Sunday, August 7, 2011

Sahabat selamanya #13

Bab 13

Bilik B11

" Aduyai! Penat gila aku hari ni.. Baru first day masuk kelas, letih gila. Tak payah cakap penatnya.."keluh Afiq.

" Betul, betul. Kau tengok jadual kita. Padat gila. Aku rasa takde can lah kita nak main," sokong Fendi.

" Aku dah tengok jadual kita. Aku rasa first sem okey lagi kut. Tengoklah nanti bila masuk second sem. Harap maaf lah kita nak bersuka ria," rungut Afiq lagi yang sudah menghempaskan badan ke atas katil miliknya.

" Betul. Tapi kitorang yang MPP ni kau jangan cakaplah. Aku rasa aku dah boleh jadi duta PBB dah ni. Asyik dok ke hulu ke hilir. Kerja aku tu ha.. Dah kalah Gunung Everest. Nak kena handle Hari Anugerah Akademik la, handle kem itulah. Macam-macam. Tapi nak buat macam mana. Tanggungjawab kan," ujar Fendi yang sudah bersandar di tepi katil Hazman.

" Banyak lah kau punya duta PBB Fendi oii. Kau ingat Ban Ki-moon nak kau jadi duta dorang. Perasan gila," sengih Afiq.

" La, ni apahal pulak masuk Ban Ki-moon. Kau ni.. Haru betul," senyum Fendi.

" Ni macam mana kau nak layan bola?" tanya Afiq lagi.

" Tara hal. Pandai lah nanti aku main.. Mesti boleh punya. Tak kira. Cuti duduk rumah hari tu buat aku rindu kat padang kolej tahu?" gelak Fendi.

" Aku tahu lah kau Exco Sukan. Kau ni pun.. Semangat patriotik sungguh dekat kolej. Sesuai sangat kau jadi Exco Sukan."

" Tengok orang la bro. Hehehe."

Tiba-tiba pintu bilik B11 terkuak. Bau aroma mi segera perasa tomyam semerbak di seluruh bilik itu. Pa'an, Zul dan Syed terus masuk ke dalam bilik setelah memberi salam. Tangan masing-masing memegang Maggi Hot Cup perasa tomyam. Kelihatan asap nipis mi segera keluar.

" Ai..Maggi je ke? Lain tak de ke?" soal Fendi yang menerima bekas Maggi Hot Cup miliknya yang dihulur Pa'an.

" Amboi, demand tinggi eh kau. Mana nak carik lagi makanan? Kira syukurlah ni ada benda boleh buat alas perut. Tadi masa supper kan dah bantai makan kat kafe. Kau ni.. Dasar piranha sungguh," kata Pa'an yang mengacau mi segera dengan garfu plastik kuning.

" Kira okeylah ni. Aku punya stok haritu tertinggal dalam kereta. Lupa gila nak bawak. Ruski pulak tu. Sabar jelah," sambung Zul. Asap mi segera masih lagi berkepul-kepul kelihatan, menipis dan kemudiannya menghilang.

" Dah..dah. Makan. Kalau tak nak, pass kat aku je," kata Syed yang sudah separuh mi segeranya habis.

Pecah ketawa mereka sebilik.

" So, macam mana first week?" soal Afiq.

" Aku rasa lepas ni aku nak start balik main basket. Lama gila kot tak main. Cuti haritu berapa kali sangat sempat main," jawab Zul.

" Kau sekarang dah jadi Presiden Kelab Basket Ball kan? Untunglah,sebabnya.." tutur Pa'an.

" Lepas ni apa?" soal Zul. Pelik.

" Jadi hot stuff lah kau."

" Hahaha~ Apekehal pulak hot stuff? Ingat aku ni apa? Menang Oscar?" soal Zul lagi. Ketawanya masih lagi bersisa.

" Yelah, selama ni Pres Basket Ball Club kan hot stuff. Semua perempuan gilakan kau nanti woi," ujar Pa'an.

" Ah, sudahlah kau Pa'an. Banyak lah kau punya hotsetap. Aku luku jugak kau karang."

Tiba-tiba..

" Assalamualaikum!" sapa Ilham dan Reza. Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik B11 yang sudah kelihatan meriah dengan ramai ahli. Jamuan mi segera lah katakan. Mana taknya.

" Wa'alaikumussalam. Amboi Reza! Banyak makanan. Kau borong mana ni ha?"soal Syed yang sudah habis mi segera.

Reza dan Ilham terus duduk di lantai. Bungkusan roti john diletakkan di atas lantai dan dibuka.

" Kirim kat cikgu Siti. Kau ni..takkan lah aku nak terbang pulak kan malam-malam cenggini," ujar Reza.

" Baik cikgu Siti dengan kau. Mentang-mentang kau anak homeroom kesayangan dia," kata Afiq.

" Hehehe. Tengoklah. Ni Reza okey? Tak de lah. Tadi aku gi tolong dia kat bilik guru dengan Ilham. Pastu dia kata nak pergi keluar. Tu yang kitorang kirim tu. Ni lepas prep tadi baru dapat. Pastu aku melencong kejap gi bilik gerakan pengawas. Ada hal sikit," seloroh Reza lagi.

" Oh, padanlah."

" Eh, mana Halim? Tak nampak pun dia," soal Ilham.

" Entahlah. Dari tadi aku tak nampak dia. Balik prep, terus lesap," ujar Zul.

" Ha, takpelah. Jap aku pergi carik kat bilik dia," kata Reza lalu bingkas bangun untuk mencari Halim.

***

" Happy birthday Adnin!!" ucap mereka sekelas.

Riuh rendah prep malam kelas 5 Aman malam tu. Hari ni hari jadi Adnin. Memang Farah dengan Iman dah plan nak sambut birthday Adnin. Kek yang dipesan melalui Cikgu Aini kini berada betul-betul di hadapan Adnin. Adnin seolah-olah tidak percaya. Masakan tidak. Elok je tengah khusyuk buat latihan Add Maths tiba-tiba blackout. Alih-alih tengok, Farah dah bawak kek letak depan dia sementara ahli kelas yang lain nyanyi lagu 'Happy birthday' untuk dia.

" Thanks korang. Ingat juga kat aku ye?" gelak Adnin sambil memotong kek untuk diagihkan kepada mereka yang lain.

" Your welcome. Ha, apa lagi Nin. Cepatlah potong, kau ni.. Aku lapar dah ni," acah Zul.

" Potong biar elok. Kau tu dah anak dara," perli Pa'an.

" Iyelah. Aku tahu. Korang berdua ni tengok aku gaya aku ni macam tak reti potong kek kan?" balas Adnin.

" Kut la kau nak pakai gergaji ke. Mana tahu kan," sampuk Fendi pula.

Yang lain hanya ketawa. Macam-macam. Tapi semua tu langsung tak diambil pusing. Alah bisa tegal biasa. Semua dah masak dengan perangai ahli kelas tu. Yang sorang ni tak boleh tengok darah, yang sorang ni takut serangga, sorang tu suka melatah, yang sorang ni suka jadi radio terhormat kelas dan macam-macam lagi. Tu belum campur yang takut kucing, suka mengunyah dalam kelas dan macam-macam lagi ragam budak kelas 5 Aman yang sudah seperti sebuah keluarga yang besar.

" Halim, kau kenapa ni? Ada masalah ke?" soal Iman yang sudah duduk bertentangan dengan Halim. Muka Halim kelihatan sugul. Apakah puncanya? Gaduh dengan geng? Tak mungkin. Makwe lari? Lagi lah mustahil. Halim bukan jenis bercakap dengan perempuan sangat melainkan dengan budak kelas tu je.

" Eh, tak ada apa lah Iman oi," jawab Halim.

" Tak payah tipu aku lah. Muka kau tu dah macam rupa apa je aku tengok. Asal? Ada problem ke?" soal Iman lagi.

" Tak,"

" Halim, kita ni dah macam satu family. Dengan aku pun kau nak berahsia eh? Cerita je lah. Apasal? Family problem?"

Haila Iman ni. Kau pakai aura apa ha sampai boleh hebat bab tilik-menilik ni, bisik hati kecil Halim.

" Takde. Aku just risau pasal ayah aku. That's all."

" Kenapa dengan ayah kau?"

" Ingat tak yang last year aku cerita kat kau, Farah dengan Afiq pasal ayah aku tak berapa nak sihat tu?"

" Ha, ingat. Apasal? Ayah kau sakit lagi ke?"

" Yup. Tu yang aku risau tu. Dah try berubat, tapi entahlah Iman."

" Takpe, Lim. Apa yang penting, kau doakan supaya ayah kau boleh sembuh. Aku pun kalau ditanya pasal benda-benda macam tu memang bukan bidang aku lah kan. Tapi apa-apa pun, kau jangan putus asa. Doa yang terbaik untuk ayah kau. Insya Allah, nanti sihatlah ayah kau," ujar Iman lembut.

" Thanks, Iman. Insya Allah."

" Ha, ni apasal ni? Sesi bicara hati ke apa?" sapa Farah yang tiba-tiba muncul dari arah mana entah.

" Tak. Ni Halim. Ada ke patut suruh aku pergi ambilkan kek untuk dia. Ingat aku ni bibik dia apa," sengih Iman.

" Amboi, Iman. Ha, tapi sesuai apa kau jadi bibik aku," gelak Halim. Suasana kembali ceria semula.

" Banyak lah kau. Mandat besar kau ye? Sekali aku backhand karang," tutur Iman.

" Aku bukak jurus aku," gelak Halim lagi.

" Ah, sudah. Tak payah nak bertekak lagi dah. Ha, Halim. Ni kek untuk kau. Iman, kau punya kita share boleh? Aku tak larat dah nak habiskan," kata Farah.

" Okay. Tak kesah," ujar Iman.

" Thanks, Farah," kata Halim yang sudah menyambut pinggan kertas berisi kek yang dihulur oleh Farah.

***

" Ha.. gitulah ceritanya. Kesiankan?" kata Iman yang sudah habis bercerita tentang kisah ayah Halim. Pocoyyo dipeluk erat.

" Kesian dekat dia. Dah lah tahun ni SPM," kata Diyanah yang duduk bersebelahan dengan Iman di atas katil.

" Betul. Kena kuat. Tak boleh down," ujar Ben pula.

" Patutlah Halim nampak macam tak banyak sangat cakap dengan geng dia," respon Farah.

" Taklim!" jerit Nadzirah, Dorm Captain (DC) blok mereka.

" Dah, jom taklim!" ajak Ben yang sudahpun berdiri mencapai tudung bawal hitam bidang 50.

Alex yang baru sahaja keluar dari bilik air terus berlari menuju ke bilik T10.

" Alex, cepat! Sempat lagi kau basuh baju ye?" sapa Diyanah.

" Ha, aku tahu. Sat na," kata Alex yang masih lagi memakai tuala sebagai ganti seluar. Seluar tidur pijama bercorak polka dots terus dicapai dan disarung. Jumper hitamnya terus disarungkan ke tubuh dan tudung bawal putih dipakai. Gasaklah. Selekeh ke apa ke. Bukannya ada orang nak tengok. Janji hati ikhlas nak baca Surah Al-Mulk malam ni.

" Wei Iman. Malam ni bilik mana conduct?" soal Azah yang baru sahaja keluar dari biliknya, T06.

" Bilik kau lah. Kau dah ready ke belum?" soal Iman.

" Alamak, aku lupa. Iman, macam mana ni?" soal Azah yang sudah mula gelabah. Macamlah Kolej Gemilang tu nak meletup kena bom atom.

" Azah, chill. Kau bagi je lah tazkirah apa-apa pun. Kau ingat tak haritu aku pernah fowardkan email kat kau masa cuti lepas? Kau bagi jelah yang tu," syor Iman.

" Ha! Ingat-ingat. Thanks Iman! You are my saviour," sengih Azah.

Mereka berdua berjalan beriringan ke common room.

Setelah kesemua ahli blok Topaz ada, Azah memulakan majlis taklim.

" Kita mulakan majlis taklim kita dengan ummul furqan Al-Fatihah," ujar Azah lembut.

Kesemua ahli blok Topaz membaca surah Al Fatihah dan juga Al Mulk serta zikir-zikir yang lain.

Usai membaca semua itu, Azah bangun untuk menyampaikan tazkirah.

" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baiklah, pada hari ini, saya akan menyampaikan tazkirah mengenai perubahan. Ya, perubahan. Perubahan ni dia ada dua jenis. Satu berubah ke arah yang positif, satu lagi ke arah negatif.

Tapi, malam ni saya nak fokuskan satu je. Perubahan ke arah yang positif. Tapi kita selalu dengar, kalau nak berubah ke arah yang postif ni mesti susah bebanding ke arah negatif. Betul tak?" tanya Azah.

Kedengaran suara-suara yang mengiyakan tanda menyokong.

" Memang saya akui, untuk berubah ke arah yang positif ni bukan senang sebabnya syaitan ni memang tak suka kalau manusia ni nak berubah ke arah yang lebih baik. Macam-macam benda yang dia akan hasut kita. Bukan setakat syaitan, kadang-kadang ada juga manusia yang selalu pandang serong kepada orang yang nak berubah ni. Nanti mula lah ada ejekan atau pun umpatan daripada mereka-mereka ini.

Kita ambil contoh yang mudah, solat Subuh. Saya akui, saya ni memang liat bebenor nak pergi solat Subuh, apatah lagi kalau kat surau nak berjemaah tu kan. Tapi bila dah masuk kat kolej ni, saya bersyukur sangat-sangat. Bukan apa, kalau dulu solat Subuh tu bukan takat subuh gajah, dah sampai tahap subuh T-Rex pun ada. Tapi, alhamdulillah. Bila masuk sini, berjaya juga bangun pagi untuk solat Subuh berjemaah even masa awal-awal tu liat betul nak bangun pagi.

Tu antara contoh mudah yang saya dapat kaitkan. Banyak lagi contoh yang kita boleh ambil. Contohnya macam pakai tudung. Kalau dulu kita ni jenis yang free hair, kita boleh berubah untuk try pakai tudung. Jangan hiraukan apa orang kata. Apa yang penting, kita ikhlas. Perubahan tu kita mesti buat secara ikhlas, baru lah ada keberkatan dan berkekalan. Kalau setakat nak SPM baru nak buat, memang susah benda tu nak kekal.

Jadi, apa-apa pun. Saya harap kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik. Tak perlu buat benda besar-besar. Perubahan tu biarlah bermula daripada yang kecil, tapi kita nampak hasilnya dan hasil tu Insya Allah akan berkekalan. Jangan sebab tahun ni kita SPM, kita mula nak berubah. Nak buat itu ini, okey? Baiklah, sekian sahaja daripada saya. Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu datangnya daripada Allah namun atas kekurangan diri ini. Wallahu'alam," tutur Azah sebelum mengakhiri tazkirahnya.

***

Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal. Perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu adalah lakonan.