Thursday, September 22, 2011

Sahabat selamanya #17

Bab 17

Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi. Dari kelas lagi dia hanya mampu manahan air matanya yang sudah bertakung daripada tumpah. Kalau tak, mahu banjir ibarat Empangan Temenggor yang pecah. Hatinya sungguh sedih. Ajakan teman-teman untuk makan tengahari bersama langsung tidak diendahkannya. Selepas bertemu dengan Puan Marina, Gee terus berlari ke blok Topaz. Tanpa disedari, air matanya sudah laju meluncur ke pipi.

Mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di kelas tadi, membuatkan hatinya bertambah sedih. Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini, doa Gee.

" Najihah, kenapa dengan awak ni? Awak tak pernah dapat result seteruk ni. Awak tak study ke?" soal Puan Marina, Guru Add Maths Tingkatan 5 Aman.

Gee hanya diam membatu, tegak dan langsung menunjukkan wajah tak beriak. Puan Marina terus menanti jawapan daripada Gee

" Err.. saya..saya study cikgu," jawab Gee dengan teragak-agak.

" Kalau awak study, macam mana result awak boleh jatuh sampai macam ni? Selama ni awak tak pernah pun dapat result macam ni. Awak ada problem ke?"

" Tak, cikgu."

" Dah tu? Tak fokus?"

Gee hanya mampu menundukkan kepala. Dah tak tahu nak goreng ayat apa lagi. Lidahnya seakan-akan kelu, macam dah kena gam gajah. Diam seribu bahasa.

" Takpe. Lepas ni awak kena work harder. Focus! Jangan nak menerawang kat tempat lain. Tak payah dok sibuk nak berangan, nak bercinta. Final exam nanti saya nak awak dapat A."

Muktamad. Kata-kata Puan Marina seakan-akan menyentap hati dan perasaannya. Fokus? Bercinta? Macam mana cikgu boleh tahu? Aiseymen.

Tulah, orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ha, ni padan dengan muka kau Gee! Kena setepek dengan Puan Marina. Ambik kau! Tapi memang betul, masa dia tengah angau  dengan Reza dulu, memang study pun ala kadar. Bajet hebat gila. Ni sekarang, Allah nak tunjuk.

" Kenapa Gee tak join makan sekali?" tanya Diyanah.

" Aku pun tak tahulah. Tadi nampak dia bad mood je," jawab Adnin. Air sirap sudah habis diteguk. Ais pula dah selamat disumbat dalam mulut. Pinggannya licin. Nasi putih dengan ayam masak merah. Memang sedap!

" Dah, jom!" ajak Iman yang sudah selesai membaca doa selepas makan. Alhamdulillah, rezeki hari ni.



" Kau tahu, aku dengar si Reza tu ada suka someone dalam batch kita. Betul ke?" tanya Mira sambil meratakan pencuci muka ke kulit wajahnya dengan krim pencuci muka Garnier. Kawah-kawah jerawat sudah mula berani menepek di mukanya. Cis!

" Eh, kau ni. Tu pun kau tak tahu ke? Reza tu baru je lepas clash dengan si Gee," jawab si mulut tempayan, Pija.

" Kau biar betul? Dia couple ke? Gee 5 Aman?" soal Mira kembali. Terkejut.

" Betul lah. Takde masa aku nak tipu kau," ujar Pija yang dari tadi asyik membelek wajahnya di cermin berdekatan sinki di dalam tandas. Memang tak bagi peluang orang lain langsung nak guna sinki. Mandat besar betul mengalahkan kerabat diraja.

" Kira aku masih ada peluang lah nak masuk line ni," acah Mira, sengih.

" Nak ke dia kat kau? Hahaha," gelak Pija.

" Belum cuba belum tahu."

" Betul jugak. Aku pun tak tahu macam mana si Reza tu boleh jatuh hati dengan Gee. Pelik. Reza tu punyalah drop-dead handsome ala-ala Ben Barnes, Gee tu pulak. Biasa-biasa je. Student biasa."

Pecah tawa mereka berdua di dalam bilik air blok Topaz tersebut. Pelajar lain yang berada di dalam bilik air tersebut hanya mampun mendengar, tak berani kata apa-apa. Siapa tak kenal Mira dan Pija, dua sahabat yang bermulut laser dan selalu melanggar peraturan kolej.

Namun, tanpa mereka sedari, ada seseorang yang dari tadi hanya merenung dan mendengar dari jauh sahaja gelagat mereka berdua itu.

" Aku rasa, memang patut pun si Gee tu.."

Kata-kata Mira berhenti di situ. Seolah-olah ada anak panah yang sudah menusuk jantungnya. Mukanya sudah kelihatan pucat seolah-olah baru sahaja terserempak dengan hantu.

" Memang patut apa?" soal Gee. Matanya merenung tajam ke arah Mira dan Pija.

Pija yang dari tadi galak ketawa kini terdiam.

" La, ni apasal pulak? Dah takde suara dah? Tadi aku rasa bukan main lagi korang cakap pasal itu ini. Ni dah takde suara pulak?" perli Gee.

Pija dan Mira hanya berdiri sahaja di situ, langsung tak mampu untuk menjawab.

" Apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih sebab korang bagi pahala kat aku. So, aku rasa aku patut bagi hadiah kat korang dua ni," ujar Gee sambil menarik senyum segaris.

Tangan Gee terus mencapai baldi merah yang penuh berisi air. Dan dalam sekelip mata, Mira dan Pija sudah disimbah air oleh Gee. Pelajar perempuan yang berada di dalam bilik air hanya memerhatikan sahaja drama spektra Melayu yang tak berbayar itu. Terkedu pelajar lain dengan kelakuan Gee. Sungguh tak sangka! Gee bukan jenis manusia yang panas baran.

" Best kan hadiah dari aku? Tu aku bagi secara ikhlas. By the way, kalau korang nak sangat si Reza tu aku tak heran. Aku bukannya ada apa-apa pun dengan dia. Tapi aku nak tahu juga, siapalah lelaki malang yang nak dengan korang yang mulut longkang ni kan?". Tegas betul suara Gee memberi kata dua.

Gee terus beredar dari situ dan kembali ke bilik. Iman yang dari tadi turut memerhati segera mendapatkan Gee.

" Gee, kau okey ke?" sapa Iman lembut.

Gee hanya menekupkan mukanya ke bantal. Iman dapat mendengar bunyi esakan suara yang terputus-putus.

" Gee.." pujuk Iman sambil mengelus perlahan rambut Gee.

" Iman, aku..aku tak tahan," kata Gee, tersekat-sekat. Air matanya dah mengalir.

" Kenapa ni Gee?"

" Kenapa bila kita nak berubah je, ada je orang nak nak kutuk macam-macam?"

Iman terdiam.

" Aku try nak berubah. Dah tak nak involve lagi benda cinta-cinta ni. Tapi kenapa mesti orang nak mengata jugak?"

Iman memeluk Gee erat.

" Gee, aku tahu. Bukan senang kalau kita nak berubah. Lagi kalau nak jadi baik. Anyone can change. You're never too far gone to change. Remember that. Memang hak orang nak mengata kita ke apa, tapi kita tak boleh nak tutup mulut orang. Kita pun bukannya boleh puaskan hati semua orang," pujuk Iman.

" Just stay strong Gee. Insya Allah, Allah will help you. Just kau kena bersabar. Berubah tu senang, tapi nak kekalkan momentum tu bukan senang," tambah Iman lagi.

" Man, aku rasa somehow dah tak larat dah. Okay, fine aku tahu aku salah sebab dulu dok angau bercinta dengan Reza, tapi sekarang dah tak dah. Memang pandangan orang gitu ke kalau orang yang couple-couple ni. Apa dorang ingat dorang jamin syurga ke kalau tak couple?" kata Gee yang sudah mengesat air mata.

" Gee, jangan cakap macam tu. Bagus kalau kau dah sedar. Takpe Gee. Kau kena kuat semangat. Jangan disebabkan orang kau jadi down. Allah nak uji kau. Sabar ye Gee. Kitorang kan ada. So, jangan risau okey."

" Thanks..Iman, one thing. Kau kena tolong aku. Aku dah kena start workout balik. Result aku kali ni macam hampeh. Please!"

" Iye, Gee. Chill lah, Kat kelas kita tu ramai lagi yang terer. Kita kan dah macam satu family."

Iman dan Gee tersenyum.

" Dah, tak payah nak menangis lagi. Buat malu je," kata Iman lalu bangun menuju ke pintu.

" Iman, kau rasa tadi aku simbah air kat Mira dengan Pija tu over sangat ke?"

" Tak lah. Terbaik!"


***


" Fathi, ni report haritu. Kau tengok dulu. Kut ada apa-apa yang nak kena betulkan ke," ujar Iman sambil menghulurkan fail miliknya.

Fathi terus mencapai fail tersebut. " Okey. Thanks Iman!"

Ahli MPP yang lain tengah sibuk berbincang tentang persiapan Kejohanan Olahraga Kolej Gemilang, dan sudah semestinya Fendi adalah orang yang paling sibuk sekarang. Nak urus itu ini. Memang tak menang tangan. Dah ada gaya zombie je tengok. Asyik tak cukup tidur. Tu yang waktu prep malam kadang-kadang bantai tidur.

