Saturday, June 4, 2011

Sahabat selamanya #1

Prolog

" Ha, dah masuk asrama ni kena pandai-pandai jaga diri. Jangan tinggal solat. Baca Al Quran tu at least one page per day. Dengar cakap cikgu tu. Jangan nak tidur kat kelas," pesan Encik Kamarulzaman.

"Kalau tak faham, tanya Jangan simpan je. Belajar dengan kawan-kawan yang pandai," tambahnya lagi. "Satu lagi, jangan nak bercouple,"

Couple? Erk? Apa sampai boleh pusing ke situ abah ni.

"Okeylah. Ni hari pun dah lewat petang. Mak dengan abah nak balik dah. Karang jalan jammed pula," tutur Puan Kamisah.

Gadis itu lantas bersalaman dengan kedua orang tuanya. Encik Kamarulzaman dan Puan Kamisah kemudian masuk ke dalam kereta. Enjin terus dihidupkan. Kereta Chevrolet Optra itu meluncur di jalan dan terus menghala ke pintu pagar kolej.



Bab 1

" Hai! Nama siapa?" sapa gadis yang sedang melipat baju sebelah katil itu.

" Idayu. Tapi panggil je lah Ben..eh..tak, Idayu," jawab gadis itu. " Kau pulak?"

" Panggil Farah je," jawab gadis yang sudai selesai melipat baju itu. Hari pertama di Kolej Gemilang. Memang letih nak mengemas semua barang. Mujur dapat bilik yang dikongsi bersama 4 orang pelajar yang lain. Kalau dapat dorm, memang naya lah.

"Eh, mana lagi roommate kita yang lagi dua orang ye? Tak nampak pulak," soal Farah.
Idayu hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Tiba-tiba pintu bilik Topaz 10 (T10) berkuak.

"Assalamualaikum," sapa gadis yang bertubuh sederhana kecil itu. Terus melangkah masuk ke dalam bilik.

" Wa'alaikumussalam," jawab Farah dan Idayu.

Gadis itu segera melontarkan tubuhnya ke katil miliknya, katil yang betul-betul bersebelahan dengan Farah. Keletihan yang teramat daripada riak wajahnya.

" Nama siapa?" tanya Farah kepada temannya yang tengah berbaring di sebelah katilnya.

" Iman," jawab gadis itu sepatah. Tak tahu nak jawab apa lagi. Orang tanya satu, dia jawab satu. Lagipun penat mengemas barang tadi masih berbaki. Mujur semua dah selesai.

Pintu bilik T10 terkuak lagi. Kali ini kelihatan seorang gadis yang berambut pendek ala 'boy-cut' masuk bersama tuala bersangkut di bahu dan baldi berisi toileteries di tangan kanan.

" Hai! Nama siapa?" soal Farah kepada gadis yang baru sahaja masuk itu.

" Oh, hai! Wan Nina. Panggil je Alex for short," jawabnya bersahaja.

Sesi ice-breaking atau suai kenal yang tidak formal antara ahli bilik T10 tamat di situ. Masing-masing kemudiannya membuat kerja sendiri. Suasana hening seketika.


***


" Eh, mana Idayu ye?" soal Iman kepada Farah dan Alex.

" Entahlah, aku pun tak tahu. Tak nampak pulak dia kat surau time Subuh tadi," jawab Farah yang sedang merenggangkan katil.

Alex pun hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba Ben masuk dengan mata bengkak- bengkak. Tanda menangis semalaman barangkali. Mungkin juga tidak cukup tidur. Maklum sahajalah, katil di asrama tidak se-gah katil di rumah. Suasana di asrama mana mungkin boleh menandingi suasana di rumah.

" Idayu, janganlah sedih-sedih. We're here for you. Ada apa-apa masalah cerita je. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Kitorang pun pernah rasa homesick tu. Takpe, awal-awal. Biasa lah," kata Iman, dengan nada memujuk.

Alex dan Farah tercengang. Mana lah si Iman ni dapat tahu. Pelik.

" Jom pergi breakfast! Aku lapar," ajak Farah. Sengaja mahu memecahkan suasana yang sepi itu.

" Aku on je," sengih Alex yang sudah bersiap dengan uniform sekolah dan beg sandang berisi fail yang wajib dibawa sepanjang minggu orientasi.

" Iman, kau nak ikut ke tak?" soal Farah yang sedang mengunci loker. Iman hanya mengangguk.

Mereka bertiga meninggalkan bilik dan menuju ke Dewan Makan (DM). Idayu sedang bersiap. Katanya tidak mahu bersarapan. Hanya mahu menjamah roti yang dibawa dari rumah.


***


" Aku rasa Idayu tu homesick. Pagi tadi aku dengar pukul 4 pagi dia bangun menangis. Lepas tu pergi call mak dia kat public phone," kata Iman yang sudah selesai menjamah bubur nasi. Air nescafe di sebelahnya tinggal separuh.

" Oh, yeke? Aku tak tahu pulak. Aku kalau dah tidur memang tidur mati," sambung Farah.

" Tu pasal la alarm kau bunyi pun kau tak terjaga," sindir Alex.

Mereka bertiga sengih.

" Aku rasa lepas ni kita kena try baik dengan Idayu. Sampai bila dia nak homesick kan?" tiba-tiba sahaja terpacul cadangan itu dari mulut si empunya badan, Iman.

Alex dan Farah memandang Iman.

" Aku serius ni. Kita semua dah biasa tinggal kat asrama since form one, so when it comes to those yang tak pernah, dorang akan homesick. Alah, macam zaman kita form one dulu. Amacam?" soal Iman lagi.

" Okey!"

***


Sesi orientasi berjalan dengan lancar. Tapi masa berjalan begitu perlahan. Terasa bosan berada di tahap maksima apabila dari pagi sampai ke petang terpaksa dengar taklimat itu ini. Taklimat tentang struktur pentadbiran sekolah, akademik, kokurikulum, homeroom dan macam-macam lagi. Meletihkan walaupun hanya perlu memasang telinga untuk mendengar.

Farah memandang barisan tempat duduknya. Iman yang di sebelah kanannya dari tadi dah berkuap berapa kali pun dia tak kira. Alex masih lagi mendengar sambil mencatat pada buku nota kecilnya, namun tulisan sudah tidak sekemas masa awal pagi dahulu. Idayu yang berada di sebelah kirinya sudah tersengguk-sengguk menahan perasaan mengantuk. Pelajar-pelajar lain ramai juga yang sudah lena dibuai mimpi. Tak biasa lagi rasanya bila kena bangun awal pagi, pergi solat Subuh berjemaah di surau dan berebut toilet.

Cepatlah pukul dua, bisik hati kecil Farah. Perutnya dari tadi sudah mendendangkan pelbagai jenis rentak muzik untuk memberi isyarat bahawa perut itu sudah lapar.

Pukul dua.

Taklimat dah habis. Lega! Pelajar lain berpusu-pusu keluar dari Dewan Pujangga. Bab makan semua laju.

" Jom kita pergi makan. Aku dah lapar sangat dah ni,"ajak Farah.

Alex, Idayu dan Iman hanya menuruti cadangan Farah. Memang masing-masing dah lapar. Masing-masing ligat berfikir apakah menu pada hari ini.



***


" Alhamdulillah. Dah habis pun orientasi," tutur Alex sambil duduk di katil. Ahli bilik T10 yang lain baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Tadi ada sesi usrah dan solat Zohor berjemaah untuk pelajar puteri sahaja di bawah kelolaan Badan Agama, Dakwah dan Rohani (BADAR) di surau. Pelajar putera yang lain semua dah pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

" Betul, betul. Alhamdulillah. Aku memang dah tak larat dah ni nak dengar taklimat. Bosan lah. Tak sabar nak belajar. Lama dah cuti. Otak pun dah berkarat aku rasa," sokong Farah lalu menggigit buah epal yang diambil ketika makan tengahari tadi.

" Petang ni kita pergi ambil buku teks kat library nak tak? Lepas tu kita tengok kelas kita dekat mana," cadang Iman yang dah baring di atas katil sambil mula menyumpat earphone mp3 di telinga.

" Aku nak ikut," kata Idayu.

" Aku pun," kata Alex dan Farah serentak.

Farah terus menepuk bahu Alex. " Kahwin dulu,"

" Eh, apa pulak?" soal Alex yang sedikit terperanjat dengan tindakan Farah sebentar tadi.

" Orang kata, kalau kita cakap serentak, sapa yang kena sep dulu lah yang akan kahwin dulu," gelak Farah.

" Mandai je lah kau," sengih Alex. " Nanti tengok kau yang kahwin dulu,"

" Eh, tak. Aku nak tengok kawan-kawan aku kahwin dulu. Aku nak tunggu korang semua naik pelamin dulu, then baru aku follow. Tu pun kalau ada orang nak," gurau Farah.

" Korang ni.. Cakap pasal kahwin pulak.. Dah, dah. Jom siap. Kita pergi ambil buku teks," syor Iman.

***

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah,dan jangalah kamu bercerai-berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu) kamu berada di jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”( Ali-Imran,3:103)


1 comment:

ruqaiyahghazi said...

Alaa teringat aku main sep2 tu dgn Ainnur :'(