Saturday, March 19, 2011

soseh-soseh tentang keputusan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW dan juga kaum kerabat Baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, sudah sekian lama blog aku ni tak diupdate! Maaflah wahai para pembaca sekalian.. ( Gaya macamlah aku ni banyak sangat follower, cuba tengok follower kau berapa ramai wahai Cik Hani Yahaya) hehehe~ Tapi apa-apa pun aku sangat,sangat menghargai rakan-rakan yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ini..

Terima kasih banyak-banyak ya!!!


Okey, untuk entri kali ni, aku nak bercakap tentang keputusan SPM 2010 yang Insya Allah bakal keluar pada tanggal 23 Mac 2011 nanti. Bercakap tentang keputusan SPM, aku pasti ramai yang boleh dikatakan kecut perut untuk mengetahui berapa keputusan yang bakal kita terima nanti. Dan buat aku, aku juga tidak terkecuali. Tetapi, aku kadang-kadang tak terfikir sangat pun pasal keputusan. entahlah. Barangkali aku ni selalu leka dan alpa dengan kehidupan duniawi ini.. Masya Allah.

Apa-apa pun aku mengharapkan yang terbaik untuk keputusan SPM aku nanti. Bukan bermakna aku dah masuk universiti dah tak pandang langsung keputusan SPM.. Jauh sama sekali. Aku benar-benar mengharapkan keputusan yang terbaik iaitu straight A+, atau pun straight A.

Gagal SPM? Moga dijauhkan lah sama sekali..

Aku sangat tidak bersetuju bila mana ada orang mengatakan,

" Ala budak MRSM ni, confirm dapat straight A punya."

" Ala, kau Hani. Hebat.. Confirm nye lah dapat. Tak payah risau."

" Budak MRSM, apa risau sangat.. Kitorang budak biasa ni yang kena risau. Korang nanti dapat jugak scholar Mara. Dapat je masuk U mana-mana."

" Ala, dah masuk U tu duduk belajar diam-diam. Tak payah sibuk fikir pasal SPM."

Kata-kata itu seringkali aku dengar bila aku mula bercakap tentang keputusan SPM. Untuk pengetahuan semua, aku ni bukan alien berotak cair tahu tak? Aku ni hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan daripada kelebihan. Kalaulah aku ni dilahirkan dari kecil lagi berotak cair, sudah tentunya aku dah masuk Universiti Oxford ke, Harvard ke dari kecil. Tak payah susah-susah masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk MRSM..

Kadang-kadang aku terfikir juga, dalam hidup ni ada turun naiknya. Kadang-kadang kita berada di puncak, kadang-kadang kita akan berada jauh di bawah. Bila kita di puncak, kita akan disanjung dan bila mana kita berada jauh di bawah, sudah pasti kita tidak akan dipandang orang. Sudah menjadi kebiasaannya begitu kan?

Dan sebenarnya perkara itu memang akan memberi banyak pengajaran kepada kita. Pengajaran supaya ingat kepada Allah, pengajaran supaya kita tak terlalu gembira dan sangka kita akan selalu berada di atas. Kita akan kalah juga satu hari nanti. Cuma bezanya cepat atau lambat sahaja kekalahan kita itu.
Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Jangan sampai buat perkara yang merugikan diri sendiri.

Apa-apa pun aku sekarang doa yang terbaik. Ah, lupa pula.. Ini ada sedikit perkongsian ilmu. Hari tu seorang sahabat telah memberi mesej ini kepada aku. Insya Allah, boleh kita semua amalkan.

Sebelum pergi untuk mengambil keputusan, amalkan membaca:

1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Al Ikhlas (7x)
4. Surah Al Alaq (3x)
5. Surah An Nas (3x)

Kemudian berdoalah dengan nama Allah dengan penuh rendah diri dan mintalah kejayaan sebagai seorang muslim.

Selepas itu, semasa ingin menuju ke sekolah, mulakan dengan melangkah kaki kanan. Insya Allah, kejayaan milik kita bersama dengan keizinan Allah SWT.

Akhir sekali, kalau dah dapat keputusan cemerlang, jangan lupa untuk sujud syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan.


Ini sekadar sedikit sahaja perkongsian ilmu untuk kalian semua. Boleh juga kalian sebarkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzar



Sekian sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu..

without wax,
hani yahaya :)


12 comments:

shikin said...

all the best for your result :D

skoda je said...

=)
XD

haniyahaya :) said...

Insya Allah, ameen~ thanks kak ekin :)

haniyahaya :) said...
This comment has been removed by the author.
skoda je said...

Xderk button like ker??

aqu hanya seorang penulis said...

insyallah kite smua dapat result gempak2....hhuhu

hanisa sabrina said...

ahhh , takut sgt kot result .
good luck eh hani.

haniyahaya :) said...

skoda jer: Sorry lah.. tiada.

amir shafiq: Insya Allah, ameen~ Semua student mara express boleh!!! :D

rEn said...

semoga kelas 516 semua dapat straight a..
amin..
thanks hani buat blog kelas!

haniyahaya :) said...

Sab: Insya Allah.. All the best untuk sab juga!! ^__^

Ain: Insya Allah, ameen~

haniyahaya :) said...

Sab: Insya Allah.. All the best untuk sab juga!! ^__^

Ain: Insya Allah, ameen~

skoda je said...

huhu... hani bpe dpt?