Saturday, April 23, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Syukur padaMu Ya Allah.

Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terkira banyaknya. Dan sebagai hambaNya kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan itu..

Ha, untuk entri kali ni.. Nak bercakap seperti tajuknya di atas..

Semalam aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Aku bertolak dari Kajang dengan menaiki kemudahan awam, yakni KTM Komuter. Bertolak dari stesen Kajang sampailah stesen Putra. Kalau diikutkan dah lama sebenarnya aku tak pergi ke PWTC ni. Seingat aku, kali terakhir aku pergi ialah masa pesta buku jugak, tapi tu zaman 10 tahun dulu kot! hahaha~ Lama gila kan?Jadi, masa semalam aku pergi tu, aku pun takut jugak. Yalah, KL ni bukan macam kampung. Silap hari bulan ada yang kena ragut, culik dan macam-macam lagi. Haisy.. Takut tahu tak? Jadi sepanjang perjalanan tu, tak putus-putus aku berdoa supaya aku selamat pergi dan selamat sampai ke rumah semula. Sampai je stesn Putra, aku pun mula lah mencangak-cangak di dalam hati. Macam mana nak pergi ke PWTC tu? Aku pun apa lagi. Pakai main jalan je lah! Ikut je orang. Dengan gaya yang penuh pro, walhal tak reti pun. Dah lama aku tak pergi jalan-jalan area KL ni. Kalau dulu masa zaman aku tinggal kat KL selalu jugak pergi jalan-jalan dengan mak aku.





Dan Alhamdulillah, aku berjaya sampai di PWTC! hehehe~ cepat aje aku masuk! Nak air-cond!! Dah lah berjalan di bawah sinaran mentari. Pulak tu payung aku lupa nak bawak! haila..



Masuk je situ, tak ramai lagi orang. Booth pertama aku serbu ialah booth Jemari Seni. Nak dapatkan novel Contengan Jalanan karya Hlovate. Aku belikan untuk Fateh (dan juga diri sendiri) novel yang baru keluar tu. Hebat betul penangan Hlovate ni. Ramai je orang serbu nak dapatkan novel dia. Macam pisang goreng panas!! Kesian abang tu. Sekejap je letak dah habis kat rak tu.Kena isi lagi. Sekali orang beli bukan satu, tapi dua, tiga, empat.. Mesti member-member kirim lah tu.. Faham sangat! hehehe~



Ha, untuk pengetahuan semua, aku ni bukan kaki novel cintan-cintun. Memang aku ni payah sangat nak baca novel cinta, terutamanya novel Melayu. Bukan aku nak merendahkan martabat bangsa sendiri. Tidak, jauh sekali tu!! Aku minat baca novel Melayu yang isi kandungannya tidak sarat dengan mesej cinta. Dari kecil aku telah dididik oleh ibu supaya memilih bahan bacaan yang mana penulisnya ialah penulis yang era 80-90 an gitu.. Antara penulis yang aku minat macam Othman Puteh, Ghazali Ngah Azia, Khadijah Hashim, Fatimah Busu, Ariffin Said, Abdullah Hussin, Abu Hassan Morad. Pak Sako tu boleh tahan juga. A.Samad Said tu aku susah sikit nak faham, jadi aku tak pernah baca novel dia. Ada satu novel je yang aku baca iaitu, Di hadapan Pulau. Sebabnya tu novel komsas Tingkatan 4. Kalau tak, payah jugak aku nak membacanya. Selain novel, aku minat baca cerpen. Aku suka cerpen ni sebab cerita dia pendek-pendek, cepat habis. Dan perkara penting, aku ni memang tak suka diganggu bila membaca sebab aku suka menghayati jalan cerita tu. Bila membaca, aku akan gelak dan juga menangis. Memang sentimental habis kan?




Okey, cukup setakat itu. Nak cerita pulak buku apa yang aku beli semalam.




1. Novel 'Contengan Jalanan' karya Hlovate. Hurm..aku mula berjinak-jinak membaca novel dia masa cuti lepas SPM hari tu. Sangkut jugak la. Sebab jalan cerita dia pun menarik. Kurang la cintan-cintun. Gaya bahasa dia santai, walaupun orang cakap bahasa dia banyak rojak. ( campur BM dan BI). Takpe lah kan, boleh belajar 2 bahasa sekali gus. Tapi kalau ikut mak aku, mesti dia tak minat punya. hehehe~




Sebenarnya aku dah baca sikit novel ni kat blog penulis novel ni. Tapi sikit je la. Tak larat nak mengadap skrin lama-lama. Sakit mata dibuatnya. Aku tak nak rabun lagi!!




menariknya novel ni, dia ada 2 cerita dalam satu novel. Tu sebab ada 2 cover. hehehe~










2. 'The Choice; Dialog Islam dan Kristian' karya Ahmad Deedat.


Aku memang dah lama nak baca buku ni. Sejak kali pertama aku nampak kat rumah pak Ngah aku, memang terus jatuh hati nak baca. Kalau ikutkan nak pinjam je Pak Ngah aku punya, tapi karang aku takut dia marah pulak. Jadi, baik aku beli dengan duit aku sendiri. Puas!












3. Buku 'Inikah Sejarah Esok'. Buku ni merupakan himpunan cerpen yang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan tahun 2003.



4. 'Buku Kesalahan Semasa Mendirikan Solat'- karya Syeikh Salahuddin As- Sa'id.



Tu je lah yang aku beli. Kalau ikutkan, nak beli banyak lagi. Tapi jadi rambang mata. Pulak tu berkira-kira cukup ke tak duit tu. Dan aku sebenarnya menyesal tak beli kompilasi Tiga Dara Pingitan. Ingatkan tak cukup duit, tapi sebenarnya ada je. Isy.. ni nak kena tunggu pesta Buku yang akan datang lagi lah ni.. adeh!! Tu pun kalau ada lagi.. :(



Tu sahaja aku rasa. Tapi penat nya memang tak payah cakap! Rasa nak putuih ja urat kaki ni berjalan tanpa henti.. Hadoi!!



Sekian sahaja buat kali ini.



Banyak buku yang sedang menanti untuk dibaca. Sekian,





notakaki: Minta maaf ya Cik Siti Ruqaiyah Binti Mohd Ghazi & Nur Ain Liyana Binti Abdul Aziz sebab tak sempat berbual panjang. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang!


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohamad Asnawi Amiruddin. Minta maaf sangat2 kalau kau bosan pergi PWTC tu.


Minta maaf juga kepada Rasyidah Rehir, Muhammad Amirul Hafiz & Thaqif sebab tak dapat bersembang dengan panjang.


Dan kepada sesiapa yang aku jumpa tapi tak tegur tu, mintak maaf sangat2! segan pun ye.. kadang2 tu tak perasan. Sorry!!


without wax,
haniyahaya :)


No comments: