Thursday, July 28, 2011

Sahabat selamanya #12

Bab 12

Tahun 2010

Bilik T10

" Iman oh Iman," nyanyi Farah. Amboi, lagu baru apa? Sampai nama si Iman tu pun boleh buat lagu. Ingat ni boleh buat lirik macam lagu Isabella tu ke? Tu pun kalau suara macam Amy Search boleh la.

" Ha, ye cik Farah sayang. Kau ni kenapa? Siap nyanyi-nyanyi lagi. Ni kau bila sampai" sengih Iman dan terus duduk daripada perbaringan di atas katil yang sudah sekian lama ditinggalkan kerana pulang untuk cuti semester selama sebulan setengah.

" Baru je. Kau tidur masa tu. Apa pun tak sedar. Kalau ada bom nuklear pun aku rasa, kau still bantai tidur. Hehehe. Bila sampai?" soal Farah kembali.

" Pukul 8 tadi. Biasalah, aku ni memang suka tolong bukak kolej," jawab Iman dengan muka penuh selamba. Masih ada saki-baki mamai yang selepas baru bangun daripada tidur.

" Cuti macam mana? Best?" tanya Farah yang sudah mula membuka loker miliknya. Tinggal sikit lagi nak habis mengemas.

" Hurm.. Not bad. Well, tak pergi mana-mana pun. Kau? Abang aku nak grad dah," sengih Iman.

" Aku pergi Bukit Merah haritu. Dengan family aku semua. Wah, syoknya abang kau! Eh, yang lain mana?"

Tiba-tiba kamar T10 itu diketuk. Ada orang yang memberi salam.

" Assalamualaikum," sapa Ben yang sarat dengan beg di kedua-dua belah tangannya. Gaya dah mengalahkan orang tak cukup tangan bawa barang yang berkilo-kilo itu. Dah rupa gaya macam orang nak pindah rumah. Angkut semua barang-barang. Mujur tak bawak periuk belanga sekali. Kalau tak, memang carik nahas lah. Bilik T10 tu bukan besar mana. Mana nak subat semua barang-barang tu?

" Wa'alaikumussalam. Ben!" sapa Iman. Ben tersenyum kelat. Badan penat mengangkut barang-barang. Umminya sudah menanti di luar blok.

" Sabar. Aku pergi jumpa ummi aku dulu. Then, kita sembang!" kata Ben yang masih termengah-mengah akibat mengangkat barang yang banyak.


Selepas beberapa minit, Ben muncul semula di bilik T10. Baju batiknya yang berwarna ungu memang sudah bermandi peluh. Memang basah lenjun.

" Ben, apasal kau banyak bebenor barang kau angkut ni? Nak stay sini sampai tahun depan apa?" usik Farah.

" Huish, mana ada. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang aku angkut. Anak kambing kut," balas Ben.

Farah dan Iman tersenyum sahaja mendengar jawapan daripada Ben. Ada-ada je bahan mereka semua nak berjenaka.

" Korang sampai bila?" soal Ben. Tudungnya sudah dicampak di kepala katil.

" Aku sampai pukul 11 tadi. Parents hantar," jawab Farah.

Ben mengangguk tanda faham.

" Iman?" tanya Ben sambil memandang ke arah Iman.

" Pukul 8.30 pagi tadi. Biasalah aku.. Tolong buka kolej," jawab Iman selamba.

" Mak aii.. Means kau duduk sorang-sorang lah dalam blok ni sejak pagi tadi? Bahaya betul tu," kata Ben. Matanya sudah bulat merenung Iman.

" Mula-mula aku sorang. Lepas tu ada lah sorang dua datang. Sarah dengan Mar sampai. So, tak lah sunyi sangat aku," tawa Iman.

" Alex tak sampai lagi?" soal Ben lagi.

" Tak. Petang nanti kut. Alah dia.. Mentang-mentang rumah dekat. Lagi 10 minit pagar kolej nak tutup pun dia boleh sampai punya. Tara hal.." sambung Farah.

" Ha, dah tu Ben. Baik kau kemas barang-barang kau. Sat lagi ada jugak bilik ni rupa tongkang pecang. Barang kau tu dah lah macam gaya orang nak import eksport. Kalau boleh bawak rumah kau tu, aku rasa mesti rumah kau tu dah terpacak dan tersergam indah depan blok kita ni kan?" perli Iman.

" Ha, yelah-yelah. Ni nak kemas lah ni. Kau ni pun. Haru betul ayat kau," sengih Ben. Dirinya terus bangun dari katil dan menuju ke ke luggage miliknya. Segala isi perut beg itu terus dimuntahkan untuk disusun rapi. Iman kembali mendengar lagu di mp3 miliknya. Lagu Me Against The World nyanyian Simple Plan berkumandang di halwa telinga. Farah pula sedang khusyuk membaca buku Chicken Soup for the Soul yang baru sahaja dibelinya kelmarin.

***

Malam itu, usai sahaja solat Isyak, kesemua pelajar Tingkatan 5 terus berlari menuju ke blok. Malam pertama selepas cuti semester selalunya tiada prep malam. Biasalah tu. ketua warden, Cikgu Ahmad sudah mengarahkan agar semua pelajar mengemas blok masing-masing. Lagipun, ada juga segelintir pelajar yang tak sampai lagi. Kebanyakkan mereka semuanya yang tinggal jauh dari Kolej Gemilang.

Bilik T10 sudah semestinya meriah. Bilik itu tak sah kalau tak aman sehari. Ada-ada sahaja celoteh mereka. Memang semua dah maklum sangat.

" Iman, bak mai senduk tu," kata Gee yang sudah mengarahkan Iman menghulurkan senduk nasi kepadanya. Iman menghulurkan senduk nasi yang sebelum ini terletak kemas di dalam beg plastik merah.

Balik daripada cuti, sudah menjadi kelaziman bagi para pelajar di Kolej Gemilang untuk membawa makanan daripada rumah. Dan menjadi satu kelaziman juga, makanan tersebut akan dikongsi bersama teman-teman yang lain. Bilik T10 kali ini meriah kerana Alex, Gee dan Diyanah membawa makanan yang banyak dari rumah masing-masing. Azah, Adnin, Ben, Farah dan Iman jadi tukang perabih la. Masing-masing hulur perut je.. Hehehe

Aroma nasi tomato memang sudah dapat dibau sebatu lagi. Gee bawak. Dia memang suruh perabih malam tu jugak. Dan budak-budak ni, kalau bab makan free, memang laju. Eh, ingat perempuan nafsu makan tak tinggi apa? Kalau dah namanya rezeki depan mata, jangan dilepaskan! Alex pula bawa kek coklat manakala Diyanah membawa pizza hasil buatan sendiri.

" Adnin, tolong amikkan aku ayam tu ha.. bukan.. yang bahagian kepak tu. Orait!! Cun!!" kata Azah yang sudah menambah nasi dan ayam buat kali kedua. Baru masuk dua round. Kepak ayam diletakkan di dalam pinggan kertas milik Azah. Yang lain pun makan dengan penuh berselera. Memang malam ni DM sunyi la sebab tak ramai yang turun supper. Mesti mak cik DM tu sedih sebab makanan tak habis. Maaflah ye mak cik..

" Nak tahu tak?" kata Adnin.

" Tahu pebenda Nin oii?" soal Gee yang memotong kata-kata Adnin.

" Aku dengar, dorang kata junior kita yang bakal masuk next month hebat-hebat," ujar Adnin yang sudah memulakan bicara.

" Hebat as if..?" ujar Farah yang kurang mengerti apa yang Adnin maksudkan.

" Hebat sebab dorang semua anak orang kaya raya maya," kata Adnin. Nasi kemudiannya disuapkan ke dalam mulut.

" Mana tahu?" soal Iman.

" Dengar cikgu bercerita tadi," kata Adnin. " Masa aku daftar tadi."

"Amboi, kau! Hebat ye pasang telinga," sengih Ben.

" Takdelah. Secara tak sengaja. Aku dengar lah yang dorang ni semua kaya-kaya. Lagi kaya daripada budak batch kita," tambah Adnin.

" Dah tu. Biaq pi depa lah," kata Gee.

" Ha, pastu nanti korang kena lah polish budak-budak ni. Brainwash betul-betul. Kasi ajar dorang," gelak Adnin.

" Eh, tak baik gitu. Kita kena sangka baik kat dorang. Mana tahu kut-kut dorang ni ok je," celah Diyanah yang sudah menghabiskan nasi tomatonya. Dia ambil sedikit je.

" Betul tu. Ala, kita tengok je dulu cam mana. Kalau ok, ok lah. Kalau tak, memang kena tarbiah habisan la," sokong Ben.

" Somehow, I really miss the old times back then. Masa Form Four dulu. Jahat jugak kita kan?" ucap Iman.

" Kau je jahat Man. Kami semua baik-baik belaka," gelak Alex.

" Ha'ah. Baik lah sangat. Yang dok ponteng prep tu pekenama Alex oii. Pastu, yang kau pergi.." ujar Iman.

" Ah, sudah..sudah.. Kau jangan nak buat hikayat kat sini pulak Man. Kau tu lagi lah. Yang buat blok blackout sebab nak charge handphone tu, tak ingat pulak ye?" gelak Alex.

" Hahaha~ Dah, dah.. Karang semua nak bukak cerita, memang sampai tahun depan tak habis," sengih Azah yang sudah menambah nasi masuk kali ketiga.

" Hoi Azah! Kau ni dah berapa round?" tanya Farah.

" Tiga," tutur Azah selamba.

Kalau dah perut macam kawah, memang lah.. Semua bedal. Tak kesah. Tolak batu dengan kayu pun dah jalan.
***

" Iman, pinjam homework kau boleh?" tanya Pa'an yang sudah sengih macam kerang busuk. Ada-ada je mamat ni. Tak sah kalau jumpa aku tak mintak something, bisik Iman.

" Kau nak yang mana?" soal Iman.

" Semua."

" Mandat besar kau. Apa? Berdaulat sangat ke kau?"

" Ala, Iman. Gurau je. Notes Bio dengan handout Chemist."

" Nah, nanti pulang. Upah sekali."

" Berapa?"

" Ferarri satu."

" Dey..bukan takat Ferrari aku bagi. Nuu haa.. Litar F1 tu pun aku tadahkan untuk kau Iman. No hal."

" Ha, buat lah gitu. Esok Subuh, make sure terpacak depan bilik aku."

" Ala, Iman. Kau ni.. Gurau je. Yelah, nanti aku belanja kau. Mata duitan."

Kertas-kertas itu sudah bertukar tangan.

" Ha, ni karang ada yang tak bagi pinjam. Baru tahu," ugut Iman.

" Ala, Iman. Jangan cenggitu.." pujuk Pa'an. Muka dah sememeh minta simpati.

" Dah, dah.. Buat muka. Ingat comel lah tu," sakat Iman.

Pa'an tersengih. " Thanks Iman."

" You're welcome."

Iman menggeleng kepala. Ada-ada je lah si Pa'an ni. Iman kembali menyusun buku-bukunya. Farah di sebelahnya juga turut menyusun buku. Mereka berdua masih lagi menjadi deskmate. Tempat duduk pun masih di belakang hujung tepi tingkap kelas walaupun kelas mereka sudah berubah tempat. Mujur kelas dan ahli kelas masih sama. Ahli 4 Aman dahulu sudah menjadi 5 Aman pada tahun ini.

" Hai Iman!" tegur Zul.

" Oh, hai Zul! Macam mana cuti?" tanya Iman. Buku-buku yang disusun sudah diletak di bawah meja. Esok dah nak start kelas.

" Okay. Nice," senyum Zul. Dia terus duduk di kerusinya. Mejanya kini di hadapan meja Iman. " How about you?"

" Hurm.. not bad. Okay, tapi tak pergi mana-manalah. Kena belajar ilmu kulinari dengan bonda tercinta," jawab Iman sambil menarik senyum simpul.

" Wah, lepas ni boleh jadi bini orang lah!" sakat Zul.

" Heh, gila apa kau. Hahaha," gelak Iman.

" Eh, esok jadual apa?" tanya Zul.

" BM, BI, PAI, Bio, Maths," jawab Iman sambil meneliti planner miliknya.

Esok kelas sudah bermula. Masing-masing dah tanam azam yang tinggi. Tahun ni SPM. Masing-masing dah gerun. SPM tu penentu masa depan. Masing-masing nak berjaya. Buangkan segala sifat malas, sifat suka bertangguh dan juga sifat negatif yang lain.

***

Hari pertama kelas..

" Apasal kau ni Farah? Penat semedang," tanya Iman yang kelihatan berbeda pada hari itu. Maklum sahajalah. Hari ni pertama kali memakai uniform MPP yang baru. Siap blazer hitam lagi tu.

" Taklah. Aku pergi patah balik blok sebab nak amik buku Chemistry. Alih-alih tengok harini Chemist tak de. Memang sabar je lah aku," keluh Farah. " Dah lah panas pakai blazer ni."

"Hehehe~ alah, aku pun. Takpe, kita bukak lah lepas ni," sengih Iman.

Yelah, mana taknya. Pakai blazer tu bukan macam pakai baju pagoda. Lagi-lagi iklim Khatulistiwa macam Malaysia ni. Memang lemas budak-budak ni nak pakai sampai ke petang.

***

Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengetepikan kegagalan dalam usaha tersebut.


No comments: