Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah. Goodbye foundation, Hello MBBS!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih diberikan kesempatan untuk hidup. 

Selawat dan salam buat Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat Baginda yang lain.

Buat pertama sekali, maaf andai sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bukan sengaja ingin meminggirkan blog yang amat kurindui ini. Cewah!!

Hal ini demikian kerana diri ini begitu sibuk dengan pelbagai urusan yang menjadi keutamaanku selain dunia blogging. 

Sebenarnya, banyak benda yang nak dikongsikan bersama ni. 

1. Alhamdulillah, aku dah lulus Ujian JPJ Bahagian III. Dapat 18/20. Tapi tak tahu lah lepas ni parents aku bagi aku drive ke tak. Hehehe :)

2. Alhamdulillah, dah lepas Final Exam Semester III. Tak mahu fikir pasal result. Scary je rasa.. -.-

3. Alhamdulillah, lepas 3.5 above untuk Final Exam Semester II yang dah berabad lamanya tu. Walaupun keputusan aku tak sehebat rakan yang lain, tapi syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki itu. Mesti ada sebab kenapa Allah nak bagi macam tu. Cuba kalau Allah bagi aku dapat 4.00 ke. Confirm aku riak, tak pun malas nak study. Konon hebat lah tu. Jadinya, dapat result macam tu pun bagi aku dah cukup baik. Allah tu Maha Mengetahui. 
Dan yang paling penting... 

4. Alhamdulillah, aku dah habis foundation! Tamatnya Final Exam Semester III bermakna aku sudah tamat foundation. Jutaan terima kasih buat para pensyarah CFS yang telah banyak berjasa kepada kami semua, student MARA EXPRESS. Jasa kalian tidak akan kami lupakan. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Insya Allah. 

Tamatnya foundation bermakna aku akan menyambung pengajian aku di peringkat degree dalam course MBBS ( Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di MSU, Shah Alam. Insya Allah, kami semua akan mendaftar pada hari Isnin minggu hadapan.

Sumber: Google.com

Bila bercakap tentang MBBS, aku rasa macam tak percaya. Biar betul aku nak buat MBBS ni? Serius? Hal ini juga bermakna, aku dah tak boleh main-main dah lepas ni. Kena belajar betul-betul. Tak boleh nak belajar last minute. Tak boleh nak tidur dalam kelas. Banyak betul benda yang tak bolehnya..


Sumber: Google.com



Apa-apa pun, harap-harap bolehlah bawak life as a medical student. Orang kata, life as a medical student is not that easy. Whatever it is, I just hope that everything will be fine. Just pray to Allah, right?
Sumber: haniyahaya.tumblr.com

Aku harap, aku dapat jadi doktor yang baik, bukan hanya dari segi luaran, malah dalaman. Kena seimbang dunia dan akhirat. Moga-moga aku dapat berbakti untuk keluarga, agama dan juga ummah. Insya Allah :)
Doakan ye?
Sumber : akucintaallah.tumblr.com


Sekian, Wassalam. 

without wax,
haniyahaya :)


4 comments:

shikin said...

congrats Yasmin! wow you start your degree at the age of 18. that makes us even. haha

haniyahaya said...

Thanks a lot Kak Ekin! Yeah, at the age of 18. Kinda early and that really makes me feel so scared..

It's okay. Nanti grad sama2. Weheee!! :D

AynaFaheemah said...

woo. Ada layout baru seyh. Cantik ! Hani, thanks for the reminder. Apa yang Allah bagi tu yang terbaik kan ? <3

aqu hanya seorang penulis said...

Yo,lame tak capup kat blog kaw. Its so nice kaw post topic ni sngat serupa ngn idea aqu tapi aqu msih gagal utk mnulis, idea ade tpi prlaksanaan zero. Back to topik ,thniah atas kjayaan kaw, hmpir smua point tu aqu suke kcuali jpj, jeles sbb aqu xlepas agy hehe. ......smoga kaw kita smkin matang sbgai seorang plajar ijazah. .gambate