Sunday, September 4, 2011

Tak semua bergembira tatkala Syawal

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki yang tidak ternilai.
Selawat dan salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda dan para sahabat.

Masih tak terlambat lagi kan untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. (Okey, aku tahu, ayat ni memang tipikal. Cliche) Diharap semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh rasa syukur dan bersederhana. Harap-harap begitulah hendaknya.. kan, kan? Jangan jadikan Syawal ini sebagai medan atau pentas untuk kita berlumba-lumba untuk memperagakan baju siapa paling lawa, duit raya siapa paling banyak, kuih raya siapa paling banyak dapat tempahan dan bermacam lagi norma masyarakat di Malaysia tatkala menyambut Aidilfitri.

Okey, cukup setakat itu sahaja. Sebenarnya, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku menyambut Aidilfitri. Mungkin sedikit berbeza dengan pengalaman menyambut Syawal sebelum ini.

Tatkala anak bulan Syawal sudah kelihatan, dan Ramadhan pula sudah melabuhkan tirainya, sudah pasti setiap anak Adam rasa gembira. Hari kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah bertungkus-lumus berjuang di institusi Ramadhan. Bukan itu sahaja, malah syaitan juga sudah bebas dan kembali untuk meneruskan misi bagi menyesatkan anak Adam.

Namun, bagi segelintir individu, Syawal 1432H ini mungkin disambut dengan air mata. Tak semua bernasib baik bukan?

Tanggal 2 Syawal 1432H bersamaan dengan 31 Ogos 2011, dua pupu aku telah pergi menemui Ilahi dan meninggalkan dunia fana' ini buat selama-lamanya.

Allahyarhamah telah meninggal dunia pada jam 12.34pm kerana kanser usus. Allahyarhamah telah menderitai penyakit tersebut selama 5 tahun, semenjak Form 1 lagi.

Allahyarhamah merupakan seorang baik, cantik dan pintar orangnya. Bak kata orang, serba-serbi. Semua boleh.

Apa yang membuatkan aku terharu ialah, Allahyarhamah merupakan top scorer trial SPM di sekolahnya (salah sebuah sekolah SBP yang terkemuka). Allahyarhamah tak datang ke kelas langsung selama setahun, sebabnya masa Form 4 tu, asyik terikat dengan rawatan. Genius ain't she?

Perkara yang paling membuat aku sekeluarga terharu ialah Allahyarhamah tak pernah miss buat Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Taubat. Kalau aku? Pergghhh!! Hampeh. Lama gila kut tak buat. Masya Allah!! Beza sangat-sangat.. =.="

Tapi, pengajaran yang paling besar aku rasa ialah ajal maut tu di tangan Tuhan. Kita bukan boleh tahu bila kita nak mati kan? Semua tu ketentuan Allah. Allah can make your next breath last. Who knows?


Masih ingat lagi dengan hadith yang kita belajar dalam subjek Pendidikan Islam di zaman SPM?

Kehidupan kita ibarat perantau. Di dunia ni, kita kena cari sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa dan dibuat saham di destinasi kita, yakni AKHIRAT.

Daripada Abdullah Bin Bumar RA berkata: Rasulullah SAW memegang bahuk seraya bersabda : Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata : Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan semasa kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuh, sama-sama kita beramal. Tempoh masa kita di dunia ini kian singkat. Oleh itu, kita seharusnya merebut peluang yang ada ini untuk mencari bekalan untuk dibawa bersama menuju ke destinasi kita kelak. Insya Allah, sama-sama kita berusaha ya?

“Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup akan selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok”

Sekian sahaja coretan untuk kali ini.

Wallahu'alam.

without wax,

haniyahaya :)


nota kaki: Saya mungkin tidak sehebat sahabat yang lain. Tapi , there's always room for improvement :)


2 comments:

Anonymous said...

hidup kita memang singkat dan kita perli berusaha melalui tarbiyah diri yang unggul dlm tiga aspek
: hati ,akal dan jasad.sebelum terlambat#aquhanyaseorangpenulis nice entry♥

haniyahaya said...

kepada aqu hanya seorang penulis,

terima kasih kerana sudi menjengah, membaca entri aku yang tak seberapa dan memberi sumbang saran. Terima kasih banyak2!!