Sunday, May 29, 2011

Sekolah Baru

Nani membontoti ayahnya ke pejabat sekolah. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Hmm.. daftar lambat lagi kali ini. Hari ini hari pendaftarannya ke sekolah baru. Pendaftaran yang sepatutnya dilakukan pagi tadi terpaksa dilakukannya pada waktu petang dek kesibukkan ayahnya berkerja. Nak buat macam mana. Tak perlu mendaftar sendiri pun dah kira untung dah ni. Nani memandang sekeliling, kut-kut lah ada yang seangkatan dengannya. Namun seperti dijangka, mana lah ada orang lain yang buat tabiat cool macam dia mendaftar lambat. Perasan.

"Weyh, aku baru habis daftar. Kau dekat mana?" tanya Nani pada Sarah melalui panggilan telefon. Sarah adalah rakannya dari sekolah yang sama sebelum ini. Hanya mereka berdua saja budak perempuan dari sekolah tersebut yang tercampak di sekolah baru ini.
"Bilik. Baru habis kemas barang" jawab Sarah. Dia mendaftar awal, pagi-pagi lagi sudah bersemangat ke sekolah baru.
"Kau blok mana?" soal Sarah.

" CA12" jawab Nani sambil mata mencari arah blok asrama.

"Tak sama dengan aku. Alaa tak best lah macam ni". Sarah bernada kecewa.

"Laa ye ke.. Tak apalah, nak buat macam mana". Nani turut sama kecewa, namun sebagai seorang yang cool dia masih boleh buat gaya slumber. Perasan.

Panggilan telefon dihentikan dan langkah diatur ke blok asrama. Beg-beg yang berat dibawa naik dengan bantuan emak. Emak menghantarnya sampai di hadapan pintu sahaja kerana hari sudah lewat petang. Selepas menghantar ibu bapanya ke tempat letak kereta dan mencium tangan mereka, Nani naik semula ke bilik.

Belum sempat Nani masuk ke bilik dia telah disapa oleh rakan biliknya yang hendak keluar ke tandas yang terletak di penjuru blok.

"Eh, duduk bilik ni ea? Baru sampai? Kenapa lambat?" soal rakan biliknya itu.

"CA12 kan ni? Ayah ada hal penting pagi tadi" jawab Nani ringkas.

"Owh..ha betullah tu bilik ni. Amina". Tangan dihulur dengan senyuman tanda perkenalan.

"Nani". Tangan yang dihulur disambut dan senyuman tadi dibalas dengan senyum terpaksa dari Nani. Rasa janggal. Hari pertama masuk sekolah, biasalah.

Nani melangkah masuk ke biliknya yang kosong itu. Ada empat katil dan tiga daripadanya sudah dipasang cantik dengan cadar. Corak cadar semua sepesen saja.

Amina masuk semula selepas beberapa minit.

"Kelas mana?" soalnya.

"Entah, mana nak tengok?".

"Tadi ada dapat file? Ada tulis dekat depan tu".

"Owh. 4 Q, Homeroom Z1" jawabnya. Macam mana lah dia boleh tak perasan padahal dia dah belek-belek tadi.

"Sama. Homeroom pun sama". Amina senyum.

"Assalamualaikum!" Siapa pula lah ni masuk bilik dengan gaya riang ria sakan. Dah lah bawa nasi bungkus sekali.

"Eh dah sampai? Ingatkan tak ada orang tadi katil ni. Hai, nama apa?". Budak yang baru masuk tadi pula menyoal soalan sama.

"Nani. Nama apa?" soalan yang sama disoalnya pula.

"Kerri" jawab budak tadi sambil tangan menyuap nasi bungkus ke mulut. Tengah makan tak baik bercakap banyak. Nani pun hanya diam sahaja. Mulut dah tak tahu nak sambung ayat apa. Kepala belum boleh cerna adegan kenal-mengenal ni sangat. Hanya tangannya yang tangkas berkerja mengemas barang-barang.

xxx

Ahli-ahli homeroom Z1 duduk dalam bulatan dengan guru penasihat homeroom. Nani pandang wajah ahli-ahli homeroomnya satu persatu. Pelbagai first impression ligat bermain dalam kepalanya. Nani memang macam ini, suka menganalisa. Ini perjumpaan homeroom yang kedua tapi merupakan yang pertama bagi Nani kerana dia sudah terlepas sesi pertama semalam.

"Okay, semalam kita belum sempat berkenalan kan? Jadi hari ni kita berkenalan dulu" kata guru penasihatnya.

Duhh... sesi berkenalan lagi. Nani memang muak dengan adegan kenal-mengenal ini. Entah kenapa dia tak suka. Tapi memang adat lah kan baru berjumpa kena kenal-mengenal dulu. Kan?

Pengenalan diri dari budak-budak lelaki dia tak ambil port sangat. Yang perempuan punya dia dengar betul-betul. Ye lah, nak cari geng sebulu nanti dalam kelas. Bukan lah niat nak sombong, dia memang berkawan dengan semua orang tapi dalam soal memilih kawan rapat ni dia agak berhati-hati.

"Nama saya Nur Amina bt bla bla bla. Boleh panggil Amina je. Saya seorang yang aktif di sekolah... pernah menjawat jawatan... saya seorang yang sukakan kejayaan... pernah menang pertandingan... bla bla bla". Takbur, kata Nani dalam hati. Riak mukanya ditahan agar tidak terlalu menggambarkan apa yang difikirkan dalam kepala. Yang ini memang tak boleh buat geng ni. Kepala dia dengan kepala Nani memang tak boleh masuk.

"Nama saya Aini Alia bt bla bla bla. Boleh panggil Ally. Saya berasal dari...bla bla bla". Erm, yang ini macam okay tapi dari segi gaya penampilan macam orang kaya saja. Nama panggilan pun ala-ala orang putih saja. Macam High standard saja gayanya. Nani kalau boleh tak mahu campur sangat dengan golongan high standard ni. Leceh. Cukuplah buat kawan borak-borak kosong je.

Dalam homeroomnya ada lima orang perempuan. Selain dia, Amina, dan Ally, ada lagi dua orang iaitu Hana dan Heidi. Hana bergaya sopan dan pendiam. Suaranya apabila bercakap pun perlahan saja. Heidi pula kelihatan seperti seorang yang blur-blur. Nani mengeluh hampa. Nampak gayanya macam tak ada geng gila-gila lah nanti.

xxx

"Kau duduk dengan Amina ea nanti dalam kelas?" soal Ally sewaktu lawatan keliling sekolah bersama homeroom.

"Kenapa?" soalan dibalas dengan soalan yang sebenarnya sudah diagak jawapannya.

"Nak duduk dengan aku tak?" pelawa Ally.

"Erm, tengoklah dulu. Boleh kot" Nani balas dengan senyuman.

"Okay".

xxx

Hari ini hari pertama masuk kelas yang sebenar. Sepanjang sesi orientasi dan waktu-waktu melepak dengan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan sehomeroom, Nani boleh digambarkan sebagai seorang yang ramah, slumber, entah apa-apa, dan kadang-kala kelakar dalam kalangan mereka. Setakat ini rasanya belum ada yang meyampah dengannya. Erk.. atau mungkin ada? Biarlah, Nani tak kisah.

Nani sampai lambat ke kelas. Biasalah, kalau jalan lenggang kangkung sambil sembang-sembang gebang dengan Sarah memang tak pernah nak cepat lah. Melangkah saja masuk kelas, masing-masing sudah pun pilih tempat duduk atau dalam kata lain, cop tempat.

Nani pandang sekeliling. "Siapa nak duduk dengan aku?" soalnya dengan gaya bajet hotstuff sambil tersengih-sengih. Perasan. Itu memang nature dia. Ahli-ahli kelas yang lain ada yang senyum, ada juga yang buat muka menyampah. Tak apa, Nani tak kisah.

"Nani, duduk sini lah" ajak Amina. Tempat duduk yang dipilih adalah yang paling depan. Betul-betul setentang dengan whiteboard. Erm... depannya. Tak nak lah semangat sangat sampai depan macam ni. Dah lah dengan si budak Amina ni.

"Nani" Ally memanggil Nani. Tempat duduknya dibelakang Amina. Kira okay kut yang ni, Tak adalah depan sangat. Tapi minah ni macam high standard, boleh masuk ke nanti? Erm.. mana satu ni?

Keputusan dibuat. Langkah diatur ke tempat duduk kosong yang dipilih tanpa diduga apa yang bakal dilalui dalam tempoh dua tahun akan datang. Seribu satu kisah suka duka yang kadang kala boleh bikin gila. Namun yang pasti, dia tak sesal. Itu takdir namanya.

xxx

'Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal' Al-Hujurat, ayat 13.

without wax,
bukan haniyahaya :)


Friday, May 27, 2011

Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah

Kelas 5 Hijau riuh - rendah dengan suara ahli kelas mereka. Mentang - mentang Guru Bahasa Inggeris mereka, Puan Anom tidak hadir pada hari itu kerana terpaksa ke hospital, memang kesemua 24 orang ahli kelas itu sudah mula naik tanduk mereka. Jika sebelum ini nampak baik, Ah! Alim-alim kucing sahaja itu. Hanya ingin mengaburi mata guru-guru yang mengajar. Sungguh licik mereka.

Kelas itu sememangnya agak tersorok berbanding kelas-kelas yang lain. Dan dikesempatan itu mereka semua menggunakan peluang yang ada di hadapan mata ini dengan sebaiknya. Kelas itu menjadi gempar kerana ada satu topik hangat yang menjadi buah mulut seluruh isi kelas 5 Hijau.

" Ehem..ehem. (suara orang ingin membasahkan kerongkong sebelum mula bercakap).Weh korang. Aku ada satu benda nak bagi tahu ni," kata ketua kelas 5 Hijau, Amin. Orangnya berkulit kuning langsat dan berkaca mata.

23 pasang mata kesemuanya tertumpu ke arah Amin. Mendengar dengan penuh khusyuk dan tidak sabar, seolah-olah pengumuman esok raya.

" Macam ni, memandangkan Madam Anom tak datang hari ni..Jadi aku nak bincang sikit pasal dia kat korang," kata Amin.

Suasana kelas 5 Hijau sunyi seketika. Bunyi kipas yang berpusing pada kadar 5 macam gaya helikopter nak terbang sahaja kedengaran.

"Seperti korang semua tahu, Madam Anom nanti dah nak mula mengajar kita balik minggu depan. Apa kata kita bagi hadiah kat dia sempena perkahwinan beliau yang baru berlangsung baru-baru ni. Nak tak?" soal Amin lagi. Lagak gaya menunjukkan dia seorang pemimpin yang berkaliber.

"AKU SETUJU!!" lantang Azhar bersuara sambil bangun dan mengangkat jari telunjuknya ke udara. Gayanya memang sungguh benar dengan idea bernas Amin tu.

Seisi kelas tersengih sahaja melihat akan gelagat Azhar. Suara soseh-soseh mula kedengaran. pelajar perempuan paling ligat berbincang. Yang laki ada jugalah, tapi tu pun berbincang tentang perihal kerja sekolah yang diberi oleh Madam Anom yang tidak lagi disiapkan sepenuhnya.

"Okey, kalau semua setuju, kita nak bagi hadiah apa ni kat Madam Anom?" tanya Amin kembali.

"Kita bagi hadiah yang simple la, but nice.. Macam set pinggan mangkuk ke?" ujar Siti, Penolong Ketua Kelas 5 Hijau.

"Bagus idea Siti tu. Aku sokong. Lagipun benda tu berguna buat orang yang baru berumah tangga ni," sokong Junaidah yang dudk di sebelah Siti.

"Tapi, kalau set pinggan mangkuk tu mahal lah. Apa kata kita bagi cadar katil. Comforter ke?" cadang Salmah.

"Kalau kita bagi set cawan je okey jugak apa. Berguna," bidas Khairi pula.

"Eh kau, mana boleh.. Set cawan pun mahal jugak lah," sahut Nor.

"Eh, jangan risau. Tu kan bisa diatur.. Ni Syed ni kan kaya raya. Duit setakat RM50 tu buat letak celah gigi je. Dia boleh tolong sponsor," gurau Fahmi.

"Banyak lah kau punya kaya raya. Kalau duit Saidina tu banyak lah aku. Kalau Ringgit Malaysia, jangan haraplah," kata Syed sambil meluku kepala Fahmi.

"Eh, kita kan ada kawan yang mak dia tokey pinggan mangkuk kat Langkawi ni.. betul tak Mat?" soal Abu kepada Mat, si anak jati Langkawi yang terkenal dengan lagenda Mahsuri itu.

"Amboi Abu!! Awat, hang ingat aku ni cop duit ka? Kalau mak aku tu Menteri tak pa lah jugak aku sponsor hadiah. Hang ingat mak aku tu apa? Mak aku takat tokey jual kuah rojak boleh la. Hang ni la.. Memang tak sayang mulut betoi. Satgi aku cabai mulut hang baru hang tahu.. Padan muka hang," kata Mat sambil menepuk belakang Abu. Dah mai dah slang utara dia yang pekat macam santan tu.

"Gomo! Gomo! " sengih Usop, si anak jati Bachok sambil menepuk belakang Abu.

Yang lain ketawa sahaja melihat aksi rakan-rakan yang lain.

"Aku rasa kita patut bagi kad yang kita buat sendiri. Lagi bermakna. Lagipun jimat kos. Duit kelas kita ni bukan banyak mana pun. Dah masing-masing liat nak bayar kan.." tiba-tiba sahaja si Bendahari kelas 5 Hijau itu bersuara. Ayuni namanya.

Gelak tawa ahli kelas 5 Hijau terus diam. Diam seribu bahasa. Selisih malaikat 44.

"Dah..dah.. tak payah bertekak lagi," suara Amin mula meninggi. Keras juga bunyinya. Tanda amaran. Gawat.! Kalau Amin dah mula naik suara, habis!

Senyap sunyi seketika kelas 5 Hijau. 23 pelajar lain hanya memandang tepat ke arah si ketua kelas yang lagaknya sudah seperti Yang Di-Pertua di sidang parlimen. Hanya mampu mendengar keputusan rasmi yang bakal dikeluarkan dari mulutnya yang tebal itu.

"Dah, aku minta pendapat korang. Bukannya nak mintak korang bergaduh ke apa," tegas kali ini Amin bersuara.

"Aku rasa kita patut bagi blender je kat Madam Anom. Habis cerita. Setuju?" soal Amin lagi.

Semua mengangguk tanda mengiyakan. dah mula dah keluar aura diktator si Amin ni. Cis!!

"Tapi, nak bagi blender yang macam mana? Yang made from Malaysia ke atau imported goods?" tanya Suria, lembut.

"Err.. tak tahu lah. Yang mana lagi elok?"

"Malaysia. Belilah barangan buatan Malaysia" jawab Saiful sambil membuat gaya promoter tidak berbayar. Memang boleh jadi duta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Baik beli barangan import lah. Sebab setahu aku, kalau barang eletrik macam ni, kalau made in Malaysia tak tahan lama. Silap hari bulan, tak sampai sehari je kau pakai, dah terbakar dah blender tu. Kalau tak terbakar, meletup," jawab Intan pula.

"Eh, tak lah Intan. Bagi aku, barangan buatan Malaysia tu okey je kualiti dia. Mak aku pakai TV, peti ais jenama Malaysia, okey je. Dah 18 tahun dah. Lagi tua dari usia kita ni ha," sokong Salmah.

"Well, I tak rasa macam tu. For me, kalau nak beli barang tu, it is better if we buy the imported goods since their qualities are much better than the locals," kata Ameerah yang memang seperti kebiasaan dengan nada gediknya. Slang British accent yang dibuat-buat memang memualkan setiap yang mendengar.

"Amboi, hang ingat jenama omputih tu baguih sangat ka? Awat? Malaysia ni tak baguih ka? Aku rasa baik kita pakat beli blender jenama Malaysia, murah pun murah kan?" nada suara Abu naik sampai 70 megawatt.

"Kita kalau nak bagi orang, biar bagi yang branded bro," kata Haykal yang dari tadi diam, tiba-tiba bercakap.

"Tu namanya tak ikhlas nak bagi," sahut Ayuni yang duduk di hujung belakang kelas.

"Eleh, bukan Madam Anom tahu pun niat kita bagi tu ikhlas ke tak," balas Haykal. Tak mahu kalah dengan perempuan. Jatuh air mukanya nanti.

Semua sudah maklum, Haykal dan Ayuni memang tak boleh dibawa berbincang sekali. Memang dah macam Perang Dunia. Sorang tu Pakatan Axis, yang lagi sorang tu Pakatan Berikat.

"SUDAH!!" tengking Amin. Naik sampai 170 megawatt suara si Amin, ketua kelas yang dari tadi dok main pusing pen di meja guru. Pen Gsoft dibalingnya ke lantai. Semua terkedu. Sidang debat ala parlimen 5 Hijau tergendala seketika.

"Dari tadi asyik gaduh je. Takde benda lain. Dah, aku putuskan. Biar kita beli blender yang jenama Malaysia. Tak payah susah sangat nak cari buatan UK lah, US lah, Jepun lah. Aku mintak pendapat, bukan suruh korang bertekak macam nak berdebat," marah Amin.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku tahu, esok semua kena bayar duit RM5 kat Ayuni. Ayuni, kau kutip sampai cukup. Sorang tak bayar, memang nahas aku kerjakan esok. Tak kira baik laki atau perempuan," tutur Amin yang kelihatan sudah menyinga. Nafasnya laju. Jantungnya juga berdegup laju disebabkan marah.

Semua diam. Tak siapa berani membantah kata-kata Amin si diktator 5 Hijau aura Adolf Hitler itu.

***

Minggu depannya, Madam Anom kelihatan gembira sekali dengan pemberian blender jenama Malaysia yang diberikan anak muridnya Tingkatan 5 Hijau. Blender itu telah digunakan oleh beliau untuk memasak di rumah.


***

(5 tahun kemudian)

Blender pemberian pelajar Tingakatan 5 Hijau itu terus berbakti kepada tuannya, Madam Anom.


without wax,
haniyahaya:)

Monday, May 23, 2011

Persediaan ke MSU :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk masih lagi di bumiNya. Selawat dan salam buat rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat Baginda dan para sahabat.


Okey, sejak minggu lepas aku dapat banyak berita yang ramai antara sahabat-sahabatku yang bakal menjejakkan kaki ke alam universiti. Tahniah buat kalian semua. Semoga berjaya di tempat baru.


Dan aku ramai juga dapat berita yang ada sebahagian daripada mereka yang bakal menjejakkan kaki ke MSU. Yay!! Tahniah.. Jom2 masuk MSU ramai2.. (promote MSU nih)



Okey, ni nak cerita sikit. For those Mara scholar yg dpt MSU lah. Bukan nak berlagak senior ke apa. Aku ni pun baru berapa bulan masuk MSU. But just want to share my experience with the others. Sebab ramai orang dah bertanya kat aku pasal MSU.. hehehe~


tempoh masa:

untuk foundation, kalau rate biasa 1.5 tahun. Means 1 tahun 6 bulan lah lebih kurang. 3 semester. Dan semuanya long sem. Kat MSU ada short sem and long sem. Short sem dalam lebih kurang 8 minggu. Kalau long sem 15 minggu macam tu lah. Aku pun actually tak tahu kalau buat 1.5 tahun foundation ni macam mana since aku ni foundation 8 bulan je. 1st sem dengan 3rd sem tu short sem. Dan sem 2 sekarang ni long sem. ( Faham tak ni? )

Duit Elaun:
Kalau foundation RM430 tidak termasuk penginapan dan pengangkutan. MARA bayarkan untuk sepanjang tempoh foundation.(tak tau kalau korang dapat banyak lagi. hihi) Kalau degree di MSU RM 770 termasuk penginapan dan pengangkutan. Students dah start kena bayar sendiri semua tu. :)

tempat tinggal:
free setakat tempoh foundation :) tak perlu bayar apa2. Kalau macam aku, aku tinggal kat Delta Hostel di Seksyen 20, Shah Alam Tapi tak tahulah korang macam mana nanti. Maybe kat Seksyen lain.( dekat dengan KPJ Selangor @ Selangor Specialist Hospital ) Rupa dia macam rumah flat. (It IS a flat house!) Ramai jugak budak2 MSU dan PTPL yang duduk kat sini. Dan tak kurang juga ramai foreigners dari Indonesia, Nepal, Vietnam dan lain-lain yang tinggal sekitar ni. (well, jiran aku pekerja kilang berwarganegara Indon!) Kadang-kadang terasa macam bukan di Tanah Melayu sebab ramai foreigners dari orang kita. But don't worry. Insya Allah, everything will be fine sebab ada pak guard. Lagi pun, yang laki tinggal kat tingkat bawah. Tingkat 2, 3, 4 semua perempuan . Rumah aku siap ada TV lagi.. weee!!




rumah aku di kala subuh~



Pengangkutan:
Bas MSU ada je. Teksi pun ada kalau korang miss bas MSU :)

boleh bawak kereta?:
Boleh je. Make sure dah dapat lesen lah! Kalau macam aku ni.. Wassalam awal-awal.

Jarak dari MSU ke tempat tinggal:
15 minutes or more sebab uncle driver bas tu suka pusing-pusing.Tapi kalau drive sendiri, cepat je sampai.

subjek:
Depends lah. Total semua kalau korang ambil course FMS ( Foundation in Biological/ Health Science) ada Biology, Maths I, Co-curriculum I & II, Islamic Studies, Maths II, Physics, Chemistry I, Basic Anatomy and Physiology, Malaysian Studies, Health Science, English for General Purposes, English for Academic Purposes,Chemistry II, Genetics, Computer Science (tak silap lah) Untuk keselamatan, revise your add maths, physics and biology; they might be really useful..

grading system:
pointer. I bet all the MRSM students are very used to it, right? Probably, u guys pun kena dapat TPNG 3.50 and above. fyi, TPNG tu timbunan purata nilai gred, where they take the average of your pointers from all three semesters. Kalau macam nak fly ke Bangalore, India pun nak kena dapat TPNG 3.50 above.

lecturers:
Insya Allah, okey je. No comment la. Semua okey je :)

Makanan:
Ni kena guna duit poket sendiri lah. Kalau macam di MSU, rate makanan dia agak murah berbanding kedai2 lain kat luar. Kalau tak nak makan kat MSU, boleh tukar selera untuk makan kat Tesco atau Giant. (Kalau pergi Giant, naik teksi dari MSU RM5 la average)
Kalau lunch kat MSU, dia dah pakai sistem baru sekarang ni.
Kalau amik nasi (tak kira banyak mana) + lauk (sejenis je) =RM 3.50.
Kalau nasi+1 lauk+ sayur = RM 4.70

laundry:
they have a laundry service here. Macam aku yang tinggal kat Seksyen 20 ni, ada je kedai dobi. Just sediakan $$$ je lah. Tapi kalau nak jimat, basuh sendiri. Alah, macam tak biasa masa zaman duduk asrama dulu.

cashing out money:
Kat MSU ada Affin Bank. Tapi kalau kat Tesco, ada CIMB, Maybank and BSN :)

Barang yang perlu dibawa:
Basic boarding school stuff macam stationaries like pen, pencils, calculator, dictionary, baldi, toileteries, penyangkut baju la dan segala bagai tu. But be reminded that you're now staying in a some sort of like a rumah sewa, so you might wanna consider having a fridge, multipurpose cooker, toaster and whatever other things you feel are necessary. As for Muslim,Tafsir Al Quran, Yasin, Al-Mathurat amat digalakkan untuk dibawa sekali. Kita kena seimbangkan dunia dan akhirat kan? Macam rumah aku, siap ada dapur, fridge, rice cooker, iron semua tu. Memang heaven gila lah kan!

Jadi tu je lah kot rasanya sedikit perkongsian ilmu dari aku. Kalau ada apa-apa hal, just let me know okay? Nak hantar SMS ke, call ke apa ke.. It's okay. Insya Allah, I'll try my best to help you guys :)


Sekian, Wallahu'alam :)
without wax,
haniyahaya :)

Sunday, May 22, 2011

Bersabarlah & nasihat untuk ke alam universiti?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi diberikan peluang untuk masih lagi bernafas di bumiNya ini.


Pertama sekali, maaf kerana sudah lama tak meng'update' blog ini. Banyak kerja sekarang. Dah masuk Semester 2, subjek semakin bertambah. Bertambah dari segi bilangan dan bertambah dari segi berat bebanannya.


Okey, minggu lepas memang banyak cerita yang menarik daripada kawan-kawan aku yang lepasan SPM 2010. Semua beria-ria nak cerita dapat offer mana. Mula-mula matrik, lepas tu UPU, lepas tu pulak JPA dan paling terbaru, MARA.

Masa dapat matrik dulu, kecohnya berada di tahap biasa je. Lepas UPU keluar, mula lah bising. Dan bila sampai result JPA dan MARA keluar, akaun facebook tu jadi medan untuk mencanang berita gembira itu.


Dan sudah semestinya, aku berasa agak sedih dan stress bila mana melihat kejayaan rakan-rakan aku yang dapat offer untuk belajar di luar negara sebab itu antara impian aku sejak kecil lagi. Memang dari kecil, nak belajar kat oversea. Alasan masa tu, nak rasa snow tu macam mana. Cett!! Memang tak matang lagi akal aku masa tu.






Serius, memang tipu kalau aku cakap aku tak jealous tengok kawan-kawan aku semua dapat offer pergi oversea especially dalam jurusan perubatan. Dapat offer pergi United Kingdom, Ireland, Rep. Chech, India dan Timur Tengah. Memang masa tu rasa sedih lah jugak sebab aku hanya dapat belajar kat bumi Malaysia ni je ha..






University of Edinburgh (frankly speaking, not one of my dream universities, but if I got the chance to go there, my answer will be definitely YES!)





Royal College of Surgeon Ireland (RSCI) - One of my dream univeristies!!

Tapi bila fikirkan dari sudut positif, aku kira beruntung jugak dapat belajar kat Malaysia. Sebab?
1. Aku ni sekarang dah dapat tajaan MARA. Duit elaun dah masuk, dah pakai dah pun. Tu pun tak reti-reti nak bersyukur lagi ke?

2. Dekat je. MSU dengan Bangi, jauh mana lah sangat. Kalau ditakdirkan aku ni belajar kat UK atau Ireland macam aku nak tu, kalau ada apa-apa terjadi kat rumah, macam mana nak balik? Terbang? Kalau lah aku ada power macam Superman tak pe lah jugak kan?

3. Sebabnya perubatan kat Malaysia ni kira berkualiti apa. Kat Malaysia, pelajar jurusan perubatan bakal belajar penyakit yang selalu dihidapi oleh rakyat Malaysia, kalau kat luar negara.. tak de pun.

4. Kalau aku dapat fly pergi UK atau Ireland, dah sah-sah lah aku ni kena kuat iman. As a muslim, memang banyak cabarannya bila berada di negara Barat tu. Sekali dia tanya, why Islam? Why must you cover your head with hijab? Why the muslim must peform their prayers? Why must the muslims need to follow the Kaabah when they peform their prayers? Isn't that the Kaabah is made from the stones? dan macam-macam lagi soalan yang kadang-kadang kita tak pernah jangka. Iman aku ni dah lah macam kulit bawang. Nipis dan halus..

5. Perut aku ni memang periuk belanga punya pesen. Makan banyak. Tekak pulak tekak Melayu. Kalau kena campak gi oversea, mana aku nak cekau sambal belacan segala tu.. nak suruh ibu pos ke tiap2 bulan? Lepas tu dah la tak reti masak. Nak makan nanti macam mana? Kalau beli kat sana, memang kopak la duit aku..

Kalau ikutkan banyak je lagi alasan munasababnya.. tapi yang penting.. bestnya aku belajar kat Malaysia ialah...

AKU JIMAT SETAHUN!


Sebabnya apa?


Aku ni dah ikut program MARA-SPC, jadi aku jimat setahun untuk belajar medic. Tak caya?
Okey, meh sini aku cerita.


Aku belajar foundation 8 bulan JER!! Kalau kadar biasa, 1.5 tahun..
lepas tu belajar untuk degree 5 tahun.
Jadi overall, 5 tahun 8 bulan aku di bumi MSU.

Kalau dicongak ikut umur,
18 tahun masuk foundatioItalicn.
18 tahun dah masuk degree.
Umur 24 tahun dah habis degree.
Umur 26 tahun dah habis housemanship (HO).


tak ke best tu? Hahaha~

Kalau macam tu, umur 30-an aku dah boleh apply buat specialist.. wah!! menarik kan bunyi nya?

So, nasihat aku untuk diri sendiri dan sahabat yang lain, takpe lah.. belajar kat mana-mana tu sebenanrnya bukan jadi bahan pengukur. Belajar tu yang penting tengok pada niat kita. Nawaitu kita tu mesti kerana Allah. Tu dikira jihad kalau kita kita belajar kerana Allah. Jihad tu tak semestinya berperang je. Kan jihad tu banyak pecahan dia.

Memang timbul rasa sedih, tapi apa-apa pun, kena kuat semangat. Sampai bila nak down macam ni kan? Memang kadangkala Allah bagi ujian ni memang berat. Apa yang kita hajatkan tu tak dapat.




Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Surah Al Baqarah 286.

Memang aku ni tak rasa macam mana rakan-rakan yang lain rasa, jadi aku tak pandai nak menasihati orang. Tapi apa-apa pun kita kena bersyukur. Well, at least aku dapat jugak peluang untuk belajar. Belajar medic lagi tu. Kalau nak compare dengan saudara aku di bumi Palestin, jangan harap.

Memang minggu lepas aku rasa depressed lah jugak. Memang orang tak nampak sebab luaran aku nampak je okey tapi bila tanya hati.. hanya Allah je lah tahu kan? Dan bila aku rasa stress dan sedih, Tafsir Al Quran tu memang ubat paling mujarab. Dan bila difikirkan, aku ni memang selayaknya dapat macam ni. Insya Allah ada hikmahNya kan?

Firman Allah SWT yang aku pegang sampai sekarang..



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah Ayat 216




Apa-apa pun, untuk rakan-rakan yang bakal menjejakkan kaki ke alam universiti (gaya macam aku ni dah final year je.. tapi, takpe, nak jugak bagitahu..)kalian harus tabah. Be prepared for mentally and physically. Trust me, the university life is really challenging. Bukan macam zaman SPM kita dulu-dulu. Yang dah pernah duduk asrama, maybe dapat la sesuaikan diri, tapi tu pun tak jamin jugak. Iman kena kuat. Tu pokok pangkal nya.




Memang bila dah masuk U, kita rasa bebas. Nak-nak bila dah dapat duit elaun. Wah! terasa bahagia sangat. Macam kaya raya macam Donald Trump je rasa. Tapi harus diingat, kalau yang dapat duit MARA atau JPA (yang macam aku ni dapat duit MARA).. duit tu duit rakyat. Diulang sekali lagi, DUIT RAKYAT!

Jangan nak membazir ke jalan yang tak berfaedah. Kalau makan tu fikir lah, tu duit rakyat. Duit tu nanti kalau kita makan jadi darah daging kita. Kalau kita belanja duit tu ke jalan yang tak betul, untuk benda-benda lagha.. tu duit rakyat! Kat akhirat kelak kita akan dipersoalkan tentang duit tu.

Dan lagi satu, jangan lupa bawa Tafsir Al Quran sekali ye bila dah masuk U. Tu love letter yang paling mujarab untuk kita. Surat Cinta dari Tuhan, tidak akan mampu menandingi bait-bait cinta manusia yang penuh dengan noda dosa kan?

Kalau ada usrah, join je. Sebagai santapan rohani. Kita kena balance dunia dan akhirat kan?
Kalau takde, buat usrah dengan kawan-kawan sendiri. Takpe, biar sikit. Asalkan ada juga pengisian ilmu itu. Berkongsi tu kan lebih baik?

Bagi sesiapa yang masih tak tahu nak pilih U mana, buatlah Istikharah. Insya Allah, Allah tu Maha Mendengar. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sekian sahaja buat kali ini..

Wallahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

Sunday, May 15, 2011

The Muslim's 15 Rules of Life

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, Praise to Allah SWT for giving me a chance to stay and live in this world.


First of all, maybe you guys will feel kinda suprised as I wrote my entry in English. Oh well, I just wanted to practise to write in English as it had been a very long time I hadn't write in English. I would also want to appologize if my English was bad. ( I knew it..)





So, let's get back to the main topic. Actually, I wanted to share something with you guys. I didn't know what should it be called. Photo? Quotes? Whatever-it-might-be-called.. I just thought that this thing was very inspiring and I would felt so selfish if i didn't share it with you guys..



See? It was really inspiring huh? I didn't know if you guys didn't feel the same way as I did.. But hopefully, you guys could learn something :)

That's all from me..
Wallahu'alam~

without wax,
haniyahaya :)

Thursday, May 12, 2011

Selamat Hari Lahir!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda dan juga para sahabat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi hidup di alam fana' ini.


Okey, pada 8 Mei yang lalu aku telah menyambut hari ulang tahun aku yang ke 18. ( bajet gila lah kau! macam hot star lah pulak..euww)




Seronok tu seronok lah jugak, tapi kali ni aku tak sambut pun macam sebelum-sebelum. Means, there's no cake at all! Dulu masa zaman kat MRSM, kalau birthday je mesti sambut dengan ahli homeroom atau classmates yang birthday dorang jatuh pada bulan sama dengan aku. Dan sudah semestinya macam-macam pranks bakal dikenakan.. (mujur aku tak pernah lagi kena pranks!)


dan bila dah menginjak usia ni, orang mesti akan harap kita menjadi lebih matang lah apa lah. Okey, 18 tu dah sampai tahap umur matang. Tapi entah lah.. aku tak rasa macam tu. Tahap kematangan orang mungkin berbeza. Yalah, kalau pun dia berperangai macam budak-budak atau tak senonoh tau apa-apa saja, tak semestinya orang itu dikira tidak matang. Bagi aku, matang tu, bila cara kita berfikir dah lain. Tak sama dengan cara kita berfikir masa zaman tadika. Dah boleh fikir mana baik, mana buruk. Mana halal, mana haram .. ( tu apa aku rasa lah..)


usia yang semakin bertambah itu, membawa makna bahawa usia kita semakin berkurang, semakin dekat rupanya perjalanan kita ke penghujung, semakin hampir kita dengan Maha Pencipta....apakah sempat lagi untuk hari esok...


Bermakna sungguh kan quote tu? Ha!! Memang lah.. dah makin tua ni, kita ni sebenanrnya dekat dengan kematian.. Dunia kata pergi, kubur kata mari, tak ke gitu?


Apa-apa pun, dikesempatan ni.. aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat ibu yang susah payah lahirkan aku kat dunia ni pada 8 Mei 1993. Mesti peritkan ibu? Kalau tanpa ibu, mesti aku tak lahir kat dunia ni. Mana ada manusia yang lahir macam ayam bertelur.. Hisy..


Insya Allah, dengan pertambahan usia ini, diharapkan semakin meningkat amalan aku. Target untuk menjadi seorang muslimah yang solehah mesti harus dicapai. Istiqamah dalam segala amalan. Semoga dapat mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Ameen~




Sekian, Wallahu'alam


without wax,

hani yahaya :)


nota kaki:terima kasih kepada semua yang memberi ucapan hari lahir. Jazakallahukhairan kathira :)

Tuesday, May 10, 2011

keletihan yang teramat sangat!

Assalamualaikum.
Okey i just want to make it short since i am really exhausted right now.

Hari ni ada MSU open day. Kitorang terpaksa menari ( well it's actually flash mob, lagu Jai Ho). dah lah janji pukul 4.45 pm. tapi pukul 5.15 pm tak start2 lagi nak peform. Haih.. Aku siap tidur lagi kat tepi tangga sementara nak tunggu giliran nak buat persembahan. Memang aku mengantuk gila sebab malam semalam aku ada practise untuk flash mob ni, lepas tu tidur lambat gara-gara nak baca novel Pelangi. Kira nasib baik lah aku tak mengigau ke apa kan? Lantak lah dorang semua nak tengok Noh hujan ke, performance dari Grey Sky Morning (kut la). Janji aku dapat lelap. Bila mata dah mengantuk, tempat kat kaki lima pun boleh jadi port menarik untuk tidur walhal dengan hanya bersila di bawah sinaran matahari. Superb punya ayat!

Tapi last-last aku punya group tak sempat buat persembahan sampai habis pun.. Dan yang paling penting, aku tak sempat menari. (Syukur Alhamdulillah, memang tak mahu pun. memang aku masuk ni pun sebab kena paksa. Bukan dengan kerelaan hati sendiri. Kejadah apanya nak masuk benda-benda yang aku sememangnya tak minat dan kayu.)

Lepas tu, nak balik tak boleh.. Sebabnya bas pukul 7.30 baru ada.. haih la.. Selepas dah tak de aktiviti yang boleh dibuat, terpaksalah melangut kat tangga dekan depan World Map MSU tu ha. Tup tup, ada pulak Black Mentor buat peformance..dah nak dekat maghrib gitu lah. Tapi memang langsung tidak sopan..sungguh tidak sopan.. Aku malas nak ulas lanjut apa yang terjadi pada ketika itu, tapi faham-faham sendirilah ye.

Balik rumah dah Maghrib, penat masih lagi berbaki. Mujur kuiz untuk subjek Malaysian Studies batal esok. Alhamdulillah. Tapi maths pulak aku tak siap lagi.. haih!!!

Aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku buat benda alah macam ni lagi. Kalau tahun depan ke bila-bila dia suruh aku buat lagi, memang saja lah tu.. Memang bronchiole betul. Buat penat je tissue-tissue aku nih ha. Kesian kat adipose tissues, fibrous tissues, bone, cartilage, ligaments aku ni ha. Aku punya sweat gland memang tak henti-henti merembeskan peluh. Tambah pulak rumah aku dah macam sauna. Cuaca di Shah Alam kebelakangan ini memang panas, tapi panas lagi neraka Jahannam kan? Sebum pun dah penuh naik bertepek di muka aku ni ha.. haiyaa!!


Sekian, wallahu'alam

without wax,
haniyahaya :)

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu, daripada anak sulungmu :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di pagi Ahad ini.



Mungkin kalau dicongak-congak, memang banyak sungguh nikmat Allah itu. Tidak terkira..


Dan salah satu nikmat yang tidak terikira itu termasuklah mempunyai seorang IBU.


Ya.. I-B-U! Ibu, emak, mama, ummi, mommy, mom, mother dan segala yang seangkatan dengannya.



Hari ini merupakan Hari Ibu, dan sepatutnya kita tak lah bila time Hari Ibu je baru nak rasa nak hargai pengorbanan ibu kita kan? Bukan ke kita diajar dalam Islam untuk terus menyayangi, menghormati, menurut segala perintah ibu selagi tidak melanggar tuntutan syarak dan juga berbakti kepada ibu yang telah melahirkan kita ke dunia ini.



Aku bersyukur kerana aku dilahirkan dengan sempurna, tanpa cacat fizikal dan mental. tak dapat aku gambarkan macam mana ibu rasa bila lahirkan aku.

Dah la anak sulungnya yang ini lahir guna vacuum, bukan kaedah normal. Masya Allah, mesti peritkan ibu?



Lepas tu, ibu besarkan anak sulungnya yang ini dengan penuh kasih sayang.

Siang malam berjaga.


Walaupun ibu sibuk dengan tugas sebagai guru, tapi ibu tak pernah abaikan keluarga.


Ibu tetap masak, kemas rumah walaupun ibu sebenarnya dah terlalu penat melayan kerenah anak muridnya di sekolah.



Ibu sanggup belikan apa sahaja bila anak sulungnya ini meminta sesuatu tanpa minta dibayar balik.


Ibu sanggu pergi berjalan ke sana ke mari semata-mata ingin mencarikan barang yang anak sulungnya ini hajatkan.


Ibu sanggup keluarkan wang gaji bulanan yang baru diperolehnya untuk belikan anak sulungnya ini buku-buku pelajaran.


Ibu sanggup habis duit supaya anak sulungnya ini boleh print assignmentnya.


Ibu juga sanggup bawak barang anak sulungnya yang banyak dan berat itu macam gaya nak pindah rumah setiap kali bila anak sulungnya balik asrama.



Tu semua ibu buat. Kalau nak listkan, memang berkajang-kajang dan sampai ke sudah tak habis-habis lah.




Tapi apa yang anak sulung ibu ni balas?



Anak sulung ibu ini sememangnya malas, nakal dan degil.


Anak sulung ibu ini memang suka merungut bila disuruh buat itu ini.

Anak sulung ibu ini memang suka cari alasan untuk menyelamatkan diri.


Anak sulung ibu ini memang suka menipu ibu.


Anak sulung ibu ini memang suka membantah cakap ibu.


Anak sulung ibu ini selalu buat ibu kecil hati.


Anak sulung ibu ini memang suka buat ibu sedih dan risau.


Dan macam-macam lagi anak sulung ibu ini buat kan.



Kalau nak listkan, memang hampir sama dengan banyak dengan apa yang ibu dah buat kat aku.. Masya Allah, anak jenis apakah aku ini?



Tapi apa-apa pun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat ibu. Sungguh pun aku ni memang banyak buat salah kat ibu, aku minta maaf banyak-banyak dan minta dihalalkan segala yang ibu telah beri. Semoga Allah merahmatimu wahai ibu dan semoga ibu mendapat balasan syurga kelak.


doa ibu bapa






Insya Allah,Ameen~



Wallahu'alam.



without wax,


anak sulung ibu yang ingin berubah,


hani yahaya :)



notakaki: kalau salah silap minta maaf ye. ni pakai main karang sendiri. aku tidak pandai bermadah pujangga~

Saturday, May 7, 2011

Insan bergelar shabat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Okey, untuk entri kali ni aku nak bercerita sikit tentang SAHABAT.


Mungkin dah banyak kali rasanya aku cerita pasal sahabat ni. Entahlah. Aku pun bukan kira sangat pun. Sebab benda tu tak masuk exam kan? Apa hal aku nak sibuk-sibuk kira.. okey.. Enough with all those craps!!


Jadi, bagi aku lah kan..Sahabat ni sebenarnya sangat berharga. Bukan mudah nak cari sahabat yang sejati, yang boleh bersama kita akan go through and through. Betul tak?


Dan sejak aku join usrah semalam, aku rasa precious sangat. Maksud aku, kawan-kawan aku lah. Aku rasa bonding yang terjalin antara kami lebih erat. Lebih daripada ionic bond dan juga covalent bond!

Aku tak tahu lah sama ada mereka juga merasakan perkara yang sama atau tidak. Tapi untuk aku, sudah semestinya YA!


Entah lah, aku rasa sekarang ni, sahabat-sahabat aku ni lah sekarang keluarga aku. Bukan bermakna aku tak ada keluarga tersendiri, tapi buat tempoh masa 5 tahun 5 bulan lagi ni, ni lah keluarga aku.Aku kena jaga hubungan ni dengan baik dan hopefully persahabatan ini akan terus kekal sampai bila-bila.Insya Allah~


Ukhuwah fillah abadan abada~


^__^


without wax,

haniyahaya :)

setelah berapa bulan aku menternak lemak..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk bernafas, masih lagi diberikan kesempatan untuk terus beramal di muka bumiNya.

Okey, okey.. Sebenarnya aku baru je balik daripada berjogging dengan Farhana, Mimi, Afirah, Aina Sakina dan Aina Fahimah.

Jadi macam mana? Kitorang jogging pusing sekitar kawasan tempat tinggal kitorang ni. Seawal jam 7 pagi. Suasana masa tu tenang la. Macam desan nan permai.. (SAY WHAT!!! *gaya brother Aiman) Tak ramai orang. Memang la..hujung minggu lah katakan.. Hahaha~


Tapi aku memang penat gila lah! Rasa nak tercabut segala urat yang ada dalam badan ni ha. Aku punya sweat gland dah merembeskan banyak peluh walaupun hanya sekadar berjongging tak sampai pun sepelaung. Err..sampai kot? Entah la..


Jadi lepas ni memang aku kena work out balik lah. Kalau tak, memang blood capillary aku akan di block dengan lemak durjana itu!! Huwaa!!!


without wax,

haniyahaya yang dah lama tak exercise :)

kadang2 kenapa lah orang selalu tanya soalan yang tak masuk dek akal?

kadang2 kenapa lah orang selalu tanya soalan yang tak masuk dek akal?

Answer here

Friday, May 6, 2011

Keletihan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti, tiada noktah.

Alhamdulillah! Selawat & salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW khatimul anbiya'.

Okey, semalam memang sumpah aku penat gila tahap dewa! Dh lah kelas berderet dari pagi sampai lah ke petang. Memang otak aku rasa tepu sangat waktu tu.

Tiba-tiba dapat tahu yang ada latihan untuk menari..Kejap, kejap.. SAY WHAT???!!!!

Aku menari?oh no!!!

Okey, aku tahu..tu semua kerja gila. Dalam kamus hidup aku takde istilah menari atau menyanyi atau sewaktu dengannya. Aku bukannya anti ke apa.. tapi aku memang lemah, tak reti. Memang kayu habis lah.

Isy..isy.. memang sabar je lah aku dengan U aku ni ha. Ada ke patut suruh kami-kami ni ha masuk flash mob. Kejadah apanya? Gila.. Kalau diikutkan memang hati aku tak rela.. tapi apakan daya, aku tak sanggup tengok pensyarah aku kecil hati dengan aku. Nanti tak berkat apa yang diajarnya. Aku pun tak nak ada perang dingin yang berlaku antara aku dengan beliau.

Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini Ya Allah!!


without wax,
haniyahaya :)

notakaki: memang susah untuk berubah menjadi baik kan? tapi takpe, ujian yang Allah bagi tu untuk menguji keimanan kita semua juga!

Usrah Bahagian 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi bernafas di bumi Nya ini.


Tadi baru je balik daripada usrah di rumah kawan. Saja je kami ni semua buat usrah.


Pertamanya nak eratkan hubungan silaturrahim.


Kedua, nak saling mengingatkan antara satu sama lain.


Ketiga, nak kongsi masalah atau apa sahaja. We are just like a big happy family!

Dan antara yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama ialah petikan daripada novel ' Tuhan Masih Mencintaiku'. Benda ni Jojo @ Sofia Syahira yang kongsi. Memang ayat dia sentap habis lah!Ya Allah, jika aku cinta, cintakanlah aku pada sesorang yang akan melabuhkan cintanya agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu dan hanya padaMu aku meminta cintaMu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta aku.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padaNya agar tidak berpaling.


Sebenarnya novel ni ada 3 siri. Jadi tunggu sambungannya minggu depan ye!


Ni pula quote yang dikongsi oleh Nur Afirah.

A woman heart should lost in Allah so that a man would seek Allah in order to find her.


Menarik kan quote-quote ni semua? Serius aku rasa tersentap gila masa usrah tadi. Memang sebenarnya banyak ilmu yang kami semua dapat. Mula2 tu ada solat Maghrib secara berjemaah. Lepas tu ada sesi tazkirah. Kemudian solat Isya' berjemaah dan aku lah jadi imam. Dah lama dah tak jadi Imam. aku rasa hancur gila, especially time doa. Ya Allah! Malu nya la hai.. Mungkin ni sebab niat tak betul kot? Riak? hahaha~ Tak pun, doa kalau solat sendiri2 pendek2, bila dah jadi imam tu nak kena baca doa panjang2 dah jadi kelam kelibut.. Gitu kot? ha!


Takpe lah, banyak benda yang aku nak kena revise balik ni. Dah lama dah tinggal semua tu.. Masya Allah. Apa jenis manusia lah aku ni?


tapi serius aku harap usrah ni berterusan sebabnya kan, aku rasa tenang sangat2 bila join usrah tu. Terasa macam kat Malaysian Hall kat oversea pun ada jugak! weee~~~

Ukhuwah fillah abadan abada! ^__^



without wax,


haniyahaya:)

Thursday, May 5, 2011

Ketenangan.





"Abah, along dah nak pergi sekolah dah ni," kata si Along dengan lembut. Tangannya sudah mencapai beg galas. Abah yang baru sahaja membaca Al Quran tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu.


Tangan kecil anak itu kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abah. Abah terkumat kamit membacakan sesuatu. Along hanya menanti dengan penuh sabar.


Selepas itu, Abah meniup ke kedua belah telinga Along dan mencium kepala Along.


Anak kecil itu hanya diam membatu.

"Abah baca apa tadi? Lepas tu kenapa tiup-tiup kat telinga Along?" tanya Along lembut.


"Abah baca Surah Al-Insyirah. Insya Allah, nanti Along nak belajar senang," jawab Abah sambil menguntum senyum.



***



Surah Al Insyirah/ Alam Nasyrah.

Tahu tak surah tu?

Bagi sesiapa yang tahu, Alhamdulillah. Bagi yang tak, tidak mengapa. Kita boleh belajar.







AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?


(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);


(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?


(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sebenarnya, surah ni memang elok untuk diamalkan. Aku pun sebenarnya dah lama tak amalkan. ( Mak datuk!! Kau ni memang lah teruk!!) Tu lah, asyik terlupa je memanjang. Macam mak nenek. Walhal, umur pun belum lepas 18. Isy..isy..

Nak tahu apa kelebihan Surah Al-Insyirah ni? Ha, sila baca..


-Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.



-Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.


-Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.



-Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan


(sumber: Google. Kalau salah harap perbetulkan.)



Aku teringat pulak, dulu Akak Badar kat maktab aku pernah kata,bila kita rasa keluh kesah, bacalah Al Quran.(terima kasih ye akak!) Baca dan hayati. Al Quran itu memang Allah turunkan sebagai panduan dan petunjuk kita.


Dan hasilnya, memang terbukti berkesan! Percayalah! Aku pernah buat uji kaji. Sejak kebelakangan ni memang aku rasa sangat depressed. Yalah, dengan subjek makin banyak. Aku pun macam faham-tak-faham. Pensyarah pula ajar memang di tahap kelajuan yang maksima. Aku yang memang lambat nak hadam ni memang terkial-kial.

Orang ada kata, kalau kita stres, kita tengok benda-benda yang lawa. Contohnya pemandangan alam semula jadi ke.. lukisan yang menarik ke..




Suhanallah~ Memang cantik sungguh alam ciptaan Allah ni kan?


Tapi aku tak rasa benda tu mampu sedapkan hati aku, tenangkan hati aku.


Tapi bila aku buka Tafsir Al Quran, hati aku rasa tenang je. (Bukan cerita palsu tau!) Lagi-lagi bila buka Surah ni. Memang habis sentap lah.



Allahuakbar! Allah Maha Besar. Sedangkan batu pun boleh sujud, apatah lagi kita kan?


Okey, setakat tu saja perkara yang aku nak share. Kalau ada salah silap mohon perbetulkan ye! :)


Sekian,


Wallahu'alam~



without wax,
haniyahaya :)

Monday, May 2, 2011

Riak.

“ Siap juga akhirnya!”ujar A. Badannya diregang-regangkan seperti atlet Olimpik yang ingin berlari pecut. Urat-urat sendi nya dah berbunyi prap..prap.



Dari pagi sampailah ke petang, A banyak menghabiskan masa dengan mengadap computer riba miliknya. Hari ini dia ada projek giga. Dia ingin menyiapkan header terbaru blognya dan juga menghias blognya sekreatif mungkin. Walaupun pada hakikatnya A bukan lah budak yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual, malah tidak mengetahui apa itu seni, tapi disebabkan sudah menjadi blogger sejak zaman lepas SPM, dia kini sudah mengetahui serba sedikit apa itu seni.
Pada kaca matanya, kalau benda nampak lawa, itulah seni. Sejak menjadi blogger sepenuh masa, masanya kini lebih banyak dihabiskan dengan mengupdate blog miliknya. Siang, malam tak kira waktu. Asal celik je mata, perkara pertama yang akan terlintas di mindanya ialah blog. Memang diakui, blognya sangat menarik kerana selain menceritakan pengalaman hidupnya, blog A juga ada menerapkan unsur Islam. Ingin mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain. Saling menasihati antara satu sama lain. Salah satu cara untuk berdakwah katanya.

“Kali ni mesti ramai yang akan like dan follow aku punya blog,” bisik hati kecil A.
Memang niat di hati A supaya orang akan menyukai wajah terbaru blog miliknya. Dia ingin semua follower-follower nya yang setia memberi komen tentang hal tersebut.

Setelah seminggu berlalu, beratus-ratus follower blog milik A memberi komen.

Baru seminggu, sudah hampir ratusan komen yang ditinggalkan oleh followernya. Bilangan follower juga semakin bertambah, sehingga mencecah angka ratus. Tercapai juga hasratnya untuk melihat follower blognya mencecah ratus. Senyumnya terus ditarik sehingga ke telinga. Berbunga-bunga rasa hati A.

Pada suatu hari, B datang untuk menziarahi A setelah sekian lama tidak bersua.

“Amboi A, aku tengok kau ni asyik dengan blog je. Kau tak bosan ke ha?” sapa B, sahabat baik A. A masih di meja belajarnya dan matanya tidak berganjak dari skrin komputer ribanya.

“Orang kalau dah minat,” jawab A acuh tak acuh.

“Rajin kau ye, update selalu. Aku tengok, baru berapa bulan kau jadi blogger, dah banyak orang follow kau. Aku ni yang dari form 4 ada blog pun tak de ramai follower. Ciput je ha..”seloroh B.

“Tu lah kau B. cuba kau buat touch up sikit dengan blog kau. Ni tak, warna kusam. Mana orang nak minat. Kita nak berdakwah ni kena main psikologi manusia,” tambah A.

“Yelah A. Tapi kan A, kau tak rasa diri kau tu riak ke? Memanglah kita suka kalau follower kita banyak. Aku pun suka sebab at least ada orang di luar sana yang menghargai apa yang kita tulis, kita luahkan. Tapi cuba kau fikir balik, kau buat semua header, hias blog segala bagai tu, niat kau tu semata-mata kerana nak pujian orang ke? Nak tambah follower?” soal B.

Sentap sungguh ayat yang keluar dari mulut B. A terkesima seketika.

“A, ingatlah. Benda-benda macam ni tak kekal lama. Tak baik riak. Berdosa. Kau pun tahu kan. Riak tu salah satu syirik khafi (syirik kecil). Kan baru je belajar PAI masa SPM. Takkan kau tak ingat?” tanya B, lembut.

A masih lagi mengunci mulutnya. Tidak berdaya membantah, hanya mendengar.

“Bukan niat aku untuk menghalang kau jadi blogger. Tapi aku rasa kita kena betulkan balik niat kita. Tak salah untuk menulis. Mana tahu, apa yang kita tulis tu semua ilmu. Ilmu tu bukan hanya setakat pada buku je kan?”

“Kalau kita menulis, hias blog semata-mata kerana niat untuk menunjuk-nunjuk. Salah tu. Tak salah kalau kita nak hias blog, sebab manusia ni fitrahnya memang sukakan benda yang cantik-cantik. Tak ke gitu?”

“Aku bukan lah nak berlagak baik dekat kau. Tapi sebagai sahabat, aku rasa terpanggil untuk menasihati kau. Sebagai sahabat, aku tak nak kau terus hanyut,”jelas B lagi.

A menundukan kepalanya. Melihat lantai biliknya. Parkir sudah banyak tertanggal. Dah berlubang sana-sini.

“Apa kata mulai sekarang kau reset balik hati kau tu. Programme kan balik apa yang patut. Jangan disebabkan nak mengejar follower dan nak dapat komen dari orang, kerja dakwah kita yang sepatutnya dapat ganjaran pahala menjadi sia-sia," nasihat B lagi.



A hanya mengangguk faham. Ya Allah, bersalahnya aku. Aku mohon keampunan padaMu Ya Allah~

***
Okey, setakat itu sahaja cerita yang dapat dicoretkan. Maaflah andai tak menarik. Sebab cerita ini tiada plot. Hanya menulis mengikut kata hati sahaja. Cewah!!!

Riak? Apa itu riak?

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.

Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)


إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (Surah An-Nisa 4: Ayat 142)


Sekian sahaja entri buat kali ini.

Wallahu'alam~


without wax,

haniyahaya :)


nota kaki:

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;


Saya budak baru belajar,


Kalau salah tolong tunjukkan.



Sunday, May 1, 2011

Aku mahu berubah! Salah? (Bahagian II)

Bismillahirrahmanirrahim.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti, tiada noktah.



Alhamdulillah! Selawat & salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW khatimul anbiya'.



Kepada sesiapa yang belum pernah lagi membaca entri bahagian 1, sila klik di sini.





Tatkala aku sedang berehat dan menunggu sahabatku yang lain membeli makanan, seorang sahabat, namanya A bertanyakan kepada aku,




" Apa pendapat Hani kalau orang tu nak berubah?"soal A.





Terkedu juga aku dibuatnya.


Okey, cerita dipendekkan. Aku malas nak ulas apa yang aku jawab. The rest is history okay?


Bagi aku, untuk berubah itu bukan senang. Memang mudah untuk kita cakap yang kita nak berubah, tapi tak semudah itu. Aku pun pernah mengalami fasa itu, dan sekarang sedang melalui fasa perubahan tersebut.




Secara jujurnya, aku ini bukanlah dalam kategori yang baik. Maksud aku di sini, aku bukan jenis yang sopan, ayu, baik hati, lemah lembut dan lain-lain. Pendek kata,memang banyak kekurangan daripada kelebihan.



Sampailah satu masa tu, hati aku ni tergerak untuk berubah. Berubah ke arah kebaikan. Tapi aku tak tahu lah. Mungkin itu hidayah daripada Allah. Mungkin juga itu sekadar kesedaran yang timbul gara-gara SPM. Atau, mungkin juga tu sebab penaruh rakan sebaya. Entahlah..Sukar untuk aku tafsirkan. Aku mengharapkan yang ianya merupakan hidayah Allah yang membuka hati aku untuk berubah.



اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ


Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Guide us to the Straight Way.[1:6]







Memang aku akui. Untuk berubah 180 darjah bukanlah senang. Mungkin kalau nak berubah tu boleh, tapi untuk mengekalkan perubahan yang kita buat, tak semudah itu. Kadangkala orang akan menuduh kita hipokrit dan bermacam lagi. Biasalah, manusia. Ada sahaja yang ingin diperkatakannya. Apa-apa pun kita kena banyakkan bersabar, bukan?



Kadang-kadang bila aku fikir balik, betulkah jalan yang aku pilih ni? Betulkah perubahan yang aku dah buat? Cukup tak agaknya nak tampung pahala aku untuk dibuat bekalan Hari Akhirat? Kalau kut esok lusa aku mati, agak-agak Malaikat Munkar dan Nakir tu akan pukul aku sampai ke dasar bumi? Memang macam-macam soalan berlegar di kepala aku.


Bukan niat aku untuk memuji diri aku ini terlalu baik. Oh, tidak!!! Jauh sekali tu. Dan bukan tujuan aku untuk riak atas apa yang aku dah lakukan. Ya, memang aku sudah buat perubahan. Tapi perubahan yang macam mana tu??

Memang lah aku nak berubah jadi baik. Tapi mungkin belum sampai tahap 'baik' tu lagi. Aku sedar, begitu banyak dosa yang aku dah buat. Adakah ini petanda yang aku sudah semakin jauh dengan TUHAN? Nauzubillah.. Moga dijauhkan. Aku mahu dekat pada-Nya..




Mugkin selama ini orang pandang aku sebagai budak 'baik', dan ada juga yang memandang aku sebagai yang hipokrit, tidak kurang juga memandang aku sebagai seorang yang biasa-biasa je.. Entahlah, aku pun tak tahu. Itu hak mereka untuk menilai aku, dan aku juga tiada kuasa atau mandat besar untuk menghukum mereka.


Tapi apa-apa pun, aku rasa, aku kena kembali semula pada niat aku. Kenapa aku nak berubah?



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? [29:2
]




Mungkin ini ujian Allah kepada aku. Kena fikir positif!





Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people. [2:286]





Kedua, aku kena ubah diri aku sikit demi sikit. Benda-benda yang lagha tu kena tolak tepi. Dah tak payah susah-susah nak ubah diri orang lain, kalau diri sendiri tak betul. Mantapkan diri sendiri dulu, kan?

Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri maka janganlah kamu membalas mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, niscaya dosanya kembali kepadanya dan pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)


Aku perlukan sokongan moral daripada orang, terutamanya insan-insan yang bergelar KELUARGA dan SAHABAT. Namun kalau nak diikutkan keadaan aku ni, sahabat akan banyak memainkan peranan. Tak dinafikan keluarga itu juga penting. Aku tidak bermaksud yang aku meletakkan keluarga di tangga kedua setelah sahabat. Cuma apa yang ingin aku perkatakan di sini, sahabat akan banyak memainkan peranan dalam usaha untuk membentuk siapa diri kita yang sebenar.



Sekian sahaja buat kali ini. Maaf lah kalau entri kali ini lebih banyak merapu.


Wallahu'alam~


without wax,
hani yahaya:)