Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Okey, hari ni nak bercerita sikit tentang keputusan SPM. Yalah, rata-rata sekarang tengah sibuk bercerita tentang result SPM, jadi aku pun nak menyibuk sekali. Hehehe~

SPM 2010- satu peperiksaan yang sangat penting buat aku. Orang kata SPM ni tiket penentu masa depan, jadi kena buat betul-betul. Aku pun mengiyakan sahajalah. Malas nak ambil pusing. Yang aku tahu, pada tahun 2010, aku akan menduduki SPM. Dengan berbekalkan ilmu yang seciput kuman tu, aku pun melangkah ke dewan peperiksaan untuk menduduki 10 subjek.

Sememangnya aku pun tak berapa yakin dengan kemampuan diri sendiri. Orang kata kalau diri sendiri tak yakin, macam mana nak berjaya kan? entah lah... Tapi jujur aku cakap, kertas Biologi dan Fizik ternyata membuatkan aku berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukan yang terbaik buat aku. Dan di saat itu lah,aku sering memanjatkan doa agar aku mendapat keputusan yang cemerlang walaupun kadangkala aku sering terlalai. Doa kejap, lepas tu stop. Lepas dah lama sikit, doa balik. Memang iman aku ni tunggan terbalik. kejap naik, kejap turun. Sungguh nipis iman aku ya! Lebih nipis daripada kulit bawang merah.

Namun, penantian itu akhirnya tiba juga. Tanggal 23 Mac 2011 telah melakar satu lagi sejarah buat diri aku. Aku melangkah dengan penuh rasa yang sudah bercampur baur. Sampaaikan aku boleh kata kat kawan aku yang aku tak nak pergi ambil keputusan SPM bila dah sampai kat kaunter ambil keputusan. Memang masa tu aku hanya mampu berdoa, dan berdoa..

Akhirnya..

Alhamdulillah!!! Syukur kepada Allah SWT.


Bahasa Melayu -A+
Bahasa Inggeris- A+
Pendidikan Islam- A+
Sejarah- A+
Mathematics-A+
Pendidikan Seni Visual- A+
Additional Mathematics- A
Physics- A-
Chemistry- A
Biology- A-

(ini mengikut susunan dalam slip keputusan peperiksaan)

Jadi jumlah keseluruhan, Cik Hani Yasmin Yahaya berjaya mendapat 6A+, 2A dan 2A-.

ya, itulah yang aku mampu.

Dan bersyukur sangat-sangat sebab dapat keputusan yang cemerlang, walaupun hakikatnya tidaklah sehebat mana aku punya keputusan ni. Yalah, ada A, ada A-.. tapi apa-apa pun aku harus bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Dan kepada para sahabat sekalian yang mendapat keputusan cemerlang, TAHNIAH diucapkan atas kejayaan kalian. Kalian berhak mendapat keutusan itu sebab segalanya atas usaha kalian dan berkat doa kalian kepada Allah yang tidak putus-putus. Memana macam-macam ragam dapat aku tengok. Gembira sampai tak terkata, menangis..



Kepada para sahabat yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan,
Tidak mengapa kalau result SPM kita tak cemerlang seperti orang lain. Bukan bermakna gagal sekali, gagal selamanya.

SPM adalah tiket untuk kita pilih universiti pilihan kita selepas ini.. Paling penting sebenarnya ialah alam pembelajaran yang bakal kita semua tempuhi nanti ( yakni alam universiti)

Alam pembelajaran baharu tidak lagi mementingkan gred apa yang seseorang kecapi namun sebenarnya bagaimana seseorang berusaha mengecapinya.Jadi, buat apa fikir-fikir, kusut-kusut, pening-pening dengan keputusan?Lebih baik rancang perjalanan ke alam pendidikan baharu!Usah khuatir, SPM itu sudah berlalu zamannya, dan kini kalian harus merancang jauh ke hadapan. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi.


Okey, apa-apa pun, ingat ya rakan-rakan. Pejalanan hidup kita baru sahaja bermula! Selamat berjuang!!

without wax,
haniyahaya :)

2 comments:

mun said...

wahhh...hebat hani..
ble dh brjaye nnti..
jgn lupe ak eyh...=)

mun said...

hebat...=)