Friday, September 2, 2011

Sahabat selamanya #15

Bab 15

Usai sahaja solat Asar, Azah dan Iman pergi bertemu dengan Izzah di belakang surau. Balqis dan Athirah juga turut serta untuk betemu dengan Izzah sepert yang telah mereka janjikan.

" So, amacam Izzah? Petang ni jadi ke kita nak buat perjumpaan dengan prefect and Puan Sanisah?" soal Iman yang sedang melipat telekung putihnya.

" Jadi..jadi. Tadi aku dengan Aira dah pergi jumpa Puan Sanisah. Dia suruh kita pergi jumpa dia dekat bilik mesyuarat pukul 5 petang ni. Nanti dia briefing pasal majlis esok. Sekali dengan Badan Pengawas and certain students yang volunteer," jawab Izzah.

" Wokey!! Nanti ni esok kita nak kena pakai baju yang mana satu ni Izzah? Aku dah lah tak iron baju lagi ni ha.. Alamatnya malam ni memang aku kena chop tempat awal-awal," tanya Balqis. 

" Baju rasmi lah. Sekali dengan blazer," jawab Izzah lagi. Telekung sudah dilipat dan disusun rapi di rak telekung.

" Alright then. Dah, aku nak pergi cop tempat iron dulu. Nanti malam ni tak payah aku nak sibuk-sibuk balik prep awal semata-mata nak iron baju," ujar Balqis yang sudah meminta izin untuk beredar dari Surau An-Nur itu.

" Balqis, aku after!" tutur Azah. Cepat aje dia chop lepas giliran Balqis. Almaklum sahajalah. Soket kat bilik common room tu hanya ada empat je. Tu pun kalau nak pakai kena hati-hati. Kalau tak, mau terbakar. Ada yang pergi kelas tak bergosok baju.


" Farah, jom pergi saing!" ajak Iman. Baju kurung sekolah sudah ditukar ke baju t-shirt biasa dan seluar track. Tudung bawal hitam kemudian disarung ke kepala.

" Kejap. Eh, Alex dengan Adnin pun join sama kan?" soal Farah yang sedang mencari tudung di almari untuk dipakai. Bukannya nak melaram, tetapi kebanyakkan tudung sedang dijemur di ampaian. Ni memang sah stok baju dah takde. " Iman, pinjam tudung kau. Aku punya tudung takde dah. Ada pun yang tak jahit tengah lagi."

" Amik je lah dalam loker tu ha. Aku dah gosok. Pilih je," ujar Iman yang sedang memakai sandal. Malas nak berkasut sukan. Bukannya nak pergi riadah pun.

" Alex, Adnin, Azah.. Tunggu sat!" laung Iman. Iman kemudiannya berlari ke tengah dataran tempat Alex, Adnin dan Azah berkumpul.

" Mana Farah? Kata nak pi saing," tanya Alex.

" Tu satgi dia mai lah. Dari tadi dok kalut caghi tudung," jawab Iman.

Farah kemudiannya datang sambil tersengih-sengih. " Sorrylah lambat sikit."

" Dah, jom gerak. Karang Izzah marah pulak. Tadi Izzah dah gerak dengan Aira and Athirah," seloroh Azah.



Selepas briefing tentang perjalanan Program Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 ke Kolej Gemilang pada esok hari, Adnin, Alex, Azah, Farah dan Iman berjalan beriringan keluar dari bilik mesyuarat.

So esok gamaknya tak menang tangan lah kita kan. Banyak benda nak kena tolong. Registration la, angkat barang la, perghh!!" tutur Adnin.

" Betul..betul. Tapi yang paling bestnya nak dapat junior la. Tak sangka aku. Nanti dorang mesti panggil, Kak Iman..Kak Iman," sengih Iman.

" Eleh, banyak lah kau punya kakak.Tu pun kalau dorang rasa nak panggil gitu. Kalau dibuatnya dia tak cam kita ni senior dorang macam mana? Kempunan lah kau nak dapat title 'akak' tu," perli Alex.

" Ha, Iman. Kau kena buat perangai elok-elok sikit. Jangan nak terjal sangat. Haru nanti. Kau tu dah Form 5. Bersara je lah daripada buat kerja yang keanak-anakan," sambung Azah.

" Eh, mana boleh. Selagi aku tak cakap aku nak pencen, selagi tu la aku akan meneruskan legasi aku ni," tambah Iman. " Ala, benda apa je yang aku buat terjal sangat, kau ni."

" Benda apa je? Kau jangan Man. Aku bukak hikayat karang. 1001 malam tak habis," ugut Farah.

" Okey, okey. Aku tak buat la. Eh, aku lapar dah ni. Sekarang pukul berapa?" soal Iman, padahal pakai je jam tangan. Sibuk nak tanya orang.

" Pukul 6.10. DM dah bukak dah tu. Jom la pergi makan," ajak Farah.

" Menu apa hari ni?" tanya Azah.

" Nasi putih, ikan A, masak lemak kobis, buah tembikai dengan air kordial," jawab Alex yang memang hafal menu makanan di DM tu.

" Ikan A.. maksudnya makan ikan jaket lah tu kan?" soal Azah.

" Ha'ah."

" Dah, dah.. Jom pergi. Karang jenuh nak beratur. Kejang otot gastrocnemius aku nanti," kata Iman sambil tersenyum.



" So, aku rasa korang semua dah jelas kan pasal tugas korang esok. Ada sapa-sapa lagi yang tak jelas?" tanya Fathi yang sedang berdiri di bilik gerakan MPP. Fathi memandang kesemua ahli MPP yang lain. Malam tu kesemua ahli MPP sedang berkumpul untuk berbincang buat kali terakhir tentang program esok hari.

" Kalau takde, baguslah. So aku harap esok korang semua boleh bagi full commitment. Jangan lupa, esok baju korang mesti lengkap. Benda ni benda rasmi, karang apa pulak orang kata kalau kita tak seragam," pesan Fathi lagi.

Yang lain semua mengiayakan dan mengangguk faham.

" Iman, kau bawak tak homework Chemistry?" tanya Fendi.

" Ada, kenapa?" soal Iman kembali sambil menoleh ke kanan untuk melihat Fendi. Sembangnya bersama Reza dan Hazman dihentikan seketika.

" Pinjam," sengih Fendi.

" Nak sekarang ke?"

" Yup!"

" Kau nampak fail hitam aku tu kan? Amik je lah dalam tu. Carik elok-elok. Berterabur nanti, aku cincang 18 kau buat sup," tegas Iman. Pantang betul kalau ada orang menyepahkan barang miliknya, lagi-lagi homework.

" Thanks!"

" You're welcome."

Iman menggeleng kepala. Macam-macam hal. Tu mesti kes tak siap homework lagi lah tu. Ikut sedap je copy and paste. Dah masak sangat dengan rutin kehidupan di asrama. Memang lumrah para pelajar yang tinggal di asrama copy and paste sahaja homework member. Ala, cikgu bukannya perasan sangat pun. Nanti pandai-pandailah edit ye tak? Alah bisa, tegal biasa.

" Kau ni memang stokis homework ye Iman?" ujar Hazman sambil tersenyum-senyum menampakkan lesung pipit mahalnya di kedua-dua belah pipinya. Memang patutlah ramai yang minat. Hazman ni antara senarai jejaka yang masuk dalam senarai jejaka hot stuff di Kolej Gemilang. Kalau dulu sampai kakak senior pun boleh tertawan, apatah lagi batch sendiri. Ni kalau junior dah masuk, memang bertambah-tambah lagi lah peminat Hazman ni. Calon menantu pilihanlah katakan. Pandai, alim, baik dan serba-serbi. Nasib Hazman tak layan semua benda tu.

" Macam kau tak tahu. Tu roommate korang la peng-copy homework aku yang paling setia. Mana taknye," jawab Iman.

" Siapa? Afiq? Zul?" tanya Reza.

" Eleh, kau. Buat-buat tak tahu pulak. Iyelah, sapa lagi. Ni memang seangkatan dengan si Fendi, Pa'an, Syed," seloroh Iman sambil membuat muka. " Lepas ni aku rasa aku nak pencen la daripada jadi supplier homework. Tak larat aku."

" Ala, janganlah macam tu Iman. Nanti nak mintak kat sapa lagi. Kau je lah satu-satunya sahabat aku yang paling baik," pujuk Fendi yang sudah duduk di sofa bersama Hazman dan Reza.

" Eleh, ayat.. Tak boleh nak kencang lagi apa? Ah, tak kira. Ikut suka aku lah," tegas Iman.

" Alah Iman. Dapat pahala," kata Fendi lagi.

" Iman, jangan jadi pemalas. Tak baik," sakat Reza pula.

" Ah, sudah. Ni sat lagi habis aku kena buli dengan korang. Macam-macam lagi korang mintak. Dah, tak kuasa aku," kata Iman sambil bangun untuk meninggalkan bilik gerakan. Jam di dinding pula sudah menunjukkan pukul 11.25 pm. Lagi lima minit light-off.

" Zah, jom balik!" ajak Iman.

Azah yang sedang berbincang sesuatu dengan Raja, Ku, Aira, Balqis dan Fathi terus menyahut.

" Kejap. Lima minit," katanya.

Iman terus mengemaskan barang-barang miliknya di atas meja. Tiba-tiba, Reza datang mendekati Iman.

" Iman, aku nak cakap something dengan kau sikit," kata Reza.

Iman segera mendongak. Ni apahal pulak mamat sorang ni? Nada serius merius.Gaya macam ada kes besar je ni.

" Apahal Reza?" tanya Iman.

" Err.. Iman. Mintak tolong sikit."

"Hurm.. apa dia?"

" Pesan kat Farah. Nanti tolong buat report pasal meeting haritu. Pastu kau suruh dia jumpa aku esok waktu prep. Ada hal nak kena settle. Tolong eh."

" La.. Tu je ke? Ingatkan apalah tadi. Muka serius semacam je. Ingatkan nak mintak tolong apa lah sangat."

" Lagi satu..."

" Ha? Apa dia? Suruh pesan kat sapa pulak kali ni? Ke kau nak suruh aku pos surat pulak?"

" Amboi Iman! Perli habis kau ni."

" Dah tu? Cepatlah cakap. Aku dah nak balik ni. Nak tidur. Ngantuk!"

Iman menutup mulut menahan kuap. Badannya sudah tak larat lagi. Segala urat sendi dah terasa bersimpul. Matanya mahu lelap.

" Aa..tolong kirim salam kat Gee."

Iman membeliakkan matanya yang sudah kuyu itu. Biar betul? Hai, Reza ni dah dilamun cinta ke apa?

" Kau ni biar betul. Kau serius?"

" Serius lah. Kau ni. Muka aku ni nampak macam main-main ke?"

" Takdelah. Setahu aku.. Eh, korang ni ada apa-apa ke?"

" Tak, kawan je."

" Betul? ke korang dah couple?"

" Mana ada. Tak lah. Kawan je."

" Kau jangan buang tabiat Reza. Kalau kau couple, nahas kau. Aku tak kira la, either you or Gee, dua-dua nanti aku tetak!"

" Haisy..Kau ni Iman. Kejam gila! Ayat kau ni tak boleh kencang lagi ke? Kecut perut aku dengar."

" Tak kesahlah kau nak fikir apa. Kalau betul, nahas korang dua. Bukan apa. Aku sayang Gee tu sebab dia kawan aku. Aku tak nak dia kecundang. Tahun ni SPM. Karang kalau dia tak lepas macam mana? Nak suruh kahwin je dengan kau?"

" Iye..iye Iman. Kau ni, dah mengalahkan FBI, CIA. Dah rupa mak orang pun ada jugak. Takut aku."

" Dah. Aku nak balik ni. Nanti aku sampaikan," kata Iman, acuh tak acuh. Mukanya kelihatan sedikit tidak puas hati. Masam mencuka je.

" Thank you Iman!"

Iman mengangguk perlahan dan terus beredar pergi meninggalkan bilik gerakan bersama Azah dan juga Aira.

" Bro, yang kau pergi cakap dengan Iman tu apahal? Kan dia dah sound kau," sapa Fendi sambil menepuk bahu kana Reza.

" Manalah aku nak tahu angin dia macam tu. Kalau aku tahu,takdelah aku nak kata gitu. Aku saja je nak bergurau. Tak sangka respon dia lain macam. Adeh.." keluh Reza.

" Tu lah kau. Padan muka. Tapi, kau dengan Gee tu ada apa-apa ke tak sebenarnya. Kau ni.. Musykil aku dibuatnya."

Reza diam membatu. Macam dah kena sumpah macam Si Tanggang lah pulak. Tak cakap apa-apa seolah-olah tak dengar apa yang dikatakan Fendi.

" Hazman tahu tak?"

" Dah la. Aku penat. Jom balik blok. Tak larat," ajak Reza yang sudah mengubah topik perbualan. Fendi segera mengikut Reza untuk pulang ke blok mereka. Malam pun sudah semakin larut. Esok nak kena bangun awal.

Reza tidak bercakap dengan Fendi sepanjang berjalan menuju ke blok. Dia memilih untuk berbisik kepada dirinya sendiri. Suka kat Gee? Suka tu memanglah ada perasaan suka. Sayang tu..entahlah. Tapi seronok bila dapat berkawan dengan orang yang berlainan gender dan boleh bercerita sakan tentang apa sahaja. Is this love? 

***

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Kolej Gemilang berjalan dengan jayanya. Memang tak menang tangan para guru, ibu bapa dan juga pelajar yang lain. Dan seperti yang Adnin pernah kata, kebanyakkan daripada mereka boleh dikatakan anak orang berada. Selepas sesi pendaftaran, kesemua pelajar Tingkatan 4 dan ibu bapa masing-masing dikehendaki berada di Dewan Pujangga untuk mendengar sesi taklimat bersama Pengetua dan juga guru-guru yang lain.

" Iman! Puas aku cari kau. Jom makan!" ajak Farah.

" Oh, aku pun cari kau jugak. Amacam jaga registration? Best? " tanya Iman. Blazer sudah dibuka. Mati kepanasan jugak karang. Dah lah cuaca hari ni terik.

" Banyak lah kau punya best. Penat tahu tak. Ni rasa nak pengsan je. Tapi takpelah. Pengalaman. Bila lagi nak merasa."

" Jumpa junior dari sekolah dulu tak?"

" Ada. Tapi kebanyakkannya aku tak rapat. Biasalah, aku mana rapat dengan junior ni."

" Yang handsome-handsome jumpa?"

" Hahaha. Banyak lah kau punya handsome. Ada lah kut. Entah, aku pun tak usha sangat. Mana sempat cik Iman oii nak cuci mata. Ni kalau tahu dek Ben, mahu kita kena sound dengan dia."

" Alah, aku main je. Tak maksudkan betul-betul pun. Eh, jap. Aku nak.."

Kata-kata Iman terhenti di situ setelah disergah oleh Azah, Adnin dan Alex yang sudah selesai dengan tugas masing-masing.

" Azah, nasib baik aku takde sakit jantung. Kalau tak, lama dah aku mati katak kat sini tau," kata Farah.

" Isy kau ni. Ada pulak ke situ. Kau ni kut ye nak perli, jangan lah sampai ke situ," tutur Azah. Blazer yang dipakainya juga sudah dibuka.

" Tapi Zah, kena ingat. Kita semua akan mati. Tapi tak tahu bila. Entah-entah aku mati esok lusa ke, tahun depan ke..mana tahu," sengih Farah. " Nanti kalau aku mati, korang jangan rindu pulak kat aku. Nak nangis bagai nak rak. Tak dan aku nak pujuk korang semua. "

" Dah..dah.. Closed topic. Aku lapar ni. Dengar cerita hari ni makan nasi ayam," potong Iman. " Jom makan!"

Selepas kesemua mereka beratur mengambil makanan dan air, mereka memilih untuk duduk di meja yang terletak di bawah kipas. Biar sejuk sikit. Badan memang sudah basah lencun bermandi peluh. Mujur tak ramai orang yang makan. Mungkin masing-masing memilih untuk tidur di dalam blok sebab terlalu penat menolong adik-adik junior.

" Gee, Diyanah dengan Ben mana?" tanya Adnin.

" Gee bertugas koop. Diyanah dengan Ben tak tahu menghilang ke mana," jawab Alex sebelum membaca doa makan.

" Alhamdulillah, akhirnya... Kering tekak aku dari tadi," kata Iman selepas meneguk air sirap ais.

" Dah, makan. Karang kalau kau dok minum, kembung perut. Nanti mulalah merengek lapar," kata Farah.

Yang lain semua tersengih. Begitulah rutin mereka. Bila waktu makan, ada je benda yang ingin dibualkan. Bukannya berilmiah sangat pun. Lebih kepada sembang kosong. Takkan dua puluh empat jam asyik nak bercerita pasal pelajaran je.


***

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

No comments: