Sunday, June 19, 2011

bahan bacaan



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk terus hidup di alam ini.

Okey, sudah lama tidak menulis. Almaklum sahajalah, sekarang ni tengah sibuk dengan mid sem exam, assignment segala. Jadi peluang untuk menulis tu agak terhad.

Jadi, balik semula ke tajuk utama. Ya, bahan bacaan.

Anda suka membaca? Bahan bacaan yang bagaimanakah yang anda minat?
Setiap orang ada perspektif dan sudut pandangan yang berbeza. Kita tak boleh nak salahkan orang tu kalau dia minat baca novel cintan-cintun tangkap leleh. Kita juga tak boleh nak salah kan orang yang minat baca komik ke apa. Dah tu minat mereka kan?

Aku percaya, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza sebab skop membaca ini begitu luas. Membaca tu bukan hanya baca buku teks sekolah atau baca buku pelajaran yang tebal-tebal mengalahkan kamus dewan. Ada tu memang rajin gila baca majalah yang berunsurkan humor, majalah yang berunsurkan ilmiah. Macam-macam.

Kalau kita tinjau, berapa ramai sangat yang minat membaca. Padahal membaca ni bukannya kerja yang susah. Senang je kan? Tak perlu nak perah keringat atau tulang empat kerat.
Jadi di kesempatan yang ada ini, aku nak sarankan supaya kita semua termasuk diri ini untuk rajin membaca. Bukannya salah atau dosa pun kan? Membaca ni sebenarnya akan beri kita banyak faedah. Tak rugi pun. Kalau yang malas-malas tu, rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca. Kalau anda tak mula sekarang, bila lagi nak mula? Tahun depan? 10 tahun depan? 20 tahun depan? Fikir-fikirkanlah! Jangan jadikan alasan tak best, tak sempat ataupun yang sama waktu dengannya sebagai pengahalang. Ingat, orang yang gagal tu selalu memberi alasan.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ



Read! In the Name of your Lord Who created.
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan( Surah Al 'Alaq 96:1)


Sebelum terlupa, di kesempatan ini, aku nak beritahu..Mungkin benda ni dah lama tapi tak mengapalah, tetap nak juga beritahu.

Kalau kalian perasaan, dalam blog ini ada dua cerita yang sedang on-going.
1. Hikayat Penglipur Lara
2. Ceriteraku - Sahabat selamanya

Untuk makluman semua, cerita ini merupakan hakcipta rasmi penulis dan X (tidak mahu dikenali. Cukuplah sekadar menulis dan melontarkan idea) Dilarang sama sekali untuk meniru atau mencilok, atau dengan bahasa mudahnya, copy & paste.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Ya, mungkin gaya penulisan tak begitu menarik. Plot cerita juga tak best seperti penulis yang lain. Ini hanya sekadar tulisan daripada kami. Idea hanya dilontarkan untuk menulis bila mana idea datang dan juga masih mentah lagi. Segala komen dan tunjuk ajar bolehlah diberitahu ye :)

Sekian,

Wallahu'alam.

without wax,

haniyahaya :)



Thursday, June 16, 2011

Sherlie dan Kayla.

Suasana kelas 4Q macam biasa. Masing-masing tekun menyiapkan homework yang banyaknya hanya Tuhan yang tahu. Gaya cikgu-cikgu ni bagi homework macam kita ni belajar subjek dia sahaja. Haihh. Walaupun dalam kesibukan begitu, sempat lagi budak-budak perempuan kelas ini bersembang sambil buat kerja. Biasalah, nama pun perempuan. Waktu petang-petang ni seronok nak bersembang.

"Aku nak pindah sekolah lah" kata Sherlie tiba-tiba dalam nada perlahan. Semua mata budak perempuan yang ada dalam kelas itu tertumpu pada Sherlie. Mereka terkejut mendengar statement tiba-tiba itu.

"Laaah.. asal?" tanya Merry.

"Entah. Aku takut kot. Aku rasa sini payah lah. Semua budak pandai-pandai. Aku ni budak gogo, biasa-biasa je. Aku rasa aku tak boleh lah". Gogo itu government, pangilan untuk pelajar-pelajar yang berasal dari sekolah kementerian sebelum ini.

"Semua orang pun sama lah. Aku pun rasa down kot. Kau tak payah lah weyh, baru-baru masuk memang lah macam ni" kata Nani cuba mengubah keputusan Sherlie.

"Aku dah cakap dah dekat mak aku. Diorang kata okay je kalau aku rasa tak sesuai dekat sini. Nanti aku masuk sekolah lama balik"

"Bila kau nak pindah?" tanya Lily.

"Sebelum exam sem 1 ni. Tapi Princess Night nanti aku sempat lah. Esoknya tu kot aku keluar"

"So, Princess Night malam last kau dekat sini lah?" tanya Nani pula.

Sherlie anguk-angguk kepala megiyakan.

xxx

Malam Princess Night ialah malam di mana semua pelajar perempuan akan tidur di dewan sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan oleh salah sebuah badan kepimpinan di sekolah itu. Badan kepimpinan yang mana, tak pasti lah pula. Malam itu, Sherlie menghabiskan saat-saat terakhir dengan rakan-rakan sekelasnya. Malam yang terakhir. Entah bila akan berjumpa lagi. Nani tidur di sebelah Sherlie malam tu.

xxx

Tidak lama kemudian, ketiadaan Sherlie diganti oleh seorang pelajar baru, Kayla. Dia dan Sazzy satu sekolah dulu. Kayla seperti seorang yang pendiam. Dia tak bertegur sapa dengan sesiapa pun dalam kelas tu. Hanya dengan Sazzy dia berkomunikasi. Aneh-aneh je gayanya. Apabila ditanya sepatah, sepatah lah dijawabnya.

Namun itu semua sandiwara saja. Kayla langsung bukan seorang yang pendiam. Perangainya yang sebenar, Ya Rabbi susah nak kata, Haha. Gila-gila kadang-kadang, lantang bila bercakap, sukar untuk memenuhi kehendaknya, dan macam-macam lagi! Yang pasti, kehadiran dia memang menambahkan keceriaan serta kebingitan kelas tersebut. Meriah kelas 4Q. Dengan adanya Kayla yang menggantikan Sherlie, cukuplah ahli perempuan dalam kelas tersebut. Amina, Hana, Amy, Heidi, Nani, Ally, Jas, Lin, Lily, Kayla, Sazzy, Merry, dan Phat.

