Monday, May 2, 2011

Riak.

“ Siap juga akhirnya!”ujar A. Badannya diregang-regangkan seperti atlet Olimpik yang ingin berlari pecut. Urat-urat sendi nya dah berbunyi prap..prap.



Dari pagi sampailah ke petang, A banyak menghabiskan masa dengan mengadap computer riba miliknya. Hari ini dia ada projek giga. Dia ingin menyiapkan header terbaru blognya dan juga menghias blognya sekreatif mungkin. Walaupun pada hakikatnya A bukan lah budak yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual, malah tidak mengetahui apa itu seni, tapi disebabkan sudah menjadi blogger sejak zaman lepas SPM, dia kini sudah mengetahui serba sedikit apa itu seni.
Pada kaca matanya, kalau benda nampak lawa, itulah seni. Sejak menjadi blogger sepenuh masa, masanya kini lebih banyak dihabiskan dengan mengupdate blog miliknya. Siang, malam tak kira waktu. Asal celik je mata, perkara pertama yang akan terlintas di mindanya ialah blog. Memang diakui, blognya sangat menarik kerana selain menceritakan pengalaman hidupnya, blog A juga ada menerapkan unsur Islam. Ingin mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain. Saling menasihati antara satu sama lain. Salah satu cara untuk berdakwah katanya.

“Kali ni mesti ramai yang akan like dan follow aku punya blog,” bisik hati kecil A.
Memang niat di hati A supaya orang akan menyukai wajah terbaru blog miliknya. Dia ingin semua follower-follower nya yang setia memberi komen tentang hal tersebut.

Setelah seminggu berlalu, beratus-ratus follower blog milik A memberi komen.

Baru seminggu, sudah hampir ratusan komen yang ditinggalkan oleh followernya. Bilangan follower juga semakin bertambah, sehingga mencecah angka ratus. Tercapai juga hasratnya untuk melihat follower blognya mencecah ratus. Senyumnya terus ditarik sehingga ke telinga. Berbunga-bunga rasa hati A.

Pada suatu hari, B datang untuk menziarahi A setelah sekian lama tidak bersua.

“Amboi A, aku tengok kau ni asyik dengan blog je. Kau tak bosan ke ha?” sapa B, sahabat baik A. A masih di meja belajarnya dan matanya tidak berganjak dari skrin komputer ribanya.

“Orang kalau dah minat,” jawab A acuh tak acuh.

“Rajin kau ye, update selalu. Aku tengok, baru berapa bulan kau jadi blogger, dah banyak orang follow kau. Aku ni yang dari form 4 ada blog pun tak de ramai follower. Ciput je ha..”seloroh B.

“Tu lah kau B. cuba kau buat touch up sikit dengan blog kau. Ni tak, warna kusam. Mana orang nak minat. Kita nak berdakwah ni kena main psikologi manusia,” tambah A.

“Yelah A. Tapi kan A, kau tak rasa diri kau tu riak ke? Memanglah kita suka kalau follower kita banyak. Aku pun suka sebab at least ada orang di luar sana yang menghargai apa yang kita tulis, kita luahkan. Tapi cuba kau fikir balik, kau buat semua header, hias blog segala bagai tu, niat kau tu semata-mata kerana nak pujian orang ke? Nak tambah follower?” soal B.

Sentap sungguh ayat yang keluar dari mulut B. A terkesima seketika.

“A, ingatlah. Benda-benda macam ni tak kekal lama. Tak baik riak. Berdosa. Kau pun tahu kan. Riak tu salah satu syirik khafi (syirik kecil). Kan baru je belajar PAI masa SPM. Takkan kau tak ingat?” tanya B, lembut.

A masih lagi mengunci mulutnya. Tidak berdaya membantah, hanya mendengar.

“Bukan niat aku untuk menghalang kau jadi blogger. Tapi aku rasa kita kena betulkan balik niat kita. Tak salah untuk menulis. Mana tahu, apa yang kita tulis tu semua ilmu. Ilmu tu bukan hanya setakat pada buku je kan?”

“Kalau kita menulis, hias blog semata-mata kerana niat untuk menunjuk-nunjuk. Salah tu. Tak salah kalau kita nak hias blog, sebab manusia ni fitrahnya memang sukakan benda yang cantik-cantik. Tak ke gitu?”

“Aku bukan lah nak berlagak baik dekat kau. Tapi sebagai sahabat, aku rasa terpanggil untuk menasihati kau. Sebagai sahabat, aku tak nak kau terus hanyut,”jelas B lagi.

A menundukan kepalanya. Melihat lantai biliknya. Parkir sudah banyak tertanggal. Dah berlubang sana-sini.

“Apa kata mulai sekarang kau reset balik hati kau tu. Programme kan balik apa yang patut. Jangan disebabkan nak mengejar follower dan nak dapat komen dari orang, kerja dakwah kita yang sepatutnya dapat ganjaran pahala menjadi sia-sia," nasihat B lagi.



A hanya mengangguk faham. Ya Allah, bersalahnya aku. Aku mohon keampunan padaMu Ya Allah~

***
Okey, setakat itu sahaja cerita yang dapat dicoretkan. Maaflah andai tak menarik. Sebab cerita ini tiada plot. Hanya menulis mengikut kata hati sahaja. Cewah!!!

Riak? Apa itu riak?

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.

Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)


إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (Surah An-Nisa 4: Ayat 142)


Sekian sahaja entri buat kali ini.

Wallahu'alam~


without wax,

haniyahaya :)


nota kaki:

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;


Saya budak baru belajar,


Kalau salah tolong tunjukkan.



1 comment:

mun said...

salam..
wahhh..ayat mcm dlm novel..wuhoo..
aishh,,mula2 trase gk ak ngn entri nih..
yela,,dulu blog ak buruk..
skrng x la cantik mane..tp okey sikit dr dulu yg brserabut..hehe
tp ak blogging dr december 2007..
dh 5 tahun dh..
tp follower x smpai g 50 org..hihi
x ksah pon..=)
ak ikhlas..x de niat pape pon..
suke2..hihi