Sunday, April 10, 2011

Program ke Rumah Titian Kaseh


Bismillahirrahmanirrahim. (96:1)

Alhamdulillah & selawat sentiasa.



Di sini ada beberapa potong hadis yang ingin dikongsikan bersama.




Hadis pertama:




مَنْ ضَمَّ يَتِيْمًا بَيْنَ أَبَوَيْنِ مُسْلِمَيْنِ فِيْ طَعَامِهِ وَ شَرَابِهِ حَتَّى يَسْتَغْنِيَ عَنْهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ



“Barang siapa yang mengikutsertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk surga.”



[HR. Abu Ya'la dan Thobroni, Shohih At Targhib, Al-Albaniy : 2543].

Hadis Kedua:


Suatu ketika Saib bin Abdulloh rodhiyallohu ‘anhu datang kepada Nabi SAW, Nabi SAW bersabda kepadanya:


ياَ سَائِبُ انْظُرْ أَخْلاَقَكَ الَّتِيْ كُنْتَ تَصْنَعُهَا فِيْ الجْاَهِلِيَّةِ فَاجْعَلْهَا فِيْ اْلإِسْلاَمِ. أَقْرِ الضَّيْفَ و أَكْرِمِ الْيَتِيْمَ وَ أَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ




“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliyahan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.”

[HR.Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani : 4836]


Dah baca hadis di atas? Okey..bagus bagus!! Jadi sebagai umat Islam, kita dapat lihat betapa Islam sangat menitikberatkan perihal anak yatim ini. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, anak yatim ini merupakan anak yang belum baligh yang sudah kematian ibu atau bapa atau keduanya.


Bercakap tentang anak yatim, pada hari ini aku berpeluang untuk membuat Program Khidmat Masyarakat di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur sebagai salah satu syarat untuk lulus subjek Ko-Kurikulum.



Rumah Titian Kaseh~


Sememangnya aku sangat teruja nak handle program tu. Yalah! Sebelum ni tak pernah pun pergi ke rumah anak yatim. Jadi bila kami ditugaskan untuk buat program di sana, hati aku melonjak kegembiraan bukan main kepalang! Cewah!!


Seawal jam 5.50 pagi aku dah bangun untuk membersihkan diri dan solat Subuh. Selepas itu, aku menjamah sedikit makanan ( err..bukan sikit, banyak jugak!). Pagi tu aku makan nasi dengan sambal udang baki tengahari semalam. Hahaha~ Buat pengetahuan semua, aku ni jenis yang tak boleh kalau tak ambil sarapan pagi. Jadi apa-apa pun, pagi aku mesti makan dan biasanya aku makan yang berat-berat @ heavy breakfast.. Kalau tidak, mahu aku pengsan dibuatnya. Sebab makanan yang dibekalkan pagi itu hanya roti dan sekotak air milo sahaja. Aduih!! Perut aku ni dah la macam periuk belanga! hahaha~

Jadi, pendekkan cerita.. Kami bertolak dari rumah kami (DELTA HOSTEL) pukul 7 pagi. Sampai destinasi dalam pukul 7.40. Lepas angkat-angkat barang, terus kami adakan majlis perasmian. Ala kadar je majlis tu. Tak gah mana pun.. Lupa nak cakap, kawan aku masa belajar kat MRSM Gerik yakni Presiden BWP masa batch aku, Batch 14 iaitu Inche Farid Khosim pun datang juga. Saje datang. Lagipun sebelum ni dia pernah buat program kat sini, dan dia juga antara yang memberi cadangan untuk buat kat rumah ni. Lepas tu, kami bawak 10 budak perempuan (anak-anak ni la) ke Tman Tasik Titiwangsa. Dekat je. Jalan kaki. Buat senam robik. Payah jugak nak handle mereka ni sebenarnya. Ada yang nak join, ada tak.


Okey, secara jujurnya lah, aku ni memang tak berapa gemar budak-budak. Maksud aku di sini, aku suka tengok dorang, tapi kalau nak layan dorang, aku ni macam hati kering. Heartless! Adoi!! Ni kalau aku jadi doktor pasnih, confirm budak-budak benci aku.. Hahaha~ Takde la, aku kadang-kadang tak reti macam mana nak tackle hati dorang. Even aku ada adik, tapi aku ni kakak yang brutal. hehehe~Mungkin lepas ni kena belajar lah. Dah la aku memang takde skil atau daya memujuk. Haihla..




Okey, kembali semula ke tajuk asal. Kami pergi bersiar-siar kat taman tu. Walawey, dah lama gila aku tak jejak taman tu. Kalau masa kecik-kecik dulu, tiap hujung minggu aku mesti pergi sini untuk jogging atau exercise. Sekarang takde lah sebab dah duduk kat Bangi. Jauh. Dulu tinggal kat KL senang je nak pergi. Dekat je kan.. Tapi masa kat taman tu, aku rasa, kami ni yang over-excited kalau nak dibandingkan dengan budak-budak tu. hahaha~




Lepas pukul 10, kami start gotong royong. Dengan berbumbungkan langit yang masa tu terik dengan matahari, memang menguji kesabaran aku rasa. Tambahan pula kami ni pakai baju warna hitam. Lagi la! Lepas habis gotong-royong, kami ada main game teka-teki dengan budak-budak tu. Memang susah nak handle, tapi seronok tengok gelagat dorang!




Gelagat di bahagian belakang rumah. maksud aku..dapur. En Amir Shafiq a.k.a Nubhan ni sangat popular ye wahai rakan-rakan sekalian. Siap ada budak mintak autoraf dari beliau lagi. Adoi!! Aku rasa tiap-tiap hari tengok beliau sign kedatangan kelas, takde pulak orang rembat sign beliau. Pasnih aku amik sign kau ye! Hahaha~ Just joking. No Offense okay? :)



gotong-royong.. Jerry & Din tengah beregu sental longkang. Adeh!




game teka-teki. berebut-rebut budak-budak ni nak jawab!


Lepas makan tengahari, kami menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Solat zohor. kat sini aku tengok, macam mana budak-budak ni dilatih. Kalau lepas makan, kena ambil wudhu' untuk solat, lepas tu solat berjemaah. Kemudian kena mengaji satu muka surat. Kalau lepas Maghrib, 3 muka surat. Kesian jugak tengok budak-budak ni bila kena rotan sebab liat nak solat. Tapi kalau tak dididik dengan tegas dari kecil, nanti dorang pijak kepala..lagi payah. Ibarat pepatah Melayu, 'kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' dan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Selepas solat, aku sempat la check sorang budak perempuan ni mengaji. Alhamdulillah syukur, dia mampu membaca Al-Quran dengan baik walaupun dari segi tajwid perlu diperbetulkan lagi. Tapi bagi aku, biarlah dulu sebab mereka ni baru nak belajar selok-belok Al-Quran. Kalau kita tegur itu salah ini salah, nanti niat murni dorang nak belajar tentang Al Quran mati begitu sahaja. Baik kita terapkan sedikit demi sedikit supaya niat nak mendalami Al Quran tu bercambah sedikit demi sedikit. betul tak? Aku tak tahulah sebab aku ni bukan pakar sangat. banyak lagi kekurangan.

Ha, lepas tu kami adakan aktiviti dengan kumpulan. Kami dibahagi-bahagikan dalam 6 kumpulan dan aku, Tasha dan Husnaa dalam kumpulan 6. Lawak sungguh aku tengok dorang ni. Sebenarnya dorang ni sangat suka gula-gula, keropok dan coklat. Mungkin sebab tak selalu dapat kot! dan apa yang menariknya, kami ni akan dibanjiri dengan budak-budak untuk minta gula-gula atau coklat. Sayu jugak aku rasa sebab aku ni selalu gila dapat peluang makan gula-gula atau coklat. Pulak tu bukan coklat atau gula-gula yang cikai-cikai tu. Maksud aku, yang penuh dengan pewarna tiruan. Makan tu makan, tapi jarang.. Selalu beli yang sedap-sedap. Tapi dorang ni bangsa yang tak kesah, asalkan dapat. Alahai!! kesian nya aku tengok..



Dan satu lagi yang menarik ialah sikap suka berkongsi. Kalau dorang mintak gula-gula dan kita bagi satu, dorang akan mintak lebih dan akan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Subhanallah!!


Kami kemudiannya start packing nak balik. Dalam pukul 4 lebih, kami pun bertolak pulang. penat tu memang penat, tapi kenangan bersama anak-anak ni akan diingat sampai bila-bila. Naik bas tu je aku memang dah tersadai. Tidur macam ape je..


Daku harap, aku dapat timba lagi pengalaman macam ni. Yalah, bakal doktor kan?

Jadi, kepada budak-budak MARA EXPRESS, Jom pasnih kita buat trip pergi tempat lain.. Jum jum!! Rumah orang tua ke? hahaha~

Sekian,


without wax,

haniyahaya :)

No comments: