Tuesday, June 7, 2011

Sahabat selamanya #3

Bab 3

" Weh, Syed. Kau ada nampak tak aku punya buku teks Physics? Mati lah aku macam ni!" soal Pa'an dengan penuh gabra macam bangunan KLCC tu nak kena bom je.
Muka pun kelat semacam. Mejanya sudah bersepah dengan timbunan buku-buku mengalahkan orang nak buat roket. Semua sudah maklum, Pa'an ni memang terkenal dengan meja paling 'kemas' dalam kelas. Kalau subjek Matematik Moden tu, memang selalu kena denda dengan Puan Alina sebab meja tak berkemas. Walaupun sudah dipesan dan dinasihati berulang kali, namun semua itu tidak memberi kesan kepadanya. Malah sudah lali gamaknya. Telinga itu ibarat platinum yang lut dengan segala nasihat dan teguran.

" Manalah aku tahu kau letak mana Pa'an oi.. Kau ni suka sangat menyepahkan barang kau," kata Syed yang sudah turut serta mencari buku teks Physics kepunyaan Pa'an. Kalau tak ditolongnya sahabatnya yang seorang itu, memang nanti tempatnya dan tempat Pa'an bakal jadi tempat dilanda badai tsunami lah.

" Assalamualaikum," ujar Iman yang baru sahaja melangkah kaki masuk ke dalam kelas 4 Aman bersama sahabatnya yang lain; Farah, Adnin, Azah, Gee dan Diyanah.

" Wa'alaikumussalam," jawab Raja yang tempatnya betul-betul berdekatan dengan pintu masuk kelas 4 Aman.

Iman terus ke papan kenyataan untuk melihat jadual bagi keesokkan harinya sebelum ke tempat duduknya di sebelah Farah. Seketika kemudian, dia ternampak sebuah buku di atas meja guru.

" Haih, macam mana lah aku nak buat home..." kata-kata Pa'an yang sedang menunduk mencari-cari bukunya terhenti pada ketika itu. Matanya memandang ke arah buku teks Physics di atas mejanya. Iman tersenyum simpul melihat gelagat rakannya itu.

" Mana kau jumpa buku aku?" soal Pa'an, perlahan.

" Kat atas meja guru tu ha. Kau ni, cubalah kemas sikit meja kau. Ni tak, menyepah je kerja. Mana tak hilangnya buku kau. Hehehe," syarah Iman.

Pa'an menarik senyum sumbing kera. Malu dengan diri sendiri lah tu. Dah maklum sangat dah. Iman menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal. Kalau tiap-tiap hari begini, bikin gila dia jadinya.

Sampai je dia di tempat duduk, geng si Afiq pun mula berkumpul di meja Afiq dan Halim. Afiq, Fendi, Zul, Ilham, Pa'an, Syed, Fendi dan Halim. Tu memang satu kroni. Tak bermakna mereka mengamalkan semangat assabiyah, namun persahabatan yang terjalin antara mereka sangat rapat. Bukan bermakna mereka taiko yang semua perlu sujud dan patuh kepada mereka, cukuplah persahabatan mereka sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Gelak tawa mereka mula mewarnai kelas 4 Aman. Suasana semakin hingar bingar ibarat pasar malam.

" Kau dah hantar lab report Chemistry belum kat Syahmi?" soal Farah kepada Iman.

" Belum, kau dah ke?" soal Iman sambil mengeluarkan fail hitamnya yang ada nama 'Nurul Iman' sebesar alam yang ditulis menggunakan liquid paper.

" Ni nak hantar. Nak aku hantarkan ke tak?" tanya Farah lagi yang sudah mula bangun sambil memegang lab report Chemistry. Jangan main-main dengan Madam Norlian ni. Beliau memang bai orangnya, tapi bab homework, jangan berani bermain api lah dengan beliau. Kalau tak, waktu kelas Chemistry nanti, ada yang bakal saksikan adegan yang tidak pernah dijangka. Seakan-akan bom, waktu meletupnya sukar dijangka. Dan bagaimana teruk kesan letupan itu juga, sukar diteka.

Ima menadah tangan untuk berdoa sebelum memulakan kerjanya. Untuk mendapat keberkatan Ilahi. Buku teks Sejarah Tingkatan 4 sudah terbuka di hadapannya. Kertas-kertas soalan sudah terpampang depan mata.

"Bismillah.."

Tangannya mula berlari di atas kertas A4 yang penuh dengan soalan-soalan sejarah. Nampak je setakat 10 soalan. Tapi yang anak, anak, anak soalan tu belum kira. Memang targetnya untuk menyipakan kerja itu pada hari ini. Tak kira! Walau apa pun terjadi, dia mesti siapkannya. Diyanah sudah mendahuluinya. Hampir siap dah pun.

" Diyanah, dapat tak soalan last sekali?" laung Iman. Walhal Diyanah duduk tak jauh pun daripadanya. Memang suara si Iman ni kuat sungguh.

" Dapat. Cuba kau tengok kat bahagian kesimpulan dia," jawab Diyanah, lembut.

Iman terus menyelak buku teks Sejarah itu dengan rakusnya. Mana jawapan ni? Nak lari ye dengan aku? Ha!

" Okey, dah jumpa. Thanks Diyanah!" ucap Iman. Tangannya pantas memegang pen Pilot biru untuk menulis di atas kertas test padnya itu.

" Kau buat apa?" soal Zul yang tiba-tiba sahaja datang menerjah.

" Eh, kau. Kut ye pun, bagi lah salam ke apa dulu. Ni tak. Kau pakai main sergah je aku.." ngomel Iman. " Takde, ni ha. Tengah buat homework sejarah. Kau dah siapkan?"

" Nahi..nahi.. takde maknanya aku nak buat awal. Aku bukan rajin macam kau. Weh, aku chop dulu awal-awal. Nanti nak pinjam," kata Zul.

" Eh, mana boleh. Iman, baik au bagi kat aku," celah Azah yang berdiri di sebelah Zul.

" Eh, tak. Zah, aku chop dulu. Mana aci," rengek Zul yang dah buat muka seposen tu.

" Ah, yelah. Aku pinjam Farah lah cenggini. Boleh Farah?" sengih Azah kepada Farah.

" Boleh je," senyum Farah kembali.

1 jam30 minit sudah berlalu..

" Malam ni supper makan apa Farah?" soal Iman yang sedang mengemaskan buku-bukunya yang sudah bertimbunan di atas meja. Lagi 10 minit prep malam akan tamat.

" Laksa. Kau nak pergi ke tak?" tanya Farah yang masih lagi bertungkus lumus menyiapkan homework Sejarah.

" Ala, laksa ke? Aku tak pergilah kot. Aku pergi ratah milo je la malam ni," kata Iman dengan wajah sedikit sugul kerana menu supper pada malam itu tidak begitu digemarinya.

" Eh, Farah. Makan apa malam ni?" tanya Gee.

" Laksa," jawab Farah dengan suara yang agak kuat. Macam nak bagi tahu satu kelas.

"Amboi, Farah! Nak ajak rombongan peri makan kat DM ke malam ni?" kata Pa'an dengan nada untuk menyakat. Dia dah mula dah sesi menyakat orang. Pantang dapat mangsa betul..

" Okey, tuan-tuan dan puan-puan, malam ni cik Farah nak belanja kita makan kat DM. Makan laksa lagitu. Jangan risau, semuanya akan ditanggung oleh cik Farah. Tak ke gitu Farah?" canang Pa'an kepada seisi ahli kelas 4 Aman. Semua tersenyum sahaja melihat gelagat Pa'an. Ada juga yang dah gelak. Memang semua sudah maklum sangat dengan si Pa'an yang suka menyakat orang. Ada je modal yang dia nak guna untuk gulakan orang.

Farah dah tunduk menahan malu. Iman di sebelahnya pun dah turut serta gelakkannya.

Pap! Laju je tangan Farah memukul belakang Iman.

" Dey, kawan. Sampai hati kau gelakkan aku. Cet!" renung Farah.

" Adoi! Kau ni, nasib lah aku tak mati terkujat," kata Iman. Sisa ketawanya masih berbaki.

" Siaplah kau nanti kat bilik," ujar Farah.

Iman hanya ketawa sahaja tatkala mendengar amaran daripada Farah.

10.45 malam

Waktu prep sudah berakhir. Masing-masing cepat sahaja mengemas barang-barang kerana mahu mengejar supper pada malam itu.

" Farah, kata kat Alex, ambil je lah bahagian aku tu. Aku bukannya makan pun laksa. Aku nak balik bilik dulu," kata Iman lantas bangun untuk meninggalkan kelas.

" Wokeh!"

***

Lagu 'Darkside of the Sun' nyanyian Tokio Hotel sedang berlagu di halwa telinga Iman. MP3 itu memang menjadi teman setianya di samping handphone Nokia 2300 yang dibawanya secara sorok-sorok. memang peraturan kolej, setiap pelajar tidak dibenarkan membawa telefon selular. Namun sudah menjadi kebiasaan setiap pelajar di sini untuk membawa telefon selular masing-masing. Cuma, kena pandai-pandai jaga sendiri punya. Kalau tidak, memang wassalam lah jadi hak milik kekal para warden.

" Assalamualaikum," sapa Ben. Pintu bilik T10 terbuka. Iman yang dari tadi baring di atas katil segera mengubah posisinya dalam keadaan duduk.

" Wa'alaikumussalam. Ha, dah balik pun. Ada apa-apa announcement tak?" soal Iman.

" Ada. Esok perjumpaan persatuan silat batal," jawab Ben.

"Yes! Boleh aku melepak library esok. Lagi-lagi?" tanya Iman.

" Ni ha, si Ben dapat jadi Badar. I mean, terpilih untuk next stage untuk jadi Badar. Farah pulak next stage Badan Pengawas," seloroh Alex. " By the way, thanks for the laksa. Aku memang full tank gila malam ni."

" Wah, congrats!" kata Iman dengan muka penuh ceria.

" Thanks!" ujar Farah yang baru sahaja duduk di atas katilnya.

" Thank you, Iman. Doakanlah aku berjaya eh?" kata Ben pula.

" Insya Allah. Aku doakan semua roommate aku berjaya."

" Taklim!!!" jerit Ketua Blok Topaz, Kak Nazirah. Kak Nazirah merupakan salah seorang anggota badan Pengawas yang tinggal di blok Topaz. Kalau diikutkan, blok Topaz ini hanya untuk pelajar puteri Tingkatan 4 sahaja. Namun, mengikut sistem sebelum ini, ada senior yang akan tinggal di blok Tingkatan 4 untuk bagi tunjuk ajar. Tradisi Kolej Gemilang sejak turun temurun.

Ahli bilik T10 terus keluar dari bilik. Majlis taklim ini ialah majlis tidak rasmi bagi semua pelajar. Majlis ini akan diadakan setiap hari pada pukul 11.20 malam, sebelum waktu light-off pada pukul 11.30. Setiap hari, semua ahli blok Topaz akan membaca Surah Al-Mulk, 3 Qul, Doa Ibu Bapa dan juga Doa Rabitah Hati. Kalau hari Isnin dan Jumaat, alternate dengan surah Yasin. Lepas tu ada pula sesi tazkirah oleh ahli bilik yang bertugas. Begitulah rutin harian hidup pelajar di Kolej Gemilang. Walaupun sibuk dengan akademik, namun santapan rohani tidak pula dilupakan.

Iman terus menyarung tudung prepnya. MP3 ditanggalkan dan diletakkan di bawah bantal. Ben sudah menutup lampu bilik. Semua sudah bergerak menuju ke common room, bilik yang menjadi tempat berkumpul mereka semua.

" Eh, hari ni bilik siapa yang bertugas ye?" soal Fatimah, jiran sebelah bilik mereka.

" Semalam T08, hari ni korang lah, T09," jawab Farah.

" Ya Allah! Tak prepare apa-apa pun lagi," kata Fatimah lalu menepuk dahi dan lantas terus masuk ke dalam bilik untuk mencari buku yang sesuai untuk dibacakan kepada mereka semua unuk sesi tazkirah.

Macam-macam ragam. Dan itu adalah satu ragam yang boleh dilihat kalau waktu nak taklim.

" Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Kita mulakan majlis taklim kita dengan ummul kitab Al Fatihah," kata Suraya yang sudah membuka majlis.

Alunan suci surah Al Fatihah mula kedengaran memecah kedinginan malam yang pekat itu.

" Assalamualaikum semua. Baiklah untuk sesi tazkirah pada hari ini, tajuknya ialah berkenaan aurat.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
(Al Ahzab :ayat 59)

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Okey, jadi kalau kita lihat berdasarkan ayat Al Quran, sebagai muslimah, kita memang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna. Ianya menjadi kewajipan bagi kita semua. Dan saya rasa semua sudah maklum berdasarkan hadis tersebut bahawa kalau kita tak tutup rambut kita misalnya dengan sempurna, kita akan diseksa dengan teruk di akhirat kelak. Kalau tengok ayat Al-Quran dalam buku teks PAI Form 5 pun ada. Dalam bab batas-batas pergaulan. Surah An-Nur, ayat 31.

Saya yakin, semua orang tahu bahawa aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi, tengoklah zaman sekarang. Berapa ramai antara kita yang betul-betul menutup aurat seperti yang digariskan oleh Islam. Kalau kita tengok zaman sekarang, macam-macam gaya tudung dah ada. Dulu tudung bawal, sekarang ni dah ada shawl lah, pashmina lah. Memang up-to-date. Tapi sedarkah kita tentang gaya atau trend tu sebenarnya tak mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam? Saya tak kata semua, cuma anda sendiri tahu, bagaimanakah cara untuk menutup aurat dengan sempurna. Ada tu tahu, tapi tak amal. Kenapa wahai sahabat sekalian?

Saya tak bermaksud untuk menyindir tapi kita boleh lihat fenomena ni di mana-mana sahaja. Saya akui, saya pun bukan bertudung labuh. Tapi kita harus berusaha untuk memperbaiki diri kan?

Saya harap lepas ni, kita semua dapat pakai tudung dengan betul. Kalau boleh, nak sempang-sempang tudung tu biarlah sempang tudung sampai tutup dada. Jangan sebabkan nak menang bergaya, kita dapat saham dosa. Bagi yang tak berhijab tu, cuba-cubalah jinakkan diri anda. Kat kolej ni sebenarnya platform untuk anda semua berubah. Percayalah!

Sekian sahaja tazkirah saya untuk hari ini. Renung-renungkan dan selamat beramal," seloroh Fatimah. Memang panjang betul sesi tazkirah dia. Tapi cukup bermakna dan menusuk kalbu.

Habis je sesi tazkirah, majlis taklim ditangguhkan.

" Best lah tazkirah Fatimah tu. Aku rasa memang betul pun," kata Alex yang memulakan bicara. Ben, Farah dan Iman baru sahaja masuk ke dalam bilik.

" Betul, betul. Memang memberi pengajaran," sokong Ben sambil membuka tudung.

" Aku rasa memang setepek kena dekat aku. Yelah, aku ni kalau kat luar, pergi kedai, pakai tudung tapi sempang atas dada. Kadang-kadang pakai baju lengan pendek, tapi pakai tudung. Apekenamanya tu?" ujar Alex, perlahan.

" Alah, Alex. Chill lah. Kita semua ni tak perfect, tapi we still have time to change ourselves. Change for good, Insya Allah. He will help us," pujuk Iman sambil menggosok belakang Alex.

" Thanks, Iman," kata Alex sambil menguntum senyuman.

" No problem!"

" Esok bilik kita. Sapa nak bagi tazkirah?" soal Farah sambil mengeluarkan uniform sekolah untuk digosok.

" Ben!!" kata Alex dan Iman serentak.

" Apasal pulak aku?" soal Ben, seakan-akan mahu mengelak. Ben sudah menukar baju kurungnya kepada baju T shirt biasa dan seluar. Dah bersiap nak tidur dah.

" Kau kan Badar-to-be. So, practice lah dari sekarang. Karang nanti kau juga nak kena tarbiah yang lain. Hehehe," gelak Iman sambil mengenyitkan mata.

" Betul! Aku sokong kau. Dah, tak yah nak bagi alasan. Tak kira. Esok kau bagi tazkirah," kata Alex. Muktamad!

Farah sudah berdir untuk keluar dari bilik meninggalkan Iman dan Alex yang ketawa mengenakan Ben. Ben hanya mampu mengangguk. Macam-macam hal roommate aku ni, bisik Farah.

" Farah, kau nak ke mana?" soal Alex.

" Iron baju," jawab Farah, ringkas.

" After,"

" Okey,"

***

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


No comments: