Thursday, June 16, 2011

Sherlie dan Kayla.

Suasana kelas 4Q macam biasa. Masing-masing tekun menyiapkan homework yang banyaknya hanya Tuhan yang tahu. Gaya cikgu-cikgu ni bagi homework macam kita ni belajar subjek dia sahaja. Haihh. Walaupun dalam kesibukan begitu, sempat lagi budak-budak perempuan kelas ini bersembang sambil buat kerja. Biasalah, nama pun perempuan. Waktu petang-petang ni seronok nak bersembang.

"Aku nak pindah sekolah lah" kata Sherlie tiba-tiba dalam nada perlahan. Semua mata budak perempuan yang ada dalam kelas itu tertumpu pada Sherlie. Mereka terkejut mendengar statement tiba-tiba itu.

"Laaah.. asal?" tanya Merry.

"Entah. Aku takut kot. Aku rasa sini payah lah. Semua budak pandai-pandai. Aku ni budak gogo, biasa-biasa je. Aku rasa aku tak boleh lah". Gogo itu government, pangilan untuk pelajar-pelajar yang berasal dari sekolah kementerian sebelum ini.

"Semua orang pun sama lah. Aku pun rasa down kot. Kau tak payah lah weyh, baru-baru masuk memang lah macam ni" kata Nani cuba mengubah keputusan Sherlie.

"Aku dah cakap dah dekat mak aku. Diorang kata okay je kalau aku rasa tak sesuai dekat sini. Nanti aku masuk sekolah lama balik"

"Bila kau nak pindah?" tanya Lily.

"Sebelum exam sem 1 ni. Tapi Princess Night nanti aku sempat lah. Esoknya tu kot aku keluar"

"So, Princess Night malam last kau dekat sini lah?" tanya Nani pula.

Sherlie anguk-angguk kepala megiyakan.

xxx

Malam Princess Night ialah malam di mana semua pelajar perempuan akan tidur di dewan sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan oleh salah sebuah badan kepimpinan di sekolah itu. Badan kepimpinan yang mana, tak pasti lah pula. Malam itu, Sherlie menghabiskan saat-saat terakhir dengan rakan-rakan sekelasnya. Malam yang terakhir. Entah bila akan berjumpa lagi. Nani tidur di sebelah Sherlie malam tu.

xxx

Tidak lama kemudian, ketiadaan Sherlie diganti oleh seorang pelajar baru, Kayla. Dia dan Sazzy satu sekolah dulu. Kayla seperti seorang yang pendiam. Dia tak bertegur sapa dengan sesiapa pun dalam kelas tu. Hanya dengan Sazzy dia berkomunikasi. Aneh-aneh je gayanya. Apabila ditanya sepatah, sepatah lah dijawabnya.

Namun itu semua sandiwara saja. Kayla langsung bukan seorang yang pendiam. Perangainya yang sebenar, Ya Rabbi susah nak kata, Haha. Gila-gila kadang-kadang, lantang bila bercakap, sukar untuk memenuhi kehendaknya, dan macam-macam lagi! Yang pasti, kehadiran dia memang menambahkan keceriaan serta kebingitan kelas tersebut. Meriah kelas 4Q. Dengan adanya Kayla yang menggantikan Sherlie, cukuplah ahli perempuan dalam kelas tersebut. Amina, Hana, Amy, Heidi, Nani, Ally, Jas, Lin, Lily, Kayla, Sazzy, Merry, dan Phat.

No comments: