Sunday, June 5, 2011

Sahabat selamanya #2

Bab 2

" Assalamualaikum. Ben, oh Ben!" sapa Siti Sarah yang sudah terpacak di hadapan pintu bilik T10.

" Wa'alaikumussalam. Oh, Sarah. Jemputlah masuk," ajak Idayu.

Ben? Siapa Ben? Alex, Farah dan Iman tercengang. Setahu mereka, tiada ahli bilik T10 yang bernama Ben. Sarah silap orang ke?

" Hai korang! Wah, rajin korang satu roommate balut buku teks! Ha, Ben. Ni aku nak tanya hang ni, mak hang hantar sms kat aku tadi. Dia tanya, hang nak pesan apa-apa tak? Esok Insya Allah dia mai sini," tanya Sarah, si anak jati Pulau Pinang, Pulau Mutiara.

" Pesan suruh bawak handphone dah la," sengih Idayu.

" Berani hang kan bawak handphone," senyum Sarah.

" Dah tu. Kalau dah public phone tu asyik 24 jam rosak, macam mana aku nak telefon mak aku," kata Idayu.

" Okey, okey. Nanti aku habaq kat mak hang," kata Sarah lalu beredar keluar.

Tiga pasang mata dari tadi memerhatikan tindak tanduk Idayu. Tak berkelip.

" Apasal Sarah panggil kau Ben ha?" soal Alex.

" Oh.. pasal tu. Macam ni, dulu zaman aku lower form kat sekolah lama, aku ada buat eksperimen. Ingat lagi tak eksperimen food test tu. Sepatutnya masuk iodine solution, tapi aku masuk Benedict's solution. Yang menariknya, aku pergi bakar dengan Bunsen burner. Nasib baik tak meletup lab science aku tu. Kawan-kawan aku pun apa lagi, panggil aku Benedict. Lepas tu makin lama jadi Ben je," gelak Idayu.

Pecah tawa ahli bilik T10.

" Kau ni memang lawak lah. Tak sangka aku Ben. Mula-mula dulu punya lah homesick," gelak Farah.

" Entahnya. Dulu bukan main lagi. Menangis lah. Ni dah mula tunjuk otai ye. Siap nak suruh mak bawak handphone," sengih Farah.

Masing-masing gelak je.

" So start hari ni aku nk panggil kau Ben. Tak kira," kata Iman. Telinganya masih melekat dengan earphone mp3 Sony miliknya.

" Ikut korang lah. Tapi aku lagi prefer Idayu. Nampak manis," sengih Idayu @ Ben.

" Lawak je lah kau ni. Tak sangka aku. Aku ingat kau ni stok-stok budak yang alim-alim, baik-baik. Yelah, gaya kau ni pakai tudung bidang 50, dengan handsock segala. Tapi kau ni otai rupanya eh," sambung Alex.

Ketawa ahli bilik T10 pecah di sebalik malam hujung minggu itu.

***

" Eh, Farah. Betul ke jalan pergi kelas kita ni?" soal Iman.

" Betul lah. Kita dah lepas makmal dengan bengkel tadi kan?" soal Farah kembali.

" Masa kita pergi survey hari tu mana ada lalu sini," kata Iman.

" Ha, tu kelas kita. Nampak tak 4 Aman?" kata Farah dengan penuh riang. Tu lah. Gaya hebat sangat lah dengan selok-belok kolej ni. Baru seminggu masuk. Patutnya bawak sekali peta kolej ni. Barulah tak sesat. Haila..

" Assalamualaikum, saudari," sapa satu suara dari arah belakang mereka. Kedengarannya seperti suara seorang lelaki.

Farah dan Iman segera menoleh. Siapa pulak mamat ni. Tiba-tiba je. Kenal pun tak. Haih..

" Wa'alaikumussalam. Ya, kenapa?" tanya Iman. Hati dah rasa tak senang. Mamat sorang ni nak apa? Dah lah bahasa sastera semacam. Ada jugak laki yang pesen macam ni di zaman millenium ni. Ingatkan dah tak ada.

" Nak tumpang tanya. Kelas 4 Ceria kat mana ye?" soal lelaki yang berkaca mata dan rambut belah tengah. Skema je rupa. Eh, tapi tak baik judge orang macam tu.

" Oh, naik tangga ni. Jalan ke straight. And then kelas yang paling hujung tu lah kelas 4 Ceria," jawab Farah.

" Okey, terima kasih," kata pelajar lelaki tersebut dan terus beredar pergi.

" Saudari? Fulamak! Ayat sastera sungguh," bisik Iman. Dalam hati rasa macam nak gelak guling-guling je.

" Kelakar kan mamat tu. Aku pun tak sangka," sengih Farah.

Tingkatan 4 Aman.

Kelas itu terletak di hujung tangga. Agak tersorok berbanding kelas-kelas yang lain. Farah dan Iman terus melangkah masuk ke dalam kelas itu. Suasana sunyi sepi. Ada segelintir tu baru nak cari tempat duduk.

" Jom kita duduk sekali," ajak Farah.

" Bring it on!" ujar Iman. " Belakang tu jom!"

Terdapat dua tempat duduk di penjuru kelas, berdekatan tingkap. Farah dan Iman terus meletakkan beg sandang milik mereka.

" Aku harap kau tak kesah duduk belakang ni," kata Iman.

" Naa.. it's okay. Aku tak kesah. Janji ada tempat duduk," kata Farah.

" Actually ustaz aku dulu pernah cakap, adab belajar lagi elok kalau laki duduk depan perempuan duduk belakang," tambah Iman lagi.

Farah dan Iman lantas meletakkan beg sandang masing-masing di kerusi. Tiba-tiba ada satu suara datang menyapa.

" Assalamualaikum. Nama siapa ye?" soal gadis bertudung labuh dan berkaca mata tanpa bingkai itu.

" Farah,"

" Iman. Kamu?"

" Diyanah. Yang ni Gee, yang tu pulak Azah. Depan Azah tu Adnin," jawab Diyanah sambil menunjukkan ke arah Gee, Adnin dan Azah.

Farah dan Iman menguntum senyuman ke arah teman sekelas mereka itu.

Tiba-tiba kelas 4 Aman sunyi sepi seketika bagaikan selisih malaikat 44. Mengapakah?

"Assalamualaikum semua," ujar guru wanita yang baru sahaja masuk ke kelas itu.

" Wa'alaikumussalam, cikgu," balas mereka satu kelas sambil berdiri. Tangan kemudiannya ditadah bagi memohon doa agar pembelajaran pada hari ini diberkati oleh Allah SWT.

" Okay, I'm Puan Alina and I'm going to teach you Modern Maths. So before we start, I would like you to introduce yourself. Your name, where are come from, your previous school and last but not least, your ambition. So, we better begin with the boys," ujar Puan Alina, guru Matematik Moden Tingkatan 4 Aman.

Jumlah ahli Tingkatan 4 Aman semuanya 23 orang, 12 lelaki, 11 perempuan;

-Fathi
-Adi
-Syahmi
-KA
-Syed
-Ilham
-Farhan @ Pa'an
-Raja
-Zul
-Affendi @ Fendi
-Afiq
-Halim
-Khairunnisa' @ Nisa'
-Dalilah @ Dee
-Iman
-Farah
-Azah
-Adnin
-Najihah @ Gee
-Diyanah
-Qistina
-Izzah
-Sharizah

Selesai sahaja sesi ta'aruf ataupun sesi pengenalan mereka, Puan Alina memberitahu serba sedikit sukatan pembelajaran mereka. Apa yang perlu dibuat, kerja kursus ataupun coursework bagaimana mahu mendapatkan A+ dalam peperiksaan dan sebagainya.

" Sebelum tu, lupa pula saya. Saya merupakan guru kelas kamu. Jadi kalau ada apa-apa hal, tolong refer pada saya. dan sebelum tu, saya nak adakan perlantikan Presiden dan Naib Presiden kelas. Semua dah kenal kan? Jadi, calon-calonnya..."

***

" Ah..penatnya. baru hari pertama, tapi aku rasa macam setahun belajar," keluh Alex. Badannya sudah direbahkan ke katil yang kelihatan begitu empuk. Mereka semua baru sahaja pulang dari pendaftaran ko-kurikulum.

" Kelas kau okey?" soal Iman.

" Not bad lah. Alah, sebelah je kan dengan kelas kau?" sengih Alex yang sedang memeluk bantalnya.

" Ha'ah. Kau 4 Bakti kan? Lupa pulak. Ben yang 4 Ceria. Aiseymen..lupa pulak. Hish," kata Iman.

" Tulah kau. Dah gaya macam mak nenek. Pelupa," perli Alex.

" Assalamualaikum, Iman. Sorry lah kalau mengganggu. Ni nak pass kan handout Biology yang Mrs Fauzia bagi. Bagi sekali kat Farah ye," kata Diyanah.

" Wa'alaikumussalam. Eh, thanks tau Diyanah. Jemputlah masuk dulu. Meh la makan. Ni ada beli kuih sikit tadi kat kafe. Jemput," ajak Iman yang sedang bersila di lantai sambil mengunyah cekodok pisang yang dibeli dari kafe. Diyanah pada mulanya berasa agak malu, namun setelah dipaksa oleh Iman dan Alex, akhirnya dia akur.

Tak lama kemudian, Azah join sekali. Mulanya Azah datang ke bilik T10 itu dengan tujuan untuk meminjam Ridsect kepunyaan Farah, alih-alih melekat pula kat bilik T10. Memang meriah bilik T10 tu. Macam-macam cerita dijual, sehinggakan cerita tentang mamat berjiwa sastera yang bertanyakan kelas tu pun dijadikan modal cerita Farah dan Iman. Gaya mereka semua macam dah kenal lama, padahal baru je nak sesi suai kenal. Baguslah mudah mesra. Jangan jadi manusia yang tidak reti berinteraksi, nanti akan dijauhi.

***

Prep malam itu, Iman dan Farah jalan beriringan dengan Alex, Azah, Ben, Diyanah dan Gee untuk ke kelas mereka. Cuma Alex dan Ben terpaksa berpisah kerana kelas lain-lain. Tapi tak jauh. Dalam satu blok yang sama juga kelas mereka itu.

" Jadual esok apa ye?" tanya Afiq, pelajar lelaki yang duduk di hadapan Iman tatkala Iman baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi.

" Kut ye pun, tunggulah aku ni duduk dulu, tarik nafas dalam-dalam. Ni tak, kau pakai main redah je. Ingat aku ni apa?" perli Iman sambil menarik senyum.

" Okey, okey cik Iman. Garang betul lah kau ni. Ha, jadual esok apa?" tanya Afiq dalam nada memerli.

" Esok ada BM, Modern Maths, Bio, Physics, PAI and last sekali, tenth subject. Kau EST lah kan?" sengih Iman sambil membaca jadual untuk hari esok yang disalin dalam buku nota miliknya.

" Oh, okey. Thanks Iman," ujar Afiq lalu memandang semula ke arah hadapan.

" Eh, Halim. Err.. kau dapat tak jawab soalan Physics ni?" tanya Farah kepada Halim yang duduk di sebelah Afiq. Halim seoarang yang pendiam, tak banyak bercakap dalam kelas. Bukan bermakna dia skema atau apa, cuma mungkin tak suka untuk omong kosong.

Halim terus memandang ke belakang.

" Dapat. Ni pun Fendi yang tunjukkan jalan kira. Kalau kau tak faham, baik kau suruh dia ajar. Aku faham sikit-sikit boleh la," kata Halim.

" Takpe, dah cukup baik dah ni. Ha, thanks tau," kata Farah dan terus mengambil buku latihan Physics dari Halim. Setelah menyalin semua jalan kerja, buku tersebut dipulangkan kepada tuan empunya.

Suasana prep malam itu berlangsung dengan senyap sunyi. Bunyi cengkerik dan unggas serta bunyi kipas angin berpusing sahaja menjadi penyeri suasana. Maklumlah, belum kenal sepenuhnya lagi. Yang rajin sememangnya sudah mula membuat nota yang ber'highlight' sana-sini. Takpun dah mula buat pre-reading untuk subjek esok.Yang sedang-sedang, cuba buat sesi ta'aruf. Tak pun mula bercerita bersama teman baru. Ada juga yang sudah mula ingin melelapkan mata kerana keletihan di siang hari. Macam- macam ragam manusia yang boleh dilihat di dalam kelas 4 Aman itu. Tapi itu semua baru permulaan untuk hari yang bakal mendatang..

***

Ya Allah, bukakanlah ke atas ku hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas ku khazanah rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah urursanku dan bukakanlah simpulan lidahku supaya mereka faham ucapanku.


No comments: