Saturday, September 3, 2011

Sahabat selamanya #16

Bab 16

Hujung minggu. Seperti kebiasaannya hujung minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar Kolej Gemilang. Pada masa itulah peluang untuk qada' tidur, nak basuh baju, keluar outing, menelaah bagi sesiapa yang rajin dan stay up sampai ke Subuh hanya boleh tercapai. Kalau masa lain, jangan haraplah. Lagi-lagi kalau dah jadi Fivers.

Dan bulan Mac, kebiasaannya Ujian Bulanan akan diadakan untuk menguji setakat mana kefahaman pelajar tentang topik-topik tertentu mengikut subjek. Pada kali ini, hujung minggu lebih meriah berbanding hujung minggu sebelumnya kerana kebanyakkan Fivers sibuk menghadap buku. Study last minute. Berapa banyak yang boleh masuk, entahlah.

Jumaat malam Sabtu memang tiada prep. Jadi peluang ini biasanya akan digunakan para pelajar Kolej Gemilang untuk menonton drama di slot 'Zehra' di saluran TV3 dan kemudiannya akan disambung dengan Mega Movie. Rutin mingguan bagi kebanyakkan pelajar kolej tersebut. Namun ada juga segelintir Fivers yang bijak memanfaatkan peluang ini untuk belajar silibus Tingkatan Empat memandangkan SPM dah nak dekat. Tetapi, nisbah bagi golongan ini tidak begitu ramai jikalau hendak dibandingkan dengan pelajar yang tidak menelaah dan menghabiskan masa dengan aktiviti lain seperti pergi ke kafe untuk membeli makanan, menikmati supper di DM sambil menonton televisyen, 'bergayut' dengan buah hati yang tersayang dan juga membasuh pakaian hasil pengumpulan selama beberapa minggu. Kira ni balas dendam balik sebab minggu exam tak boleh nak buat macam tu.

" Gee, kau tak apa-apa ke ni?" tanya Iman yang sudah duduk di kerusi yang terletak tengah-tengah dataran di blok Topaz itu.

Lamunan Gee terhenti.

" Tak..tak.. Takde apa-apa. Okey je," kata Gee sambil mengukir segaris senyum. Senyum yang kelihatan tawar dan paksa rela.

" Dah tu, awat hang tengok tv macam nak tembus tv tu ja? Hang ada masalah ka?" duga Iman yang sudah menggunakan loghat Utara.

" Amboi, kau Iman! Bukan main lagi. Takde, mana ada apa-apa. Dah, dah. Jom pi tengok tv tu. Satgi movie  best," ajak Gee yang ingin mengubah topik.

Iman mengangguk perlahan. Air nescafe buatan sendiri dihirup. Memang malam ni tak tidur malam la gara-gara nescafe. Filem 'The Game Plan' lakonan Dwayne Johnson a.k.a The Rock itu sudah mula ditayangkan, namun Gee tidak mengendahkannya. Fikirannya jauh melayang memikirkan tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad selepas solat Maghrib secara berjemaah tadi.

" Okey, topik yang saya nak kupas ni tentang isu couple yang begitu hangat diperkatakan di abad ini terutamanya di Kolej Gemilang," ujar Ustaz Ahmad selaku guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam dan juga Tasawwur Islam dan merangkap warden Kolej Gemilang. Walaupun Ustaz Ahmad ni garang, namun beliau kadang kala ada sense of humor juga. Beliau begitu disenangi oleh ramai pelajar.

" Saya tahu lah, baya-baya awak ni memang gatal nak cari pasangan..konon-konon pasangan sehidup semati. Saya pun pernah juga jadi remaja. Pernah juga melalui fasa kegatalan tu."

Ketawa para pelajar sudai berderai. Gamat suasana di surau seketika.

" Time remaja ni ramai orang cakap masa untuk try semua benda. Kalau boleh, semua benda nak try. Nak try rokok lah, couple lah, fly dari kolej.. Macam-macam lagi idea kreatif yang timbul yang kadang-kadang cikgu-cikgu tak pernah terfikir pun. 

Tapi, time remaja ni jugaklah remaja ni lupa diri. Mak ayah awak tolak tepi. Allah apatah lagi. Tapi kalau kat buah hati, cinta sayang sepenuh hati. Betul tak?"

"Betul!!" sahut para pelajar yang berada di dalam surau tanda bersetuju dengan kenyataan Ustaz Ahmad. Mungkin tak semua setuju, tapi saja nak cakap serentak, biar bergema satu surau.

" Sebab tu Islam haramkan budaya couple. Benda tu bukan setakat mengundang maksiat, tapi benda tu akan jadikan para remaja untuk jadi anak derhaka. 

Ingat lagi Surah Al Israa' ayat 32,


'Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.'

Saya jamin, kebanyakkan kamu semua mesti pernah dengar ayat ni kan? Betul tak? Awak semua tahu, bukannya tak tahu. Cumanya tak amal," seloroh Ustaz Ahmad.

Masing-masing diam sambil menunggu kata-kata Ustaz Ahmad yang seterusnya.

" Mungkin ada certain tu akan cakap,' ala rileks la. Bukan semua yang couple tu derhaka kat mak ayah dia.' Memang tak semua, tapi ada segelintir. Cuba kita buat analogi, kalau dalam satu situasi, mak suruh kita pergi kedai beli barang, kita mesti tangguh dulu. 'Ala, kejaplah mak. Nanti kakak beli.' 'Ala kejaplah mak. Abang baru je balik, nanti-nantilah ye?" Tapi kalau makwe atau pakwe suruh pergi top-up kan, perghh!! Laju betul. Tu kalau lawan Usain Bolt pun, Bolt pun belum tentu menang. Ntah-ntah kalah."

" Iye, saya tak nafikan, perasaan itu bukannya kita minta. Dah suka, nak buat macam mana kan? Tapi, perasaan tu sebenarnya kita boleh kawal kan? Tu fitrah manusia untuk menyayangi dah rasa disayangi. Normal lah tu. Tipulah kalau saya kata zaman saya remaja dulu saya tak pernah suka kat seseorang. Apa? Awak ingat saya ni tak berperasaan ke?"

"Tapi apa-apa pun, kita boleh kawal perasaan tu dengan cara ingat Allah selalu. Istighfar banyak-banyak. Kalau betul dia jodoh kita, tak ke mananya. Insya Allah, satu hari nanti pasti Allah satukan juga."

Pelajar lain kelihatan khusyuk mendengar. Tak kurang juga yang merengus tanda tak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz Ahmad. 

" Dan saya juga ada perasan yang sekarang ni timbul istilah cinta islamik. Konon-konon berlandaskan agama lah tu. Mula-mula iyelah sayang berlandaskan agama, tapi sebenarnya nanti akan timbullah satu perasaan iaitu R-I-N-D-U. Ha, sebab perasaan ni, mulalah berangan sana sini. Mandi tak basah, makan tak lalu, tidur tak lena. Orang kemaruk bercinta.

Nanti mulalah si teruna akan kata 'macam mana nak cakap ni? Aku sayang gila kat dia separuh mati.' Yang si gadis pula akan cakap, 'kalau break up nanti sanggup ke dia tunggu aku? Ke ntah-ntah dia ada yang lain?' Macam-macam sandiwara orang hangat dilamun cinta. 

Ada tu akan cakap,'ala, takpelah. Kami bukan macam couple lain. Tak pernah dating dua-dua. Tak pernah cakap benda-benda lagha.' Tak pun cakap,'kita couple ni sebab nak sama-sama berubaah ke arah lebih baik. Demi Islam.' "

Aduh! Terasa macam kena kat batang hidung sendiri lah pulak.

" Anak-anak yang saya kasihi, yelah, saya rasa awak semua ni dah pangkat anak-anak lah. Anak sulung saya tu pun baya-baya awak. Apa yang saya nak cakap kat sini, takde istilah cinta islamik ni. Semua tu palsu belaka. Janganlah awak semua terpengaruh dengan nafsu. Tu semua mainan nafsu."

"Bukan saya nak kata yang kita ni tak boleh langsung nak berhubung antara laki dan perempuan. Boleh je. Tapi kena jaga batas pergaulan tu. Awak semua kan bijak-bijak. Kan dah belajar bab Batas-batas pergaulan dalam subjek PAI. Takkan lupa? Ingat, ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Jangan harap nak A je dalam SPM, tapi sampai praktikal, hancur lebur."

" Sebab tu couple tu haram. Ni bukan saya suka-suka nak keluarkan fatwa saya. Satu je yang awak semua kena ingat, ingat Allah. Kalau awak ingat Allah, saya rasa confirm awak tak terjebak dengan benda-benda macam tu. Percayalah! Ingat janji Allah, Allah dah ciptakan lelaki yang terbaik adalah untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya.

Saya harap awak semua sedar apa yang saya dok pot pet pot pet depan ni. Jangan yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau yang gatal sangat nak menikah, ha, meh saya nikahkan! Pastu kita buat majlis persandingan gilang-gemilang. Nak ke?" soal Ustaz Ahmad.

" Nak!" jawab para pelajar lelaki.

" Amboi, suka betul. Laju je awak semua bila masuk bab munakahat ni. Kalau dalam kelas tu, seronok aje belajar bab munakahat. Bila masuk bab sirah, semua syahid ye?" perli Ustaz Ahmad.

Ramai yang tersengih. Biasalah tu. Topik kegemaran ramai mestilah munakahat. Kalau bab lain, memang semua syahid kat kelas PAI. Memang tak masuk apa pun. Ustaz-ustaz pun dah masak benar dengan perangai pelajar-pelajar.

" Iman," ujar Gee.

" Ye, kenapa?" tanya Iman yang baru sahaja menghabiskan air nescafe dalam mug biru miliknya.

" Aku ada benda nak cakap dengan kau ni," kata Gee yang sudah mula untuk bercerita.

" Apa dia? Cakaplah."

" Er..aku tak tahulah nak mula macam mana."

" Pulak dah. Kau mula jelah. Pada suatu hari, terdapat seorang.."

" Iman. Main pulak kau ni."

" Dah tu? Cepat la. Kau kenapa? Ada problem ye?"

" Kinda. Well, actually..Aku ada masalah besar ni...Hurm..Macam ni.. Kau tahu kan yang aku memang berkawan rapat dengan Reza?"

" Ha, then?"

" Well, aku macam.."

" Suka kat dia? Gitu?" teka Iman.

" Yeah. Lebih kurang la. But then.."

" Kau tak tahu nak buat apa sekarang ni. Nak-nak bila dengar tazkirah ustaz tadi. Betul?"

" Betul. Serba salah aku dibuatnya. Memanglah aku sayang kat dia, tapi susah tu nak hilangkan perasaan tu. Aku ni bukannya alim mana."

" Gee, it is not the matter of alim ke tak. It's actually depends on you, whether you want it or not. Look, aku pun bukannya pro dalam hal ni. Tapi aku rasa, ada baiknya kalau korang kawan macam biasa je. Tak payah nak rapat sangat sampai selalu je sms, tinggal study," nasihat Iman.

" Tu lah. Test haritu pun, aku rasa aku banyak tak dapat jawab. Even Maths yang aku selalu score pun aku rasa payah gila nak jawab."

" See? Kau boleh tengok kesan dia. So sekarang, ikut kau lah. Aku memang tak nak masuk campur. Tapi Gee, aku sayangkan kau. Aku tak nak tengok kau hanyut. Benda ni memang nampak indah, tapi..kau kena fikir masak-masak. Kau still study lagi. jauh lagi perjalanan kau."

" Aku tahu. So, macam mana sekarang ni? Kau rasa aku patut jumpa dia cakap pasal benda ni ataupun just sms or call?"

" Entahlah. Kalau kau segan nak jumpa, baik call atau sms. Much better. Lagipun, kalau jumpa, nampak macam tak manis. Kang timbul fitnah macam-macam, payah kau."

Gee baru sahaja memegang handset miliknya untuk mendail Reza. Tiba-tiba..

" Siapa call?" tanya Iman.

" Reza," jawab Gee sepatah lalu menekan butang 'answer'.



" Ha, gitulah. Memang aku admit, aku suka dia. Tapi bila fikir balik apa yang Ustaz Ahmad cakap tadi, Masya Allah. Aku rasa macam berdosa gila!" kata Reza kepada Hazman. " So, macam mana ni? Apa yang patut aku buat?"

" Kau cakap elok-elok kat dia, yang kau tak nak perhubungan macam ni. Kau cakaplah yang kau nak fokus study dulu. Kau cerita kat dia, pasal keburukan couple ni semua. Mungkin dia akan marah, tapi aku rasa, slowly dia faham punya," tutur Hazman lembut.

Suasana bilik B11 hening seketika.

" Thanks, Man!" ucap Reza.

" You're welcome. Eh, aku nak pergi kafe ni. Kau nak kirim apa-apa tak?"

" Aaa.. ABC satu dengan nasi goreng campur telur mata kerbau satu. Duit kau amik je lah dalam loker tu," kata Reza yang sedang mencari handset miliknya.

" Takpelah. Malam ni aku belanja. Esok lusa kau lah pulak."

" Okey, okey. Thank you! Esok lusa aku belanja maggi la jawabnya."

Hazman tersengih. " Kalau kau belanja maggi, memang masak lah kau aku rebus."

Reza tersenyum. Macam-macam hal. Mana dia handset dia. Ha! Jumpa pun! Dalam timbunan buku-buku rupanya. Macam mana boleh sampai ke situ, tak tahulah.

Reza lantas mendail Gee. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan hati ni tenang. Dah tak payah nak fikir masalah ni. Fokus SPM je lepas ni.



" So, sekarang macam mana? Feeling better?" tanya Iman sambil tersengih.

" Yup, much better dari tadi. Tak payah lah aku susah-susah nak karang ayat. Dia sendiri call aku untuk explain benda yang sama. So, I guess sekarang dah takde pape la. I'm free!"

" Alhamdulillah. Finally.. Baguslah tu korang mencapai kata sepakat serentak. Aku dengar tadi pun macam nak tergelak pun ada! Takpe Gee. Kau anggaplah ni satu pengorbanan untuk kau. Pengorbanan demi nak SPM. Paling penting..Pengorbanan demi melawan hawa nafsu. Niat tu kena betul."

" Hehehe. Terima kasih banyak-banyaklah Iman sayang. Nanti aku belanja kau."

" Yelah! Kau jangan buat-buat lupa pulak. Karang aku tuntut tiap-tiap hari kat koop tu."


***


" Zah, bangun! Kejap lagi gotong royong asrama," kejut Fatin selaku roommate Azah. Badan Azah sudah digoncangkan beberapa kali.

Azah langsung tidak mengendahkannya. Badannya terus diselubung dengan kain selimut.

" Azah, baik kau bangun sekarang. Kejap lagi warden nak buat spot-check la. Karang tak pasal bilik kita kena denda," sambung Fatin lagi.

Azah bingkas bangun. " Spot check? Biar betul?" soalnya.

" Betul lah, kau ingat aku nak tipu kau? Takde maknanya. Baik kau bangun cepat. Barang-barang kau dah lah tak berkemas lagi."

Di luar bilik Azah dan Fatin, kelihatan pelajar lain yang sudah mula membersihkan kawasan sekitar blok Topaz. Ada yang cuci longkang, cuci koridor dan buang sampah. Masing-masing ada kerja.

"Weh, yang ni tak sabun lagi. Pergi amik sabun kat toilet tu. Bantai je lah sesapa punya pun."

" Kau pergi tadah air pastu jirus kat sini. Aku dah sental daki-daki kat longkang ni."

" Tingkap bilik kau dah lap ke belum?"

" Blok Topaz!!! Siapa yang tinggal barang dalam toilet cepat amik sekarang!"

" Siapa punya baju dalam washing machine ni sila amik!"

Begitulah ragam ahli blok Topaz ketika operasi gotong royong. Memang riuh rendah dengan suara orang dok menjerit, melaung sana sini.

" Fatin, kau tolong lipatkan selimut aku. Aku nak pergi toilet kejap. Kita bertugas mana hari ni?" tanya Azah.

" Basuh toilet."

Kelam kabut Azah pada pagi Ahad tu nak gotong-royong. Nak kena basuh toilet la, nak kemas katil lagi, meja belajar. Macam-macam. Mujur baju kotor selama seminggu dah siap basuh. Kurang sikit beban. Kalau tak lagi azab nak fikir macam mana nak sorok.

" Hoi, Zah! Kau dah habis kemas ke belum?" sapa Adnin.

" Dah. Lambat-lambat aku pun siap jugak tau!" balas Azah sambil menutup pintu stor.

" Baguslah. Eh.. Tu Miss Kas kan? Dia nak spot check sekarang la. Jom..jom masuk bilik. Kang tak pasal kita kena denda,"ajak Adnin.

Kedua-dua mereka terus berlari ke arah bilik masing-masing. Kesemua ahli blok Topaz hanya menunggu kedatangan warden blok mereka di hujung katil masing-masing.

Bilik T06.

" Bagus! Kemas bilik ni. Ha, sekarang bukak loker tu, saya nak tengok khazanah dalam loker awak tu," ujar Miss Kas yang kini sudah berada di tengah-tengah bilik T06.

Loker? Habislah aku macam ni. Loker tu dah lah macam hutan Amazon, bisik Azah dalam hati.

" Ha, Azah. Yang awak tercegat kat situ lagi kenapa? Bukak loker awak, saya nak tengok," perintah Miss Kas.

Azah senyum kambing. Ya Allah, kau selamatkanlah hambaMu ini, doa Azah. Azah membuka lokernya.

Barang-barang dalam loker Azah habis jatuh terburai ibarat gunung berapi Tambora memuntahkan laharnya. Habis segala baju-baju dan barang-barangnya jatuh bersepah ke lantai.


" Ya Allah! Azah, Azah.. Macam hutan Amazon dah ni. Awak tak kemas ke?"

" Err..saya kemas Miss. Tapi.."

" Tapi..tapi.. Tapi apanya?"

" Hari ni saya bangun lambat. Tak sempat nak kemas,"

" Ada-ada je alasan kamu ye. Dah awak pergi join kawan-kawan awak yang kat luar tu. Saya nak bagi 'hadiah' kejap lagi."

Azah akur dengan arahan Miss Kas. Habis sahaja spot check, giliran Azah dan lain-lain menerima habuan daripada Miss Kas. Hampir 20 orang juga yang terlibat sama.

" Ha, awak semua ni pergi beratur and buat satu line lurus kat luar. Awak tampal kat baju bahagian depan dengan kertas A4 yang bertulis,'Saya malas. Saya tak suka kemas bilik'. Saya tak kira. Jangan masuk blok selagi tak pukul 11. Biarlah student laki tengok awak. Biar awak semua malu sikit. Dah jadi anak dara pun malas lagi. Baru awak malu dengan boyfriend awak semua kan? Cepat! Saya bagi masa 5 minit je," arah Miss Kas.

Haihla.. Nasib badan. Pagi-pagi Ahad lagi dah kena gelak dengan budak laki. Kalau sama batch takpe jugak, ni junior pun ikut sekali. Sabar je la. Malunya tak usah kata la.


Malam prep tu, Azah sekali lagi teruk diketawakan oleh teman sekelasnya terutamanya yang lelaki.

" Zah, seronok bersidai kat luar?" ejek Pa'an.

" Boleh tahanlah jugak. Kenapa? Kau nak ke?" bidas Azah.

" Tak nak aku. Tak cool," ketawa Pa'an.

Azah tersenyum selamba. Malas nak layan. Memang salah dia juga. Siapa suruh bangun lambat. Padan muka.

" Kau memang hebat lah Zah! Kerek habis," sambung Adi.

" Ni namanya MPP contoh. Fathi pun boleh kalah tau!" gelak Azah.

Satu, satu orang datang membahan. Azah pun dah tak kesah. Memang riuh-rendah kelas 5 Aman sejak Azah melangkah masuk ke kelas. Sabar je lah Azah ye. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

***

Love is a natural and essential aspect of our being. But when it is transformed into 'true love' - love of the Creator- it acquire its true nature and colour, and later becomes 'pure' pleasure at the threshold of union.


A women's heart should be so lost in God, that a man needs to seek Him in order to find her. 
-iluvislam.com-


Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Kejayaan pula menentukan kebaagiaan





p/s: maaf andai entri kali ini ada menyinggung mana-mana pihak. jikalau ada salah silap, harap diperbetulkan ya! Thanks again for reading :)

No comments: