Saturday, August 27, 2011

Sudah ke penghujungnya..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan lagi umur untuk terus berada di alam ini.


Sedar atau tak, kita sudah ke penghujung bulan Ramadhan. Dan kini ramai yang dalam kalangan kita sudahpun sibuk untuk membuat persiapan raya. Sudah menjadi norma masyarakat di Malaysia, bila dah nak habis je bulan Ramadhan, masing-masing akan sibuk nak buat itu ini. Nak buat kuih raya lah, nak pergi beli baju raya, langsir baru, karpet baru, kasut baru. Pendek kata semua benda WAJIB baru. Realiti..


Dan bila bercakap tentang penghujung Ramadhan, timbul juga di hati aku.. Adakah amalan aku sepanjang Ramadhan ni diterima? Cukup ke amalan aku ni untuk buat saham kat akhirat kelak? Entahlah, aku sendiri tidak mengerti. Biar Allah SWT yang mengadili. Dia Maha Mengetahui segala isi hati..

Dan bercakap tentang penghujung Ramadhan ni juga, timbul persoalan di benak fikiranku.. Adakah aku akan dapat bertemu dengan Ramadhan lagi di masa akan datang? Persoalan ini sering menerjah fikiranku. Bukan apa, kita tak tahu bila kita akan meninggalkan alam fana' ini. Mungkin esok, mungki lusa atau mungkin juga bulan depan.. Siapa tahu?

Sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak sangat benda yang aku belajar, yang aku rasa tak mampu aku tulis. Benar kata orang, bulan Ramadhan ni bulan untuk kita mendidik diri kita. Bukan mendidik diri dengan ilmu duniawi, malah bermacam lagi.

Pada hemat aku, di bulan Ramadhan ini, benda yang aku banyak belajar. Belajar tentang erti sabar, syukur dan macam-macam lagi.

Dalam bulan Ramadhan ni jugak, banyak pengalaman yang aku rasa sangat seronok dan membawa erti kepada aku. Pergi solat terawih bersama sahabat, belajar bersama-sama, buat tadarus dalam halaqah, mengaji Al-Quran, iftar dan banyak lagi. Sangat seronok! Memang kalau nak diikutkan, benda-benda tu nampak macam biasa je, tapi jauh di sudut hati aku rasa ada satu perasaan yang sukar digambarkan.

Dalam bulan Ramadhan juga, aku dan para sahabat yang lain telah menduduki Peperiksaan Semester II kami. Apa yang aku nak cakap kat sini, aku rasa seronok jawab exam dalam bulan Ramadhan.

Mungkin sebab masa tu perut kita tengah berpuasa, jadi fokus yang diberikan ialah 100%.. (err..mungkin tidak kepada semua subjek, tapi berjaya tak tidur waktu exam lah). Pencapaian yang aku kira agak memberangsangkan bagi aku yang sangat suka tidur setiap kali exam, termasuklah SPM.

Aku harap, keputusan peperiksaan kali ini lebih baik berbanding yang sebelumnya. Aku sudah buat yang terbaik, dan kini hanya berserah kepada Allah SWT agar dapat memberi keputusan yang terbaik buat aku dan rakan-rakan yang lain.

Aku masih ingat lagi, seorang senior aku pernah berkata bahawa, kita sepatutnya doa yang terbaik, bukan doa untuk dapat A+ ke , doa nak 4 flat ke.. Sebabnya, kalau kita doa yang terbaik, Allah akan bagi keputusan yang Dia tahu paling baik untuk diri kita. Kalau dapat keputusan yang baik, Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin ada hikmah yang kita tak tahu. Mungkin sebab Allah nak uji kita. Cuba kalau Allah bagi kita keputusan yang cemerlang, mungkin dengan sebab itu, kita sudah menjadi seorang yang riak dan bongkak. Apa-apa pun, doa yang terbaik. Insya Allah.




Oh ya! Tak lupa juga, dengan ini aku ingin maklumkan bahawa kami semua akan menduduki MBBS Entrance Test pada 7-8 September 2011, yakni selepas sahaja cuti raya. Terkejut juga sebab aku memang takde buku. So tak tahulah otak ni masih lagi ingat ke tak silibus SPM. Hehehe. Kami semua tahu berita ni 3 hari yang lepas. Memang terkejut jugak lah. Buat lawak betul. Kami ingat lepas je habis final sem II, tak payah fikir pasal exam dah.. Ayoyo~

Apa-apa pun, doakan kejayaan kami ye. Insya Allah, kami akan berusaha sehabis baik. Benda ni bukannya boleh buat main. Kepada sahabat-sahabat dan cikgu-cikgu yang wish dan doakan kami, Jazakumullahu khairan kathira!!

Akhir kata, buat sahabat-sahabat MARA EXPRESS.. Bittaufiq Wannajah! Insya Allah, kita semua akan buat sehabis baik dan sama-sama kita doakan kejayaan kita bersama!


Dan diharapkan juga, segala amalan di bulan Ramadhan ini akan dapat diteruskan di masa akan datang. Segala perubahan yang dilakukan harapnya dapat istiqamah. Insya Allah..

Sekian,

Wallahu'alam bissawab.

without wax,
haniyahaya :)

Friday, August 26, 2011

Pembetulan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hello guys!

Okay, for this post, I just want to make it short but clear enough so that you guys will understand for what I'm going to say..

About my previous entry: Bone Marrow or Cord Blood Transplan dan Solat Dhuha.. Sebenarnya ada sedikit pembetulan di situ.. (kalau belum baca, sila baca entri tu dulu.. hehehe)

Sekarang ni, doktor dah tak guna bone marrow transplant. Namun, apa yang mereka lakukan ialah mereka akan ambil darah daripada penderma yang match dan mesin yang akan asingkan darah itu mengikut komponennya. Stem sel yang akan ditransplantkan kepada pesakit tu will be extracted oleh mesin.

Dan sebenarnya juga, bone marrow ini agak sakit sedikit. Jadi, besar kemungkinan doktor sudah tidak lagi memilih rawatan jenis ini.

Maaflah bagi salah informasi kepada anda semua. Maklum sahajalah, aku ni belum lagi masuk lagi tahun pertama dalam bidang perubatan, tapi bajet gila bercakap pasal benda yang aku pun tak tahu sebenarnya. Hahaha~

Apapun, terima kasih kepada saudari Fateh atas pembetulan itu. Jazakillah!

Sebelum itu, terimalah serangkap pantun dari diri ini.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Wallahu'alam.

without wax,

haniyahaya :)



Tuesday, August 23, 2011

Sahabat selamanya #14

Bab 14

Suara azan sudah kedengaran memecah sunyi Kolej Gemilang. Suara menyeru agar semua muslimin dan muslimat untuk menunaikan kewajipan bagi menghadap Yang Maha Esa.

Iman terus mengatur langkah keluar daripada perpustakaan kolej. Novel The Broker hasil karya John Grisham sudah dipulangkannya. Sudah seminggu dia pinjam. Dalam tempoh seminggu tu jugak lah dia sanggup stay up setiap malam semata-mata nak menghabiskan pembacaannya. Waktu riadah juga digunakan sebaiknya untuk meneruskan pembacaan. Dan kali ini dia meminjam sebuah lagi buku. Buku yang agak nipis dan tidak terlalu berat, Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung oleh Ir. Endok Sempo Mohd Tahir.

Iman memasukkan buku yang baru dipinjamnya ke dalam beg sandang hitam Nike. Badannya terasa letih. Dari pagi tadi sehingga sekarang, dia tidak punya masa untuk berehat. Segala urat-uratnya terasa lenguh. Hanya satu sahaja yang dia mahu-katil!

Namun tatkala mendengar seruan azan, hatinya terus memujuk untuk menuju ke Surau An-Nur, surau kolej. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki lain sudah bersiap sedia untuk ke surau.

Kalau ikutkan hati, nak je landing atas katil. Solat? Boleh sodom. Tapi, pahala tak sama kan kalau berjemaah? Iman terus memujuk hatinya untuk terus ke surau dahulu.

" Eh, Iman. Dari mana?" soal Ben yang baru selesai mengambil wudhuk.

" Library," jawab Iman ringkas sambil membuka stokingnya.

" Pinjam buku apa lagi kali ni?" tanya Ben lembut. Telekung sudah dicapai.

" Bagaimana akhirnya saya bertudung," jawab Iman sebelum kakinya melangkah ke bilik air.

" Oh, after nanti," kata Ben yang sudah cop awal-awal buku itu selepas dibaca oleh Iman.

" Hurm..okey," jawab Iman perlahan. Lengan bajunya sudah ditarik sehingga ke paras siku.


Usai sahaja solat Asar, kebanyakkan pelajar tidak terus bergerak menuju ke blok masing-masing. Sudah menjadi kebiasaan, ada sesi tazkirah yang akan disampaikan oleh para pelajar lelaki. Tazkirah yang disampaikan selalunya pendek sahaja, tidak terlalu berat tetapi cukup untuk mengingatkan diri sendiri serta sahabat yang lain.

" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita buka majlis kita pada petang ini dengan ummul kitab Al Fatihah...." kedengaran suara Hazman di hujung mikrofon.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di rumah Allah ini dan menunaikan solat fardhu Asar. Dan Alhamdulillah, kita juga dapat berkumpul bersama untuk mendengar tazkirah Asar. Kita sepatutnya bersyukur kerana tak semua sahabat kita yang lain dapat peluang macam kita," ujar Hazman yang sudah mula mengeluarkan butir bicara.

" Baiklah, untuk sesi tazkirah Asar kali ni, ana nak bercakap tentang adab menuntut ilmu. Sebenarnya kalau diikutkan memang banyak adab menuntut ilmu yang dianjurkan dalam Islam. Tapi untuk petang ni, ana nak tekankan satu je."

" Antara adab menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Kita pergi belajar ni, kita mesti set nawaitu kita. Kita kena set, kita belajar, datang sekolah ni semua bukan sebab nak lulus exam, nak dapat straight A+ dalam SPM, nak dapat scholar, nak dapat kerja besar, gaji besar.. Actually, tu semua tak penting. Yang paling penting niat kita menuntut ilmu tu mestilah kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

'Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun mengkehendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada api neraka. (HR Tarmizi)

Niat tu actually dia mainkan peranan yang penting dalam sesuatu amalan sebab semua amalan kita tu nanti akan dinilai oleh Allah.

So sekarang, kita kena set up balik niat kita. Cuba kita fikir balik, kita datang sini semata-mata kerana Allah atau sebab lain? Kita sama-sama muhasabah diri kita.

Itu sahaja daripada ana. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada Allah atas kelemahan diri ana. Dan buat para sahabat yang datang ke surau ni, diharapkan agar dapat sama-sama sebarkan kepada sahabat lain yang tak sempat datang ke sini.

Ingatlah, sabda Rasulullah SAW, 'Ballighu 'anni walau aayah.' Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.

Itu sahaja. Wallahu'alam. Kita tangguhkan majlis kita petang ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al- Asr."


Tazkirah pendek daripada Hazman, Exco Biro Agama, Dakwah dan Rohani yang juga merangkap Presiden BADAR memang santai sahaja petang itu. Tak meleret-leret. Kalau tak, memang otak Iman ni memang susah nak pick-up la.

Usai menggantung telekung, Iman terus mencapai beg sandangnya. Badannya terlalu letih lantas kakinya terus diatur menuju ke Blok Topaz.

" Hai Iman. Apasal ni? Penat gila aku tengok," sapa Farah yang sudah bersiap sedia untuk main basket ball.

" Memang penat gila. Aku nak landing je ni," kata Iman lalu dihempaskan badannya ke atas katil. Lega! Tudungnya ditarik dan diletakkan di penjuru kiri katil.

" Eh, Iman. Hang nak tido ka?" tanya Alex yang sudah memakai tuala di pinggang bagi menggantikan kain sekolah.

" Ha'ah. Kejut aku pukul 6. Tak larat lah," kata Iman.

" Tak makan ke?" tanya Alex lagi. Baldi merah yang penuh dengan baju sudah berada di tangannya bersama sabun basuh baju.

" Tak. Tolong tapaukan," pinta Iman.

" Okey."



" Iman tak makan ke Alex?" tanya Ben yang sudah bersiap untuk makan malam di DM.

" Tak. Penat sangat dia tu. Mintak tolong tapau," jawab Alex sambil mencapai bekas makanan plastik. " Menu hari ni apa? Kau dah tengok?"

" Dah. Ikan keli. Tu pasal aku ajak kau pergi cepat. Karang ikan keli tu habis. Kempunan kita karang. Nangis tak berlagu lah gamaknya," sengih Ben.

" Iye..iye. Jom!"

Dua sahabat itu segera berjalan menuju ke DM. Menu hari ini ikan keli. Pasti ramai yang akan beratur untuk makan. Maklum sahajalah, ikan keli tu dua minggu sekali baru dapat peluang makan. Sesuatu yang jarang. Jadi memang ramai yang menanti kalau menu makan malam hari tu ikan keli.



Prep malam di kelas 5 Aman seerti kebiasaannya memang riuh-rendah. Masing-masing ada je benda yang nak dibualkan. Namun, Iman masih lagi menyambung tidurnya. Masuk je kelas, terus landing kat tempat duduknya. Farah pun malas nak kacau. Faham sangat dengan Iman. Memang minggu ni Iman banyak kerja. Nak urus itu ini. Memang tak menang tangan. Kadang-kadang timbul juga rasa kesian kat Iman.

" Iman, amboi cik kak ni. Tidur pulak dia," sapa Fathi.

Iman terjaga dari lena.

" Kau ni Fathi. Kot ye pun, bagi lah salam dulu ke? Sembah hormat dulu ke? Ni tak..pakai main redah je. Nasib aku tak de sakit jantung tau. Kalau tak, alamatnya memang aku tak bangun dah," tutur Iman.

" Amboi, banyak cantik muka kau. Apa kau ingat mandat besar apa?" senyum Fathi.

" Hahaha. Memang. Ni apahal kejut aku ni? Potong stim betul," tanya Iman kembali.

" Surat yang aku mintak kau buat kau dah hantar kat pengetua?"

" Dah. Tunggu lulus je."

" Great! Kau memang terbaik lah Iman!"

" Tu je ke kau nak cakap? Baik kau cakap kat Farah ni ke? Kau SMS aku ke? Hish.." rengus Iman.

" So that kau boleh sambung tidur. Haiya Iman. Udah..udah lah tidur tu. Kau punya homework dah siap ke?"

" Dah." Iman terus membuat muka. Memang pantang betul orang kacau dia tidur. Tapi nasiblah si Fathi ni bos aku. Kalau tak, memang aku fire je.

" Bagus lah. Dah. Tak payah buat muka dengan aku macam tu. Buruk benor aku tengok. Baik kau study. Esok kan kuiz Maths."

"Hurm..okay, okay," ujar Iman perlahan. Fathi berlalu pergi ke tempat duduknya.

" Huish, macam mak nenek," rungut Iman perlahan. Buku latihan Matematik Moden dikeluarkan bersama kalkulator.

Farah di sebelahnya hanya tersengih. " Ala Iman, kira okey lah tu. Nasib dia tak bersyarah dengan kau. Kalau tak, lagi horror."


Habis sahaja waktu prep, Zul datang ke tempat Iman.

" Iman, pinjam notes Bio kau," pinta Zul.

" Kau ni tak de kerja lain eh? Asyik dok pinjam nota aku je kerjanya," sengih Iman yang sudah mengemaskan barangnya dan bersedia untuk pulang ke blok.

" Alah, Iman. Kau kan baik hati," pujuk Zul.

" Nah lah. Haih kau ni. Aku rasa lah kan, dua tahun jadi classmate kau. Dua tahun tu jugaklah aku jadi supplier homework kau."

"Biasalah tu Iman. Kau macam tak kenal si Zul ni," sampuk Syed yang kini berada di sebelah Zul.

" Alah Syed. Kau pun sama je," sambung Farah. " Pendek kata, korang satu geng ni sama je. Tu nak nak si Pa'an. Lagi lah."

Mereka berempat ketawa.

"Korang dah nak balik dah ke?" soal Zul selepas Iman menghulurkan buku nota Biology miliknya.

" Yup! Takkan nak beradu di sini wahai encik Syed oii.. Agak-agaklah bro," perli Iman. Farah dan Iman kemudiannya keluar daripada kelas. Zul dan Syed pun mengekori mereka.

" Manalah tahu kan Iman. Kot-kot kau nak tidur sini. Kau tu tadi kan dah bantai tidur masa prep," gelak Syed lagi.

" Dah, dah. Korang ni kalau tak membahan aku tak sah," pantas Iman memotong. Karang lagi teruk dia kena. Masak sangat dengan perangai mereka.

"Iman, kau nak makan supper tak?" soal Farah.

" Tak tahu. Hari ni makan apa?" jawab Iman.

" Tak sure lagi. Mihun sup rasanya."



" Kau buat apa Zul? Stay up ke malam ni?" soal Hazman yang baru sahaja masuk ke dalam bilik B11 itu.

" Salin nota Bio. Sikit je lagi. Lepas ni aku tidur lah," jawab Zul. Jam tangan sudah menunjukkan angka 1.30 pagi.

" Jangan kau tidur lambat sangat sudah. Nanti karang esok liat aku nak kejut Subuh," kata Hazman lagi.

" Ye..ye.. eh, Afiq mana?" tanya Zul lagi.

" Entah, tak tahu aku."

Reza kemudiannya masuk ke dalam bilik.

" Ada nampak Afiq tak?" soal Zul.

" Apa lagi..halau nyamuk la," jawab Reza. Badannya sudah baring di atas katil. Penat sungguh hari ni.

Hazman dan Zul menggeleng kepala. Macam mana nak nasihat kawan yang sorang ni? Kejap okey, kejap tak.

***
Smoking isn't sexy.


nota kaki :
1. Sodom = solat dalam dorm. Istilah yang biasanya digunakan oleh pelajar berasrama untuk situasi solat di dalam dorm masing-masing.

2. Untuk membaca artikel dengan lebih lanjut tentang Adab Menuntut Ilmu, sila klik di sini.

3. Tasbih Kaffarah merupakan bacaan yang lazim dibaca selepas majlis ilmu. Ramai orang menganggap ianya tasbih Kifarah, namun harus diingat. Yang sebetulnya ialah Kaffarah kerana kifarah bermaksud denda. Sila klik di sini untuk pemahaman yang lebih jelas.


Sunday, August 21, 2011

Bone marrow or Cord blood transplant dan Solat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kita bernafas lagi di bumi milikNya ini. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Alhamdulillah, kita juga masih lagi diberi kesempatan untuk terus beramal di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Syukur..

Hari ini 21 Ogos 2011 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432 Hijrah. Maka, sudah hampir 21 hari umat Islam berpuasa. Kita juga sudah masuk ke fasa ketiga bulan Ramadhan yakni fasa yang mana semua orang akan berebut untik mengejar malam Lailatul Qadar. So, macam mana dengan amalan di bulan Ramadhan? Adakah amalan anda meningkat dari hari ke hari? Diharapkan agar kita semua sama-sama dapat meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini. Insya Allah.

Okey, dah.. balik semula ke tajuk asal. Why bone marrow or cord blood transplant dan solat dhuha? Macam tak kena je kan? Macam clash gila kut dua tajuk tu. Dua tajuk yang berbeda yang mungkin dikira tiada perkaitan dan persamaan.

Baiklah, ini ada satu kisah yang aku ingin kongsikan bersama. Diharapkan kisah ini dapat memberikan pengajaran buat kita semua.

Semalam aku pergi menziarahi sahabat baik aku, Fateh Izani di HUKM. Memang lama sungguh tak pergi lawat Fateh. Syukur sebab sekarang aku tengah cuti sem II, tu yang dapat peluang nak ziarah Fateh. Banyak benda betul nak cerita. Aku rasa aku dah macam gaya Mak Cik Joyah lah pulak. Dari kisah tentang kondisi Fateh, studi aku, kawan-kawan kitorang, pesakit-pesakit di wad 6G dan macam-macam lagi.

Bercerita tentang pesakit-pesakit di wad 6G (untuk makluman, Fateh berada di wad 6G), teringat pula aku dengan seorang cikgu Sejarah yang disahkan menghidap leukimia. Aku mengenali cikgu ni sebab beliau dahulunya duduk berjiran sebelah katil Fateh. Cikgu tu cantik, nampak muda lagi. Ingatkan umur dia dalam lingkungan 30, tapi sebenarnya dah menginjak ke angka 40 tahun.

Aku terus bertanyakan Fateh tentang keadaan cikgu tu. Fateh cakap yang Cikgu tu sebenarnya dah dipindahkan ke wad di tingkat 2. Haritu beliau sudah menjalani bone marrow or cord blood transplant.

Apakebenda nya benda tu?

Okey, bone marrow or cord blood transplant ni sebenarnya ia melibatkan prosedur mengambil sum sum tulang di tulang yang besar. Kebiasaannya tulang punggung (pelvis).
Prosedurnya, doktor akan menggunakan sebuah jarum yang besar, yang akan ditusuk di bahagian pinggang/ punggung di bawah anaesthethic.

Sumber : Google.com

Manakala untuk pengambilan air tulang belakang ( Cerebrospinal fluid = CSF), prosedur yang diberi nama Lumbar Puncture akan dilakukan. Prosedur LP ini Insya Allah selamat. CSF akan diambil dari celahan tulang paling bawah (lumbar vertebra), di mana satu jarum akan dimasukkan ke dalam celahan tersebut.

Sumber : Google.com

Secara general, antara side effectnya adalah kebas-kebas di kaki selepas prosedur tersebut, tetapi ianya adalah biasa. Ia akan pulih semula selepas beberapa ketika. Ini kerana lokasi/ lumbar space yang diambil tersebut adalah rendah, di mana saraf-saraf tunjang telahpun terbahagi atau terkurang.


Walau bagaimanapun, kemungkinan terjadinya komplikasi yang lebih serius seperti lumpuh dan sebagainya ada, tetapi tersangatlah jarang dan terjadi jika prosedur tidak betul.

Pendermaan sumsum tulang adalah sangat membantu terutamanya bagi pesakit yang mempunyai masalah berkaitan darah (leukemia contohnya). Namun adalah sangat sukar mencari penderma sumsum yang betul-betul compatible dengan penerima, even dalam kalangan family sendiri atau mak/ayah, anak-anak pun belum tentu compatible.

Sumber: Kesan Sampingan Derma Sum-Sum Tulang. iluvislam.com

Nak diceritakan, cikgu ini mempunyai 9 orang adik beradik dan 4 daripadanya match dengan beliau. Memang kiranya rezeki beliau senang nak dapat yang match. Alhamdulillah, transplant itu berjaya!

Namun, di sebalik kejayaan transplant itu, tersimpan satu rahsia... Apakah rahsianya? Jeng..jeng..jeng..


Kejayaan itu adalah disebabkan oleh beliau sering menunaikan Solat Sunat Dhuha. Subhanallah! It's amazing right?

Bila aku dengar tu kan, aku rasa macam sebak. Ye lah, dulu masa zaman kat TGB, senang je nak buat solat Dhuha. Bila sekarang, fikir balik.. boleh kira berapa banyak kali sangat lah aku buat. Kalau tengok borang mutabaah amal aku dari bulan Januari sampailah ke bulan ini, memang aku rasa boleh kira lah banyak mana yang aku buat. Rasanya tak lebih daripada jumlah bilangan jari di tangan. Masya Allah!

Sebenarnya, banyak fadhilat atau kelebihan menunaikan solat Dhuha ni. Antaranya ialah :

- Tidak termasuk dalam golongan yang lalai.

- Seolah-olah seluruh anggotanya melakukan kebaikan.

- Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha.

- Dimurahkan rezeki.

- Dipelihara oleh Allah SWT.

- Dihapuskan dosa.
Sumber : Majalah Gen Q, Vol. 01, Isu 02.

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah kita sama-sama latih diri kita untuk selalu tunaikan solat sunat Dhuha. Mungkin pada awalnya agak sukar, namun kalau kita dah selalu buat, mungkin perasaan susah itu sudah menjadi senang. Insya Allah.

Wallahu'alam.

without wax,

haniyahaya :)



Wednesday, August 10, 2011

London Riot

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di atas bumi milikNya ini. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Hari ini sudah 10 Ogos 2011, dan bersamaan 10 Ramadhan 1432H. Sudah 10 hari umat Islam berpuasa, ye tak? Jadi bagaimana dengan ibadah anda sepanjang bulan Ramadhan ini? Ada peningkatan ke? Diharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kalian, termasuk diri ini. Insya Allah.

Baiklah, seperti yang tertera pada tajuk di atas, entri kali ini aku ingin bercerita tentang London Riot ataupun dalam Bahasa Melayu, Rusuhan London yang agak panas dan sering dibicarakan sekarang. Seorang sahabat semalam telah bertanya aku semasa berada di surau untuk menunaikan solat Tarawih.

X: Eh, Hani. Kau tahu apa-apa tak pasal London Riot ni? Apa yang berlaku sebenarnya pasal London Riot ni?

Aku : Entahlah, apa yang aku tahu, dorang buat rusuhan. Aku tahu ni pun kat twitter dorang dok sibuh letak hash tag dalam tweet dorang.

X: Apa yang aku tahu, sampai kat Liverpool pun kena eh?

Aku: Err.. tu tak pasti. Takpe, nanti malam ni aku check balik.


Okey, nampak sangat di situ yang aku kurang peka tentang isu semasa. Haih..apa nak jadi lah kan? Teruk benor.. Sudah, abaikan. Let's proceed to our main topic. ( For some reasons, I'm sorry if I mixed this entry with Malay and English. I knew that some of you might don't like it. But I think, if I posted in English, some people might don't want to read and they couldn't understand since they would be a very, very long list right?)


Apa sebenarnya Rusuhan London dan apa puncanya?

What is London Riot is all about and what is the cause of it?

Rusuhan London 2011 merupakan siri kekacauan awam di London, terutamanya di Tottenham yang bermula pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011 selepas seorang seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton. Laku musnah dan pelbagai kelakuan ganas merebak ke seluruh kawasan-kawasan lain di London. Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu. 35 pegawai polis cedera.


Mereka membantah apabila pemuda bernama 29 tahun ,Mark Duggan ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.

Tembakan juga berlaku di jambatan Ferry Lane bersebelah stesen Tottenham Hale. Sebelum ini banyak kejadian polis melakukan tembakan rambang, tanpa bukti mencukupi. IPCC memberi alasan bahawa penangkapan yang dirancang itu adalah sebahagian daripada Operasi Trident, sebuah unit yang menyiasat jenayah senjata api di kalangan masyarakat kulit hitam di London. Operasi Trident bertujuan memberantas perdagangan haram dadah .

Siasatan awal menemui peluru ditemui tertanam dalam radio polis yang membayangkan Duggan melepaskan tembakan terlebih dahulu.Ujian balistik mendapati peluru itu konsisten dengan yang digunakan oleh polis itu sendiri .

Pada 6 Ogos bantahan aman diadakan bermula di Ladang Broadwater dan tamat di Balai Polis Tottenham. Bantahan itu dianjurkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara Duggan untuk menuntut keadilan untuk keluarga. Sekitar 200 orang mengambil bahagian dalam protes ini.



Itu petikan daripada Wikipedia hasil pencarian aku. Terima kasih kepada Inche Google.

Selain itu, punca lain rusuhan ini terjadi juga ialah mereka semua tak cukup makan. Bukan bermakna mereka ni dilanda kemarau berpanjangan ataupun sumber makanan tak cukup. Tapi disebabkan kebanyakkan daripada mereka tak dapat menampung kos sara hidup yang saban hari kian tinggi. Kebanyakkan anak muda pula menganggur. Kalau yang kerja pun, gaji yang diterima tu apalah sangat kan kalau dah kos sara hidup tinggi. Macam mana nak survive ye tak?

Okay, well. For summary of this topic;

*Police shot a man named Mark Duggan who happens to be black, this happened in low employed area of London he was involved with drugs and stuff
* They gunned him down instead of arrested him this caused a lot of stir, because supposedly he was unarmed.
* There was a peaceful protest held in London of august the 6th , for justice
* Black youths thought he was only gunned down because he was black so they got pissed off and they had nothing better to do than start a riot
*Also since it was low employed area , there was high thug-police tension as it is
* So since they have nothing better to do they started a riot, many others joined so they could loot and stuff
* It eventually spreaded to other cities in England


To read more, you can check out this link. And also this link. Hope it well helps you for better understandings :)

Dan dalam kejadian ini juga, seorang pelajar Malaysia yang ingin membeli juadah berbuka puasa telah dipukul dan dirompak. Kasihan! Cuba lihat video ni. (Sila klik di sini)










So, itu sahaja entri untuk kali ini. Harap sedikit sebanyak dapat membantu. Minta maaf andai ada salah dalam informasi yang diberikan.

Sekian sahaja buat kali ini. Wallahu'alam~

without wax,
haniyahaya :)


Sunday, August 7, 2011

Sahabat selamanya #13

Bab 13

Bilik B11

" Aduyai! Penat gila aku hari ni.. Baru first day masuk kelas, letih gila. Tak payah cakap penatnya.."keluh Afiq.

" Betul, betul. Kau tengok jadual kita. Padat gila. Aku rasa takde can lah kita nak main," sokong Fendi.

" Aku dah tengok jadual kita. Aku rasa first sem okey lagi kut. Tengoklah nanti bila masuk second sem. Harap maaf lah kita nak bersuka ria," rungut Afiq lagi yang sudah menghempaskan badan ke atas katil miliknya.

" Betul. Tapi kitorang yang MPP ni kau jangan cakaplah. Aku rasa aku dah boleh jadi duta PBB dah ni. Asyik dok ke hulu ke hilir. Kerja aku tu ha.. Dah kalah Gunung Everest. Nak kena handle Hari Anugerah Akademik la, handle kem itulah. Macam-macam. Tapi nak buat macam mana. Tanggungjawab kan," ujar Fendi yang sudah bersandar di tepi katil Hazman.

" Banyak lah kau punya duta PBB Fendi oii. Kau ingat Ban Ki-moon nak kau jadi duta dorang. Perasan gila," sengih Afiq.

" La, ni apahal pulak masuk Ban Ki-moon. Kau ni.. Haru betul," senyum Fendi.

" Ni macam mana kau nak layan bola?" tanya Afiq lagi.

" Tara hal. Pandai lah nanti aku main.. Mesti boleh punya. Tak kira. Cuti duduk rumah hari tu buat aku rindu kat padang kolej tahu?" gelak Fendi.

" Aku tahu lah kau Exco Sukan. Kau ni pun.. Semangat patriotik sungguh dekat kolej. Sesuai sangat kau jadi Exco Sukan."

" Tengok orang la bro. Hehehe."

Tiba-tiba pintu bilik B11 terkuak. Bau aroma mi segera perasa tomyam semerbak di seluruh bilik itu. Pa'an, Zul dan Syed terus masuk ke dalam bilik setelah memberi salam. Tangan masing-masing memegang Maggi Hot Cup perasa tomyam. Kelihatan asap nipis mi segera keluar.

" Ai..Maggi je ke? Lain tak de ke?" soal Fendi yang menerima bekas Maggi Hot Cup miliknya yang dihulur Pa'an.

" Amboi, demand tinggi eh kau. Mana nak carik lagi makanan? Kira syukurlah ni ada benda boleh buat alas perut. Tadi masa supper kan dah bantai makan kat kafe. Kau ni.. Dasar piranha sungguh," kata Pa'an yang mengacau mi segera dengan garfu plastik kuning.

" Kira okeylah ni. Aku punya stok haritu tertinggal dalam kereta. Lupa gila nak bawak. Ruski pulak tu. Sabar jelah," sambung Zul. Asap mi segera masih lagi berkepul-kepul kelihatan, menipis dan kemudiannya menghilang.

" Dah..dah. Makan. Kalau tak nak, pass kat aku je," kata Syed yang sudah separuh mi segeranya habis.

Pecah ketawa mereka sebilik.

" So, macam mana first week?" soal Afiq.

" Aku rasa lepas ni aku nak start balik main basket. Lama gila kot tak main. Cuti haritu berapa kali sangat sempat main," jawab Zul.

" Kau sekarang dah jadi Presiden Kelab Basket Ball kan? Untunglah,sebabnya.." tutur Pa'an.

" Lepas ni apa?" soal Zul. Pelik.

" Jadi hot stuff lah kau."

" Hahaha~ Apekehal pulak hot stuff? Ingat aku ni apa? Menang Oscar?" soal Zul lagi. Ketawanya masih lagi bersisa.

" Yelah, selama ni Pres Basket Ball Club kan hot stuff. Semua perempuan gilakan kau nanti woi," ujar Pa'an.

" Ah, sudahlah kau Pa'an. Banyak lah kau punya hotsetap. Aku luku jugak kau karang."

Tiba-tiba..

" Assalamualaikum!" sapa Ilham dan Reza. Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik B11 yang sudah kelihatan meriah dengan ramai ahli. Jamuan mi segera lah katakan. Mana taknya.

" Wa'alaikumussalam. Amboi Reza! Banyak makanan. Kau borong mana ni ha?"soal Syed yang sudah habis mi segera.

Reza dan Ilham terus duduk di lantai. Bungkusan roti john diletakkan di atas lantai dan dibuka.

" Kirim kat cikgu Siti. Kau ni..takkan lah aku nak terbang pulak kan malam-malam cenggini," ujar Reza.

" Baik cikgu Siti dengan kau. Mentang-mentang kau anak homeroom kesayangan dia," kata Afiq.

" Hehehe. Tengoklah. Ni Reza okey? Tak de lah. Tadi aku gi tolong dia kat bilik guru dengan Ilham. Pastu dia kata nak pergi keluar. Tu yang kitorang kirim tu. Ni lepas prep tadi baru dapat. Pastu aku melencong kejap gi bilik gerakan pengawas. Ada hal sikit," seloroh Reza lagi.

" Oh, padanlah."

" Eh, mana Halim? Tak nampak pun dia," soal Ilham.

" Entahlah. Dari tadi aku tak nampak dia. Balik prep, terus lesap," ujar Zul.

" Ha, takpelah. Jap aku pergi carik kat bilik dia," kata Reza lalu bingkas bangun untuk mencari Halim.

***

" Happy birthday Adnin!!" ucap mereka sekelas.

Riuh rendah prep malam kelas 5 Aman malam tu. Hari ni hari jadi Adnin. Memang Farah dengan Iman dah plan nak sambut birthday Adnin. Kek yang dipesan melalui Cikgu Aini kini berada betul-betul di hadapan Adnin. Adnin seolah-olah tidak percaya. Masakan tidak. Elok je tengah khusyuk buat latihan Add Maths tiba-tiba blackout. Alih-alih tengok, Farah dah bawak kek letak depan dia sementara ahli kelas yang lain nyanyi lagu 'Happy birthday' untuk dia.

" Thanks korang. Ingat juga kat aku ye?" gelak Adnin sambil memotong kek untuk diagihkan kepada mereka yang lain.

" Your welcome. Ha, apa lagi Nin. Cepatlah potong, kau ni.. Aku lapar dah ni," acah Zul.

" Potong biar elok. Kau tu dah anak dara," perli Pa'an.

" Iyelah. Aku tahu. Korang berdua ni tengok aku gaya aku ni macam tak reti potong kek kan?" balas Adnin.

" Kut la kau nak pakai gergaji ke. Mana tahu kan," sampuk Fendi pula.

Yang lain hanya ketawa. Macam-macam. Tapi semua tu langsung tak diambil pusing. Alah bisa tegal biasa. Semua dah masak dengan perangai ahli kelas tu. Yang sorang ni tak boleh tengok darah, yang sorang ni takut serangga, sorang tu suka melatah, yang sorang ni suka jadi radio terhormat kelas dan macam-macam lagi. Tu belum campur yang takut kucing, suka mengunyah dalam kelas dan macam-macam lagi ragam budak kelas 5 Aman yang sudah seperti sebuah keluarga yang besar.

" Halim, kau kenapa ni? Ada masalah ke?" soal Iman yang sudah duduk bertentangan dengan Halim. Muka Halim kelihatan sugul. Apakah puncanya? Gaduh dengan geng? Tak mungkin. Makwe lari? Lagi lah mustahil. Halim bukan jenis bercakap dengan perempuan sangat melainkan dengan budak kelas tu je.

" Eh, tak ada apa lah Iman oi," jawab Halim.

" Tak payah tipu aku lah. Muka kau tu dah macam rupa apa je aku tengok. Asal? Ada problem ke?" soal Iman lagi.

" Tak,"

" Halim, kita ni dah macam satu family. Dengan aku pun kau nak berahsia eh? Cerita je lah. Apasal? Family problem?"

Haila Iman ni. Kau pakai aura apa ha sampai boleh hebat bab tilik-menilik ni, bisik hati kecil Halim.

" Takde. Aku just risau pasal ayah aku. That's all."

" Kenapa dengan ayah kau?"

" Ingat tak yang last year aku cerita kat kau, Farah dengan Afiq pasal ayah aku tak berapa nak sihat tu?"

" Ha, ingat. Apasal? Ayah kau sakit lagi ke?"

" Yup. Tu yang aku risau tu. Dah try berubat, tapi entahlah Iman."

" Takpe, Lim. Apa yang penting, kau doakan supaya ayah kau boleh sembuh. Aku pun kalau ditanya pasal benda-benda macam tu memang bukan bidang aku lah kan. Tapi apa-apa pun, kau jangan putus asa. Doa yang terbaik untuk ayah kau. Insya Allah, nanti sihatlah ayah kau," ujar Iman lembut.

" Thanks, Iman. Insya Allah."

" Ha, ni apasal ni? Sesi bicara hati ke apa?" sapa Farah yang tiba-tiba muncul dari arah mana entah.

" Tak. Ni Halim. Ada ke patut suruh aku pergi ambilkan kek untuk dia. Ingat aku ni bibik dia apa," sengih Iman.

" Amboi, Iman. Ha, tapi sesuai apa kau jadi bibik aku," gelak Halim. Suasana kembali ceria semula.

" Banyak lah kau. Mandat besar kau ye? Sekali aku backhand karang," tutur Iman.

" Aku bukak jurus aku," gelak Halim lagi.

" Ah, sudah. Tak payah nak bertekak lagi dah. Ha, Halim. Ni kek untuk kau. Iman, kau punya kita share boleh? Aku tak larat dah nak habiskan," kata Farah.

" Okay. Tak kesah," ujar Iman.

" Thanks, Farah," kata Halim yang sudah menyambut pinggan kertas berisi kek yang dihulur oleh Farah.

***

" Ha.. gitulah ceritanya. Kesiankan?" kata Iman yang sudah habis bercerita tentang kisah ayah Halim. Pocoyyo dipeluk erat.

" Kesian dekat dia. Dah lah tahun ni SPM," kata Diyanah yang duduk bersebelahan dengan Iman di atas katil.

" Betul. Kena kuat. Tak boleh down," ujar Ben pula.

" Patutlah Halim nampak macam tak banyak sangat cakap dengan geng dia," respon Farah.

" Taklim!" jerit Nadzirah, Dorm Captain (DC) blok mereka.

" Dah, jom taklim!" ajak Ben yang sudahpun berdiri mencapai tudung bawal hitam bidang 50.

Alex yang baru sahaja keluar dari bilik air terus berlari menuju ke bilik T10.

" Alex, cepat! Sempat lagi kau basuh baju ye?" sapa Diyanah.

" Ha, aku tahu. Sat na," kata Alex yang masih lagi memakai tuala sebagai ganti seluar. Seluar tidur pijama bercorak polka dots terus dicapai dan disarung. Jumper hitamnya terus disarungkan ke tubuh dan tudung bawal putih dipakai. Gasaklah. Selekeh ke apa ke. Bukannya ada orang nak tengok. Janji hati ikhlas nak baca Surah Al-Mulk malam ni.

" Wei Iman. Malam ni bilik mana conduct?" soal Azah yang baru sahaja keluar dari biliknya, T06.

" Bilik kau lah. Kau dah ready ke belum?" soal Iman.

" Alamak, aku lupa. Iman, macam mana ni?" soal Azah yang sudah mula gelabah. Macamlah Kolej Gemilang tu nak meletup kena bom atom.

" Azah, chill. Kau bagi je lah tazkirah apa-apa pun. Kau ingat tak haritu aku pernah fowardkan email kat kau masa cuti lepas? Kau bagi jelah yang tu," syor Iman.

" Ha! Ingat-ingat. Thanks Iman! You are my saviour," sengih Azah.

Mereka berdua berjalan beriringan ke common room.

Setelah kesemua ahli blok Topaz ada, Azah memulakan majlis taklim.

" Kita mulakan majlis taklim kita dengan ummul furqan Al-Fatihah," ujar Azah lembut.

Kesemua ahli blok Topaz membaca surah Al Fatihah dan juga Al Mulk serta zikir-zikir yang lain.

Usai membaca semua itu, Azah bangun untuk menyampaikan tazkirah.

" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baiklah, pada hari ini, saya akan menyampaikan tazkirah mengenai perubahan. Ya, perubahan. Perubahan ni dia ada dua jenis. Satu berubah ke arah yang positif, satu lagi ke arah negatif.

Tapi, malam ni saya nak fokuskan satu je. Perubahan ke arah yang positif. Tapi kita selalu dengar, kalau nak berubah ke arah yang postif ni mesti susah bebanding ke arah negatif. Betul tak?" tanya Azah.

Kedengaran suara-suara yang mengiyakan tanda menyokong.

" Memang saya akui, untuk berubah ke arah yang positif ni bukan senang sebabnya syaitan ni memang tak suka kalau manusia ni nak berubah ke arah yang lebih baik. Macam-macam benda yang dia akan hasut kita. Bukan setakat syaitan, kadang-kadang ada juga manusia yang selalu pandang serong kepada orang yang nak berubah ni. Nanti mula lah ada ejekan atau pun umpatan daripada mereka-mereka ini.

Kita ambil contoh yang mudah, solat Subuh. Saya akui, saya ni memang liat bebenor nak pergi solat Subuh, apatah lagi kalau kat surau nak berjemaah tu kan. Tapi bila dah masuk kat kolej ni, saya bersyukur sangat-sangat. Bukan apa, kalau dulu solat Subuh tu bukan takat subuh gajah, dah sampai tahap subuh T-Rex pun ada. Tapi, alhamdulillah. Bila masuk sini, berjaya juga bangun pagi untuk solat Subuh berjemaah even masa awal-awal tu liat betul nak bangun pagi.

Tu antara contoh mudah yang saya dapat kaitkan. Banyak lagi contoh yang kita boleh ambil. Contohnya macam pakai tudung. Kalau dulu kita ni jenis yang free hair, kita boleh berubah untuk try pakai tudung. Jangan hiraukan apa orang kata. Apa yang penting, kita ikhlas. Perubahan tu kita mesti buat secara ikhlas, baru lah ada keberkatan dan berkekalan. Kalau setakat nak SPM baru nak buat, memang susah benda tu nak kekal.

Jadi, apa-apa pun. Saya harap kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik. Tak perlu buat benda besar-besar. Perubahan tu biarlah bermula daripada yang kecil, tapi kita nampak hasilnya dan hasil tu Insya Allah akan berkekalan. Jangan sebab tahun ni kita SPM, kita mula nak berubah. Nak buat itu ini, okey? Baiklah, sekian sahaja daripada saya. Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu datangnya daripada Allah namun atas kekurangan diri ini. Wallahu'alam," tutur Azah sebelum mengakhiri tazkirahnya.

***

Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal. Perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu adalah lakonan.