Thursday, April 21, 2011

novel pilihan!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, kali ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi-Nya ini. Syukur kepadaMu Ya Allah!


Okey, untuk kali ini, aku nak cerita sedikit tentang novel yang aku baru baca malam tadi. Novel ni memang seronok sangat-sangat dan sangat lain daripada novel sebelum ni yang aku pernah baca.
Nak tahu novel apa?


.









.









.









.









.









.









.









.















taraa!! ni lah novelnya! 'Denyut Kasih Medik' hasil karya Dr. Farhan Hadi. Novel ini sangat menarik sebabnya novel ini menggabungkan fiqh perubatan, fiqh cinta dan juga fiqh wanita. Kira kalau beli novel ni, memang tak rugi sangat-sangat! Lagipun, banyak ilmu yang kita boleh dapat daripada pembacaan novel ini. Alah, tebal mana lah sangat novel ni. 2 jam kalau baca secara terus menerus boleh habis! Daripada menghabiskan baca novel-novel cinta yang ntahapepape tu, lagi baik kalian baca novel ilmiah ni. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat.







antara info dalam novel ini-sumber dari Google.com




Dan aku rasa, novel ni sangat sesuai dengan jiwa aku. Mungkin kerana aku ni Insya Allah, bakal pelajar jurusan perubatan dan juga bakal doktor. Itu yang aku rasa, semua situasi yang dicoretkan dalam novel itu bakal aku hadapi suatu hari nanti. yalah, orang kata masa zaman housemanship (HO) tu lah zaman kita menderita. Jadi dengan adanya novel tu, sedikit sebanyak dapat bagi aku inspirasi supaya tak mudah putus asa. Aku tahu, cabaran nak jadi doktor tu memang sangat tinggi. Nak belajarnya satu hal, dah kerja nanti pun satu hal jugak. Tapi takpe, Insya Allah, segala urusan nanti akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kita hanya perlu usaha, doa dan tawakkal. Segala apa yang berlaku, ada hikmahnya.






Sekian,






Wallahu'alam~











without wax,




haniyahaya :)

6 comments:

yampe =) said...

hani, novel ni style cerita atau ala2 motivasi?

nurafifah huda yunus said...

Hani.
aku pon dah baca novel tu. dan alhamdulillah selepas baca novel tu Allah buka kan hati aku yang dahulunya sepicing pon x pernah minat medic utk minat dan cenderung ke arah medic. sekarang aku harap aku dapat ambik jurusan ni. insyaallah. doakan aku ye :)

Afiqah Inani Mohd Haslin said...

Yea, Hani. best kan novel tu? mari jd doktor yg bukan saje merawat fizikal pesakit tapi merawat jiwa pesakit. moge thabat di jalan-Nya, inshaAllah. Robbuna yusahhil. :) manfaatkan setiap denyutan dengan mengingati kasih Ilahi.

haniyahaya :) said...

Yam : novel ni style cerita. pengalam seorang doktor yang sedang menjalani housemanship(HO). seronok! try lah :)

pipah : Yupyup~ Insya Allah. mari kita sama2 berdoa agar kita diberi petunjuk oleh Allah untuk jadi doktor yang terbaik, bukan sahaja dapat merawat pesakit dari segi fizikal, namun juga rohani. Semoga Allah memberkati kita juga :)


Afiqah: Betul2! Actually dah lama dah nak baca novel tu, tapi sebabkan SPM, kena hold dulu. Tu lah. Sekarang ni rasa dapat inspirasi lah pulak. Insya Allah, semoga Allah memberkati kita yang sedang berjuang di jalan-Nya ini.. :)

athirah said...

hani ak pn bce novel ni.tp br smp sprh.hahaha

ruqaiyahghazi said...

eh hani yg post nme athrah tu ak.hehe.td nk post tak check dulu email spe.tgk2 org laen pnye.haha