Thursday, May 5, 2011

Ketenangan.





"Abah, along dah nak pergi sekolah dah ni," kata si Along dengan lembut. Tangannya sudah mencapai beg galas. Abah yang baru sahaja membaca Al Quran tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu.


Tangan kecil anak itu kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abah. Abah terkumat kamit membacakan sesuatu. Along hanya menanti dengan penuh sabar.


Selepas itu, Abah meniup ke kedua belah telinga Along dan mencium kepala Along.


Anak kecil itu hanya diam membatu.

"Abah baca apa tadi? Lepas tu kenapa tiup-tiup kat telinga Along?" tanya Along lembut.


"Abah baca Surah Al-Insyirah. Insya Allah, nanti Along nak belajar senang," jawab Abah sambil menguntum senyum.



***



Surah Al Insyirah/ Alam Nasyrah.

Tahu tak surah tu?

Bagi sesiapa yang tahu, Alhamdulillah. Bagi yang tak, tidak mengapa. Kita boleh belajar.







AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?


(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);


(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?


(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sebenarnya, surah ni memang elok untuk diamalkan. Aku pun sebenarnya dah lama tak amalkan. ( Mak datuk!! Kau ni memang lah teruk!!) Tu lah, asyik terlupa je memanjang. Macam mak nenek. Walhal, umur pun belum lepas 18. Isy..isy..

Nak tahu apa kelebihan Surah Al-Insyirah ni? Ha, sila baca..


-Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.



-Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.


-Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.



-Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan


(sumber: Google. Kalau salah harap perbetulkan.)



Aku teringat pulak, dulu Akak Badar kat maktab aku pernah kata,bila kita rasa keluh kesah, bacalah Al Quran.(terima kasih ye akak!) Baca dan hayati. Al Quran itu memang Allah turunkan sebagai panduan dan petunjuk kita.


Dan hasilnya, memang terbukti berkesan! Percayalah! Aku pernah buat uji kaji. Sejak kebelakangan ni memang aku rasa sangat depressed. Yalah, dengan subjek makin banyak. Aku pun macam faham-tak-faham. Pensyarah pula ajar memang di tahap kelajuan yang maksima. Aku yang memang lambat nak hadam ni memang terkial-kial.

Orang ada kata, kalau kita stres, kita tengok benda-benda yang lawa. Contohnya pemandangan alam semula jadi ke.. lukisan yang menarik ke..




Suhanallah~ Memang cantik sungguh alam ciptaan Allah ni kan?


Tapi aku tak rasa benda tu mampu sedapkan hati aku, tenangkan hati aku.


Tapi bila aku buka Tafsir Al Quran, hati aku rasa tenang je. (Bukan cerita palsu tau!) Lagi-lagi bila buka Surah ni. Memang habis sentap lah.



Allahuakbar! Allah Maha Besar. Sedangkan batu pun boleh sujud, apatah lagi kita kan?


Okey, setakat tu saja perkara yang aku nak share. Kalau ada salah silap mohon perbetulkan ye! :)


Sekian,


Wallahu'alam~



without wax,
haniyahaya :)

No comments: