Sunday, May 29, 2011

Sekolah Baru

Nani membontoti ayahnya ke pejabat sekolah. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Hmm.. daftar lambat lagi kali ini. Hari ini hari pendaftarannya ke sekolah baru. Pendaftaran yang sepatutnya dilakukan pagi tadi terpaksa dilakukannya pada waktu petang dek kesibukkan ayahnya berkerja. Nak buat macam mana. Tak perlu mendaftar sendiri pun dah kira untung dah ni. Nani memandang sekeliling, kut-kut lah ada yang seangkatan dengannya. Namun seperti dijangka, mana lah ada orang lain yang buat tabiat cool macam dia mendaftar lambat. Perasan.

"Weyh, aku baru habis daftar. Kau dekat mana?" tanya Nani pada Sarah melalui panggilan telefon. Sarah adalah rakannya dari sekolah yang sama sebelum ini. Hanya mereka berdua saja budak perempuan dari sekolah tersebut yang tercampak di sekolah baru ini.
"Bilik. Baru habis kemas barang" jawab Sarah. Dia mendaftar awal, pagi-pagi lagi sudah bersemangat ke sekolah baru.
"Kau blok mana?" soal Sarah.

" CA12" jawab Nani sambil mata mencari arah blok asrama.

"Tak sama dengan aku. Alaa tak best lah macam ni". Sarah bernada kecewa.

"Laa ye ke.. Tak apalah, nak buat macam mana". Nani turut sama kecewa, namun sebagai seorang yang cool dia masih boleh buat gaya slumber. Perasan.

Panggilan telefon dihentikan dan langkah diatur ke blok asrama. Beg-beg yang berat dibawa naik dengan bantuan emak. Emak menghantarnya sampai di hadapan pintu sahaja kerana hari sudah lewat petang. Selepas menghantar ibu bapanya ke tempat letak kereta dan mencium tangan mereka, Nani naik semula ke bilik.

Belum sempat Nani masuk ke bilik dia telah disapa oleh rakan biliknya yang hendak keluar ke tandas yang terletak di penjuru blok.

"Eh, duduk bilik ni ea? Baru sampai? Kenapa lambat?" soal rakan biliknya itu.

"CA12 kan ni? Ayah ada hal penting pagi tadi" jawab Nani ringkas.

"Owh..ha betullah tu bilik ni. Amina". Tangan dihulur dengan senyuman tanda perkenalan.

"Nani". Tangan yang dihulur disambut dan senyuman tadi dibalas dengan senyum terpaksa dari Nani. Rasa janggal. Hari pertama masuk sekolah, biasalah.

Nani melangkah masuk ke biliknya yang kosong itu. Ada empat katil dan tiga daripadanya sudah dipasang cantik dengan cadar. Corak cadar semua sepesen saja.

Amina masuk semula selepas beberapa minit.

"Kelas mana?" soalnya.

"Entah, mana nak tengok?".

"Tadi ada dapat file? Ada tulis dekat depan tu".

"Owh. 4 Q, Homeroom Z1" jawabnya. Macam mana lah dia boleh tak perasan padahal dia dah belek-belek tadi.

"Sama. Homeroom pun sama". Amina senyum.

"Assalamualaikum!" Siapa pula lah ni masuk bilik dengan gaya riang ria sakan. Dah lah bawa nasi bungkus sekali.

"Eh dah sampai? Ingatkan tak ada orang tadi katil ni. Hai, nama apa?". Budak yang baru masuk tadi pula menyoal soalan sama.

"Nani. Nama apa?" soalan yang sama disoalnya pula.

"Kerri" jawab budak tadi sambil tangan menyuap nasi bungkus ke mulut. Tengah makan tak baik bercakap banyak. Nani pun hanya diam sahaja. Mulut dah tak tahu nak sambung ayat apa. Kepala belum boleh cerna adegan kenal-mengenal ni sangat. Hanya tangannya yang tangkas berkerja mengemas barang-barang.

xxx

Ahli-ahli homeroom Z1 duduk dalam bulatan dengan guru penasihat homeroom. Nani pandang wajah ahli-ahli homeroomnya satu persatu. Pelbagai first impression ligat bermain dalam kepalanya. Nani memang macam ini, suka menganalisa. Ini perjumpaan homeroom yang kedua tapi merupakan yang pertama bagi Nani kerana dia sudah terlepas sesi pertama semalam.

"Okay, semalam kita belum sempat berkenalan kan? Jadi hari ni kita berkenalan dulu" kata guru penasihatnya.

Duhh... sesi berkenalan lagi. Nani memang muak dengan adegan kenal-mengenal ini. Entah kenapa dia tak suka. Tapi memang adat lah kan baru berjumpa kena kenal-mengenal dulu. Kan?

Pengenalan diri dari budak-budak lelaki dia tak ambil port sangat. Yang perempuan punya dia dengar betul-betul. Ye lah, nak cari geng sebulu nanti dalam kelas. Bukan lah niat nak sombong, dia memang berkawan dengan semua orang tapi dalam soal memilih kawan rapat ni dia agak berhati-hati.

"Nama saya Nur Amina bt bla bla bla. Boleh panggil Amina je. Saya seorang yang aktif di sekolah... pernah menjawat jawatan... saya seorang yang sukakan kejayaan... pernah menang pertandingan... bla bla bla". Takbur, kata Nani dalam hati. Riak mukanya ditahan agar tidak terlalu menggambarkan apa yang difikirkan dalam kepala. Yang ini memang tak boleh buat geng ni. Kepala dia dengan kepala Nani memang tak boleh masuk.

"Nama saya Aini Alia bt bla bla bla. Boleh panggil Ally. Saya berasal dari...bla bla bla". Erm, yang ini macam okay tapi dari segi gaya penampilan macam orang kaya saja. Nama panggilan pun ala-ala orang putih saja. Macam High standard saja gayanya. Nani kalau boleh tak mahu campur sangat dengan golongan high standard ni. Leceh. Cukuplah buat kawan borak-borak kosong je.

Dalam homeroomnya ada lima orang perempuan. Selain dia, Amina, dan Ally, ada lagi dua orang iaitu Hana dan Heidi. Hana bergaya sopan dan pendiam. Suaranya apabila bercakap pun perlahan saja. Heidi pula kelihatan seperti seorang yang blur-blur. Nani mengeluh hampa. Nampak gayanya macam tak ada geng gila-gila lah nanti.

xxx

"Kau duduk dengan Amina ea nanti dalam kelas?" soal Ally sewaktu lawatan keliling sekolah bersama homeroom.

"Kenapa?" soalan dibalas dengan soalan yang sebenarnya sudah diagak jawapannya.

"Nak duduk dengan aku tak?" pelawa Ally.

"Erm, tengoklah dulu. Boleh kot" Nani balas dengan senyuman.

"Okay".

xxx

Hari ini hari pertama masuk kelas yang sebenar. Sepanjang sesi orientasi dan waktu-waktu melepak dengan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan sehomeroom, Nani boleh digambarkan sebagai seorang yang ramah, slumber, entah apa-apa, dan kadang-kala kelakar dalam kalangan mereka. Setakat ini rasanya belum ada yang meyampah dengannya. Erk.. atau mungkin ada? Biarlah, Nani tak kisah.

Nani sampai lambat ke kelas. Biasalah, kalau jalan lenggang kangkung sambil sembang-sembang gebang dengan Sarah memang tak pernah nak cepat lah. Melangkah saja masuk kelas, masing-masing sudah pun pilih tempat duduk atau dalam kata lain, cop tempat.

Nani pandang sekeliling. "Siapa nak duduk dengan aku?" soalnya dengan gaya bajet hotstuff sambil tersengih-sengih. Perasan. Itu memang nature dia. Ahli-ahli kelas yang lain ada yang senyum, ada juga yang buat muka menyampah. Tak apa, Nani tak kisah.

"Nani, duduk sini lah" ajak Amina. Tempat duduk yang dipilih adalah yang paling depan. Betul-betul setentang dengan whiteboard. Erm... depannya. Tak nak lah semangat sangat sampai depan macam ni. Dah lah dengan si budak Amina ni.

"Nani" Ally memanggil Nani. Tempat duduknya dibelakang Amina. Kira okay kut yang ni, Tak adalah depan sangat. Tapi minah ni macam high standard, boleh masuk ke nanti? Erm.. mana satu ni?

Keputusan dibuat. Langkah diatur ke tempat duduk kosong yang dipilih tanpa diduga apa yang bakal dilalui dalam tempoh dua tahun akan datang. Seribu satu kisah suka duka yang kadang kala boleh bikin gila. Namun yang pasti, dia tak sesal. Itu takdir namanya.

xxx

'Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal' Al-Hujurat, ayat 13.

without wax,
bukan haniyahaya :)


No comments: