Sunday, May 1, 2011

Aku mahu berubah! Salah? (Bahagian II)

Bismillahirrahmanirrahim.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti, tiada noktah.



Alhamdulillah! Selawat & salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW khatimul anbiya'.



Kepada sesiapa yang belum pernah lagi membaca entri bahagian 1, sila klik di sini.





Tatkala aku sedang berehat dan menunggu sahabatku yang lain membeli makanan, seorang sahabat, namanya A bertanyakan kepada aku,




" Apa pendapat Hani kalau orang tu nak berubah?"soal A.





Terkedu juga aku dibuatnya.


Okey, cerita dipendekkan. Aku malas nak ulas apa yang aku jawab. The rest is history okay?


Bagi aku, untuk berubah itu bukan senang. Memang mudah untuk kita cakap yang kita nak berubah, tapi tak semudah itu. Aku pun pernah mengalami fasa itu, dan sekarang sedang melalui fasa perubahan tersebut.




Secara jujurnya, aku ini bukanlah dalam kategori yang baik. Maksud aku di sini, aku bukan jenis yang sopan, ayu, baik hati, lemah lembut dan lain-lain. Pendek kata,memang banyak kekurangan daripada kelebihan.



Sampailah satu masa tu, hati aku ni tergerak untuk berubah. Berubah ke arah kebaikan. Tapi aku tak tahu lah. Mungkin itu hidayah daripada Allah. Mungkin juga itu sekadar kesedaran yang timbul gara-gara SPM. Atau, mungkin juga tu sebab penaruh rakan sebaya. Entahlah..Sukar untuk aku tafsirkan. Aku mengharapkan yang ianya merupakan hidayah Allah yang membuka hati aku untuk berubah.



اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ


Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Guide us to the Straight Way.[1:6]







Memang aku akui. Untuk berubah 180 darjah bukanlah senang. Mungkin kalau nak berubah tu boleh, tapi untuk mengekalkan perubahan yang kita buat, tak semudah itu. Kadangkala orang akan menuduh kita hipokrit dan bermacam lagi. Biasalah, manusia. Ada sahaja yang ingin diperkatakannya. Apa-apa pun kita kena banyakkan bersabar, bukan?



Kadang-kadang bila aku fikir balik, betulkah jalan yang aku pilih ni? Betulkah perubahan yang aku dah buat? Cukup tak agaknya nak tampung pahala aku untuk dibuat bekalan Hari Akhirat? Kalau kut esok lusa aku mati, agak-agak Malaikat Munkar dan Nakir tu akan pukul aku sampai ke dasar bumi? Memang macam-macam soalan berlegar di kepala aku.


Bukan niat aku untuk memuji diri aku ini terlalu baik. Oh, tidak!!! Jauh sekali tu. Dan bukan tujuan aku untuk riak atas apa yang aku dah lakukan. Ya, memang aku sudah buat perubahan. Tapi perubahan yang macam mana tu??

Memang lah aku nak berubah jadi baik. Tapi mungkin belum sampai tahap 'baik' tu lagi. Aku sedar, begitu banyak dosa yang aku dah buat. Adakah ini petanda yang aku sudah semakin jauh dengan TUHAN? Nauzubillah.. Moga dijauhkan. Aku mahu dekat pada-Nya..




Mugkin selama ini orang pandang aku sebagai budak 'baik', dan ada juga yang memandang aku sebagai yang hipokrit, tidak kurang juga memandang aku sebagai seorang yang biasa-biasa je.. Entahlah, aku pun tak tahu. Itu hak mereka untuk menilai aku, dan aku juga tiada kuasa atau mandat besar untuk menghukum mereka.


Tapi apa-apa pun, aku rasa, aku kena kembali semula pada niat aku. Kenapa aku nak berubah?



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? [29:2
]




Mungkin ini ujian Allah kepada aku. Kena fikir positif!





Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people. [2:286]





Kedua, aku kena ubah diri aku sikit demi sikit. Benda-benda yang lagha tu kena tolak tepi. Dah tak payah susah-susah nak ubah diri orang lain, kalau diri sendiri tak betul. Mantapkan diri sendiri dulu, kan?

Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri maka janganlah kamu membalas mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, niscaya dosanya kembali kepadanya dan pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)


Aku perlukan sokongan moral daripada orang, terutamanya insan-insan yang bergelar KELUARGA dan SAHABAT. Namun kalau nak diikutkan keadaan aku ni, sahabat akan banyak memainkan peranan. Tak dinafikan keluarga itu juga penting. Aku tidak bermaksud yang aku meletakkan keluarga di tangga kedua setelah sahabat. Cuma apa yang ingin aku perkatakan di sini, sahabat akan banyak memainkan peranan dalam usaha untuk membentuk siapa diri kita yang sebenar.



Sekian sahaja buat kali ini. Maaf lah kalau entri kali ini lebih banyak merapu.


Wallahu'alam~


without wax,
hani yahaya:)

No comments: