Thursday, April 28, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (Bahagian II)

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi bernafas di bumi Nya ini.


Baiklah,untuk kali ini, nak bercerita sikit tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Mungkin ada yang perasan, entri ni macam sama je dengan entri yang lepas. (kalau belum baca entri tersebut, sila klik di sini ye!)

Okey, nak cerita sikit. Untuk pengetahuan semua,ni pesta buku yang sama aku pergi untuk kali kedua pada hari Selasa yang lepas. Memandangkan hari Selasa yang lepas, kelas Anatomy & Physiology dan juga kelas Health Sciences dibatalkan, aku dan kawan-kawan aku sepakat nak pergi ke Pesta Buku yang sedang berlangsung di PWTC. Memandangkan sahabat aku yang lain tu tak pernah pergi ke Pesta Buku tu sebelum ini, jadi aku lah yang dilantik menjadi penunjuk arah yang tak bertauliah. Walaupun pada hakikatnya, aku tak lah hebat mana! Takut tu takut lah jugak. Mana tak nya. Kalau sesat, tak sampai Seksyen 20, Shah Alam balik macam mana? Kuala Lumpur tu ingat kampung nan permai ke?



Okey, aku, Arina dan Mimi bertolak dari stesen KTM Komuter pukul 1 lebih. Sebabnya terlepas komuter! Chait!! Sabar je lah kan.. Pastu pergi jumpa Alyaa', Afirah dan TK yang sedang menunggu di KL Sentral. Mereka pergi dulu sebab naik komuter dari stesen komuter Batu Tiga. Lepas sampai di PWTC, aku, Arina dan Mimi pergi solat dulu memandangkan Alyaa', Afirah dan TK dah solat masa kat KL Sentral tadi.

Memandangkan ni kali kedua aku pergi, jadi dah tahu lah selok belok booth.. Takde lah nak sesat2 lagi. hehehe~ Tawaf PWTC tu pun takde lah rasa macam nak putus urat macam kali pertama pergi. Mungkin sebab tak ramai orang. Maklum je lah, hari bekerja dan bersekolah kan..


Okey, senarai buku yang dibeli pada hari itu:

1. Buku Kompilasi Komik Tiga Dara Pingitan Jilid 1 & Jilid 2

2. Buku A Comprehensive Prayer Formula karya Zaharuddin Abdul Rahman

3. Novel Life in Return (dibeli di The Mall dengan harga RM8.00)

4. Novel hard cover Ford Crosscountries Stories karya John Grisham ( juga dibeli di The Mall dengan harga RM10.00)

Wah! Banyak Sungguh buku cerita yang perlu dihabiskan. Tu belum campur dengan buku-buku pelajaran yang tinggi menimbun tu.. Takpe lah.. Perlahan-lahan.. kan?

notakaki: Kalau perempuan lain obses dengan baju, kasut, mekap, minyak wangi, gajet dan segala bagai..Namun aku..Aku sangat obses dengan buku!Sekian~


without wax,
haniyahaya :)

Monday, April 25, 2011

Hari Pertama Semester II

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga baginda serta para sahabat.Alhamdulillah, kali ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi-Nya ini. Syukur kepadaMu Ya Allah!

Okey, hari ni merupakan hari pertama kelas untuk semester II. Dan seperti kebiasaannya, kelas tak belajar pun. (Alhamdulillah!) Sesi suai kenal je lah. Memang terbaik!

Tapi untuk subjek Fizik, aku dah ada assignment sedia menanti. Chait!! Sabar je lah.. Takpe, cepat buat, cepat siap!! Lepas tu boleh sambung baca buku cerita lagi. Yay!!

Rakan-rakan sekelas ku pula tampil dengan penuh bergaya. Masing-masing dah ada cerita menarik untuk dikongsikan bersam. Pulak tu, kebanyakkan mereka dah tukar handphone baru, aku juga masih setia bersama Motorola aku. cewah!! Ala, aku ni pun bukannya jenis yang terer bab teknologi-teknologi ni. Apa yang ada tu, aku syukur je. Karang kufur nikmat pulak! Lagipun, kalau bab handphone ni, aku hanya tahu SMS dan call je. Lain daripada tu, kirim salam awal-awal!

Ha, lagi satu.. Memandangkan hari ni kelas Anatomi takde, jadi kami semu memang gembira tahap maksima lah! Aku, Ainnur & Syira pun balik rumah awal. Sebelum tu, kami sempat pergi ke Tesco; beli barang dapur sebab hari ni nak masak! Cadangnya nak makan simple je. Beli barang dapur tak banyak pun; kacang panjang, bawang merah, bawang putih & ikan bilis. Ni nak masak sayur. Kat rumah ada sambal ikan bilis, Ainnur yang bawak.

Memandangkan aku puasa sunat hari ni, jadi aku hanya goreng telur sahaja. Ainnur panaskan balik sambal & Syira masak sayur. Bergilir-gilir lah kami memasaknya. Lagi pun takkan nak masak semua serentak. Dapur tu besar manalah sangat kan?

Masa makan tu pun, kami bertiga memang selera habis lah! Tambah pula nasi panas.. Perghhh!! Memang seronok lah makan tu..

Okey, sekian sahaja buat kali ni.. NI nak pergi tengok NCIS kat 8TV!

Wallahu'alam~

without wax,
haniyahaya :)

notakaki: aku dah habis baca Contengan Jalanan. Menarik lah juga! Menangis tu kira biasalah kan? hahaha~ Sekarang tengan nak baca Kesalahan dalam Solat pula. Buku karya Ahmad Deedat tu dah belek-belek :)

Saturday, April 23, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Syukur padaMu Ya Allah.

Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terkira banyaknya. Dan sebagai hambaNya kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan itu..

Ha, untuk entri kali ni.. Nak bercakap seperti tajuknya di atas..

Semalam aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Aku bertolak dari Kajang dengan menaiki kemudahan awam, yakni KTM Komuter. Bertolak dari stesen Kajang sampailah stesen Putra. Kalau diikutkan dah lama sebenarnya aku tak pergi ke PWTC ni. Seingat aku, kali terakhir aku pergi ialah masa pesta buku jugak, tapi tu zaman 10 tahun dulu kot! hahaha~ Lama gila kan?Jadi, masa semalam aku pergi tu, aku pun takut jugak. Yalah, KL ni bukan macam kampung. Silap hari bulan ada yang kena ragut, culik dan macam-macam lagi. Haisy.. Takut tahu tak? Jadi sepanjang perjalanan tu, tak putus-putus aku berdoa supaya aku selamat pergi dan selamat sampai ke rumah semula. Sampai je stesn Putra, aku pun mula lah mencangak-cangak di dalam hati. Macam mana nak pergi ke PWTC tu? Aku pun apa lagi. Pakai main jalan je lah! Ikut je orang. Dengan gaya yang penuh pro, walhal tak reti pun. Dah lama aku tak pergi jalan-jalan area KL ni. Kalau dulu masa zaman aku tinggal kat KL selalu jugak pergi jalan-jalan dengan mak aku.





Dan Alhamdulillah, aku berjaya sampai di PWTC! hehehe~ cepat aje aku masuk! Nak air-cond!! Dah lah berjalan di bawah sinaran mentari. Pulak tu payung aku lupa nak bawak! haila..



Masuk je situ, tak ramai lagi orang. Booth pertama aku serbu ialah booth Jemari Seni. Nak dapatkan novel Contengan Jalanan karya Hlovate. Aku belikan untuk Fateh (dan juga diri sendiri) novel yang baru keluar tu. Hebat betul penangan Hlovate ni. Ramai je orang serbu nak dapatkan novel dia. Macam pisang goreng panas!! Kesian abang tu. Sekejap je letak dah habis kat rak tu.Kena isi lagi. Sekali orang beli bukan satu, tapi dua, tiga, empat.. Mesti member-member kirim lah tu.. Faham sangat! hehehe~



Ha, untuk pengetahuan semua, aku ni bukan kaki novel cintan-cintun. Memang aku ni payah sangat nak baca novel cinta, terutamanya novel Melayu. Bukan aku nak merendahkan martabat bangsa sendiri. Tidak, jauh sekali tu!! Aku minat baca novel Melayu yang isi kandungannya tidak sarat dengan mesej cinta. Dari kecil aku telah dididik oleh ibu supaya memilih bahan bacaan yang mana penulisnya ialah penulis yang era 80-90 an gitu.. Antara penulis yang aku minat macam Othman Puteh, Ghazali Ngah Azia, Khadijah Hashim, Fatimah Busu, Ariffin Said, Abdullah Hussin, Abu Hassan Morad. Pak Sako tu boleh tahan juga. A.Samad Said tu aku susah sikit nak faham, jadi aku tak pernah baca novel dia. Ada satu novel je yang aku baca iaitu, Di hadapan Pulau. Sebabnya tu novel komsas Tingkatan 4. Kalau tak, payah jugak aku nak membacanya. Selain novel, aku minat baca cerpen. Aku suka cerpen ni sebab cerita dia pendek-pendek, cepat habis. Dan perkara penting, aku ni memang tak suka diganggu bila membaca sebab aku suka menghayati jalan cerita tu. Bila membaca, aku akan gelak dan juga menangis. Memang sentimental habis kan?




Okey, cukup setakat itu. Nak cerita pulak buku apa yang aku beli semalam.




1. Novel 'Contengan Jalanan' karya Hlovate. Hurm..aku mula berjinak-jinak membaca novel dia masa cuti lepas SPM hari tu. Sangkut jugak la. Sebab jalan cerita dia pun menarik. Kurang la cintan-cintun. Gaya bahasa dia santai, walaupun orang cakap bahasa dia banyak rojak. ( campur BM dan BI). Takpe lah kan, boleh belajar 2 bahasa sekali gus. Tapi kalau ikut mak aku, mesti dia tak minat punya. hehehe~




Sebenarnya aku dah baca sikit novel ni kat blog penulis novel ni. Tapi sikit je la. Tak larat nak mengadap skrin lama-lama. Sakit mata dibuatnya. Aku tak nak rabun lagi!!




menariknya novel ni, dia ada 2 cerita dalam satu novel. Tu sebab ada 2 cover. hehehe~










2. 'The Choice; Dialog Islam dan Kristian' karya Ahmad Deedat.


Aku memang dah lama nak baca buku ni. Sejak kali pertama aku nampak kat rumah pak Ngah aku, memang terus jatuh hati nak baca. Kalau ikutkan nak pinjam je Pak Ngah aku punya, tapi karang aku takut dia marah pulak. Jadi, baik aku beli dengan duit aku sendiri. Puas!












3. Buku 'Inikah Sejarah Esok'. Buku ni merupakan himpunan cerpen yang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan tahun 2003.



4. 'Buku Kesalahan Semasa Mendirikan Solat'- karya Syeikh Salahuddin As- Sa'id.



Tu je lah yang aku beli. Kalau ikutkan, nak beli banyak lagi. Tapi jadi rambang mata. Pulak tu berkira-kira cukup ke tak duit tu. Dan aku sebenarnya menyesal tak beli kompilasi Tiga Dara Pingitan. Ingatkan tak cukup duit, tapi sebenarnya ada je. Isy.. ni nak kena tunggu pesta Buku yang akan datang lagi lah ni.. adeh!! Tu pun kalau ada lagi.. :(



Tu sahaja aku rasa. Tapi penat nya memang tak payah cakap! Rasa nak putuih ja urat kaki ni berjalan tanpa henti.. Hadoi!!



Sekian sahaja buat kali ini.



Banyak buku yang sedang menanti untuk dibaca. Sekian,





notakaki: Minta maaf ya Cik Siti Ruqaiyah Binti Mohd Ghazi & Nur Ain Liyana Binti Abdul Aziz sebab tak sempat berbual panjang. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang!


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohamad Asnawi Amiruddin. Minta maaf sangat2 kalau kau bosan pergi PWTC tu.


Minta maaf juga kepada Rasyidah Rehir, Muhammad Amirul Hafiz & Thaqif sebab tak dapat bersembang dengan panjang.


Dan kepada sesiapa yang aku jumpa tapi tak tegur tu, mintak maaf sangat2! segan pun ye.. kadang2 tu tak perasan. Sorry!!


without wax,
haniyahaya :)


Friday, April 22, 2011

Aku mahu berubah! Salah?



Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti, tiada noktah. Alhamdulillah! Selawat & salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW khatimul anbiya'.



Untuk entri kali ini, aku nak bercakap sedikit tentang perubahan. Ya! Perubahan.
Perubahan ini sungguh luas skopnya.


Untuk sesetengah orang, perubahan itu bermaksud berubah dari yang tak baik kepada yang baik.


Ada juga yang mentafsirkan, perubahan itu bermaksud berubah daripada yang baik untuk menjadi yang lebih baik.
Pendapat masing-masing, jadi terpulanglah.

Namun, kalau ditanya aku, aku akan mempunyai persepsi aku sendiri tentang perubahan.


Aku rasa, semua orang akan merasa suatu perubahan atau transformasi dalam diri mereka.


Kita ambil contoh mudah.



Kalau dulu kita lahir-lahir je kat dunia ni, kita masa tu bayi lagi. Kecil je. Berat pun setakat berapa kilo je. Sekarang? Cuba kita lihat diri kita. Sekarang ni dah besar panjang kan? Bukankah itu namanya perubahan?




Dan dulu kalau zaman sekolah rendah, kita fikir asyik nak main. Kalau main pun sekadar main pondok-pondok lah, kahwin-kahwin lah, main tikam, main lawan pemadam yang buat jadi gasing, lawan ceper dan juga kumpul sticker digimon. Tapi bila sudah meningkat dewasa, kita dah tak heran dengan semua tu. Kita lagi suka dengan iPhone lah, iPod lah, Blackberry segala bagai tu. Betul tak? Tak rasa ke tu satu perubahan?



Kalau perubahan dari segi sikap pula, ianya tak semudah yang kita sangka. Terutamanya kalau kita nak berubah untuk menjadi yang lebih baik. Kadangkala, kita tersalah bicara. Kadangkala kita tersalah langkah. Dan apabila sekali kita buat salah, sudah pasti orang akan memandang serong terhadap kita. Ya! Itulah hakikatnya! Walau kita buat baik sekalipun, setinggi Gunung Everest ataupun seluas Lautan Pasifik pun, dengan sekelumit kesalahan atau benda buruk yang kita lakukan, sudah pasti kita akan dihukum oleh manusia. Mengapakah? Mengapakah? Mengapakah?




Memang sukar untuk berubah! kadangkala, rasa mahu luntur sahaja semangat itu bukan? Namun harus diingat, tatkala saat itu, syaitan sudah hampir berjaya melaksanakan misi mereka. Dan tatkala kita mengambil keputusan untuk berhenti berubah, sudah pasti kroni-kroni mereka juga akan bertempik kegembiraan. Bukankah begitu?



Oleh yang demikian, kita tidak harus mudah berputus asa. Anggap sahaja kesalahan yang dilakukan itu sebagai pemangkin untuk kita terus mengubah diri kita untuk menjadi insan yang terbaik. Insya Allah, dengan berkat usaha, sabar, doa dan tawakkal kita, Allah SWT akan memudahkan jalan untuk kita berubah. tetapi harus diingat, perubahan itu tidak semudah yang disangka. Kita tidak boleh berubah secara total. Dan kita juga tidak boleh berubah 36o darjah dalam sekelip masa. Semua itu memerluakan pengorbanan dan juga kesabaran yang tinggi serta semangat istiqamah!










notakaki:


1. maaf kerana entri kali ini bercampur aduk BM dan BI. Maaf lah yer sebab gambar-gambar ini semuanya dah ada dalam fail simpanan. Jutaan terima kasih buat Encik Raja Muhammad Nor Saifullah bin Raja Omar atas gambar-gambar tersebut. Untuk makluman, semua gambar diambil daripada blog beliau.




2. AKU JUGA MAHU BERUBAH!!!!!




Sekian,






without wax,


haniyahaya:)

Thursday, April 21, 2011

novel pilihan!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, kali ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi-Nya ini. Syukur kepadaMu Ya Allah!


Okey, untuk kali ini, aku nak cerita sedikit tentang novel yang aku baru baca malam tadi. Novel ni memang seronok sangat-sangat dan sangat lain daripada novel sebelum ni yang aku pernah baca.
Nak tahu novel apa?


.









.









.









.









.









.









.









.















taraa!! ni lah novelnya! 'Denyut Kasih Medik' hasil karya Dr. Farhan Hadi. Novel ini sangat menarik sebabnya novel ini menggabungkan fiqh perubatan, fiqh cinta dan juga fiqh wanita. Kira kalau beli novel ni, memang tak rugi sangat-sangat! Lagipun, banyak ilmu yang kita boleh dapat daripada pembacaan novel ini. Alah, tebal mana lah sangat novel ni. 2 jam kalau baca secara terus menerus boleh habis! Daripada menghabiskan baca novel-novel cinta yang ntahapepape tu, lagi baik kalian baca novel ilmiah ni. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat.







antara info dalam novel ini-sumber dari Google.com




Dan aku rasa, novel ni sangat sesuai dengan jiwa aku. Mungkin kerana aku ni Insya Allah, bakal pelajar jurusan perubatan dan juga bakal doktor. Itu yang aku rasa, semua situasi yang dicoretkan dalam novel itu bakal aku hadapi suatu hari nanti. yalah, orang kata masa zaman housemanship (HO) tu lah zaman kita menderita. Jadi dengan adanya novel tu, sedikit sebanyak dapat bagi aku inspirasi supaya tak mudah putus asa. Aku tahu, cabaran nak jadi doktor tu memang sangat tinggi. Nak belajarnya satu hal, dah kerja nanti pun satu hal jugak. Tapi takpe, Insya Allah, segala urusan nanti akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kita hanya perlu usaha, doa dan tawakkal. Segala apa yang berlaku, ada hikmahnya.






Sekian,






Wallahu'alam~











without wax,




haniyahaya :)

Tuesday, April 19, 2011

It's morphin time!!

Okey, kali ni nak bercerita sedikit tentang zaman dolu-dolu.. ( Cewah!! Macam dah tua sangat gamaknya aku ni)


Sebelum tu, nak tanya, apa rancangan televisyen kegemaran kalian masa zaman budak hingusan dulu?

Mesti banyak kan?

Sailormoon la, Dragon Ball la, Teletubbies la dan segala bagi lagi la.. Masing-masing ada cita rasa tersendiri, kan?
Dan aku juga sebenarnya tidak terkecuali minat rancangan2 yang sewaktu dengannya.
Rancangan apa yang aku minat? hahaha~ untuk pengetahuan semua, aku ni memang kipas-susah-mati POWER RANGERS!!
Aku minat cerita ni sejak aku umur 4 tahun sampai lah sekarang boleh katakan aku minat lagi!! Amacam, hebat tak??Mesti korang terkejut gila bagai nak rak kan, kan?? Sampai satu tahap tu, mak cik aku pernah cakap kat aku,
" Eh, Yasmin. Kau tu dah besar pun nak tengok lagi ke cerita budak kecik lagi ke? sedar-sedarlah sikit, awak tu dah besar! malu je orang tengok,"

Okey, aku tahu, cerita ni tak elok, sebabnya ada unsur tahyul, tapi entahla..zaman dulu kan, bukan kesah apa pun. Pulak tu semua adik beradik aku, sepupu sepapat aku semua minat tengok cerita ni. Apa lagi..layan je lah!! Kalau tak tengok satu cerita tu rasa macam loser, ketinggalan sangat-sangat sebab nanti tak dapat join sekaki bercerita dengan mereka. Haisy!!
Bagi sesiapa yang tak tahu apa tu Power Rangers, meh aku cerita sikit pasal rancangan ni.


The titular Power Rangers are individuals who "morph" from ordinary people into powerful superheroes. They generally wear color-coded battle suits (usually made of spandex or other skin-tight material) and helmets with opaque visors.In many cases, the helmets serves to protect their secret identities. In some cases, more powerful Rangers may have extra shielding on their suits to protect them from strong blows.

A morphed Ranger generally possesses superhuman strength, durability, and ability in hand-to-hand combat. Starting with the Disney series, unmorphed Rangers usually possess superhuman abilities such as super-speed or invisibility, attributes somewhat related to their Ranger abilities.Rangers appear to retain their original physiology beneath their suits when in morphed form: viewers have seen Rangers' helmets removed or broken on numerous occasions, revealing his or her natural form underneath. Helmets aside, the Rangers don or remove suits nearly instantaneously - with a glow of light or some other effect. Rangers can also be "de-morphed" involuntarily when suffering significant physical damage.

Rangers regularly operate in teams of five, with a special sixth Ranger frequently joining the team part way into the season (some later seasons would feature more than one new member added to the team). More recently[update] a core team of three will later expand to include additional Rangers. Each Ranger's suit and energy spectrum will match a specific color, with red, yellow, and blue joined by some combination of pink, green, black, or white. Rangers may take their names from their respective colors (Red Ranger, Blue Ranger, etc.) but sometimes also use numbers or other names. There is usually no more than one Ranger of a given color on a team, but exceptions of this rule are generally given alternate names (in Time Force, there were two Rangers with red-colored costumes; the first was the Red Time Force Ranger, the second was the Quantum Ranger). Each team's costumes are nearly identical aside from color and helmet design (most notably the shape of the opaque visor) and perhaps a numerical designation. Any additional Rangers will regularly have additional costume modifications, usually some form of altered suit design and/or armor.


Pendek kata, sebenarnya, mereka ni remaja yang ada kebolehan dan kuasa untuk bertukar menjadi 'rangers' dan tugas mereka adalah untuk menentang musuh dan menyelamatkan bumi daripada jatuh ke tangan penjahat. Tu secara umumnya.

(diambil daripada Wikipedia. Maaf, aku memang pemalas, jadi memang tak larat nak taip satu-satu)

Kalau nak ikutkan, rancangan ni memang dah lama dah. Sejak zaman aku lahir lagi dah ada. Jadi, bayangkanlah! Dah 18 tahun dah rancangan tu.. Fuhh!!


Kalau ikutkan, siri pertama rancangan ini ditayangkan di MALAYSIA ialah siri Mighty Morphin Power Rangers.



Mighty Morphin Power Rangers- All time fovourite series!!


Lepas tu, Power Rangers Turbo. Kalau kat US, dorang ada tayang Power Rangers Zeo, tapi kat Malaysia, takde pun. Tak tahu lah kalau aku je yang termissed..

Power Rangers Turbo ni yang menariknya ada 2 siri yang berlainan, siri pertama, orang lain. Siri kedua orang lain, cuma Ranger Biru je dikekalkan.



Power Rangers Turbo

Namun begitu, kesemua para pelakon dari siri kedua Power Rangers Turbo ini kemudiannya diserap ke Power Rangers In Space. Cuma Ranger Biru je tak, sebab dah cukup ahli. Ada orang baru jadi Ranger Merah, dan Ranger Merah dari Power Rangers Turbo jadi Ranger Biru. (Ada faham kah apa yang aku cakap ni?)




Power Rangers In Space


Kemudian, siri ini disambung dengan siri Power Rangers Lost Galaxy. Yang menariknya cerita Power Rangers Lost Galaxy ni, watak Ranger Merah Jambu @ Pink Ranger mati, dan digantikan dengan orang baru, iaitu Krone, yang dahulunya pernah memegang watak jahat sebagai Astronema dalam siri Power Rangers In Space dan pada masa yang sama, dia ni juga adik kepada Ranger Merah dalam Power Rangers In Space. Lagi satu, yang menariknya, dalam siri ni, ranger Biru tu ada jugak berlakon dalam CSI Vegas tu ha.. wohoo!!( lagi sekali, faham tak apa benda yang aku melalut nih?)


Power Rangers Lost Galaxy


Selepas itu pula, disambung dengan siri Power Rangers Lightspeed Rescue. Cerita ni aku tak berapa minat sangat sebab aku rasa kostum dia tak berapa nak menarik. Tapi aku tetap ikuti kisah dia sampai habis.


Power Rangers Lightspeed Rescue

Ha, lepas siri tu habis. Siri baru pulak muncul iaitu Power Rangers Time Force. Jalan cerita dia menarik jugak.
Power Rangers Time Force

Selepas Time Force, siri Power Rangers Wild Force pula ditayangkan di Malaysia. Yang aku tak berapa nak suka dalam siri ni ialah, ada pulak puteri tiba-tiba sesat! Aku rasa macam takde faedah atau kaitan pun dia ada. Bajet macam pengarah pulak aku ni.. Tapi, bahagian yang paling menarik dalam siri ni ialah episod 'Forever Red'. Dalam episod ni, semua Ranger Merah dari siri pertama sampai siri tu bergabung nak menentang musuh mereka! (cewah!!) Best gila episod ni. Aku harap nak semua rangers ada, kira gath balik lah kan..tapi, macam mustahil sebab aku bukan pengarah. hahaha.
Power Rangers Wild Force


Ni masa episod 'Forever Red'



(okey, ni mood dah malas. Kan aku dah cakap, aku ni memang malas nak taip panjang berjela-jela)




Lepas je siri ni, aku semakin dah tak minat,bukan tak minat langsung, tapi dah mula berkurangan dan kekerapan aku menonton siri ini juga berkurang. Mula dengan siri Power Rangers Ninja Storm, diikuti pula dengan Power Rangers Dino Thunder dan Power Rangers Jungle Fury. Aku sempat tengok sikit je. Mungkin sebab gaya hidup aku dah semakin sibuk. Al maklum sahaja lah, dah duduk di asrama. Mana sempat nak tengok TV segala ni kan. Lagi kalau nak tengok cerita macam budak-budak. Mau aku kena gelak sakan,kan? hahaha~



Power Rangers Ninja Storm


Power Rangers Dino Thunder


Power Rangers Jungle Fury


Tapi sekarang, aku dah tak tengok dah cerita tu. Kalau aku tengok pun, aku tengok dekat Youtube. Tengok pun siri yang lama-lama. Jangan harap aku nak tengok siri yang baru punya sebab sumpah membosankan!


Hehehe~ tulah alkisahnya.. Okay, I know that it may sounds childish..yeah, whatever it is..I still love the series. Mungkin ada orang kata tak elok cerita ni, sebab ni adalah antara salah satu cara Yahudi nak perangkap umat Islam sekarang. Aku tak berani nak komen lebih lanjut tentang hal ini,sebab aku pun tak pakar. Jadi kena minta nasihat pakar lah yer. Harap maaf.


notakaki: kepada sesiapa yang nak bagi sumbang saran, sangat2 dialu-alukan! :) without wax, hani yahaya:)

Sunday, April 17, 2011

+ dan -

Situasi 1

" Kau ni dulu budak sekolah agama ke?"tanya A.
"Ya,"ringkas sahaja B menjawabnya.

Situasi 2

"Kau dulu BADAR ke?"tanya X.
Soalan jenis apa tu?Y menggumam di dalam hati.
"Tak," ringkas sahaja jawapan Y.
BADAR? Gila! Tengok orang lah beb. Aku ni bukan jenis stok-stok tudung labuh. Takkan tu pun nak kena beritahu, getus Y di dalam hati.


***
Okey, situasi di atas hanya sekadar contoh. Tiada kaitan pun antara yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Sekadar analogi yang aku reka untuk pembuka bicara tentang topik ini.
Kebiasaannya manusia memang suka menilai orang dari penampilannya. Betulkan? Orang biasa akan melihat dari sudut luarannya. Muka comel, bersih, ada nur.. Confirm baik gila punya!!

Tapi cuba kalau orang tu muka gelap-gelap sikit, tak cool, confirm orang akan menilai dia sebagai seorang yang bermasalah la, rosak akhlak lah dan macam-macam lagi. Itulah hakikat dan realitinya. Manusia memang suka akan kecantikan. Cuba cerita, manusia mana yang tak suka akan kecantikan? Itu fitrah semula jadi manusia kan? Namun begitu, kita selalu dikaburi dengan kecantikan luaran manusia itu kan?


Okey, cuba lihat situasi 1. Sebenarnya situasi 1 tu nak cerita tentang budak sekolah agama. Kebiasaannya bila kita dengar je ex-student atau student sekolah agama, mesti kita akan tabik spring lah kat dia sebab budak sekolah agama ni mesti daripada kalangan yang baik-baik, yang alim dan yang wara'. Kalau student perempuannya mesti pakai tudung labuh, pakai handsocks dan pakai stoking. Tapi kadang-kadang, tidaksemua daripada kalangan mereka begitu. Masih ingatkah kalian tentang peristiwa yang mana seorang pelajar perempuan sekolah agama yang pernah melahirkan anak luar nikah yang pernah diuar-uarkan di media sebelum ini?

Bukan niat saya untuk merendahkan martabat budak sekolah agama, jauh sama sekali TIDAK! Namun hakikatnya, kita tidak boleh menilai sesorang tu dari luaran sahaja. Kita kena tengok dan lihat orang itu secara menyeluruh. Baik dari sudut luaran mahupun dalaman.

Situasi 2 tu sebenarnya nak digambarkan bila ada orang yang kita lihat baik, kita akan terus cop orang tu ex-sekolah agama lah, BADAR la. Hanya kerana dia baik. Sebenarnya, semua orang baik, cuma kadang-kadang kita tersalah pilih jalan dan terus berubah 360 darjah untuk menjadi jahat kerana alasan untuk kelihatan lebih cool atau macho? Logikkah?

Kalau nak diceritakan tentang pengalaman sendiri, aku bukan lah nak melabel diri aku sendiri 'baik' sebab aku tak rasa diri aku ni 'baik', cuma aku nak lah berubah ke arah menjadi 'baik' tu. Okey, kalau diikutkan mungkin orang tak percaya aku sedang menulis tentang perkara-perkara sebegini. Cakap bagai nak rak lah, apa lah.. Hakikatnya kalau lihat sifat aku, macam lain. Sampaikan ada sahabat cakap aku ni pelik. Berubah-ubah sifat nya. multiple personality disorder gamaknya!

Siapa yang tak mahu nak jadi baik? Semua orang nak. Begitu juga dengan aku. Tapi untuk menjadi ke arah yang baik itu, bukan semudah yang disangka. Kalau nak dibandingkan zaman kejahilan aku dari sekolah rendah ke lower form, masuk upper form dan hinggalah kini, aku rasa ada yang berubah. Kejap okey, kejap tak. Biasalah, nama pun manusia dan tak semua manusia itu sempurna. Iman aku ni macam kulit bawang ibaratnya, nipis sangat. Jadi kejap naik, kejap turun..


Umayr ibn Habeeb al-Khatmee, may Allaah be pleased with him, used to say: “Eemaan increases and decreases.” Someone asked: “What increases it and what decreases it?” He replied: “lf we remember Allaah, praise Him, and declare His perfection; that is what increases it. If we are heedless, squander and forget; that is what decreases it.’

‘Abdur-Rahmaan ibn ‘Amr al-Awzaa’ee, may Allaah have mercy upon him, was asked about eemaan: “Does it increase?” He replied, “Yes, until it becomes like mountains. He was then asked, ‘Does it decrease?’ He answered, ‘Yes, up until there is nothing left of it.’


The lmaam of the Ahl as-Sunnah Ahmad ibn Hanbal, may Allaah have mercy upon him, was asked as to whether eemaan increases and decreases. He replied: “It increases until it reaches the highest part of the seventh heaven, and it decreases until it reaches the lowest part of the seventh plane.” He also used to say: “Eemaan is speech and action. It increases and decreases. If you perform good deeds, it increases, and if you do wrong, it decreases.”


Sekadar petikan..



Memang sebenarnya sangat senang kan iman kita nak naik, dan sangat senang untuk turun. Aku sedar, aku juga banyak kelemahan diri. banyak yang perlu aku perbetulkan. Baik dari segi ikhtilat dengan berlainan gender, akhlak dan macam-macam lagi lah. Manusia itu boleh berubah, namun perubahan itu haruslah dibuat sedikit demi sedikit, tapi yang penting istiqamah. Betul tak? Kalau nak berubah secara total dalam sekelip mata, memang tak kekal lama lah perubahan itu jawabnya.

Kesimpulannya, kita jangan nak menilai sesorang tu sebelum kita mengenal hati budi dia dulu. Peringatan untuk semua khususnya aku lah kan. Hehehe~ Aku juga sedar yang aku ni tak perfect, jadi aku memang buat salah silap. dan kalau nampak aku buat salah silap tu, harap-harap boleh lah tegur. Jangan takut sebab aku tak pernah lagi ada sejarah makan orang! :)

sebelum tu, nak share blog ni.. silalah menjengah ke sini. seronok!

Sekian, wallahu'alam~
without wax,
haniyahaya :)

Saturday, April 16, 2011

Rumahku Syurgaku!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda serta para sahabat sekalian. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi-Nya. Masya Allah, sungguh besar nikmat itu dah aku rasa tak mampu nak bayar. Semalam aku sampai rumah. Bertolak dari rumah di Shah Alam lepas Maghrib. Dijemput oleh abah yang memang baru pulang dari kerja di Seksyen 9, Shah Alam. Petang tu baru je lepas jawab paper Maths I. Rasa ringan je kepala sebab dah tak payah nak fikir pasal exam. Fikir nak balik, nak buat apa kat rumah dalam masa seminggu ni. Cadang nak belajar drive yang sudah lama aku tinggalkan tu. Tapi tak tahulah. Ikut keadaan semasa sebabnya aku tak booking lagi kelas. :( Sampai je rumah aku rasa seronok sangat-sangat! Mungkin rasanya seperti masa pertama kali aku balik bercuti dari MRSM Gerik masa zaman Tingkatan 1. Haihla.. rasa seronok macam nak melompat ke langit yang paling tinggi! Cis, hiperbola sungguh ayat aku..


Jadi baik fikir, dengan masa seminggu ni, apa nak buat. Kena rancang elok-elok. Jangan bazirkan masa dengan perkara tak berfaedah.. ( cewah!!)




Jadi antara aktiviti kat rumah yang aku rasa nak buat ialah:




-habiskan buku cerita yang dah lama aku tangguh


-makan masakan ibu banyak-banyak. Aku dah tak larat makan makanan kedai. Ajinomoto banyak, terasa bebal pula diriku ini..


-online 24/7!


-jumpa kawan-kawan lama


-baca buku untuk semester depan? ( you better mark my words!)






Tapi kan, antara banyak-banyak tu.. paling akhir sekali tu aku rasa macam liat je nak buat. hahaha~ tapi aku akan cuba usahakan! Insya Allah~




Sekian, Wallahu'alam~








notakaki: Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan dalam peperiksaan yang lalu. Doakan supaya kami semua dapat pointer 3.5 and above dan tak perlu ke kem motivasi. Sekian, terima kasih :)




without wax,


haniyahaya :)




Sunday, April 10, 2011

Program ke Rumah Titian Kaseh


Bismillahirrahmanirrahim. (96:1)

Alhamdulillah & selawat sentiasa.



Di sini ada beberapa potong hadis yang ingin dikongsikan bersama.




Hadis pertama:




مَنْ ضَمَّ يَتِيْمًا بَيْنَ أَبَوَيْنِ مُسْلِمَيْنِ فِيْ طَعَامِهِ وَ شَرَابِهِ حَتَّى يَسْتَغْنِيَ عَنْهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ



“Barang siapa yang mengikutsertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk surga.”



[HR. Abu Ya'la dan Thobroni, Shohih At Targhib, Al-Albaniy : 2543].

Hadis Kedua:


Suatu ketika Saib bin Abdulloh rodhiyallohu ‘anhu datang kepada Nabi SAW, Nabi SAW bersabda kepadanya:


ياَ سَائِبُ انْظُرْ أَخْلاَقَكَ الَّتِيْ كُنْتَ تَصْنَعُهَا فِيْ الجْاَهِلِيَّةِ فَاجْعَلْهَا فِيْ اْلإِسْلاَمِ. أَقْرِ الضَّيْفَ و أَكْرِمِ الْيَتِيْمَ وَ أَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ




“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam kejahiliyahan, laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.”

[HR.Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani : 4836]


Dah baca hadis di atas? Okey..bagus bagus!! Jadi sebagai umat Islam, kita dapat lihat betapa Islam sangat menitikberatkan perihal anak yatim ini. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, anak yatim ini merupakan anak yang belum baligh yang sudah kematian ibu atau bapa atau keduanya.


Bercakap tentang anak yatim, pada hari ini aku berpeluang untuk membuat Program Khidmat Masyarakat di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur sebagai salah satu syarat untuk lulus subjek Ko-Kurikulum.



Rumah Titian Kaseh~


Sememangnya aku sangat teruja nak handle program tu. Yalah! Sebelum ni tak pernah pun pergi ke rumah anak yatim. Jadi bila kami ditugaskan untuk buat program di sana, hati aku melonjak kegembiraan bukan main kepalang! Cewah!!


Seawal jam 5.50 pagi aku dah bangun untuk membersihkan diri dan solat Subuh. Selepas itu, aku menjamah sedikit makanan ( err..bukan sikit, banyak jugak!). Pagi tu aku makan nasi dengan sambal udang baki tengahari semalam. Hahaha~ Buat pengetahuan semua, aku ni jenis yang tak boleh kalau tak ambil sarapan pagi. Jadi apa-apa pun, pagi aku mesti makan dan biasanya aku makan yang berat-berat @ heavy breakfast.. Kalau tidak, mahu aku pengsan dibuatnya. Sebab makanan yang dibekalkan pagi itu hanya roti dan sekotak air milo sahaja. Aduih!! Perut aku ni dah la macam periuk belanga! hahaha~

Jadi, pendekkan cerita.. Kami bertolak dari rumah kami (DELTA HOSTEL) pukul 7 pagi. Sampai destinasi dalam pukul 7.40. Lepas angkat-angkat barang, terus kami adakan majlis perasmian. Ala kadar je majlis tu. Tak gah mana pun.. Lupa nak cakap, kawan aku masa belajar kat MRSM Gerik yakni Presiden BWP masa batch aku, Batch 14 iaitu Inche Farid Khosim pun datang juga. Saje datang. Lagipun sebelum ni dia pernah buat program kat sini, dan dia juga antara yang memberi cadangan untuk buat kat rumah ni. Lepas tu, kami bawak 10 budak perempuan (anak-anak ni la) ke Tman Tasik Titiwangsa. Dekat je. Jalan kaki. Buat senam robik. Payah jugak nak handle mereka ni sebenarnya. Ada yang nak join, ada tak.


Okey, secara jujurnya lah, aku ni memang tak berapa gemar budak-budak. Maksud aku di sini, aku suka tengok dorang, tapi kalau nak layan dorang, aku ni macam hati kering. Heartless! Adoi!! Ni kalau aku jadi doktor pasnih, confirm budak-budak benci aku.. Hahaha~ Takde la, aku kadang-kadang tak reti macam mana nak tackle hati dorang. Even aku ada adik, tapi aku ni kakak yang brutal. hehehe~Mungkin lepas ni kena belajar lah. Dah la aku memang takde skil atau daya memujuk. Haihla..




Okey, kembali semula ke tajuk asal. Kami pergi bersiar-siar kat taman tu. Walawey, dah lama gila aku tak jejak taman tu. Kalau masa kecik-kecik dulu, tiap hujung minggu aku mesti pergi sini untuk jogging atau exercise. Sekarang takde lah sebab dah duduk kat Bangi. Jauh. Dulu tinggal kat KL senang je nak pergi. Dekat je kan.. Tapi masa kat taman tu, aku rasa, kami ni yang over-excited kalau nak dibandingkan dengan budak-budak tu. hahaha~




Lepas pukul 10, kami start gotong royong. Dengan berbumbungkan langit yang masa tu terik dengan matahari, memang menguji kesabaran aku rasa. Tambahan pula kami ni pakai baju warna hitam. Lagi la! Lepas habis gotong-royong, kami ada main game teka-teki dengan budak-budak tu. Memang susah nak handle, tapi seronok tengok gelagat dorang!




Gelagat di bahagian belakang rumah. maksud aku..dapur. En Amir Shafiq a.k.a Nubhan ni sangat popular ye wahai rakan-rakan sekalian. Siap ada budak mintak autoraf dari beliau lagi. Adoi!! Aku rasa tiap-tiap hari tengok beliau sign kedatangan kelas, takde pulak orang rembat sign beliau. Pasnih aku amik sign kau ye! Hahaha~ Just joking. No Offense okay? :)



gotong-royong.. Jerry & Din tengah beregu sental longkang. Adeh!




game teka-teki. berebut-rebut budak-budak ni nak jawab!


Lepas makan tengahari, kami menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Solat zohor. kat sini aku tengok, macam mana budak-budak ni dilatih. Kalau lepas makan, kena ambil wudhu' untuk solat, lepas tu solat berjemaah. Kemudian kena mengaji satu muka surat. Kalau lepas Maghrib, 3 muka surat. Kesian jugak tengok budak-budak ni bila kena rotan sebab liat nak solat. Tapi kalau tak dididik dengan tegas dari kecil, nanti dorang pijak kepala..lagi payah. Ibarat pepatah Melayu, 'kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' dan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Selepas solat, aku sempat la check sorang budak perempuan ni mengaji. Alhamdulillah syukur, dia mampu membaca Al-Quran dengan baik walaupun dari segi tajwid perlu diperbetulkan lagi. Tapi bagi aku, biarlah dulu sebab mereka ni baru nak belajar selok-belok Al-Quran. Kalau kita tegur itu salah ini salah, nanti niat murni dorang nak belajar tentang Al Quran mati begitu sahaja. Baik kita terapkan sedikit demi sedikit supaya niat nak mendalami Al Quran tu bercambah sedikit demi sedikit. betul tak? Aku tak tahulah sebab aku ni bukan pakar sangat. banyak lagi kekurangan.

Ha, lepas tu kami adakan aktiviti dengan kumpulan. Kami dibahagi-bahagikan dalam 6 kumpulan dan aku, Tasha dan Husnaa dalam kumpulan 6. Lawak sungguh aku tengok dorang ni. Sebenarnya dorang ni sangat suka gula-gula, keropok dan coklat. Mungkin sebab tak selalu dapat kot! dan apa yang menariknya, kami ni akan dibanjiri dengan budak-budak untuk minta gula-gula atau coklat. Sayu jugak aku rasa sebab aku ni selalu gila dapat peluang makan gula-gula atau coklat. Pulak tu bukan coklat atau gula-gula yang cikai-cikai tu. Maksud aku, yang penuh dengan pewarna tiruan. Makan tu makan, tapi jarang.. Selalu beli yang sedap-sedap. Tapi dorang ni bangsa yang tak kesah, asalkan dapat. Alahai!! kesian nya aku tengok..



Dan satu lagi yang menarik ialah sikap suka berkongsi. Kalau dorang mintak gula-gula dan kita bagi satu, dorang akan mintak lebih dan akan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Subhanallah!!


Kami kemudiannya start packing nak balik. Dalam pukul 4 lebih, kami pun bertolak pulang. penat tu memang penat, tapi kenangan bersama anak-anak ni akan diingat sampai bila-bila. Naik bas tu je aku memang dah tersadai. Tidur macam ape je..


Daku harap, aku dapat timba lagi pengalaman macam ni. Yalah, bakal doktor kan?

Jadi, kepada budak-budak MARA EXPRESS, Jom pasnih kita buat trip pergi tempat lain.. Jum jum!! Rumah orang tua ke? hahaha~

Sekian,


without wax,

haniyahaya :)

Saturday, April 9, 2011

Kenapa orang suka makan durian?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah, sudah lama sebenarnya tidak menjengah ke blog ni. Dibiarkan sepi sahaja.. Maklumlah, sibuk memanjang sekarang ni.. Jadi, tadi bila ada kesempatan untuk meng'on-line', terus buka akaun Facebook. Apalagi kan kalau bukan facebook? hehehe~ Pastu, tuptup.. terbaca post daripada Raff Iskandar, yakni rakan zaman sekolah dolu-dolu kat MRSM Gerik dan juga bekas ahli homeroom aku jugak, homeroom Shuhaib Arrumi.


Pesta durian? Hahahaha~ macam seronok kan bunyi nya? Zaman aku belajar kat Gerik dulu, bila time musim buah je, mesti homeroom aku dengan diketuai oleh penasihat kami, Cikgu Makky akan buat pesta buah. Buah yang menjadi pilihan sudah semestinya RAJA BUAH iaitu DURIAN!!! Tahu tak durian tu macam mana rupa? Meh sini aku tunjukkan.. Ni dah survey kat Google.com.. Terima kasih daun keladi lah wahai Ince Google..



ni lah gambar buah durian, raja segala buah!! nampak sangat menyelerakan.. pergh!!!


Okey, bukan semua orang minat buah durian ni.. Tapi bagi aku, aku suka gila buah ni!! Memang nikmat betul orang kata.. hehehe~ Bau dia je dah menusuk kalbu, apatah lagi kalau dapat isi dia yang kuning macam gambar kat atas tu.. Lagi laa... Memang sentap habis..


Nak dijadikan cerita lah kan.. Punya lah aku ni hantu durian.. Dulu kan, masa aku Form 3 masa belajar kat Gerik ni haa.. Aku punya homeroom ada buat pesta makan buah durian.. Banyak sungguh Cikgu Makky Beli. Penuh belakang kereta Hilux dia dengan durian. Bau durian yang dekat foyer boleh sampai blok kami.. Hebat kan?kan?


Memang banyak gila durian. Kami makan time prep malam. Memang seronok.Sebab?


1. Dapat SKIP prep malam!! Ni sebab utama.


2. Dapat makan buah durian banyak-banyak, sebab kalau ikut program maktab anjuran unit homeroom, paling banyak satu homeroom dapat pun baru berapa biji.. Yang ni beli sendiri kat dusun, dapat dalam 17-20 biji.. Weee!!!


3. Dapat jealouskan orang lain sebenarnya sebab time tu homeroom aku je yang buat pesta ni.. Orang lain, takat telan air liur je lah.. Hahaha (gelak kejam sebentar!)



Jadi, pada malam itu, aku memang makan bagai orang macam tak pernah jumpa durian. Banyak gila! Lepas tu, ada pulak timbul idea sapa entah, buat perlawanan sape makan durian paling banyak! Ceh!! Memang kerja gila kan? Tapi aku ni pulak jenis yang pantang dicabar! Aku pun sanggup terima cabaran kerja gila budak-budak laki homeroom aku tu ha. ramai la jugak yang participate..termasuklah BAPA HOMEROOM KAMI!!


Nak dijadikan cherita, aku, raff, haizal, amar nordin, wan (semua ni budak-budak laki ahli homeroom aku) pun makan, makan dan makan. Aku sorang je budak perempuan yang masuk game ni. Lawak gila! Sebab antara ramai-ramai budak perempuan yang lain, aku je gila dengan buah durian! Yang lain tak sangat..


Lepas beberapa jam, (ceh.. ayat..) kami pun berhenti sebab dah tak larat. Jumlah keseluruhan, aku makan 40 ulas! 40 ULAS TAU!!! Ekstrem gila ni.. Memang buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku. Haizal 43.. katanya nak sama dengan nombor bilik dia.. (walaupun pada hakikatnya blok kat Gerik tu sampai takat 25 je). Amar 44 ke 43.. Raff 40+ tak pun 39. Wan aku tak ingat.. tapi lagi rendah dari aku la seingat aku.


Tapi yang menangnya Cikgu Makky.. 45 / 46 ulas dia makan.. Dia slow-slow makan.. Bila nampak kitorang dah mengah + tersadai tak larat.. baru dia pecut! Alahai.. memang atur stratergi baik punyalah!!!


Orang tua-tua kata, kalau makan durian ni, kena minum air masak tapi minum pakai pangsa durian tu supaya tak panas badan. Aku dengan budak-budak homeroom aku pun mengikut aje lah kan pesan orang tua.


Esoknya, aku dapat tahu Haizal dengan Amar panas badan malam tu. Raff dengan Wan pun lebih kurang je.Haizal sampai demam dan terpaksa MC 1 hari rasanya. Malam tu tiba pulak giliran aku berpanas! Pergh!!! Dah la aku ni jenis tidur pakai baju kurung prep malam aku tu ha..(memang aku jenis malas nak tukar naju time lower form dulu.. Jimat! tapi aku tiap2 hari basuh baju. Orang siap dah tahu dah port ampaian aku ni mana satu..) Memang basah lenjun baju aku bila bangun esoknya. Bahangnya! Subhanallah..


Bila aku kenang balik cerita ni.. mesti aku gelak sorang-sorang. Dan sekarang bila petang-petang aku turun daripada bas ( balik dari MSU ), aku mesti nampak orang jual durian tepi jalan. Aku memang kempunan gila nak beli durian. Tapi bila aku fikir balik, macam mana aku nak 'kerjakan' kulit durian yang penuh dengan duri dan sangat keras tu ha?? Rumah aku bukan ada parang! Pisau pun ..alahai!!


Namun, Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya, hasrat tu termakbul juga! Hari ni aku dapat merasa durian yang dikirim oleh mak aku.. Ayah aku datang ke Hostel Delta @ Rumah tempat aku menginap sekarang untuk bagi barang yang aku pesan. Alang-alang tu, ada durian sekali.. Wooohoo!!! Dah la durian tu isi dia memang cantik & kuning macam gambar kat atas tu ha.. Pergh!!! Dan tatkala entri ini ditulis sebenarnya, aku sedang menikmati buah durian itu.. Ngehngehngeh!! Jangan cemburu ya rakan-rakan sekalian?



Saje je letak gambar ni.. hehehe~




Sekian,


without wax,


hani yahaya :)

Kisah 5 Sahabat #1

Ini ialah hasil karya aku. Maksud aku, cerita yang dikarang oleh aku berdasarkan pengalaman sebenar. Mungkin ada terselit pengalaman aku dan juga pengalaman rakan-rakan yang lain. Kalau tak minat untuk membaca, tekan je butang 'X' kat bahagian atas, belah kanan. Sekian.

***

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, Ana terus bergegas turun daripada katil 'double decker' dan terus mencapai tualanya. Kehidupan di asrama memang begitu. Seawal jam 5.30 pagi memanga dah kena bangun untuk bersiap-siap untuk Solat Subuh secara berjemaah. Mujur setiap bilik mempunyai tandas tersendiri. Jadi tidak akan timbul soal berebut-renut bilik air. Cuma masalah yang timbul ialah bilamana teman sebilik mandi atau menggunakan bilik air tersebut dengan begitu lama.

Setelah mandi, Ana mengejutkan teman sebiliknya yang lain; Sara, Siti, Mar dan Nor. Sara dan Nor katanya uzur. Jadi hanya Siti dan Mar sahaja yang boleh solat. Puas juga ingin mengejut 2 sahabatnya ini.

" Nanti 5 minit lagi aku bangun. Kau pergilah surau dulu," kata Mar dan terus membaluti tubuhnya kembali dengan selimut. Ana menggeleng kepalanya.

Suasana Subuh yang dingin memang mengajak manusia untuk terus diulit mimpi yang indah daripada beribadat kepada Yang Maha Esa. Ana mengeluh keseorangan.

Kali ini dia mencuba nasib untuk mengejut Siti pula selepas misi mengejut Mar tidak berjaya. Siti bangun. Masih mamai lagi. Tapi dah boleh bangun kira baguslah tu. Ana terus bersiap dan melangkah kaki keluar dari bilik untuk pergi ke surau.

Jam kini menunjukkan jam 6.55 pagi. Siti baru pulang dari surau. Ana dan Sara sedang bersiap untuk pergi makan sarapan pagi di Dewan Makan. Nor dan Mar masih lena lagi. Puas sudah dikejutkan, tak juga bangun-bangun. Kali ini Siti pula mencuba nasib untuk mengejutkan mereka berdua dan akhirnya... Berjaya! Terkejut bila melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 7.00 pagi. Pukul 7.10 dah kena roll-call pagi. Sempat ke? Aiseyman!

" Mar sodom ke tadi?" soal Ana. Sara menggelengkan kepalanya menandakan tidak tahu. Siti juga begitu.

Hakikatnya memang Mar tidak solat Subuh pada pagi itu. Berdosakah Ana kerana sahabatnya tidak menunaikan solat Subuh?

Monday, April 4, 2011

Situasi selepas keputusan SPM keluar..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk bernafas di bumiNya ini.

Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda serta para sahabat sekalian.

Pertama sekali, maaf kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini.. Sebab aku sekarang ni sangat sibuk dengan pelajaran 'express dan stress' aku.. (bak kata rakan sekelas aku lah)..

Jadi, untuk entri kali ni.. nak bercerita sikit tentang keputusan SPM. Mungkin cerita ni dah basi bagi kalian. Ya, mungkin juga. Sebenarnya entri ni dah lama nak di'post'. Tetapi disebabkan kekangan masa yang melanda, dikuburkan jua hasrat tu. (Cewah!! Berbahasa basi pulak aku..)

okey.. ni nak cerita ni.. Jeng..jeng..jeng...

Keputusan SPM 2010 keluar..

Situasi 1.

" Kau dapat berapa?"
"Alhamdulillah. Alah, tapi aku dapat 6A je.,"
"Apa yang select?"
"Bio, Physics, Chemistry, Add Maths,"
"Berapa?"
"Add Maths, Chemist A. Bio, Physics A-"

Situasi 2.

"Kau dapat berapa?"
"Alhamdulillah, straight As"
"Wah, tahniah! hebat lah kau!"
"Ala, A rojak je pun,"
"Ala, orang bukan kesah kau dapat A rojak ke apa. Yang penting kau dapat straight A,"

2 situasi berbeza.

Situasi pertama ialah situasi aku dalam kalangan pelajar MRSM, terutamanya MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin dan budak-budak FMS-MARA Express, yakni rakan sekelas aku. Terasa gila aku. Gara-gara spoiled 4 subjek. Yalah. Aku terkandas sebab ada A dan A-. Orang cakap aku patut bersyukur.

Ya, aku bersyukur. Namun, bila mana hati aku ni tengok orang lain sibuk-sibuk tanya berapa keputusan yang aku dapat dan dapat tak pergi ke Majlis Anugerah Cemerlang ( ni sebelum proposal budak2 yang dapat A- pun boleh pergi majlis anugerah tu diluluskan), hati aku tersentuh, Yalah, aku ada A-, dan ianya sekaligus membuatkan aku 'tersingkir' dan gagal melayakkan diri untuk ke majlis itu.

Oh, sungguh sedih aku tatkala itu. Rasa macam tak berguna je ( ceh..ayat, sentap habis ni..) Tapi.Syukur Alhamdulillah.. lepas tu, proposal dah diluluskan. Budak2 TGB yang dapat straight As, including A- boleh pergi ke Majlis Anugerah tu.. Cuma aku rasa macam.. betul ke? err.. (hahaha~Abaikan..merepek je ni)

Situasi kedua ialah situasi aku dan rakan-rakan yang bukan dalam kalangan pelajar MRSM. Bukan niat aku untuk membandingkan antara pelajar MRSM dan pelajar sekolah lain. Cuma ternyata. Itulah hakikatnya. Situasi di MRSM ternyata cukup berbeza dengan sekolah luar. Mereka memandang tinggi dengan pelajar yang mendapat straight A, walaupun A rojak.

Bukan niat aku untuk mendabik dada ataupun sewaktu dengannya. Tapi itulah hakikat. Lain sangat situasinya. Aku simpati dengan rakan-rakan aku yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. tetapi apa-apa pun, hidup ini mesti diteruskan. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya, kan?Insya Allah, rezeki itu Allah yang bagi. KAlau bukan sekarang, masa akan datang Allah akan bagi yang lebih baik. Ingat, Allah itu Maha Mengetahui :)

Kesimpulannya di sini, (teringat masa zaman bagi tazkirah waktu majlis taklim kat TGB) tak kira apa jua keputusan yang kita dapat, kita kena terima seadanya. Jangan pernah berputus asa. Anggap semua ini ujian daripada Allah. Kalau kita dapat keputusan yang baik, bermakna Allah nak uji hambaNya ni ingat lagi ke kat Allah. Bersyukur ke tak.
Kalau keputusan kita dapat tu tak memuaskan, kita kena reda dan tabah. Insya Allah, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu..

Sekian sahaja daripada cik hani yasmin yahaya..
Sekian,


Wallahu'alam.

without wax,
hani yahaya :)