuk mungkin boleh mebuatkan anda kurang fokus dan mahu TIDUR. Sekian.


Keesokan harinya, JPJ test. Woohoo! Dalam perut dah macam ada sang rama-rama. Memang tak keruan aku dibuatnya sebab aku dah lama tak bawak kereta manual ni. Kalau kat rumah sebat kerata auto. Hehehe.

Jadi, pagi tu lepas daftar, aku pun tunggu lah giliran aku. Nombor 73, tapi sesi 1. Jadi tak lah aku berjanggut nak tunggu sampai ke petang kan?

Alhamdulillah, bahagian 2 (yang dalam litar) aku dapat sempurnakan dengan jayanya. Syukur sangat-sangat sebab aku paling takut tak lulus bahagian 2. Tapi bila masuk bahagian 3, perghh!! Mati enjin dekat 3 kali. Makanya, pegawai JPJ tu terus kata,
" Dah lah dik, awak turun. Biar saya yang drive."
Itu bermakna aku telah gagal. Takpe lah. Aku ambil dari sudut positif. Syukur sebab dah tak perlu ulang bahagian 2. Mungkin ada hikmahNya. Allah SWT tahu, apa yang terbaik buat kita kan?

Setiap kali aku belajar memandu, cerita brother Aiman selalu menjadi sumber inspirasi dan pendorong untuk aku terus berusaha. (sila klik di sini untuk mengetahui cerita itu dengan lebih lanjut)


Bila aku dapat tahu yang aku gagal untuk ujian memandu tu, aku rasa, semua tu ada hikmah yang mungkin aku tak sedar.

Apa-apa pun, aku kena terus berusaha sampai aku lulus. Dan 6hb Oktober ini, aku bakal menduduki semula ujian memandu bahagian 3. Aku harap aku lulus. Insya Allah, amin. Doakan ye? :)

without wax,
haniyahaya :)



4 comments:

Inspector Saahab said...

msu rupanaya. no wonder kenal udin :)

Anonymous said...

Salam sis..boleh bgtau psl MET?..tq :)

haniyahaya said...

Waalaikumussalam.
MET ni basically ada 4 subjects; Maths, Physics, chemistry and Biology. Topic dia cover silibus zaman SPM and foundation. Well, it was hard (for my opinion). Tapi insyaAllah boleh je jawab. Don't worry! :D

Ayuna Farzelida said...

Soalan foundation banyak tak sis?..agak worried sbb xamik foundation..akan duduki MET test hujung bln ni...:)