Jas.

"Nani, kau tolong aku boleh? Aku nak masuk sekolah situ juga." kedengaran suara Jas dalam talian.

"Nak tolong macam mana? Aku pun nak kau masuk sini. Sunyi doh ada aku dengan Sarah je. Haa.. ada budak perempuan dalam homeroom aku tak datang. Boleh kot kau nak masuk ganti dia." Nani mengusulkan cadangan walaupun hakikatnya idea tersebut kurang bijak. Bukan dia dan Sarah tak tahu macam mana perangai Jas ni. Banyak ragam. Namun, kesunyiaan sementara mereka ini tak mampu rasanya nak ditanggung dua orang saja. Kalau ada tiga orang best sikit.

"Bagilah aku nama dia. Nanti aku minta pakcik aku tolong"

"Aku lupa lah nama dia. Nantilah aku bagi kat kau ea."

"Okay." Panggilan ditamatkan.

xxx

"Aku bagi nama budak homeroom aku yang tak datang tu dekat Jas hari tu." beritahu Nani pada Sarah ketika mereka menyusuri jalan ke kelas selepas roll call pagi.

"Kau dah bagi ea? Bila dia nak datang?". Sarah gaya dah tak sabar.

"Entahlah. Tak apa ke weyh dia masuk sini? Kau tahu lah kan dia macam mana." Memang patut pun Nani bimbang.

"Tak apa. Sini macam lain kot, tak akan dia nak buat perangai dia lagi" Sarah cuba meyakinkan walaupun hakikatnya dia juga bimbang.

"Hope so".

xxx

Selesai makan tengah hari, Nani dan rakan-rakan sekelasnya, Hana, Lily, Merry, Amina, Sherlie dan Phat bergerak pulang ke asrama. Hana, Lily, Merry, dan Sherlie yang duduk di blok A masuk ke asrama dulu apabila tiba di depan blok mereka. Amina, Nani dan Phat pula duduk seblok, blok C, blok yang paling hujung.

"Eh, ada budak baru nak masuk" kata Phat sambil memuncungkan mulut ke arah kereta Waja warna maroon yang diparkir di luar pagar asrama.

"Aah lah. Siapa ek?" soal Amina. "Jom pergi tolong dia angkat barang nak?"

"Jom" serentak Nani dan Phat menjawab.

"Assalamualaikum makcik, ada apa-apa yang kami boleh tolong?" Nani renung kereta itu lama-lama. Nampak macam familiar je.

"Nak tolong ke? Boleh lah juga. Tolong angkat baju kurung ni. Tinggal yang ni je." kata makcik tersebut.

Eh? Baju ni macam pernah nampak. Ohh ni baju Jas! Nani senyum sendiri. Dah sampai dah budak ni rupanya. Baju-baju tersebut dibawa naik ke blok B hinggalah ke bilik yang kedua hujung di sebelah tangga, sebelah bilik Sarah. Nani terasa lucu. Dari dulu lagi Si Sarah ni tak boleh terlepas dari Jas. Haha. Kesian pun ada. Setelah meletakkan baju-baju tersebut di atas katil, mereka pulang ke blok C melalui pintu tengah yang menghubungkan dua blok tersebut. Tapi tak nampak pula bayang Si Jas ni.

Maka, tambahlah seorang lagi ahli dari kalangan budak-budak sekolah lama mereka. Nani dan Jas sekelas. Sehomeroom lagi! Itu semua gara-gara pertolongan Nani. Dan seperti yang dijangka, Jas tetap Jas. Tak berubah sedikit pun. Tegarnya dia! Hahaha. Terpaksalah Nani dan Sarah layan ragam dia tu. Tapi itu pun tak lama, bila dah fed up mereka biarkan saja. Suka hati kau lah Jas.






Thursday, June 9, 2011

untitled post?

Syukur Alhamdulillah. Walaupun tak sehebat seperti rakan-rakan yang lain, aku tetap bersyukur dengan kurnianMu, Ya Allah. Mungkin setimpal dengan usahaku yang tak seberapa. Kepada sahabat yang lain, jangan berputus asa. Perjalanan kita masih jauh. Ini bukan bermakna pengakhiran bagi kita semua. Apa-apa pun, anda tetap sahabat saya :)

so sekarang, aku kena start belajar.Jangan nak malas-malas sebab aku ni bukan ada gen genius. Kalau budak lain tu takpe lah kan. Jadi sekarang, aku kena stop online dan start bercinta dengan buku-buku. Mana janji kau selama ni nak bercinta dengan buku wahai Hani Yasmin?

okay, so let's get back to work! Stop with all things yang tak memberi sebarang faedah kepada kau. Jadi lah budak yang rajin belajar!

without wax,

haniyahaya :)

Tuesday, June 7, 2011

Sahabat selamanya #3

Bab 3

" Weh, Syed. Kau ada nampak tak aku punya buku teks Physics? Mati lah aku macam ni!" soal Pa'an dengan penuh gabra macam bangunan KLCC tu nak kena bom je.
Muka pun kelat semacam. Mejanya sudah bersepah dengan timbunan buku-buku mengalahkan orang nak buat roket. Semua sudah maklum, Pa'an ni memang terkenal dengan meja paling 'kemas' dalam kelas. Kalau subjek Matematik Moden tu, memang selalu kena denda dengan Puan Alina sebab meja tak berkemas. Walaupun sudah dipesan dan dinasihati berulang kali, namun semua itu tidak memberi kesan kepadanya. Malah sudah lali gamaknya. Telinga itu ibarat platinum yang lut dengan segala nasihat dan teguran.

" Manalah aku tahu kau letak mana Pa'an oi.. Kau ni suka sangat menyepahkan barang kau," kata Syed yang sudah turut serta mencari buku teks Physics kepunyaan Pa'an. Kalau tak ditolongnya sahabatnya yang seorang itu, memang nanti tempatnya dan tempat Pa'an bakal jadi tempat dilanda badai tsunami lah.

" Assalamualaikum," ujar Iman yang baru sahaja melangkah kaki masuk ke dalam kelas 4 Aman bersama sahabatnya yang lain; Farah, Adnin, Azah, Gee dan Diyanah.

" Wa'alaikumussalam," jawab Raja yang tempatnya betul-betul berdekatan dengan pintu masuk kelas 4 Aman.

Iman terus ke papan kenyataan untuk melihat jadual bagi keesokkan harinya sebelum ke tempat duduknya di sebelah Farah. Seketika kemudian, dia ternampak sebuah buku di atas meja guru.

" Haih, macam mana lah aku nak buat home..." kata-kata Pa'an yang sedang menunduk mencari-cari bukunya terhenti pada ketika itu. Matanya memandang ke arah buku teks Physics di atas mejanya. Iman tersenyum simpul melihat gelagat rakannya itu.

" Mana kau jumpa buku aku?" soal Pa'an, perlahan.

" Kat atas meja guru tu ha. Kau ni, cubalah kemas sikit meja kau. Ni tak, menyepah je kerja. Mana tak hilangnya buku kau. Hehehe," syarah Iman.

Pa'an menarik senyum sumbing kera. Malu dengan diri sendiri lah tu. Dah maklum sangat dah. Iman menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal. Kalau tiap-tiap hari begini, bikin gila dia jadinya.

Sampai je dia di tempat duduk, geng si Afiq pun mula berkumpul di meja Afiq dan Halim. Afiq, Fendi, Zul, Ilham, Pa'an, Syed, Fendi dan Halim. Tu memang satu kroni. Tak bermakna mereka mengamalkan semangat assabiyah, namun persahabatan yang terjalin antara mereka sangat rapat. Bukan bermakna mereka taiko yang semua perlu sujud dan patuh kepada mereka, cukuplah persahabatan mereka sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Gelak tawa mereka mula mewarnai kelas 4 Aman. Suasana semakin hingar bingar ibarat pasar malam.

" Kau dah hantar lab report Chemistry belum kat Syahmi?" soal Farah kepada Iman.

" Belum, kau dah ke?" soal Iman sambil mengeluarkan fail hitamnya yang ada nama 'Nurul Iman' sebesar alam yang ditulis menggunakan liquid paper.

" Ni nak hantar. Nak aku hantarkan ke tak?" tanya Farah lagi yang sudah mula bangun sambil memegang lab report Chemistry. Jangan main-main dengan Madam Norlian ni. Beliau memang bai orangnya, tapi bab homework, jangan berani bermain api lah dengan beliau. Kalau tak, waktu kelas Chemistry nanti, ada yang bakal saksikan adegan yang tidak pernah dijangka. Seakan-akan bom, waktu meletupnya sukar dijangka. Dan bagaimana teruk kesan letupan itu juga, sukar diteka.

Ima menadah tangan untuk berdoa sebelum memulakan kerjanya. Untuk mendapat keberkatan Ilahi. Buku teks Sejarah Tingkatan 4 sudah terbuka di hadapannya. Kertas-kertas soalan sudah terpampang depan mata.

"Bismillah.."

Tangannya mula berlari di atas kertas A4 yang penuh dengan soalan-soalan sejarah. Nampak je setakat 10 soalan. Tapi yang anak, anak, anak soalan tu belum kira. Memang targetnya untuk menyipakan kerja itu pada hari ini. Tak kira! Walau apa pun terjadi, dia mesti siapkannya. Diyanah sudah mendahuluinya. Hampir siap dah pun.

" Diyanah, dapat tak soalan last sekali?" laung Iman. Walhal Diyanah duduk tak jauh pun daripadanya. Memang suara si Iman ni kuat sungguh.

" Dapat. Cuba kau tengok kat bahagian kesimpulan dia," jawab Diyanah, lembut.

Iman terus menyelak buku teks Sejarah itu dengan rakusnya. Mana jawapan ni? Nak lari ye dengan aku? Ha!

" Okey, dah jumpa. Thanks Diyanah!" ucap Iman. Tangannya pantas memegang pen Pilot biru untuk menulis di atas kertas test padnya itu.

" Kau buat apa?" soal Zul yang tiba-tiba sahaja datang menerjah.

" Eh, kau. Kut ye pun, bagi lah salam ke apa dulu. Ni tak. Kau pakai main sergah je aku.." ngomel Iman. " Takde, ni ha. Tengah buat homework sejarah. Kau dah siapkan?"

" Nahi..nahi.. takde maknanya aku nak buat awal. Aku bukan rajin macam kau. Weh, aku chop dulu awal-awal. Nanti nak pinjam," kata Zul.

" Eh, mana boleh. Iman, baik au bagi kat aku," celah Azah yang berdiri di sebelah Zul.

" Eh, tak. Zah, aku chop dulu. Mana aci," rengek Zul yang dah buat muka seposen tu.

" Ah, yelah. Aku pinjam Farah lah cenggini. Boleh Farah?" sengih Azah kepada Farah.

" Boleh je," senyum Farah kembali.

1 jam30 minit sudah berlalu..

" Malam ni supper makan apa Farah?" soal Iman yang sedang mengemaskan buku-bukunya yang sudah bertimbunan di atas meja. Lagi 10 minit prep malam akan tamat.

" Laksa. Kau nak pergi ke tak?" tanya Farah yang masih lagi bertungkus lumus menyiapkan homework Sejarah.

" Ala, laksa ke? Aku tak pergilah kot. Aku pergi ratah milo je la malam ni," kata Iman dengan wajah sedikit sugul kerana menu supper pada malam itu tidak begitu digemarinya.

" Eh, Farah. Makan apa malam ni?" tanya Gee.

" Laksa," jawab Farah dengan suara yang agak kuat. Macam nak bagi tahu satu kelas.

"Amboi, Farah! Nak ajak rombongan peri makan kat DM ke malam ni?" kata Pa'an dengan nada untuk menyakat. Dia dah mula dah sesi menyakat orang. Pantang dapat mangsa betul..

" Okey, tuan-tuan dan puan-puan, malam ni cik Farah nak belanja kita makan kat DM. Makan laksa lagitu. Jangan risau, semuanya akan ditanggung oleh cik Farah. Tak ke gitu Farah?" canang Pa'an kepada seisi ahli kelas 4 Aman. Semua tersenyum sahaja melihat gelagat Pa'an. Ada juga yang dah gelak. Memang semua sudah maklum sangat dengan si Pa'an yang suka menyakat orang. Ada je modal yang dia nak guna untuk gulakan orang.

Farah dah tunduk menahan malu. Iman di sebelahnya pun dah turut serta gelakkannya.

Pap! Laju je tangan Farah memukul belakang Iman.

" Dey, kawan. Sampai hati kau gelakkan aku. Cet!" renung Farah.

" Adoi! Kau ni, nasib lah aku tak mati terkujat," kata Iman. Sisa ketawanya masih berbaki.

" Siaplah kau nanti kat bilik," ujar Farah.

Iman hanya ketawa sahaja tatkala mendengar amaran daripada Farah.

10.45 malam

Waktu prep sudah berakhir. Masing-masing cepat sahaja mengemas barang-barang kerana mahu mengejar supper pada malam itu.

" Farah, kata kat Alex, ambil je lah bahagian aku tu. Aku bukannya makan pun laksa. Aku nak balik bilik dulu," kata Iman lantas bangun untuk meninggalkan kelas.

" Wokeh!"

***

Lagu 'Darkside of the Sun' nyanyian Tokio Hotel sedang berlagu di halwa telinga Iman. MP3 itu memang menjadi teman setianya di samping handphone Nokia 2300 yang dibawanya secara sorok-sorok. memang peraturan kolej, setiap pelajar tidak dibenarkan membawa telefon selular. Namun sudah menjadi kebiasaan setiap pelajar di sini untuk membawa telefon selular masing-masing. Cuma, kena pandai-pandai jaga sendiri punya. Kalau tidak, memang wassalam lah jadi hak milik kekal para warden.

" Assalamualaikum," sapa Ben. Pintu bilik T10 terbuka. Iman yang dari tadi baring di atas katil segera mengubah posisinya dalam keadaan duduk.

" Wa'alaikumussalam. Ha, dah balik pun. Ada apa-apa announcement tak?" soal Iman.

" Ada. Esok perjumpaan persatuan silat batal," jawab Ben.

"Yes! Boleh aku melepak library esok. Lagi-lagi?" tanya Iman.

" Ni ha, si Ben dapat jadi Badar. I mean, terpilih untuk next stage untuk jadi Badar. Farah pulak next stage Badan Pengawas," seloroh Alex. " By the way, thanks for the laksa. Aku memang full tank gila malam ni."

" Wah, congrats!" kata Iman dengan muka penuh ceria.

" Thanks!" ujar Farah yang baru sahaja duduk di atas katilnya.

" Thank you, Iman. Doakanlah aku berjaya eh?" kata Ben pula.

" Insya Allah. Aku doakan semua roommate aku berjaya."

" Taklim!!!" jerit Ketua Blok Topaz, Kak Nazirah. Kak Nazirah merupakan salah seorang anggota badan Pengawas yang tinggal di blok Topaz. Kalau diikutkan, blok Topaz ini hanya untuk pelajar puteri Tingkatan 4 sahaja. Namun, mengikut sistem sebelum ini, ada senior yang akan tinggal di blok Tingkatan 4 untuk bagi tunjuk ajar. Tradisi Kolej Gemilang sejak turun temurun.

Ahli bilik T10 terus keluar dari bilik. Majlis taklim ini ialah majlis tidak rasmi bagi semua pelajar. Majlis ini akan diadakan setiap hari pada pukul 11.20 malam, sebelum waktu light-off pada pukul 11.30. Setiap hari, semua ahli blok Topaz akan membaca Surah Al-Mulk, 3 Qul, Doa Ibu Bapa dan juga Doa Rabitah Hati. Kalau hari Isnin dan Jumaat, alternate dengan surah Yasin. Lepas tu ada pula sesi tazkirah oleh ahli bilik yang bertugas. Begitulah rutin harian hidup pelajar di Kolej Gemilang. Walaupun sibuk dengan akademik, namun santapan rohani tidak pula dilupakan.

Iman terus menyarung tudung prepnya. MP3 ditanggalkan dan diletakkan di bawah bantal. Ben sudah menutup lampu bilik. Semua sudah bergerak menuju ke common room, bilik yang menjadi tempat berkumpul mereka semua.

" Eh, hari ni bilik siapa yang bertugas ye?" soal Fatimah, jiran sebelah bilik mereka.

" Semalam T08, hari ni korang lah, T09," jawab Farah.

" Ya Allah! Tak prepare apa-apa pun lagi," kata Fatimah lalu menepuk dahi dan lantas terus masuk ke dalam bilik untuk mencari buku yang sesuai untuk dibacakan kepada mereka semua unuk sesi tazkirah.

Macam-macam ragam. Dan itu adalah satu ragam yang boleh dilihat kalau waktu nak taklim.

" Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Kita mulakan majlis taklim kita dengan ummul kitab Al Fatihah," kata Suraya yang sudah membuka majlis.

Alunan suci surah Al Fatihah mula kedengaran memecah kedinginan malam yang pekat itu.

" Assalamualaikum semua. Baiklah untuk sesi tazkirah pada hari ini, tajuknya ialah berkenaan aurat.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
(Al Ahzab :ayat 59)

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Okey, jadi kalau kita lihat berdasarkan ayat Al Quran, sebagai muslimah, kita memang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna. Ianya menjadi kewajipan bagi kita semua. Dan saya rasa semua sudah maklum berdasarkan hadis tersebut bahawa kalau kita tak tutup rambut kita misalnya dengan sempurna, kita akan diseksa dengan teruk di akhirat kelak. Kalau tengok ayat Al-Quran dalam buku teks PAI Form 5 pun ada. Dalam bab batas-batas pergaulan. Surah An-Nur, ayat 31.

Saya yakin, semua orang tahu bahawa aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi, tengoklah zaman sekarang. Berapa ramai antara kita yang betul-betul menutup aurat seperti yang digariskan oleh Islam. Kalau kita tengok zaman sekarang, macam-macam gaya tudung dah ada. Dulu tudung bawal, sekarang ni dah ada shawl lah, pashmina lah. Memang up-to-date. Tapi sedarkah kita tentang gaya atau trend tu sebenarnya tak mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam? Saya tak kata semua, cuma anda sendiri tahu, bagaimanakah cara untuk menutup aurat dengan sempurna. Ada tu tahu, tapi tak amal. Kenapa wahai sahabat sekalian?

Saya tak bermaksud untuk menyindir tapi kita boleh lihat fenomena ni di mana-mana sahaja. Saya akui, saya pun bukan bertudung labuh. Tapi kita harus berusaha untuk memperbaiki diri kan?

Saya harap lepas ni, kita semua dapat pakai tudung dengan betul. Kalau boleh, nak sempang-sempang tudung tu biarlah sempang tudung sampai tutup dada. Jangan sebabkan nak menang bergaya, kita dapat saham dosa. Bagi yang tak berhijab tu, cuba-cubalah jinakkan diri anda. Kat kolej ni sebenarnya platform untuk anda semua berubah. Percayalah!

Sekian sahaja tazkirah saya untuk hari ini. Renung-renungkan dan selamat beramal," seloroh Fatimah. Memang panjang betul sesi tazkirah dia. Tapi cukup bermakna dan menusuk kalbu.

Habis je sesi tazkirah, majlis taklim ditangguhkan.

" Best lah tazkirah Fatimah tu. Aku rasa memang betul pun," kata Alex yang memulakan bicara. Ben, Farah dan Iman baru sahaja masuk ke dalam bilik.

" Betul, betul. Memang memberi pengajaran," sokong Ben sambil membuka tudung.

" Aku rasa memang setepek kena dekat aku. Yelah, aku ni kalau kat luar, pergi kedai, pakai tudung tapi sempang atas dada. Kadang-kadang pakai baju lengan pendek, tapi pakai tudung. Apekenamanya tu?" ujar Alex, perlahan.

" Alah, Alex. Chill lah. Kita semua ni tak perfect, tapi we still have time to change ourselves. Change for good, Insya Allah. He will help us," pujuk Iman sambil menggosok belakang Alex.

" Thanks, Iman," kata Alex sambil menguntum senyuman.

" No problem!"

" Esok bilik kita. Sapa nak bagi tazkirah?" soal Farah sambil mengeluarkan uniform sekolah untuk digosok.

" Ben!!" kata Alex dan Iman serentak.

" Apasal pulak aku?" soal Ben, seakan-akan mahu mengelak. Ben sudah menukar baju kurungnya kepada baju T shirt biasa dan seluar. Dah bersiap nak tidur dah.

" Kau kan Badar-to-be. So, practice lah dari sekarang. Karang nanti kau juga nak kena tarbiah yang lain. Hehehe," gelak Iman sambil mengenyitkan mata.

" Betul! Aku sokong kau. Dah, tak yah nak bagi alasan. Tak kira. Esok kau bagi tazkirah," kata Alex. Muktamad!

Farah sudah berdir untuk keluar dari bilik meninggalkan Iman dan Alex yang ketawa mengenakan Ben. Ben hanya mampu mengangguk. Macam-macam hal roommate aku ni, bisik Farah.

" Farah, kau nak ke mana?" soal Alex.

" Iron baju," jawab Farah, ringkas.

" After,"

" Okey,"

***

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


Sunday, June 5, 2011

Sahabat selamanya #2

Bab 2

" Assalamualaikum. Ben, oh Ben!" sapa Siti Sarah yang sudah terpacak di hadapan pintu bilik T10.

" Wa'alaikumussalam. Oh, Sarah. Jemputlah masuk," ajak Idayu.

Ben? Siapa Ben? Alex, Farah dan Iman tercengang. Setahu mereka, tiada ahli bilik T10 yang bernama Ben. Sarah silap orang ke?

" Hai korang! Wah, rajin korang satu roommate balut buku teks! Ha, Ben. Ni aku nak tanya hang ni, mak hang hantar sms kat aku tadi. Dia tanya, hang nak pesan apa-apa tak? Esok Insya Allah dia mai sini," tanya Sarah, si anak jati Pulau Pinang, Pulau Mutiara.

" Pesan suruh bawak handphone dah la," sengih Idayu.

" Berani hang kan bawak handphone," senyum Sarah.

" Dah tu. Kalau dah public phone tu asyik 24 jam rosak, macam mana aku nak telefon mak aku," kata Idayu.

" Okey, okey. Nanti aku habaq kat mak hang," kata Sarah lalu beredar keluar.

Tiga pasang mata dari tadi memerhatikan tindak tanduk Idayu. Tak berkelip.

" Apasal Sarah panggil kau Ben ha?" soal Alex.

" Oh.. pasal tu. Macam ni, dulu zaman aku lower form kat sekolah lama, aku ada buat eksperimen. Ingat lagi tak eksperimen food test tu. Sepatutnya masuk iodine solution, tapi aku masuk Benedict's solution. Yang menariknya, aku pergi bakar dengan Bunsen burner. Nasib baik tak meletup lab science aku tu. Kawan-kawan aku pun apa lagi, panggil aku Benedict. Lepas tu makin lama jadi Ben je," gelak Idayu.

Pecah tawa ahli bilik T10.

" Kau ni memang lawak lah. Tak sangka aku Ben. Mula-mula dulu punya lah homesick," gelak Farah.

" Entahnya. Dulu bukan main lagi. Menangis lah. Ni dah mula tunjuk otai ye. Siap nak suruh mak bawak handphone," sengih Farah.

Masing-masing gelak je.

" So start hari ni aku nk panggil kau Ben. Tak kira," kata Iman. Telinganya masih melekat dengan earphone mp3 Sony miliknya.

" Ikut korang lah. Tapi aku lagi prefer Idayu. Nampak manis," sengih Idayu @ Ben.

" Lawak je lah kau ni. Tak sangka aku. Aku ingat kau ni stok-stok budak yang alim-alim, baik-baik. Yelah, gaya kau ni pakai tudung bidang 50, dengan handsock segala. Tapi kau ni otai rupanya eh," sambung Alex.

Ketawa ahli bilik T10 pecah di sebalik malam hujung minggu itu.

***

" Eh, Farah. Betul ke jalan pergi kelas kita ni?" soal Iman.

" Betul lah. Kita dah lepas makmal dengan bengkel tadi kan?" soal Farah kembali.

" Masa kita pergi survey hari tu mana ada lalu sini," kata Iman.

" Ha, tu kelas kita. Nampak tak 4 Aman?" kata Farah dengan penuh riang. Tu lah. Gaya hebat sangat lah dengan selok-belok kolej ni. Baru seminggu masuk. Patutnya bawak sekali peta kolej ni. Barulah tak sesat. Haila..

" Assalamualaikum, saudari," sapa satu suara dari arah belakang mereka. Kedengarannya seperti suara seorang lelaki.

Farah dan Iman segera menoleh. Siapa pulak mamat ni. Tiba-tiba je. Kenal pun tak. Haih..

" Wa'alaikumussalam. Ya, kenapa?" tanya Iman. Hati dah rasa tak senang. Mamat sorang ni nak apa? Dah lah bahasa sastera semacam. Ada jugak laki yang pesen macam ni di zaman millenium ni. Ingatkan dah tak ada.

" Nak tumpang tanya. Kelas 4 Ceria kat mana ye?" soal lelaki yang berkaca mata dan rambut belah tengah. Skema je rupa. Eh, tapi tak baik judge orang macam tu.

" Oh, naik tangga ni. Jalan ke straight. And then kelas yang paling hujung tu lah kelas 4 Ceria," jawab Farah.

" Okey, terima kasih," kata pelajar lelaki tersebut dan terus beredar pergi.

" Saudari? Fulamak! Ayat sastera sungguh," bisik Iman. Dalam hati rasa macam nak gelak guling-guling je.

" Kelakar kan mamat tu. Aku pun tak sangka," sengih Farah.

Tingkatan 4 Aman.

Kelas itu terletak di hujung tangga. Agak tersorok berbanding kelas-kelas yang lain. Farah dan Iman terus melangkah masuk ke dalam kelas itu. Suasana sunyi sepi. Ada segelintir tu baru nak cari tempat duduk.

" Jom kita duduk sekali," ajak Farah.

" Bring it on!" ujar Iman. " Belakang tu jom!"

Terdapat dua tempat duduk di penjuru kelas, berdekatan tingkap. Farah dan Iman terus meletakkan beg sandang milik mereka.

" Aku harap kau tak kesah duduk belakang ni," kata Iman.

" Naa.. it's okay. Aku tak kesah. Janji ada tempat duduk," kata Farah.

" Actually ustaz aku dulu pernah cakap, adab belajar lagi elok kalau laki duduk depan perempuan duduk belakang," tambah Iman lagi.

Farah dan Iman lantas meletakkan beg sandang masing-masing di kerusi. Tiba-tiba ada satu suara datang menyapa.

" Assalamualaikum. Nama siapa ye?" soal gadis bertudung labuh dan berkaca mata tanpa bingkai itu.

" Farah,"

" Iman. Kamu?"

" Diyanah. Yang ni Gee, yang tu pulak Azah. Depan Azah tu Adnin," jawab Diyanah sambil menunjukkan ke arah Gee, Adnin dan Azah.

Farah dan Iman menguntum senyuman ke arah teman sekelas mereka itu.

Tiba-tiba kelas 4 Aman sunyi sepi seketika bagaikan selisih malaikat 44. Mengapakah?

"Assalamualaikum semua," ujar guru wanita yang baru sahaja masuk ke kelas itu.

" Wa'alaikumussalam, cikgu," balas mereka satu kelas sambil berdiri. Tangan kemudiannya ditadah bagi memohon doa agar pembelajaran pada hari ini diberkati oleh Allah SWT.

" Okay, I'm Puan Alina and I'm going to teach you Modern Maths. So before we start, I would like you to introduce yourself. Your name, where are come from, your previous school and last but not least, your ambition. So, we better begin with the boys," ujar Puan Alina, guru Matematik Moden Tingkatan 4 Aman.

Jumlah ahli Tingkatan 4 Aman semuanya 23 orang, 12 lelaki, 11 perempuan;

-Fathi
-Adi
-Syahmi
-KA
-Syed
-Ilham
-Farhan @ Pa'an
-Raja
-Zul
-Affendi @ Fendi
-Afiq
-Halim
-Khairunnisa' @ Nisa'
-Dalilah @ Dee
-Iman
-Farah
-Azah
-Adnin
-Najihah @ Gee
-Diyanah
-Qistina
-Izzah
-Sharizah

Selesai sahaja sesi ta'aruf ataupun sesi pengenalan mereka, Puan Alina memberitahu serba sedikit sukatan pembelajaran mereka. Apa yang perlu dibuat, kerja kursus ataupun coursework bagaimana mahu mendapatkan A+ dalam peperiksaan dan sebagainya.

" Sebelum tu, lupa pula saya. Saya merupakan guru kelas kamu. Jadi kalau ada apa-apa hal, tolong refer pada saya. dan sebelum tu, saya nak adakan perlantikan Presiden dan Naib Presiden kelas. Semua dah kenal kan? Jadi, calon-calonnya..."

***

" Ah..penatnya. baru hari pertama, tapi aku rasa macam setahun belajar," keluh Alex. Badannya sudah direbahkan ke katil yang kelihatan begitu empuk. Mereka semua baru sahaja pulang dari pendaftaran ko-kurikulum.

" Kelas kau okey?" soal Iman.

" Not bad lah. Alah, sebelah je kan dengan kelas kau?" sengih Alex yang sedang memeluk bantalnya.

" Ha'ah. Kau 4 Bakti kan? Lupa pulak. Ben yang 4 Ceria. Aiseymen..lupa pulak. Hish," kata Iman.

" Tulah kau. Dah gaya macam mak nenek. Pelupa," perli Alex.

" Assalamualaikum, Iman. Sorry lah kalau mengganggu. Ni nak pass kan handout Biology yang Mrs Fauzia bagi. Bagi sekali kat Farah ye," kata Diyanah.

" Wa'alaikumussalam. Eh, thanks tau Diyanah. Jemputlah masuk dulu. Meh la makan. Ni ada beli kuih sikit tadi kat kafe. Jemput," ajak Iman yang sedang bersila di lantai sambil mengunyah cekodok pisang yang dibeli dari kafe. Diyanah pada mulanya berasa agak malu, namun setelah dipaksa oleh Iman dan Alex, akhirnya dia akur.

Tak lama kemudian, Azah join sekali. Mulanya Azah datang ke bilik T10 itu dengan tujuan untuk meminjam Ridsect kepunyaan Farah, alih-alih melekat pula kat bilik T10. Memang meriah bilik T10 tu. Macam-macam cerita dijual, sehinggakan cerita tentang mamat berjiwa sastera yang bertanyakan kelas tu pun dijadikan modal cerita Farah dan Iman. Gaya mereka semua macam dah kenal lama, padahal baru je nak sesi suai kenal. Baguslah mudah mesra. Jangan jadi manusia yang tidak reti berinteraksi, nanti akan dijauhi.

***

Prep malam itu, Iman dan Farah jalan beriringan dengan Alex, Azah, Ben, Diyanah dan Gee untuk ke kelas mereka. Cuma Alex dan Ben terpaksa berpisah kerana kelas lain-lain. Tapi tak jauh. Dalam satu blok yang sama juga kelas mereka itu.

" Jadual esok apa ye?" tanya Afiq, pelajar lelaki yang duduk di hadapan Iman tatkala Iman baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi.

" Kut ye pun, tunggulah aku ni duduk dulu, tarik nafas dalam-dalam. Ni tak, kau pakai main redah je. Ingat aku ni apa?" perli Iman sambil menarik senyum.

" Okey, okey cik Iman. Garang betul lah kau ni. Ha, jadual esok apa?" tanya Afiq dalam nada memerli.

" Esok ada BM, Modern Maths, Bio, Physics, PAI and last sekali, tenth subject. Kau EST lah kan?" sengih Iman sambil membaca jadual untuk hari esok yang disalin dalam buku nota miliknya.

" Oh, okey. Thanks Iman," ujar Afiq lalu memandang semula ke arah hadapan.

" Eh, Halim. Err.. kau dapat tak jawab soalan Physics ni?" tanya Farah kepada Halim yang duduk di sebelah Afiq. Halim seoarang yang pendiam, tak banyak bercakap dalam kelas. Bukan bermakna dia skema atau apa, cuma mungkin tak suka untuk omong kosong.

Halim terus memandang ke belakang.

" Dapat. Ni pun Fendi yang tunjukkan jalan kira. Kalau kau tak faham, baik kau suruh dia ajar. Aku faham sikit-sikit boleh la," kata Halim.

" Takpe, dah cukup baik dah ni. Ha, thanks tau," kata Farah dan terus mengambil buku latihan Physics dari Halim. Setelah menyalin semua jalan kerja, buku tersebut dipulangkan kepada tuan empunya.

Suasana prep malam itu berlangsung dengan senyap sunyi. Bunyi cengkerik dan unggas serta bunyi kipas angin berpusing sahaja menjadi penyeri suasana. Maklumlah, belum kenal sepenuhnya lagi. Yang rajin sememangnya sudah mula membuat nota yang ber'highlight' sana-sini. Takpun dah mula buat pre-reading untuk subjek esok.Yang sedang-sedang, cuba buat sesi ta'aruf. Tak pun mula bercerita bersama teman baru. Ada juga yang sudah mula ingin melelapkan mata kerana keletihan di siang hari. Macam- macam ragam manusia yang boleh dilihat di dalam kelas 4 Aman itu. Tapi itu semua baru permulaan untuk hari yang bakal mendatang..

***

Ya Allah, bukakanlah ke atas ku hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas ku khazanah rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah urursanku dan bukakanlah simpulan lidahku supaya mereka faham ucapanku.


Saturday, June 4, 2011

Sahabat selamanya #1

Prolog

" Ha, dah masuk asrama ni kena pandai-pandai jaga diri. Jangan tinggal solat. Baca Al Quran tu at least one page per day. Dengar cakap cikgu tu. Jangan nak tidur kat kelas," pesan Encik Kamarulzaman.

"Kalau tak faham, tanya Jangan simpan je. Belajar dengan kawan-kawan yang pandai," tambahnya lagi. "Satu lagi, jangan nak bercouple,"

Couple? Erk? Apa sampai boleh pusing ke situ abah ni.

"Okeylah. Ni hari pun dah lewat petang. Mak dengan abah nak balik dah. Karang jalan jammed pula," tutur Puan Kamisah.

Gadis itu lantas bersalaman dengan kedua orang tuanya. Encik Kamarulzaman dan Puan Kamisah kemudian masuk ke dalam kereta. Enjin terus dihidupkan. Kereta Chevrolet Optra itu meluncur di jalan dan terus menghala ke pintu pagar kolej.



Bab 1

" Hai! Nama siapa?" sapa gadis yang sedang melipat baju sebelah katil itu.

" Idayu. Tapi panggil je lah Ben..eh..tak, Idayu," jawab gadis itu. " Kau pulak?"

" Panggil Farah je," jawab gadis yang sudai selesai melipat baju itu. Hari pertama di Kolej Gemilang. Memang letih nak mengemas semua barang. Mujur dapat bilik yang dikongsi bersama 4 orang pelajar yang lain. Kalau dapat dorm, memang naya lah.

"Eh, mana lagi roommate kita yang lagi dua orang ye? Tak nampak pulak," soal Farah.
Idayu hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Tiba-tiba pintu bilik Topaz 10 (T10) berkuak.

"Assalamualaikum," sapa gadis yang bertubuh sederhana kecil itu. Terus melangkah masuk ke dalam bilik.

" Wa'alaikumussalam," jawab Farah dan Idayu.

Gadis itu segera melontarkan tubuhnya ke katil miliknya, katil yang betul-betul bersebelahan dengan Farah. Keletihan yang teramat daripada riak wajahnya.

" Nama siapa?" tanya Farah kepada temannya yang tengah berbaring di sebelah katilnya.

" Iman," jawab gadis itu sepatah. Tak tahu nak jawab apa lagi. Orang tanya satu, dia jawab satu. Lagipun penat mengemas barang tadi masih berbaki. Mujur semua dah selesai.

Pintu bilik T10 terkuak lagi. Kali ini kelihatan seorang gadis yang berambut pendek ala 'boy-cut' masuk bersama tuala bersangkut di bahu dan baldi berisi toileteries di tangan kanan.

" Hai! Nama siapa?" soal Farah kepada gadis yang baru sahaja masuk itu.

" Oh, hai! Wan Nina. Panggil je Alex for short," jawabnya bersahaja.

Sesi ice-breaking atau suai kenal yang tidak formal antara ahli bilik T10 tamat di situ. Masing-masing kemudiannya membuat kerja sendiri. Suasana hening seketika.


***


" Eh, mana Idayu ye?" soal Iman kepada Farah dan Alex.

" Entahlah, aku pun tak tahu. Tak nampak pulak dia kat surau time Subuh tadi," jawab Farah yang sedang merenggangkan katil.

Alex pun hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba Ben masuk dengan mata bengkak- bengkak. Tanda menangis semalaman barangkali. Mungkin juga tidak cukup tidur. Maklum sahajalah, katil di asrama tidak se-gah katil di rumah. Suasana di asrama mana mungkin boleh menandingi suasana di rumah.

" Idayu, janganlah sedih-sedih. We're here for you. Ada apa-apa masalah cerita je. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Kitorang pun pernah rasa homesick tu. Takpe, awal-awal. Biasa lah," kata Iman, dengan nada memujuk.

Alex dan Farah tercengang. Mana lah si Iman ni dapat tahu. Pelik.

" Jom pergi breakfast! Aku lapar," ajak Farah. Sengaja mahu memecahkan suasana yang sepi itu.

" Aku on je," sengih Alex yang sudah bersiap dengan uniform sekolah dan beg sandang berisi fail yang wajib dibawa sepanjang minggu orientasi.

" Iman, kau nak ikut ke tak?" soal Farah yang sedang mengunci loker. Iman hanya mengangguk.

Mereka bertiga meninggalkan bilik dan menuju ke Dewan Makan (DM). Idayu sedang bersiap. Katanya tidak mahu bersarapan. Hanya mahu menjamah roti yang dibawa dari rumah.


***


" Aku rasa Idayu tu homesick. Pagi tadi aku dengar pukul 4 pagi dia bangun menangis. Lepas tu pergi call mak dia kat public phone," kata Iman yang sudah selesai menjamah bubur nasi. Air nescafe di sebelahnya tinggal separuh.

" Oh, yeke? Aku tak tahu pulak. Aku kalau dah tidur memang tidur mati," sambung Farah.

" Tu pasal la alarm kau bunyi pun kau tak terjaga," sindir Alex.

Mereka bertiga sengih.

" Aku rasa lepas ni kita kena try baik dengan Idayu. Sampai bila dia nak homesick kan?" tiba-tiba sahaja terpacul cadangan itu dari mulut si empunya badan, Iman.

Alex dan Farah memandang Iman.

" Aku serius ni. Kita semua dah biasa tinggal kat asrama since form one, so when it comes to those yang tak pernah, dorang akan homesick. Alah, macam zaman kita form one dulu. Amacam?" soal Iman lagi.

" Okey!"

***


Sesi orientasi berjalan dengan lancar. Tapi masa berjalan begitu perlahan. Terasa bosan berada di tahap maksima apabila dari pagi sampai ke petang terpaksa dengar taklimat itu ini. Taklimat tentang struktur pentadbiran sekolah, akademik, kokurikulum, homeroom dan macam-macam lagi. Meletihkan walaupun hanya perlu memasang telinga untuk mendengar.

Farah memandang barisan tempat duduknya. Iman yang di sebelah kanannya dari tadi dah berkuap berapa kali pun dia tak kira. Alex masih lagi mendengar sambil mencatat pada buku nota kecilnya, namun tulisan sudah tidak sekemas masa awal pagi dahulu. Idayu yang berada di sebelah kirinya sudah tersengguk-sengguk menahan perasaan mengantuk. Pelajar-pelajar lain ramai juga yang sudah lena dibuai mimpi. Tak biasa lagi rasanya bila kena bangun awal pagi, pergi solat Subuh berjemaah di surau dan berebut toilet.

Cepatlah pukul dua, bisik hati kecil Farah. Perutnya dari tadi sudah mendendangkan pelbagai jenis rentak muzik untuk memberi isyarat bahawa perut itu sudah lapar.

Pukul dua.

Taklimat dah habis. Lega! Pelajar lain berpusu-pusu keluar dari Dewan Pujangga. Bab makan semua laju.

" Jom kita pergi makan. Aku dah lapar sangat dah ni,"ajak Farah.

Alex, Idayu dan Iman hanya menuruti cadangan Farah. Memang masing-masing dah lapar. Masing-masing ligat berfikir apakah menu pada hari ini.



***


" Alhamdulillah. Dah habis pun orientasi," tutur Alex sambil duduk di katil. Ahli bilik T10 yang lain baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Tadi ada sesi usrah dan solat Zohor berjemaah untuk pelajar puteri sahaja di bawah kelolaan Badan Agama, Dakwah dan Rohani (BADAR) di surau. Pelajar putera yang lain semua dah pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

" Betul, betul. Alhamdulillah. Aku memang dah tak larat dah ni nak dengar taklimat. Bosan lah. Tak sabar nak belajar. Lama dah cuti. Otak pun dah berkarat aku rasa," sokong Farah lalu menggigit buah epal yang diambil ketika makan tengahari tadi.

" Petang ni kita pergi ambil buku teks kat library nak tak? Lepas tu kita tengok kelas kita dekat mana," cadang Iman yang dah baring di atas katil sambil mula menyumpat earphone mp3 di telinga.

" Aku nak ikut," kata Idayu.

" Aku pun," kata Alex dan Farah serentak.

Farah terus menepuk bahu Alex. " Kahwin dulu,"

" Eh, apa pulak?" soal Alex yang sedikit terperanjat dengan tindakan Farah sebentar tadi.

" Orang kata, kalau kita cakap serentak, sapa yang kena sep dulu lah yang akan kahwin dulu," gelak Farah.

" Mandai je lah kau," sengih Alex. " Nanti tengok kau yang kahwin dulu,"

" Eh, tak. Aku nak tengok kawan-kawan aku kahwin dulu. Aku nak tunggu korang semua naik pelamin dulu, then baru aku follow. Tu pun kalau ada orang nak," gurau Farah.

" Korang ni.. Cakap pasal kahwin pulak.. Dah, dah. Jom siap. Kita pergi ambil buku teks," syor Iman.

***

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah,dan jangalah kamu bercerai-berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu) kamu berada di jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”( Ali-Imran,3:103)