Tuesday, August 23, 2011

Sahabat selamanya #14

Bab 14

Suara azan sudah kedengaran memecah sunyi Kolej Gemilang. Suara menyeru agar semua muslimin dan muslimat untuk menunaikan kewajipan bagi menghadap Yang Maha Esa.

Iman terus mengatur langkah keluar daripada perpustakaan kolej. Novel The Broker hasil karya John Grisham sudah dipulangkannya. Sudah seminggu dia pinjam. Dalam tempoh seminggu tu jugak lah dia sanggup stay up setiap malam semata-mata nak menghabiskan pembacaannya. Waktu riadah juga digunakan sebaiknya untuk meneruskan pembacaan. Dan kali ini dia meminjam sebuah lagi buku. Buku yang agak nipis dan tidak terlalu berat, Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung oleh Ir. Endok Sempo Mohd Tahir.

Iman memasukkan buku yang baru dipinjamnya ke dalam beg sandang hitam Nike. Badannya terasa letih. Dari pagi tadi sehingga sekarang, dia tidak punya masa untuk berehat. Segala urat-uratnya terasa lenguh. Hanya satu sahaja yang dia mahu-katil!

Namun tatkala mendengar seruan azan, hatinya terus memujuk untuk menuju ke Surau An-Nur, surau kolej. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki lain sudah bersiap sedia untuk ke surau.

Kalau ikutkan hati, nak je landing atas katil. Solat? Boleh sodom. Tapi, pahala tak sama kan kalau berjemaah? Iman terus memujuk hatinya untuk terus ke surau dahulu.

" Eh, Iman. Dari mana?" soal Ben yang baru selesai mengambil wudhuk.

" Library," jawab Iman ringkas sambil membuka stokingnya.

" Pinjam buku apa lagi kali ni?" tanya Ben lembut. Telekung sudah dicapai.

" Bagaimana akhirnya saya bertudung," jawab Iman sebelum kakinya melangkah ke bilik air.

" Oh, after nanti," kata Ben yang sudah cop awal-awal buku itu selepas dibaca oleh Iman.

" Hurm..okey," jawab Iman perlahan. Lengan bajunya sudah ditarik sehingga ke paras siku.


Usai sahaja solat Asar, kebanyakkan pelajar tidak terus bergerak menuju ke blok masing-masing. Sudah menjadi kebiasaan, ada sesi tazkirah yang akan disampaikan oleh para pelajar lelaki. Tazkirah yang disampaikan selalunya pendek sahaja, tidak terlalu berat tetapi cukup untuk mengingatkan diri sendiri serta sahabat yang lain.

" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita buka majlis kita pada petang ini dengan ummul kitab Al Fatihah...." kedengaran suara Hazman di hujung mikrofon.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di rumah Allah ini dan menunaikan solat fardhu Asar. Dan Alhamdulillah, kita juga dapat berkumpul bersama untuk mendengar tazkirah Asar. Kita sepatutnya bersyukur kerana tak semua sahabat kita yang lain dapat peluang macam kita," ujar Hazman yang sudah mula mengeluarkan butir bicara.

" Baiklah, untuk sesi tazkirah Asar kali ni, ana nak bercakap tentang adab menuntut ilmu. Sebenarnya kalau diikutkan memang banyak adab menuntut ilmu yang dianjurkan dalam Islam. Tapi untuk petang ni, ana nak tekankan satu je."

" Antara adab menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Kita pergi belajar ni, kita mesti set nawaitu kita. Kita kena set, kita belajar, datang sekolah ni semua bukan sebab nak lulus exam, nak dapat straight A+ dalam SPM, nak dapat scholar, nak dapat kerja besar, gaji besar.. Actually, tu semua tak penting. Yang paling penting niat kita menuntut ilmu tu mestilah kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

'Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun mengkehendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada api neraka. (HR Tarmizi)

Niat tu actually dia mainkan peranan yang penting dalam sesuatu amalan sebab semua amalan kita tu nanti akan dinilai oleh Allah.

So sekarang, kita kena set up balik niat kita. Cuba kita fikir balik, kita datang sini semata-mata kerana Allah atau sebab lain? Kita sama-sama muhasabah diri kita.

Itu sahaja daripada ana. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada Allah atas kelemahan diri ana. Dan buat para sahabat yang datang ke surau ni, diharapkan agar dapat sama-sama sebarkan kepada sahabat lain yang tak sempat datang ke sini.

Ingatlah, sabda Rasulullah SAW, 'Ballighu 'anni walau aayah.' Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.

Itu sahaja. Wallahu'alam. Kita tangguhkan majlis kita petang ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al- Asr."


Tazkirah pendek daripada Hazman, Exco Biro Agama, Dakwah dan Rohani yang juga merangkap Presiden BADAR memang santai sahaja petang itu. Tak meleret-leret. Kalau tak, memang otak Iman ni memang susah nak pick-up la.

Usai menggantung telekung, Iman terus mencapai beg sandangnya. Badannya terlalu letih lantas kakinya terus diatur menuju ke Blok Topaz.

" Hai Iman. Apasal ni? Penat gila aku tengok," sapa Farah yang sudah bersiap sedia untuk main basket ball.

" Memang penat gila. Aku nak landing je ni," kata Iman lalu dihempaskan badannya ke atas katil. Lega! Tudungnya ditarik dan diletakkan di penjuru kiri katil.

" Eh, Iman. Hang nak tido ka?" tanya Alex yang sudah memakai tuala di pinggang bagi menggantikan kain sekolah.

" Ha'ah. Kejut aku pukul 6. Tak larat lah," kata Iman.

" Tak makan ke?" tanya Alex lagi. Baldi merah yang penuh dengan baju sudah berada di tangannya bersama sabun basuh baju.

" Tak. Tolong tapaukan," pinta Iman.

" Okey."



" Iman tak makan ke Alex?" tanya Ben yang sudah bersiap untuk makan malam di DM.

" Tak. Penat sangat dia tu. Mintak tolong tapau," jawab Alex sambil mencapai bekas makanan plastik. " Menu hari ni apa? Kau dah tengok?"

" Dah. Ikan keli. Tu pasal aku ajak kau pergi cepat. Karang ikan keli tu habis. Kempunan kita karang. Nangis tak berlagu lah gamaknya," sengih Ben.

" Iye..iye. Jom!"

Dua sahabat itu segera berjalan menuju ke DM. Menu hari ini ikan keli. Pasti ramai yang akan beratur untuk makan. Maklum sahajalah, ikan keli tu dua minggu sekali baru dapat peluang makan. Sesuatu yang jarang. Jadi memang ramai yang menanti kalau menu makan malam hari tu ikan keli.



Prep malam di kelas 5 Aman seerti kebiasaannya memang riuh-rendah. Masing-masing ada je benda yang nak dibualkan. Namun, Iman masih lagi menyambung tidurnya. Masuk je kelas, terus landing kat tempat duduknya. Farah pun malas nak kacau. Faham sangat dengan Iman. Memang minggu ni Iman banyak kerja. Nak urus itu ini. Memang tak menang tangan. Kadang-kadang timbul juga rasa kesian kat Iman.

" Iman, amboi cik kak ni. Tidur pulak dia," sapa Fathi.

Iman terjaga dari lena.

" Kau ni Fathi. Kot ye pun, bagi lah salam dulu ke? Sembah hormat dulu ke? Ni tak..pakai main redah je. Nasib aku tak de sakit jantung tau. Kalau tak, alamatnya memang aku tak bangun dah," tutur Iman.

" Amboi, banyak cantik muka kau. Apa kau ingat mandat besar apa?" senyum Fathi.

" Hahaha. Memang. Ni apahal kejut aku ni? Potong stim betul," tanya Iman kembali.

" Surat yang aku mintak kau buat kau dah hantar kat pengetua?"

" Dah. Tunggu lulus je."

" Great! Kau memang terbaik lah Iman!"

" Tu je ke kau nak cakap? Baik kau cakap kat Farah ni ke? Kau SMS aku ke? Hish.." rengus Iman.

" So that kau boleh sambung tidur. Haiya Iman. Udah..udah lah tidur tu. Kau punya homework dah siap ke?"

" Dah." Iman terus membuat muka. Memang pantang betul orang kacau dia tidur. Tapi nasiblah si Fathi ni bos aku. Kalau tak, memang aku fire je.

" Bagus lah. Dah. Tak payah buat muka dengan aku macam tu. Buruk benor aku tengok. Baik kau study. Esok kan kuiz Maths."

"Hurm..okay, okay," ujar Iman perlahan. Fathi berlalu pergi ke tempat duduknya.

" Huish, macam mak nenek," rungut Iman perlahan. Buku latihan Matematik Moden dikeluarkan bersama kalkulator.

Farah di sebelahnya hanya tersengih. " Ala Iman, kira okey lah tu. Nasib dia tak bersyarah dengan kau. Kalau tak, lagi horror."


Habis sahaja waktu prep, Zul datang ke tempat Iman.

" Iman, pinjam notes Bio kau," pinta Zul.

" Kau ni tak de kerja lain eh? Asyik dok pinjam nota aku je kerjanya," sengih Iman yang sudah mengemaskan barangnya dan bersedia untuk pulang ke blok.

" Alah, Iman. Kau kan baik hati," pujuk Zul.

" Nah lah. Haih kau ni. Aku rasa lah kan, dua tahun jadi classmate kau. Dua tahun tu jugaklah aku jadi supplier homework kau."

"Biasalah tu Iman. Kau macam tak kenal si Zul ni," sampuk Syed yang kini berada di sebelah Zul.

" Alah Syed. Kau pun sama je," sambung Farah. " Pendek kata, korang satu geng ni sama je. Tu nak nak si Pa'an. Lagi lah."

Mereka berempat ketawa.

"Korang dah nak balik dah ke?" soal Zul selepas Iman menghulurkan buku nota Biology miliknya.

" Yup! Takkan nak beradu di sini wahai encik Syed oii.. Agak-agaklah bro," perli Iman. Farah dan Iman kemudiannya keluar daripada kelas. Zul dan Syed pun mengekori mereka.

" Manalah tahu kan Iman. Kot-kot kau nak tidur sini. Kau tu tadi kan dah bantai tidur masa prep," gelak Syed lagi.

" Dah, dah. Korang ni kalau tak membahan aku tak sah," pantas Iman memotong. Karang lagi teruk dia kena. Masak sangat dengan perangai mereka.

"Iman, kau nak makan supper tak?" soal Farah.

" Tak tahu. Hari ni makan apa?" jawab Iman.

" Tak sure lagi. Mihun sup rasanya."



" Kau buat apa Zul? Stay up ke malam ni?" soal Hazman yang baru sahaja masuk ke dalam bilik B11 itu.

" Salin nota Bio. Sikit je lagi. Lepas ni aku tidur lah," jawab Zul. Jam tangan sudah menunjukkan angka 1.30 pagi.

" Jangan kau tidur lambat sangat sudah. Nanti karang esok liat aku nak kejut Subuh," kata Hazman lagi.

" Ye..ye.. eh, Afiq mana?" tanya Zul lagi.

" Entah, tak tahu aku."

Reza kemudiannya masuk ke dalam bilik.

" Ada nampak Afiq tak?" soal Zul.

" Apa lagi..halau nyamuk la," jawab Reza. Badannya sudah baring di atas katil. Penat sungguh hari ni.

Hazman dan Zul menggeleng kepala. Macam mana nak nasihat kawan yang sorang ni? Kejap okey, kejap tak.

***
Smoking isn't sexy.


nota kaki :
1. Sodom = solat dalam dorm. Istilah yang biasanya digunakan oleh pelajar berasrama untuk situasi solat di dalam dorm masing-masing.

2. Untuk membaca artikel dengan lebih lanjut tentang Adab Menuntut Ilmu, sila klik di sini.

3. Tasbih Kaffarah merupakan bacaan yang lazim dibaca selepas majlis ilmu. Ramai orang menganggap ianya tasbih Kifarah, namun harus diingat. Yang sebetulnya ialah Kaffarah kerana kifarah bermaksud denda. Sila klik di sini untuk pemahaman yang lebih jelas.


2 comments:

aqu hanya seorang penulis said...

pnulisan yg kemas dan ilmiah...

kalo niat krna Allah taala ,kite cenderung untuk istiqamah atau konsisten dlm blaja kn..

haniyahaya :) said...

aqu hanya seorang penulis : terima kasih banyak2! Ala, nak compare dengan kau, kau punya ayat lagi power..

betul cakap kau, kalau niat kerana Allah, Insya Allah..belajar tu mesti okey punya :D