" Iman," sapa Reza yang sudah duduk bersila setentang dengan Iman.

Iman yang dari tadi khusyuk bersila di atas lantai sambil meneliti kertas tentang tentatif Kejohanan Olahraga di meja kopi.

" Apa dia, Reza?" tanya Iman. Mukanya diangkat daripada meneliti kertas-kertas yang dah berselerak di atas meja.

" Aku nak tanya."

" Apa dia?"

" Gee macam mana? Okey?"

" Okey je. Apasal?"

" Aku dengar haritu result exam dia jatuh. Aku takut sebab aku. Kang tak pasal-pasal dia sumpah aku ke apa."

" Ha'ah. Tapi dia dah cool down. Dulu ye lah sedih. But, she's get over it."

" Really?"

" Yup."

" Good for her. Takde lah. Aku rasa bersalah lah pulak. Sebabnya.."

" Reza, it's okay. People makes mistake. But we learn from it right? So, jangan risau. Korang pun dah buat decision yang baik. So, it's okay. Just let the past be the past."

" Thanks, Iman. Really appreciate it."

" You're welcome. It's okay. That's what friends are for. Anyway, lepas ni jangan kau dok ulang benda yang sama dah la. Kita ni pemimpin. So, bila kita buat salah, even satu, even salah yang kecik pun, orang akan ingat kesalahan kita tu sampai bila-bila, tak kesah kalau kita dah buat banyak jasa pun. Kau ibaratkan macam kertas A4 ni. Then kau letak satu titik hitam kat tengah-tengah tu. Orang akan terus nampak titik hitam tu kan? Betul tak? Even kecik macam mana sekalipun. Macam tu jugak dengan kita yang jadi pemimpin ni. Kertas A4 yang putih ni ibarat jasa kita. Titik hitam tu ibarat kesalahan yang pernah kita buat. Orang akan selalu nampak kesalahan tu, even jasa kita banyak mana pun. So, kita kena selalu beringat lah since we are the role models right? Yes, people makes mistake. It is just that, we have to learn something from it and make sure that we won't repeat it back. Bear that in mind!"

" Yes, I will Iman! Thanks again. Kau banyak advice aku," kata Reza sambil tersenyum.

Tiba-tiba pintu bilik gerakan diketuk.

" Pergilah bukak. Cuba tengok sapa," kata Iman. Siapa pulak yang datang ke bilik gerakan ni,bisik Iman dalam hati kecilnya.

Reza terus bangkit dan membuka pintu tanpa melihat siapa gerangan orang yang datang.

" Assalamualaikum," ujar Gee.

" Wa'alaikumussalam..err..," jawab Reza. Terkejut. Lama tak nampak Gee. Walaupun kelas sebelah menyebelah, tapi memang dah lama tak jumpa sejak kes haritu. Nak kata masing-masing lari, entahlah.

" Eh, Gee! Mai lah masuk!" ajak Azah yang sudah menghampiri pintu dan terus menarik Gee masuk.

" Ada apa datang sini?" tanya Azah.

" Takde, macam ni. Pasal hadiah hamper yang korang mintak tu, koop dah uruskan. Tinggal ambik je. Bila korang nak datang ambik?" tanya Gee.

" Oh, esok koop bukak tak?" tanya Fathi.

" Esok pagi? Esok Sabtu kan? Bukak. Nak ambik esok ke?" tanya Gee kembali.

" Ha'ah, esok lah. Reza, Raja.. Korang ambik boleh?" arah Fathi.

" Okey. Bila?" tanya Raja.

" Around pukul 10 datanglah. Koop dah bukak," jawab Gee.

" Ha, Reza. Kau boleh tak esok?" soal Fathi.

" Err..aku? Boleh. Takde apa-apa hal esok," senyum Reza.

Gee kemudiannya meminta izin untuk beredar. Tak mahu lama-lama kat bilik gerakan MPP sebab dah janji dengan Ben dan Diyanah nak tolong dorang buat hiasan rumah sukan.


" Kau okey ke Reza. Macam nampak hantu je tadi," usik Hazman.

" Hish kau. Malam-malam ni ada pulak kata cenggitu. Aku okey je la." sengih Reza kemudian duduk di atas sofa di sebelah Hazman.

" Eleh kau. Entah-entah.." acah Ku.

" Dah, takde-takde. Jangan nak bukak cerita lagi. So, sekarang, let's proceed dengan kita punya event ni," kata putus dari Reza.



" Dia cakap, dia serba salah dengan kau. Mana tahu sebab dia kau punya result teruk," kata Iman sambil menghirup air nescafe.

Gee hanya diam. Tak bagi respon apa-apa. Matanya masih menala ke arah skrin TV. Malam hujung minggu memang banyak cerita best. Mujur dah lepas taklim. Boleh lah sambung tengok TV balik.

" Gee, dengar tak?" soal Iman setelah lama menunggu respon daripada Gee.

" Iye, dengar. Dah lah Iman. Aku tak kesah dah semua tu. Malas lah nak fikir. Aku rasa baik macam ni. Kawan macam biasa," kata Gee.

" Baguslah tu. Eh, anyway.. Aku nak tanya, macam mana hiasan rumah kita?"

" Okey je!"

" Baguslah!! Kau nanti lari laju-laju. Make sure kita dapat nombor satu lagi tahun ni," sengih Iman.

Gee mengangguk. " Insya Allah."


***

Kejohanan Olahraga Kolej Gemilang berlangsung dengan meriahnya pada hari Sabtu lepas. Memang ramai yang bagi semangat kepada para peserta. Tu belum campur dengan hiasan khemah rumah sukan masing-masing dan acara perbarisan. Memang menarik.

" Congrats Gee!" sapa Iman.

" Thanks! Eh, mana yang lain?" tanya Gee yang kelihatan kepenatan setelah berjaya mengalahkan peserta yang lain dalam acara trek 100m.

" Azah tadi tak silap aku dah habis dah acara dia. Dia kan long distance," jawab Iman.

Mereka berdua kini berada di bawah pokok di hujung padang untuk melepaskan lelah masing-masing.

" Amacam jadi helper?" tanya Gee.

" Not bad. Penat jugak."

" Woi Gee!!" sapa Zul dan Pa'an. Seorang lagi tu hanya diam membatu.

Air yang diteguk oleh Gee hampir tersembur keluar kerana terkejut disergah oleh suara yang sudah pasti siapa empunya badan.

" Aku yang tercongok depan mata korang ni tak nampak lah pulak kan," perli Iman.

" Alolo Iman. Terasa ke? Rasa apa Iman?" sengih Pa'an yang sudah berdiri di sebelah Iman.

" Rasa payau, kelas, masam, masin, pahit semua ada," jawab Iman. Air mineral kembali diteguk Iman untuk membasahkan anak tekak yang dari tadi menjerit kehausan.

" Ni masa bila korang ada dok tercongok kat sini?" soal Iman lagi.

" Dari tadi kitorang dok bersidai kat sini. Bagi support kat member," jawab Zul sambil menepuk belakang Reza yang dari tadi memilih untuk diam sahaja.

" Laa.. Reza. Kau pun ada kat sini jugak ke. Tak nampak pulak tadi," sengih Iman.

" Ha'ah. Acara aku dah habis dah," ujar Reza yang kini baru nak bersuara. Gaya macam suara tu emas pulak. Sekali bersuara, habis keluar jongkong emas sedozen.

" Eh, korang.. Tu dah ada announcement acara aku. Aku pergi dulu lah," pinta Gee. Kejap lagi acara 4x100m pulak.

" Oh, la..yeke? Ha, good luck Gee! Tak dapat nombor 3, nombor 1 pun jadilah," gelak Iman.

" Ye..ye.. Aku tau," senyum Gee.

" Amboi, mentang-mentang rumah kau biru ye Iman," sampuk Zul.

" Yelah.. Mestilah. kena sokong team sendiri. Takkan lah aku nak sokong rumah korang pulak. Musuh tradisi tu," ujar Iman.

" Break a leg, Gee!" tutur Reza.

" Err.. Thanks!" senyum Gee lalu beredar pergi.

" So, bro. Dengar cerita dapat first place tadi. Congrats!!" ucap Iman yang juga sudah bangun untuk mengatur langkah pergi.

" Alhamdulillah, thanks!" kata Reza.

" Apa lagi Reza. Open table lah lepas ni," sengih Pa'an.

"Yang tu aku setuju," cepat je Iman menyampuk.

" Amboi, banyak cantik. Ingat aku ni kaya raya maya ke? Kau tu lain lah. Anak tokey Petronas kan?" acah Reza.

Serentak, pecah ketawa mereka empat orang di hujung padang Kolej Gemilang tatkala itu.


***

Orang yang sungguh bahagia ialah mereka yang dijauhkan dari fitnah dan juga orang yang bila terkena ujian dan dugaan, dia bersabar.

Siapa yang tidak berusaha melepas diri dari cinta kepada dunia, maka akan sengsaralah hidupnya, kerana sumber fitnah dan kesalahan adalah ketika seseorang itu begitu cinta kepada dunia.

Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi - Confucius


No comments: