Saturday, July 30, 2011

Harapan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, aku masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas di bumiNya. Syukur Ya Allah.

Okey, sedar atau tak, kita sudah semakin hari menuju ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Yeay!!

Bila cakap tentang Ramadhan, dalam kepala mesti dah terfikir benda-benda macam ni.. betul tak? * okey, kadang-kadang aku pun ada juga terfikir macam tu.. -.-

" Eh, Ramadhan dah nak dekat lah. Isy..aku tak habis ganti lagi puasa. Macam mana ye?"

" Eh, Ramadhan dah nak dekat. Alamak, dah masuk bulan puasa ni. Habislah aku. Confirm tak larat aku nanti. Kerja dah lah banyak nak kena beres."

" Eh, Ramadhan dah nak dekat. Tahun ni nak tema baju raya colour apa ye? Baju raya tak beli lagi. Kena beli cepat. Takut karang habis."

" Eh, Ramadhan dah nak dekat. Nanti kat TV mesti banyak cerita menarik."

" Eh, Ramadhan dah nak dekat. Tak sabarnya aku nak pergi bazar Ramadhan."

Sumber: Google.com

" Eh, Ramadhan dah nak dekat. Nanti nak buka puasa kat hotel lah."

Dialog-dialog sebegini sudah menjadi dialog lazim apabila Ramadhan dah nak dekat. Kita jarang sekali mendengar dari mulut orang, dialog sebegini..

" Ramadhan dah nak dekat. Tahun ni aku harap aku dapat berjumpa dengan Ramadhan."

" Aku harap Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku nak berubah. Dan aku harap, perubahan tu kekal sampai bila-bila."

" Ramadhan tahun ni aku azam nak solat jemaah setiap kali waktu solat. Solat terawih tak nak tinggal. Nak khatam Al Quran."

Dialog-dialog sebegini amat jarang sekali kita dengar. Betul tak?

Kita seringkali leka bahawa Ramadhan ni sebenarnya bulan yang mulia yang hanya datang setahun sekali. Kita tidak mungkin akan berjumpa dengannya lagi di masa akan datang. Anda dapat jamin ke yang anda akan dapat berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan?

Oleh yang demikian, kita sebenarnya kena rebut peluang keemasan yang datang setahun sekali ni. Bukan senang.. Cuba kita renung kembali, kalau Allah cabut nyawa kita esok, sudah tentu kita tak dapat nak bertemu dengan Ramadhan. Betul tak?

Sebab tu, bila masuk bulan Rejab, kebanyakkan orang akan berdoa :

" Ya Allah, berkatilah aku dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah aku dalam bulan Ramadhan."

Hal ini demikian kerana dengan harapan dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah.

sumber: (tak ingat samada deviantart.com atau muslim manga)

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan yang semua sudah maklum rasanya. Kan?

Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah:

1. Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Syaitan juga akan diikat.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Allah akan mengampunkan dosa kita yang lalu kalau kita puasa dengan penuh keikhlasan.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Dalam bulan Ramadhan, terdapat malam Lailatul Qadar. Malam ini adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Hebat kan? Kalau kita kira, 1000 bulan tu bersamaan 83 tahun. *tak silap lah. Jadi agak-agak, sempat ke kita nak hidup sampai 83 tahun? So, tunggu apa lagi. Kita kena rebut malam Lailatul Qadar!!

بسم الله الرحمن الرحيم


إنّا أَنْزَلْنَاهُ فٍي لَيلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ* لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ* تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بٍِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ* سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr (1) Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? (2) Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan (3) Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) (4) Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.(5)

Surah Al Qadr (97 : 1-5)


Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.


Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan ni. Cuba baca buku-buku berkaitannya tak pun Google je la. Rasa teruja bila baca. Kita jangan terlalu fikir nak raya. Kejar ibadah tu dulu. Bukannya tak boleh nak buat persiapan raya, cuma janganlah begitu taksub sehingga mengabaikan ibadah.

Dan bercakap tentang Ramadhan juga, tiba-tiba teringat pula Ramadhan yng pernah dilalui sebelum ini. Pencapaian pada bulan Ramdhan sebelum ini dan juga suasana menyambut Ramadhan ketika zaman pesekolahan di maktab dahulu. Ah..sungguh rindu zaman persekolahan dahulu. Walaupun tak ada lah banyak sangat pencapaiannya, namun ada lah juga sikit-sikit dari tak ada langsung. Tak de lah Ramadhan aku penuh dengan pengisian menonton drama Hong Kong atau pun drama Melayu di TV, tak pun tengok rancangan masakan Chef Wan. ( dulu zaman aku kecik tengok cerita cina petang2. mana ada zaman kegemilangan korea lagi..sekarang je..) Namun zaman persekolahan sudah berlalu. Tiada lagi solat terawih secara berjemaah di surau maktab. Tiada lagi berbuka puasa dan sahur bersama-sama. Tiada lagi tadarus Al Quran bersama-sama. Kini, semua tu bergantung pada diri sendiri. Nak buat ke tak nak. Kalau dulu ada warden, memang nak kena kerah itu ini. So, aku terfikir jugak, apa yang perlu dibuat untuk tingkatkan lagi amalan dalam bulan Ramadhan yang akan menjengah tak lama lagi.

Oleh yang demikian, antara target aku ialah :

1. Solat terawih secara berjemaah.

2. Sentiasa istiqamah dalam melaksanakan solat Dhuha.

3. Tak tidur lepas Solat Subuh.

4. Khatamkan Al Quran dalam bulan Ramadhan.

5. Buat qiyamullail. Nak rebut Lailatul Qadar.

6. Banyakkan bersedekah.

7. Jangan lupa untuk isi borang mutabaah amal yang sudah di-print sejak sebulan lebih yang lalu.

Itu je kot. Anda pula bagaimana?

By the way, you guys should check out the latest video of Anwar Hadi and Aiman Azlan ( well, I prefer to call him Brother Aiman since he was the senior of my friends in Langkawi MJSC)! Kudos for both of them for making great videos :)

Here's the links:




Last but not least, enjoy this song! Cheers! :D

Harapan Ramadhan - Raihan ft Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Till then, Wallahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

2 comments:

Fateh ;D said...

borang mutabaah amal..
eh mcm pnh dgr lah.. hehe (:
contengan jalanan kn?
hani, slmt menyambut ramadhan ye..
seronok kite gi sahur dulu kn?
hehe. may Allah bless ^^

p/s : eceh, tiru hlovate plak.

haniyahaya :) said...

Yup, aku baru tahu benda alah column2 tu sebenarnya borang mutabaah amal. Sebelum ni pakai main buat, tak bagi nama pun. thanks to Hlovate :)

Yup, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak juga buat Fateh sayang :)
Mana boleh lupa sahur di TGB. Malam tu memang tak sah tak tengok menu. and kalau ayam, confirm esok pagi ramai yang turun. :D Missed old times back then..

Insya Allah.. Ameen. May Allah bless you too :)