Saturday, August 27, 2011

Sudah ke penghujungnya..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan lagi umur untuk terus berada di alam ini.


Sedar atau tak, kita sudah ke penghujung bulan Ramadhan. Dan kini ramai yang dalam kalangan kita sudahpun sibuk untuk membuat persiapan raya. Sudah menjadi norma masyarakat di Malaysia, bila dah nak habis je bulan Ramadhan, masing-masing akan sibuk nak buat itu ini. Nak buat kuih raya lah, nak pergi beli baju raya, langsir baru, karpet baru, kasut baru. Pendek kata semua benda WAJIB baru. Realiti..


Dan bila bercakap tentang penghujung Ramadhan, timbul juga di hati aku.. Adakah amalan aku sepanjang Ramadhan ni diterima? Cukup ke amalan aku ni untuk buat saham kat akhirat kelak? Entahlah, aku sendiri tidak mengerti. Biar Allah SWT yang mengadili. Dia Maha Mengetahui segala isi hati..

Dan bercakap tentang penghujung Ramadhan ni juga, timbul persoalan di benak fikiranku.. Adakah aku akan dapat bertemu dengan Ramadhan lagi di masa akan datang? Persoalan ini sering menerjah fikiranku. Bukan apa, kita tak tahu bila kita akan meninggalkan alam fana' ini. Mungkin esok, mungki lusa atau mungkin juga bulan depan.. Siapa tahu?

Sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak sangat benda yang aku belajar, yang aku rasa tak mampu aku tulis. Benar kata orang, bulan Ramadhan ni bulan untuk kita mendidik diri kita. Bukan mendidik diri dengan ilmu duniawi, malah bermacam lagi.

Pada hemat aku, di bulan Ramadhan ini, benda yang aku banyak belajar. Belajar tentang erti sabar, syukur dan macam-macam lagi.

Dalam bulan Ramadhan ni jugak, banyak pengalaman yang aku rasa sangat seronok dan membawa erti kepada aku. Pergi solat terawih bersama sahabat, belajar bersama-sama, buat tadarus dalam halaqah, mengaji Al-Quran, iftar dan banyak lagi. Sangat seronok! Memang kalau nak diikutkan, benda-benda tu nampak macam biasa je, tapi jauh di sudut hati aku rasa ada satu perasaan yang sukar digambarkan.

Dalam bulan Ramadhan juga, aku dan para sahabat yang lain telah menduduki Peperiksaan Semester II kami. Apa yang aku nak cakap kat sini, aku rasa seronok jawab exam dalam bulan Ramadhan.

Mungkin sebab masa tu perut kita tengah berpuasa, jadi fokus yang diberikan ialah 100%.. (err..mungkin tidak kepada semua subjek, tapi berjaya tak tidur waktu exam lah). Pencapaian yang aku kira agak memberangsangkan bagi aku yang sangat suka tidur setiap kali exam, termasuklah SPM.

Aku harap, keputusan peperiksaan kali ini lebih baik berbanding yang sebelumnya. Aku sudah buat yang terbaik, dan kini hanya berserah kepada Allah SWT agar dapat memberi keputusan yang terbaik buat aku dan rakan-rakan yang lain.

Aku masih ingat lagi, seorang senior aku pernah berkata bahawa, kita sepatutnya doa yang terbaik, bukan doa untuk dapat A+ ke , doa nak 4 flat ke.. Sebabnya, kalau kita doa yang terbaik, Allah akan bagi keputusan yang Dia tahu paling baik untuk diri kita. Kalau dapat keputusan yang baik, Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin ada hikmah yang kita tak tahu. Mungkin sebab Allah nak uji kita. Cuba kalau Allah bagi kita keputusan yang cemerlang, mungkin dengan sebab itu, kita sudah menjadi seorang yang riak dan bongkak. Apa-apa pun, doa yang terbaik. Insya Allah.




Oh ya! Tak lupa juga, dengan ini aku ingin maklumkan bahawa kami semua akan menduduki MBBS Entrance Test pada 7-8 September 2011, yakni selepas sahaja cuti raya. Terkejut juga sebab aku memang takde buku. So tak tahulah otak ni masih lagi ingat ke tak silibus SPM. Hehehe. Kami semua tahu berita ni 3 hari yang lepas. Memang terkejut jugak lah. Buat lawak betul. Kami ingat lepas je habis final sem II, tak payah fikir pasal exam dah.. Ayoyo~

Apa-apa pun, doakan kejayaan kami ye. Insya Allah, kami akan berusaha sehabis baik. Benda ni bukannya boleh buat main. Kepada sahabat-sahabat dan cikgu-cikgu yang wish dan doakan kami, Jazakumullahu khairan kathira!!

Akhir kata, buat sahabat-sahabat MARA EXPRESS.. Bittaufiq Wannajah! Insya Allah, kita semua akan buat sehabis baik dan sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama!


Dan diharapkan juga, segala amalan di bulan Ramadhan ini akan dapat diteruskan di masa akan datang. Segala perubahan yang dilakukan harapnya dapat istiqamah. Insya Allah..

Sekian,

Wallahu'alam bissawab.

without wax,
haniyahaya :)

No comments: