Sunday, October 30, 2011

Love our mothers :)


Salam 'alaik my dearest followers!
Alhamdulillah, thank you Allah for giving us another chance to live. 
So, basically, I just want to share something with you guys.
Let's scroll down!
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 
This is a picture of an orphan of Iraqi boy who had lost his mother.
So he drew himself a mother on the ground and slept next to her.
See? I don't know how you might feel when you see this picture. But as for me, I am really touched. I just can't stop my tears from falling down. Yeah, you might think that I'm such a cry baby or whatsoever. But, whatever it is, I really love my mom :)

Without my mom, I think I'm not be able to see this world. Without my mom, I will not be able who I am today. Seriously..

And when I see this picture, I feel that I am so lucky to have my mom besides me. Even though my mom always get angry with me for not doing things that she has been told me to do so, but still..I do love her.

As for me, you don't have to wait for Mother's Day to say how much you love your mother right? You can always do it anytime. And maybe, different people have their own perspectives or ways to show their love towards their mothers. So, it depends.. I'm not going to force you to do this and that..

But, whatever it is.. Be grateful to Allah because we still have our mother besides us. And not too forget, make du'a for her, and also our father. (next time I'll write about father, Insha Allah)

So, that's all I guess. Oh, before I forget, I would like to suggest you guys to listen to this song. It is my all-time favourite nasheed song. Enjoy!


And here's the lyrics.

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerana Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahagia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerana Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

Tajuk Nasyid : Selamat Tinggal Ibuku
Artis : Soutus Sofwa
Album : Dengarlah Sayang


Chiao! May peace be upon you!
Have a nice weekend peeps!
Take care :)

without wax,
haniyahaya :)

p/s: Love your parents. We are so busy growing up, we often forget that they are also growing old.


Saturday, October 29, 2011

Sahabat selamanya #18

Bab 18

" Ku, tolong aku kejap," pinta Azah kepada Ku.

" Apa dia?" soal Ku sambil meletakkan kembali fail miliknya ke rak. 

" Ni ha.. Tolong bawak barang-barang ni pergi dewan. Dorang semua dah tunggu kat sana."

" Semua?" 

" Yup, semua. Jom!"

Sampai sahaja mereka di dewan, kelihatan Fendi, Hazman, Iman dan Raja sedang berbincang mengenai hiasan dewan sempena majlis sambutan Hari Guru esok. Kesemua ahli MPP kelihatan cukup sibuk dengan urusan masing-masing. 

" Nah, ni barang-barang yang kau mintak. Semua ada dalam ni," ujar Azah.

" Yang lain mana?" soal Raja.

" Yang perempuan semua tengah susun goodie bag. Ada tu tengah balut hadiah," pantas Ku menjawab.
" Fathi dengan Izzah mana?"

" Dorang pergi handle student yang nak buat persembahan," jawab Iman.

" Reza?" tanya Azah.

" Handle pengawas. Nak mintak tolong dorang sikit untuk esok," jawab Fendi.

" Ooo.. So, macam mana dengan hiasan ni?" tanya Ku.

" Tu kau kena tanya si Hazman ni. Ni semua idea giga dia. Dia yang kreatif semedang. Aku menurut perintah je," gelak Iman.

" So far okeylah. Entahlah. Aku harap ok la by tomorrow. Petang ni kena siap. Malam tinggal touch up mana patut je," jelas Hazman.

" Okey. Good luck! Eh, Adi mana? Dari tadi aku tak nampak dia," soal Ku lagi.

" Ada kat atas tu haa.. Sibuk dengan laptop dia," jawab Fendi sambil menjuihkan mulut ke bilik kecil atas pentas yang memang khas untuk uruskan sound system segala bagai. 

Ku terus bergegas mendapatkan Adi.

" Ha, tunggu apa lagi. Jomlah start!" ajak Raja.

Azah, Fendi, Hazman, Iman dan Raja mula bekerja menyiapkan hiasan dewan. Masing-masing tak menang tangan. Red carpet di sepanjang laluan masuk telah mula dihampar. Jambangan bunga di pentas sudah disusun. Backdrop pentas dah hampir separuh siap.

" Aa.. Ke kiri sikit.. Ha.. Okey dah tu.. Tak.. Sikit lagi.. Ha.. Ha.. Okey, cun!" arah Azah.

" Penat aku tahu tak?" kata Fendi yang sedang membetulkan susunan huruf di backdrop. " Kau je lah buat. Aku tak larat."

" Kalau aku sampai, takdelah aku suruh kau. Lagipun kau kan laki," gelak Azah. 

" Hahaha. Nasib baik kau sedar kan."

" Amboi, sempat lagi nak mengenakan aku!"

Azah kembali menyusun jambangan bunga untuk diletakkan di pintu masuk utama dewan. Raja dan Fendi kembali menyusun huruf untuk dibuat backdrop pentas.

" Man, aku nak balik dulu. Kejap lagi lepas Asar aku datang balik. Okey?" pinta Iman.

" Ha..Okey. Lagipun ni dah nak dekat Asar dah. Aku pun nak gerak pergi surau. Petang ni lah sambung," seloroh Hazman sambil meletakkan kain untuk hiasan dewan ke dalam kotak.

***

" Alhamdulillah, semua dah siap," ujar Hazman.

" Betul tu. Ni dah separuh nyawa dah ni buat. Tak larat dah aku. Balik ni nak terus tidur," sokong Fendi.

" Relaks lah dulu bro. Baru pukul berapa kau nak tidur," sengih Reza.

" Weh, Reza. Aku dari petang kerja. Kau baru malam ni..memang la. Dah la malam ni burn prep," balas Fendi.

" Yelah, yelah."

Yang lain semua tersenyum melihat kerenah Fendi. Macam-macam. Tapi, betul kata Fendi. Dah tak larat. Penat betul buat hiasan dewan. Ni baru dewan yang baru berapa meter persegi. Belum lagi satu hektar. Mau ada yang pengsan tiga hari tiga malam. 

" Iman," sapa Izzah.

Lamunan Iman terhenti. Bila masa pulak akak sorang ni datang. Tadi tak nampak pun. Ajaib. Macam ninja lah pulak, bisik Iman.

" Ha.. kenapa kak Izzah oii?" soal Iman. Tangannya masih melipat saki-baki kain yang tak habis guna untuk hiasan.

" Nak mintak tolong kau la," ujar Izzah.

" Amende? Jangan pelik-pelik sudah. Sekeh kau karang."

" Serius ni Iman."

" Apanya?"

" Jadi penyambut tetamu esok. Kau pakai lah apa-apa yang sopan dan nampak ayu. Gasaklah. Kebarung ke, kebaya ke.. Aku tak boleh. Yang lain semua dah ada benda nak handle. Tinggal kau sorang je ni. Boleh lah. Please!!"

Apa!! Kes parah ni. Penyambut tetamu. Alahai, takde benda lain ke nak bagi kat aku ni? Bagi lah aku charge benda lain. Dah lah nak kena pakai benda nampak ayu macam tu. Malas lah. Nak pakai baju apa? Chait!!

" Kau biar betul?" tanya Iman seolah-olah tidak percaya. 

" Ada ke muka aku ni nampak macam main-main. Serius laa.."

Fendi dengan Reza dah puas gelakkan Iman.

" Korang gelakkan aku? Cis!" kata Iman sambil merenung mereka berdua.

" Aduyai Iman. Sungguh la.. Kau jadi penyambut tetamu. Pergh!! Ada yang kena hempuk tu karang. Kau tu dah lah ganas semacam. Tak de ciri ayu langsung," seloroh Fendi.

" Amboi, sedap betul mengata aku," bidas Iman. " Ni Iman okey."

" Mana ada. Cakap terang-terang ni," kata Reza pula. Hazman di sebelah turut tersengih.

" So, Iman.. Aku assume settle lah benda ni," kata Izzah noktah di situ.

" Ala.. Jangan risau lah Iman. Bukan kau sorang yang jadi penyambut tetamu," kata Hazman. 

Iman mengerutkan dahinya. " Means.."

" Aku pun jadi jugak!" kata Reza sambil mengukir senyum keji.

" Mati aku esok kena buli," tutur Iman sambil membuat muka.

" Nasiblah Iman oii.."

***

" Cepatlah, kau nak pakai yang mana ni?" soal Gee.

" Mana-mana je lah. Aku dah tak larat dah ni. Kau agak-agaklah yang mana sesuai," jawab Iman yang dah tersadai atas katil. Matanya dipejam. Sungguh dia tak larat. 

" Woi cik kak! Esok kau nak jadi penyambut tetamu. Biarlah pakai yang sopan sikit. Nak baju kebaya yang warna coklat ni ke krim?" tanya Gee sambil memegang baju kebaya miliknya.

" Apaper je lah Gee. Serius aku dah tak larat ni.."

" Iman.. Iman.. Alah, Gee. Kau bagi je dia pakai baju sekolah esok. Tu pun nanti dia akan cakap lawa jugak," perli Alex.

" Hish Iman ni. Dia yang nak jadi penyambut tetamu, kita pulak yang sibuk mikir pasal dia," kata Gee sambil menggeleng kepala.

" Iman, aku bagi kau pinjam baju colour coklat ni lah. Sekali dengan tudung. Amacam?" tanya Gee yang kini berdiri di hadapan katil Iman. " Iman..oo Iman."

" Tidur dah ke?" soal Alex.

" Hampeh punya Iman! Dah tidur rupanya. Memang aku bercakap dengan dinding lah selama ni," rungut Gee.

" Penat sangat tu Gee. Dari petang sampai malam asyik dok kat dewan je. Ni malam baru kitorang nampak muka dia. Takpe lah, kau biar je situ baju dengan tudung. Esok aku bagitau dia," kata Farah yang dah bersiap sedia nak tidur.

" Hurm..okey. Thanks Farah! Hey mak cik sorang ni.. Sabar je lah aku," senyum Gee lalu berjalan keluar dari bilik T10. " Nite. Assalamualaikum semua!" 



" Bro, aku nak mintak tolong kau ni," kata Reza kepada Zul. Reza dah duduk di atas katil sambil memegang handphone di tangan.

" Amende?" soal Zul. Matanya sudah berganjak dari buku latihan Add Maths.

" Tolong replace tempat aku esok," kata Reza.

Zul merenung Reza. " Replace tempat kau?"

" Esok aku kena jadi penyambut tetamu. Tapi tadi tiba-tiba dapat SMS, change plan. Aku kena in charge bahagian lain. So, tolong eh. Aku dah bagitahu Fathi. Dia pun dah bagi green light. Kau boleh tak ni?"

" Okey..okey. Make sure ada upah bro."

" Aku belanja kat kafe lah malam esok."

" Orait. No hal. So, jadi penyambut tetamu je kan?"

" Ha'ah. Haa.. Kau pakai lah baju Melayu coklat aku tu ha.. Siap dengan samping tu sekali. Pagi esok amik je la dalam loker aku."

" Okey."

" By the way, esok kau akan partner dengan Iman."

Err..What? Iman? Serius? Pulak dah.. Ingatkan sorang-sorang.

***

Semua pelajar sudah berada di dalam dewan sambil menanti kedatangan para guru. Suasana riuh-rendah. Kebanyakkan pelajar bersembang sana-sini. Ada yang rajin tu, buat homework dan study. Ada tu sibuk dengar lagu melalui MP3 yang berjaya diseludup keluar dari asrama. Macam-macam.

" Reza tak sampai lagi ke Iman?" soal Azah kepada Iman yang dari tadi berdiri di hadapan pintu masuk utama Dewan Pujangga.

" Nehi.. Ni ada yang nak kena baling dengan kasut jugak. Semalam beria nak datang awal lah..apa lah. Ni alih-alih tengok, dia yang datang lambat. Dah pukul berapa dah ni.. Karang pengetua datang, tak ke naya," bebel Iman.

Tiba-tiba ada suara berdehem di belakang mereka berdua.

" Apahal kau pakai baju macam ni?" tanya Azah, terkejut.

" Reza suruh aku replace tempat dia. Dia kata dia kena in charge benda lain," jawab Zul yang segak berbaju Melayu cekak musang berwarna coklat, siap bersamping songket emas dan songkok.

" Oh.. Ha, baguslah kau dah datang. Kau dengan Iman jadilah penyambut tetamu kat sini. Aku kejap lagi nak kena handle bahagian hadiah," kata Azah lalu berlalu pergi.

" You look very nice today," puji Zul.

" Aaa.. I'll take that as a compliment," senyum Iman.

" Tak pernah-pernah kau pakai macam ni. Sumpah lawak!"

" Ai Zul. Kau pun pandang rendah kat aku sama macam Reza dengan Fendi? Hahaha! Takpe, takpe. Nanti tiap-tiap hari aku melaram pakai macam ni pergi kelas."

" Wah! Memang sepadan betul korang jadi penyambut tetamu!" sapa Fendi yang tiba-tiba sahaja muncul, out of nowhere.

" Banyak lah kau! Aku ni dah nak separuh nyawa pakai baju kebaya ni. Ni semua Izzah lah punya pasal. Bagi idea tak bernas langsung," rungut Iman.

" Mana kau rembat baju ni?" tanya Fendi.

" Pinjam. Gee supplier."

Fendi dan Zul ketawa tatkala mendengar jawapan Iman.

" Ha, alang-alang tu, biar aku snap gambar korang. Cepatlah!" ujar Fendi yang sudah bersedia dengan kamera di tangan.


Malam tu..
Bilik T10

" Iman, Iman.. Jom taklim," kejut Farah.

Iman masih lagi tidak bergerak. Lepas prep malam tu, terus dia baring di atas katil. Supper langsung tidak dijamah walaupun menu malam ni ialah mihun sup.

" Iman," tutur Farah lembut. Farah memegang tangan Iman. Tak larat betul lepas majlis Hari Guru. Prep malam pun tadi macam tak bermaya. Demam ke?

Iman membuka matanya perlahan. " Farah, aku tak sihat la. Sorry tak dapat pergi taklim."

" It's okay. Kau dah makan ubat ke belum?"

Iman menggeleng kepala.

" Kau ada ubat tak?"

" Ada. Dalam loker. Cuba carik dalam kotak kasut tu."

Farah mencari ubat Iman. Alhamdulillah, mujur ada.

" Iman, makan ubat ni. Then, tidur. You need some rest."

Iman mengangguk perlahan. Badannya memang dah tak larat. Kepalanya pening. Terasa macam ada benda berat di kepala.

***

" Iman, aku rasa kau patut pergi klinik lah. Ni dah teruk sangat ni. Cubalah. Mana tahu kut-kut dapat MC sehari dua," pujuk Farah.

Iman melentokkan kepalanya ke meja. Selesema dan batuk silih berganti. Hampir separuh tisu dalam kotak tisu Premier tu dah habis. Iman tidak memberi respon apa-apa. Dah agak dah. Ni mesti kes tak nak pergi. Degil betul insan yang bernama Nurul Iman ni.

" Jom pergi sick bay. Kau ni pun dah rupa apa je aku tengok," kata Farah lalu menarik perlahan tangan Iman. Iman akur dengan kata-kata Farah.

Setelah meminta kebenaran daripada Puan Marina, mereka berdua berjalan ke arah sick bay.

" Iman, aku rasa better kau pergi hospital," kata Farah. " Muka kau dah pucat lesi dah ni."

Iman hanya diam membatu. Seketika kemudian, barulah dia memberi kata putus. " Okey."


Balik daripada hospital, badan terasa macam nak rehat. Serius, memang tak larat sangat.

" Iman," sapa Aira yang baru sahaja hendak menuju ke DM untuk menikmati makanan yang disediakan pada waktu rehat. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 10.20 pagi. Masih awal lagi.

Iman menoleh, menacari arah suara. " Oh, Aira."

" Kau baru balik dari hospital ke? Kau tak sihat ke Iman?" soal Aira yang kelihatan begitu risau dengan keadaan Iman yang pucat lesi ibarat ditoreh tak berdarah.

" Ha'ah. Dapat cuti seminggu."

" Dah call parents kau?"

" Belum. Handphone aku kat bilik."

" Use mine."

" Err..tapi.."

" Cut it off Iman. Just use mine. Kau pergi sick bay dulu. Nanti aku datang. Just get some rest."

" Thanks, Aira!"

" No big deal!"

Aira pergi meninggalkan Iman untuk ke koop. Saja nak belikan sedikit roti dan air 100 plus untuk Iman.

Tiba-tiba, kedengaran suara riuh-rendah. " Iman!!!"

Rupa-rupanya, semua classmate perempuan Iman buat rombongan ke DM, tup tup terserempak dengan Iman. Pada awalnya nak pergi melawat Iman di sick bay.

" Iman, macam mana kau?" tanya Adnin.

" MC seminggu," jawabnya perlahan.

" Apa?? Seminggu??" kata mereka semua serentak.

" Lamanya. Apasal?" tanya Azah.

" Suspek H1N1."

" Ooo.. Ni balik bila?" tanya Farah.

" Tak tahu lagi. Kejap lagi aku call parents aku."

" Okay lah Iman. Tak care," kata Diyanah. " Kitorang doakan korang cepat sembuh."

" Insya Allah. Amin. Thanks guys!"ujar Iman sambil menguntum senyum segaris.

" Iman, kalau macam tu..Aku amik kau punya bahagian eh?" kata Gee yang dah siap-siap nak cop makanan bahagian Iman.

" Amik je lah. Aku tak kesah. Halal," sengih Iman.

" Yeay!! Sayang kau Iman!!" ucap Gee lagi.

" Apalagi Gee. Share 50-50 lah." kata Azah.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku sahabat yang begitu memahami diriku, doa Iman. Iman terus berjalan menuju ke sick bay. Sampai je di sick bay, terus dia mendail mak dan abah. Sangkaannya tepat sekali. Mak dengan abah begitu risau dengan keadaan Iman dan terus bersetuju untuk mengambil Iman pulang petang ini.


" Serius ke?" tanya Pa'an dengan muka terkejut badak macam Malaysia nak kena serang bom.

" Taklah serius sangat. Just suspect H1N1 je. Not really H1N1," jawab Farah. Buku teks Biologi segera dicapainya di dalam laci.

" Then, dia amik exam tak next week?" soal Afiq. Buku-bukunya semua sudah diambil dari loker.

" Insya Allah. Hopefully semuanya okey lah. Kalau tak, jenuh nak repeat exam balik," tutur Gee pula.

" Oh, I see. Kirim salam kat dia nanti," kata Zul.

" Insya Allah.. Ha, Fathi. Malam ni buat solat Hajat untuk Iman ye," ujar Farah sebelum terlupa.

" Insya Allah, nanti malam ni lepas Maghrib kita buat. Macam biasa," senyum Fathi.

Mereka kemudiannya terus bergegas untuk ke makmal Biologi 2. Karang tak sepasal ada yang kena denda duduk luar makmal. Jangan carik pasal time kelas Biologi! Parah nanti jadinya.

***

" Assalamualaikum. Jadi untuk solat hajat kali ni, ana nak mintak kita semua doakan agar Setiausaha MPP kita, Nurul Iman Kamarulzaman cepat sembuh. Untuk pengetahuan semua, sahabat kita Nurul Iman kini berada di rumah kerana disuspek H1N1. Jadi, ana harap sahabat yang lain dapat turut serta solat Hajat malam ni," tutur Fathi sebelum menjadi imam untuk solat Hajat pada malam itu.

Rata-rata pelajar ternyata terkejut tatkala mendengar berita tersebut. Tangan ditadah dan sekalung doa dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Syahdu malam itu di Kolej Gemilang.


" Dah makan ubat ke belum?" tanya Abang di hujung talian.

" Dah. Jangan risau lah," jawab Iman. Haih la abang aku yang sorang ni. Macam-macam. Mengalahkan mak je membebelnya. Itu ini lah, apa lah.. Nasib aku ni adik yang baik. Dengarlah jugak bebelan dia. Kalau tak, lama dah matikan handphone tu, bisik Iman dalam hati.

" Abang ni tak busy ke? Siap boleh call orang malam-malam ni?" tanya Iman lalu menghirup air suam yang diletakkan di meja kecil sebelah katilnya.

" Tak. Ni tengah lunch break. Ingat pesan abang. Jaga diri elok-elok. Makan ubat. Rehat and jangan lupa minum air banyak-banyak. Don't push yourself to hard sister. Ingat Allah selalu. Kirim salam kat mak dengan abah. Jaga iman baik-baik and all the best for your upcoming exam. I believe that you can score very well," seloroh Ilman.

" Iye..iye. No need to worry about that," balas Iman lagi.

" Great! I trust you my dearest little sister. Take care."

" Okay. I will. You too. Muchas gracias big brother!"

" Assalamu'alaikum."

" Wa'alaikumussalam."

Talian dua benua itu kemudiannya dimatikan. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Ireland 8 jam. Iman merenung jam loceng di meja. Padanlah abang kata tengah lunch break. Ni baru pukul 1.37 pm kat Dublin. Badannya masih lagi lemah. Sungguh dia tak berdaya nak menelaah buku. Minggu depan dah nak final exam. Masya Allah. Preparation tu, adalah dekat 0.02 / 10. Memang haru betul Nurul Iman. Nanti suka betul study last minute. Macam mana ni? SPM dah nak dekat. Eeee...

Tiba-tiba telefon bimbit Iman berbunyi. Ada SMS masuk.

- Salam. Hi there Iman. So, macam mana? Feeling better? Get well soon okay, dear. Miss you so much! :'(

From : Diyanah

Iman segera membalas SMS tersebut.

+ Wa'alaikumussalam. Hi Diyanah! Alhamdulillah. So far okay. Tadi dah puas kena lecture dengan abang aku. So, kelas tadi macam mana? Okay tak?

- Kelas tadi okay je. Nothing much. Just revise topik lama-lama. Tapi classmate kita semua terkejut lah kau sakit. Hazman, Raja dengan Fendi syak kau kerja teruk sangat time majlis hari guru tu. Anyway, tadi dah buat solat Hajat. Fathi yang jadi Imam. Apa-apa pun, kitorang doakan kau cepat sembuh, okay? :)

+ Thank you so much!! Ala, miss you guys so much! Kat rumah bosan. Tak ada apa yang menarik.

- You're welcome. It's okay Iman. You better get some rest. Kalau tak nanti, tak dapat jawab exam. Haa.. lagi satu, all the MPPs kirim salam, so do 5 Aman's members :)

+ Thanks again Diyanah!! Okay, gtg. See you later. Salam.

Iman meletakkan telefon bimbitnya di sebelah bantal. Dirinya penat dan mengantuk. Mungkin kerana kesan ubat yang diambil.

***

Seminggu telah berlalu. Iman pun dah mula kembali ke Kolej Gemilang. Alhamdulillah, dirinya sudah sihat sepenuhnya. Mujur tak tertinggal banyak benda. Masih sempat lagi nak catch-up segala benda. Final exam pun dah nak dekat. Tinggal beberapa hari je lagi. Semua pelajar Kolej Gemilang rata-rata dah mula berkepit je dengan buku. Baik yang rajin, ataupun yang tak pernah dok ligat pegang buku..Kini semua dah jadi rajin. Yelah, sindrom bila exam nak dekat. Air kopi sudah semestinya menjadi teman setia untuk berjaga seperti burung hantu di kala malam. Dan tak lupa, makanan seperti mi segera diharamkan buat sementara waktu.

" Eh, Iman. Lama dah kat sini?" tanya Afiq yang baru sahaja memasuki kelas 5 Aman untuk mengambil buku.

Iman yang dari tadi khusyuk membaca buku rujukan Kimia mengangkat mukanya.

" Err.. tak lah lama jugak. Dengan Farah, Alex dengan Ben. Tapi dorang pergi kafe kejap. Beli makanan. Hujung minggu ni, baik study kat kelas. Kalau kat bilik..memang harapan je lah nak study. Sorang?" tanya Iman.

" Yup. Reza katanya nak pergi library sekali dengan Hazman dengan Zul."

Library bukak dah ke?"

" Dah."

Tatkala Afiq duduk di mejanya, hidung Iman mula mengecam bau yang amat dia sensitif. Mukanya berkerut.

" Afiq.."

Afiq terus berpaling ke belakang. " Apa?"

" Kau smoke ke?" tanya Iman, lembut.

Afiq kelihatan terkejut.

" Tak," jawabnya ringkas.

" Afiq, jangan nak tipu dengan aku," ujar Iman. " Just stop it,okay? Cukup-cukuplah tu."

" Aku kata tak, tak lah. Kau ni tak faham ke?"

Suara Afiq tiba-tiba meninggi. Entah kenapa Afiq melenting sebegitu.

" Kau tak payah nak tipu aku Afiq. Aku tahu kau smoke. Just stop it!"

" Yang kau sibuk-sibuk hal aku ni apahal?"

" It is my very damn business since you are my friend. If you don't love yourself, why not you love people around you? Kau bukannya tak tahu baik buruk merokok tu.. Yang kau nak jugak hisap tu apahal?"

Suara Iman turut makin meninggi. Daripada duduk, terus berdiri. Matanya merenung tepat ke arah Afiq. Begitu juga dengan Afiq. Masing-masing tengah menggelegak. Memang dah macam Perang Dunia Ketiga dah rupa.

" So what? Kau nak pergi report? Go ahead!!"

Pintu kelas 5 Aman kemudiannya dihempas Afiq. Tangan Iman menggenggam buku lima. Erat sekali. Alex, Ben dan Farah yang terserempak dengan Afiq yang sedang menggelegak api kemarahannya terus meluru ke arah kelas 5 Aman.

" Kenapa Iman?" tanya Alex. " Sampai bawah boleh dengar suara."

" Takde pape. Jangan risau," jawab Iman ringkas. " Nasi goreng aku mana?"

Sengaja Iman tidak mahu buka cerita. Karang elok-elok mood nak makan terus jadi tak lalu.

" Kau gaduh dengan Afiq ke?" tanya Farah.

Iman mengangguk perlahan. Bekas polisterin berisi nasi goreng terus dicapai dan dibuka. Doa makan dibaca dalam hati lalu menyuap nasi goreng. Alex, Ben dan Farah hanya memerhati dan cuba menceriakan suasana dengan topik lain. Angin Iman tak berapa nak baik. Jangan carik masalah. Nahas karang. Tak pasal-pasal nanti ada je yang dapat tengking free. Memang ada yang tiga hari tiga malam makan bersulamkan air mata lah gamaknya.

***

" Kau bergaduh dengan dia? Pasal apa?" tanya Zul.

Malam hujung minggu. Bolehlah bersantai di bilik. Kalau tak, jangan harap. Ada je benda yang nak kena buat. Tu pun homework setinggi Gunung Everest masih tidak lagi bersentuh.

" Dia sibuk sangat pasal aku smoke ke tak. Apahal pulak. Lantak aku lah. Bukan aku menyusahkan hidup dia pun," jawab Afiq. Marahnya masih belum reda lagi.

"Afiq..That's mean she really care about you," tutur Zul kemudian menghela nafas yang panjang. " I mean, jangan salah anggap pula. But..Well, as a friend, aku rasa dia dah tunaikan tanggungjawab dia nak tegur kau ke arah kebaikan."

Afiq terus memandang Zul. " Shut up, Zul."

" Seriously, bagi aku apa yang dia tegur tu betul. Tak salah. Kau tu je yang tak boleh terima hakikat sebab perempuan yang tegur kau," sambung Zul lagi.

" Kau bukan tak tahu baik buruk merokok tu. Kitorang yang satu roommate dengan kau ni pun jenuh dah nak tegur kau. Tak makan saman betul. But, whatever it is, just stop it."

" Bukan senang," kata Afiq sambil mengeluh perlahan.

" Ye, ye..aku tahu. Tapi kalau kau tak cuba, mana nak tahu. Kau try je dulu. Slow-slow nanti benda tu kau mesti boleh tinggal punya," senyum Zul.

If you don't love yourself, why not you love people around you?
Haih..Iman, Iman. Ingat senang ke nak stop benda tu? Kalau dah tegar tu, tegar jugak. But, sometimes ada juga perasaan nak berhenti bila dah tahu kesan negatif dia. Bukannya tak tahu. Just terikut-ikut dengan kawan. Ya Allah.. Macam mana ni?

***

Peperiksaan Semester 1 sudah pun berlalu. Para pelajar kebanyakkannya dah bersorak girang sebab esok dah boleh pulang ke kampung halaman masing-masing. Setelah hampir dua minggu bertarung, akhirnya tiba saat yang dinantikan.

" Kau pergi mana cuti ni?" tanya Alex yang sedang mengemas barangnya. Habis katil penuh dengan baju-baju dan handout kerja rumah yang dibekalkan oleh para guru. Tahun ni nak SPM, memang sah-sah banyak  homework yang perlu dibawa bersama ketika cuti sekolah.

" Tak tahu. Dok rumah je lah kut," jawab Ben yang sedang mengemas juga. " Kau?"

" Samalah, dok rumah je. Nak ke mana lagi? Tahun ni SPM. Gila lah kalau aku nak berjoli sakan," gelak Alex. " Farah? Iman?"

" Aku maybe balik kampung je lah paling-paling hebat pun," sengih Farah yang sedang membaca novel Cecelia Ahern, P/S I love you.

" Aku bertapa di rumah. Tak ke mana-mana," jawab Iman yang sedang membaca komik Detective Conan. Harap je umur dah 17 tahun, tapi masih lagi layan komik budak-budak.

" Korang ni dah siap kemas ke? Aku tengok relax je. Siap boleh baca buku bagai," tanya Alex.

" Dah." jawab Farah dan Iman serentak.

" Kau dah baik belum Iman dengan Afiq?" tanya Ben pula.

Pembacaan Iman terhenti seketika. Sejak gaduh hari tu, memang langsung tak bertegur sapa dengan Afiq. Time exam lagi lah. Langsung tak nampak batang hidung. Walaupun kedudukan meja Afiq sebenarnya hanya depan dia je, tapi langsung tak bercakap, apatah lagi nak mintak maaf ke apa.

Iman menggeleng kepala.

" Dah tu..Bila nak baiknya?" soal Ben lagi.

" Entah. Bila-bila lah," jawab Iman yang seakan-akan tak berminat nak dengar pasal Afiq. Kalau boleh tak nak dengar nama tu. Anti betul gamaknya.



" Kau balik pukul berapa esok?" tanya Hazman kepada Zul.

" Pukul 2 macam tu lah kut. Parents aku datang amik," jawab Zul. " Kau?"

" Awal sikitlah dari kau. Tapi tak tahu lah lagi. Aku ikut je parents aku nak amik pukul berapa," sengih Hazman. Bajunya sudah habis dikemas. Lokernya terus ditutup rapat.

" Kau Reza?" tanya Zul. " Amacam esok?"

" Ayah aku datang amik lah kut. Tapi tak sure pukul berapa. Apasal? Eh, bila korang nak datang rumah aku ni ha?" senyum Reza.

" Lepas SPM aku datang lah. Tu pun kalau takde hal apa-apa," jawab Zul.

Pintu bilik B11 kemudian terkuak. Afiq datang memberi salam dan kemudiannya melangkah masuk.

" Kau lepak mana tadi?" tanya Reza.

" Bilik Pa'an," jawab Afiq. " Asal?"

" Oh.. Ha! Pa'an ada kat bilik tak?"

" Ada. Kenapa?"

" Nak mintak baju yang haritu dia pinjam aku. Berkurun dah. Buat harta karun ke apa tu.. Hahaha."

Afiq duduk di katil. Barang-barangnya masih belum dikemas lagi. Tengok Hazman dengan Zul masing-masing dah siap kemas barang. Badannya penat. Malas sungguh nak mengemas. Kalau ikutkan hati, nak je pakai main campak barang-barang tu masuk beg. Tapi tu pun malas nak buat. Memang dasar pemalas sungguh.

" Alamak! Mati aku macam ni!" keluh Zul.

" Apasal pulak ni?" tanya Hazman. Earphone di telinga dilurutkan di bawah.

" Aku lupa nak pulangkan novel Dan Brown Iman ni ha," kata Zul. " Esok lah aku pulang. Ni dah malam, aku malas."

Hazman tersengih. Macam-macam hal.

" Kau dengan dia dah okey belum?" tiba-tiba sahaja Hazman mengajukan soalan maut itu kepada Afiq. Afiq mengerti, 'dia' yang ditujukan Hazman itu tak lain tak bukan, Iman.

Afiq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Belum lagi lah tu.

" Bila nak baiknya?"soal Hazman lagi.

" Tahun depan," jawab Afiq ringkas dan terus telinganya disumbat dengan earphone. Malas nak dengar apa-apa dah.

Hazman menggeleng kepala. Macam-macam. Bila nak baik pun tak tahulah. Sejak perang dingin antara Afiq dan Iman dilancarkan tempoh hari, memang masing-masing tak berani nak tanya bila nak baik. Angin Afiq ni bukan boleh buat main. Karang ada tak sepasal kena tahan dalam wad hospital.

***

Smoking isn't sexy. Trust me.

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #1

Assalamu'alaikum and good evening people.
Today is Wednesday, right?
So, it's time for Wordless Wednesday.
And I know, I might sounds kinda loser or pretty much lame since this is my first Wordless Wednesday entry. But who cares?
So, here it goes...


Source :  haniyahaya.tumblr.com

It is true, right? I don't know.. Maybe I'm the one who thinks so..
How about you?
And what is your Wordless Wednesday?


Have a nice day people!
May Allah bless you  ^___^

without wax,
haniyahaya :)


Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah. Goodbye foundation, Hello MBBS!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih diberikan kesempatan untuk hidup. 

Selawat dan salam buat Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat Baginda yang lain.

Buat pertama sekali, maaf andai sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bukan sengaja ingin meminggirkan blog yang amat kurindui ini. Cewah!!

Hal ini demikian kerana diri ini begitu sibuk dengan pelbagai urusan yang menjadi keutamaanku selain dunia blogging. 

Sebenarnya, banyak benda yang nak dikongsikan bersama ni. 

1. Alhamdulillah, aku dah lulus Ujian JPJ Bahagian III. Dapat 18/20. Tapi tak tahu lah lepas ni parents aku bagi aku drive ke tak. Hehehe :)

2. Alhamdulillah, dah lepas Final Exam Semester III. Tak mahu fikir pasal result. Scary je rasa.. -.-

3. Alhamdulillah, lepas 3.5 above untuk Final Exam Semester II yang dah berabad lamanya tu. Walaupun keputusan aku tak sehebat rakan yang lain, tapi syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki itu. Mesti ada sebab kenapa Allah nak bagi macam tu. Cuba kalau Allah bagi aku dapat 4.00 ke. Confirm aku riak, tak pun malas nak study. Konon hebat lah tu. Jadinya, dapat result macam tu pun bagi aku dah cukup baik. Allah tu Maha Mengetahui. 
Dan yang paling penting... 

4. Alhamdulillah, aku dah habis foundation! Tamatnya Final Exam Semester III bermakna aku sudah tamat foundation. Jutaan terima kasih buat para pensyarah CFS yang telah banyak berjasa kepada kami semua, student MARA EXPRESS. Jasa kalian tidak akan kami lupakan. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Insya Allah. 

Tamatnya foundation bermakna aku akan menyambung pengajian aku di peringkat degree dalam course MBBS ( Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di MSU, Shah Alam. Insya Allah, kami semua akan mendaftar pada hari Isnin minggu hadapan.

Sumber: Google.com

Bila bercakap tentang MBBS, aku rasa macam tak percaya. Biar betul aku nak buat MBBS ni? Serius? Hal ini juga bermakna, aku dah tak boleh main-main dah lepas ni. Kena belajar betul-betul. Tak boleh nak belajar last minute. Tak boleh nak tidur dalam kelas. Banyak betul benda yang tak bolehnya..


Sumber: Google.com



Apa-apa pun, harap-harap bolehlah bawak life as a medical student. Orang kata, life as a medical student is not that easy. Whatever it is, I just hope that everything will be fine. Just pray to Allah, right?
Sumber: haniyahaya.tumblr.com

Aku harap, aku dapat jadi doktor yang baik, bukan hanya dari segi luaran, malah dalaman. Kena seimbang dunia dan akhirat. Moga-moga aku dapat berbakti untuk keluarga, agama dan juga ummah. Insya Allah :)
Doakan ye?
Sumber : akucintaallah.tumblr.com


Sekian, Wassalam. 

without wax,
haniyahaya :)


Saturday, October 8, 2011

Broga Hill !!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Allah has given us another chance to live in this world.

Hehehe.. I'm back people. Anybody miss me? Miss my writtings so much? No?? Okay, fine. -.-  #bajetceleb

Okay, I know that I have not written anything for a quite long time.. It is a lot of time indeed. Well, let me make it clear for you guys. I was and still am busy with tons of assignments, classes, exams, quizzes and sleeps (do they count?). Although I do have free time in between those activities, I just didn't have the eagerness to write. Maybe it is just that I'm too lazy? Naa.. Maybe.. -.-  #sigh

(Stop using hash tags, will ya' Hani? This is blog, not twitter. Mind yourself..)

Okay, let's move on. ( I will write in Malay after this since I'm so not into the mood of writting in English. Sorry for mixing the languages. Ngeee~~)

Bukit Broga. Anda pernah dengar nama tu? Tahukah anda di mana terletaknya Bukit Broga? Mungkin ada sesetengah daripada kalian akan menyangka bahawa Bukit Broga terletak di Indonesia. (berdasarkan pengalaman). Anda salah! Bukit Broga terletak di Malaysia. Jika anda tidak percaya, sila bertanya kepada Pak Cik Google. Kalau tak pun, sila rajinkan diri anda untuk membuka atlas. :)

Apa kaitannya Bukit Broga dengan aku? Memang takde kaitan pun. Aku bukannya lahir kat situ. Malahan kampung aku juga bukn di situ. Namun, apa yang ingin aku katakan di sini ialah,
" Aku dah panjat Bukit Broga!!!!" 

Hahaha~ bajet gila kau! Padahal ramai je lagi yang dah naik bukit tu. Aku ni je yang baru terhegeh-hegeh dan terkedek-kedek nak naik. Kahkahkah!

Nak diceritakan bahawa, aku pergi Bukit Broga ni sebab menerima jemputan daripada sahabatku, Cik Siti Ruqaiyah Binti Mohd Ghazi. Masa tu tengah ber'tweet' dengan dia di Twitter. Memang pakai main aci redah je sebab dapat tahu pasal benda tu lewat petang Khamis. Dan mujur hari Jumaat tu takde kelas. Ada program di MSU. Jadi, untuk mengelakkan diri daripada menyertai program di MSU, aku pun bertekad nak ke University of Nottingham Malaysian Campus (UNMC) hari Jumaat tu supaya dapat menyertai Ruqaiyah ke Bukit Broga pada hari Sabtu. Sempat juga aku heret Aina Fahimah untuk menyertai sama. Memang kami pakai main aci redah je lah.

kredit : Google.com

Jadi, pukul 12.30 kami bertolak ke stesen KTM Shah Alam sampai ke stesen KTM Kajang. Seperti biasa, kalau masuk KTM, makanya aku dan Aina perlu bermain ragbi dalam tu. Tolak orang, himpit sana, himpit sini sudah menjadi adat. Cumanya main ragbi dalam KTM ni takde quarterback. Kalau ada, pasti dah boleh sertai RWC kan? Masuk koc wanita pun 2x5 juga. Tiada beza, malah semakin hebat dan ganas.

Kami sampai di stesen KTM Kajang pada jam 2.15 pm dan sudah terlepas bas untuk ke UNMC. Jadi, kami bersetuju untuk menunaikan solat Zohor dan mengisi perut yang kosong terlebih dahulu sebelum ke UNMC. Untuk makluman, kami bukan pelajar UNMC tapi pakai main belasah je naik bas tu. Mujur dia tak  periksa ID ke apa. Hehehe :)

Apapun, haritu memang penat dan aku tidur awal malam tu. Tapi sempat juga tawaf sekitar UNMC. Only one word to describe it, Beauty! ^________^

Pagi keesokkan harinya, kami semua (10 orang semuanya; 5 lelaki, 5 perempuan) pergi ke Bukit Broga selepas Subuh. Aku memang tak buat warming-up segala. Pakai main redah naik je. Dah lah tu, pakai jeans pulak. Memang bajet hebat gila lah kan.

Sumber: Google.com

Lama dah aku tak join aktiviti-aktiviti macam ni. Seronok sangat. Dan paling best dapat tengok pemandangan kat situ. Subhanallah, memang lawa ciptaan Allah tu.

Panorama semasa mendaki.
Sumber: Google.com

Abaikan. Ni bukan gambar aku atau rakan-rakan yang lain. Gambar orang lain yang aku jumpa dalm Google. Saja nak tunjuk puncak Bukit Broga. Hahaha~
Sumber: Google.com
Perkara tak boleh lupa, Aina Fahimah buat drama Hindi pulak masa nak turun dari bukit tu. Hehehe~ Takpe lah Aina. Ada juga kenangan kan?

Maaflah aku takde gambar yang aku boleh tunjuk kat kalian. Aku takde kamera segala bagai. Kamera handphone? Hahaha~ Tu campak kat laut je lah. Bukannya boleh pakai pun :)

Kepada sesiapa yang belum pernah pergi, pergilah! Seronok :D

Seronok tu seronok juga. Tapi mesti beringat. Malang tak berbau. Baca doa banyak-banyak!
p/s: pelajar MSU tu..
Sumber: Google.com
Akhir kata, terima kasih kepada Cik Ruqaiyah yang sudi mengajak aku dan memberi tempat tinggal sementara kepada aku dan Aina. Terima kasih juga kepada Buddy yang sudi tumpangkan kami untuk ke Broga dan hantar kami ke KTM Kajang. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang lain yang turut serta membantu secara langsung atau tak langsung. Nice meeting up with you guys! Harapnya dapat lagi join aktiviti dengan kalian semua! Wohoo!! :D


Sekian, Wassalam.

without wax,
haniyahaya :)

notakaki: untuk melihat gambar yang lagi menarik, sila klik di sini :)

Sunday, October 2, 2011

MET and JPJ Test

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita semua masih lagi bernafas di muka bumi ini.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda serta para sahabat.

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah kerana sudah lama menyepi. Hal ini adalah demikian kerana aku begitu sibuk dengan urusan yang lebih penting lagi. *okey, ni apahal cakap ayat bahasa buku gila..

Sebenarnya, banyak benda yang ingin dikongsikan bersama, tetapi gara-gara kesuntukan masa, (almaklum sahajalah, aku ni kan sibuk memanjang. Kalah PM!) blog ini terpaksa dibiarkan menyepi..

Okey, sudah. Balik semula ke tajuk di atas. Tanggal 14 September 2011 yang lepas, aku dan rakan-rakan aku yang lain telah menduduki Ujian Kemasukan dalam bidang Perubatan @ Medical Entrance Test (MET). Aku pasti, kalian pasti tertanya-tanya, macam mana soalan tu? Susah ke? Senang ke?

To make it short and simple, it was HARD! Really HARD -----> For ME!

Mungkin tak semua rasa benda tu susah. Barangkali kerana aku tak selalu belek buku, tak ringan tulang untuk menelaah, tu yang aku rasa susah macam kena jawab soalan tu. Tapi, yang paling mengharukan ialah, kami semua diberitahu pada malam sebelum menjawab MET tu  yang ujian itu perlu dijawab pada esok hari. Mak aii!! Memang boleh kata semua meroyan lah malam tu.. Mana taknya, ingatkan esok tu ada interview, tapi alih-alih MSU buat kejutan yang MET esok!

Oleh yang demikian, dengan hati penuh rasa tawakal dan reda kepada Allah, kami semua jawab je lah. Yang pasti malam tu aku memang langsung tak sentuh buku. Mana nak dapat buku zaman SPM malam-malam buta oii?? Ingat 7 Eleven ada jual ke?

Kami semua dikehendaki menjawab 4 paper; Biology, Physics, Chemistry dan Mathematics. Skopnya, silibus SPM dan foundation. Setiap paper ada 40 soalan. Masa yang diberikan ialah 1 jam. Antara satu subjek ke satu subjek tu, ada rehat 15 minit.
soalan MET yang mampu membuat orang 'kegembiraan' ketika menjawabnya. 
Terima kasih kepada Izuani Zainuddin untuk foto ini :)

Dan yang pasti, masa jawab MET tu, aku dengan 'gembira'nya, menghitamkan sahaja jawapan yang terlintas dalam kepala. Memang jawab sambil dalam hati berdoa agar jawapan hasil bidikan yang tidak begitu profesional itu.

Nasihat aku untuk sesiapa yang bakal menduduki MET : bacalah buku zaman SPM dan foundation anda! Tapi PALING PENTING, bawak sekali sweater sebab suhu bilik yang sejuk mungkin boleh mebuatkan anda kurang fokus dan mahu TIDUR. Sekian.


Keesokan harinya, JPJ test. Woohoo! Dalam perut dah macam ada sang rama-rama. Memang tak keruan aku dibuatnya sebab aku dah lama tak bawak kereta manual ni. Kalau kat rumah sebat kerata auto. Hehehe.

Jadi, pagi tu lepas daftar, aku pun tunggu lah giliran aku. Nombor 73, tapi sesi 1. Jadi tak lah aku berjanggut nak tunggu sampai ke petang kan?

Alhamdulillah, bahagian 2 (yang dalam litar) aku dapat sempurnakan dengan jayanya. Syukur sangat-sangat sebab aku paling takut tak lulus bahagian 2. Tapi bila masuk bahagian 3, perghh!! Mati enjin dekat 3 kali. Makanya, pegawai JPJ tu terus kata,
" Dah lah dik, awak turun. Biar saya yang drive."
Itu bermakna aku telah gagal. Takpe lah. Aku ambil dari sudut positif. Syukur sebab dah tak perlu ulang bahagian 2. Mungkin ada hikmahNya. Allah SWT tahu, apa yang terbaik buat kita kan?

Setiap kali aku belajar memandu, cerita brother Aiman selalu menjadi sumber inspirasi dan pendorong untuk aku terus berusaha. (sila klik di sini untuk mengetahui cerita itu dengan lebih lanjut)


Bila aku dapat tahu yang aku gagal untuk ujian memandu tu, aku rasa, semua tu ada hikmah yang mungkin aku tak sedar.

Apa-apa pun, aku kena terus berusaha sampai aku lulus. Dan 6hb Oktober ini, aku bakal menduduki semula ujian memandu bahagian 3. Aku harap aku lulus. Insya Allah, amin. Doakan ye? :)

without wax,
haniyahaya :)