Friday, April 22, 2011

Aku mahu berubah! Salah?



Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti, tiada noktah. Alhamdulillah! Selawat & salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW khatimul anbiya'.



Untuk entri kali ini, aku nak bercakap sedikit tentang perubahan. Ya! Perubahan.
Perubahan ini sungguh luas skopnya.


Untuk sesetengah orang, perubahan itu bermaksud berubah dari yang tak baik kepada yang baik.


Ada juga yang mentafsirkan, perubahan itu bermaksud berubah daripada yang baik untuk menjadi yang lebih baik.
Pendapat masing-masing, jadi terpulanglah.

Namun, kalau ditanya aku, aku akan mempunyai persepsi aku sendiri tentang perubahan.


Aku rasa, semua orang akan merasa suatu perubahan atau transformasi dalam diri mereka.


Kita ambil contoh mudah.



Kalau dulu kita lahir-lahir je kat dunia ni, kita masa tu bayi lagi. Kecil je. Berat pun setakat berapa kilo je. Sekarang? Cuba kita lihat diri kita. Sekarang ni dah besar panjang kan? Bukankah itu namanya perubahan?




Dan dulu kalau zaman sekolah rendah, kita fikir asyik nak main. Kalau main pun sekadar main pondok-pondok lah, kahwin-kahwin lah, main tikam, main lawan pemadam yang buat jadi gasing, lawan ceper dan juga kumpul sticker digimon. Tapi bila sudah meningkat dewasa, kita dah tak heran dengan semua tu. Kita lagi suka dengan iPhone lah, iPod lah, Blackberry segala bagai tu. Betul tak? Tak rasa ke tu satu perubahan?



Kalau perubahan dari segi sikap pula, ianya tak semudah yang kita sangka. Terutamanya kalau kita nak berubah untuk menjadi yang lebih baik. Kadangkala, kita tersalah bicara. Kadangkala kita tersalah langkah. Dan apabila sekali kita buat salah, sudah pasti orang akan memandang serong terhadap kita. Ya! Itulah hakikatnya! Walau kita buat baik sekalipun, setinggi Gunung Everest ataupun seluas Lautan Pasifik pun, dengan sekelumit kesalahan atau benda buruk yang kita lakukan, sudah pasti kita akan dihukum oleh manusia. Mengapakah? Mengapakah? Mengapakah?




Memang sukar untuk berubah! kadangkala, rasa mahu luntur sahaja semangat itu bukan? Namun harus diingat, tatkala saat itu, syaitan sudah hampir berjaya melaksanakan misi mereka. Dan tatkala kita mengambil keputusan untuk berhenti berubah, sudah pasti kroni-kroni mereka juga akan bertempik kegembiraan. Bukankah begitu?



Oleh yang demikian, kita tidak harus mudah berputus asa. Anggap sahaja kesalahan yang dilakukan itu sebagai pemangkin untuk kita terus mengubah diri kita untuk menjadi insan yang terbaik. Insya Allah, dengan berkat usaha, sabar, doa dan tawakkal kita, Allah SWT akan memudahkan jalan untuk kita berubah. tetapi harus diingat, perubahan itu tidak semudah yang disangka. Kita tidak boleh berubah secara total. Dan kita juga tidak boleh berubah 36o darjah dalam sekelip masa. Semua itu memerluakan pengorbanan dan juga kesabaran yang tinggi serta semangat istiqamah!










notakaki:


1. maaf kerana entri kali ini bercampur aduk BM dan BI. Maaf lah yer sebab gambar-gambar ini semuanya dah ada dalam fail simpanan. Jutaan terima kasih buat Encik Raja Muhammad Nor Saifullah bin Raja Omar atas gambar-gambar tersebut. Untuk makluman, semua gambar diambil daripada blog beliau.




2. AKU JUGA MAHU BERUBAH!!!!!




Sekian,






without wax,


haniyahaya:)

2 comments:

AZRUL AZMI said...

ooo..amik gambar kat blog Pullah rupenye.... nice article.... hehehe

haniyahaya :) said...

thanks azrul :)
really appreciate it.