Wednesday, March 9, 2011

Cita-cita saya bila besar nanti, saya nak jadi..



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk masih lagi hidup.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Okey, aku tahu.. kadang-kadang kalian mungkin terasa bosan bila aku menulis macam ni setiap kali entri blog aku. Tapi kalian harus faham,kita merupakan hamba Allah dan menjadi kewajipan bagi kita untuk memuji Tuhan Yang Maha Esa, yakni Pencipta kita dan dunia ini serta sekalian makhluk yang lain, iaitu Allah SWT. Mungkin juga kalian ingin mengatakan bahawa aku ini hipokrit semata-mata. YA! Mungkin juga andaian atau tafsiran kalian begitu terhadap diri ini.. Itu hak kalian untuk mentafsir aku ini bagaimana, dan aku juga tidak menyalahkan kalian. Aku sedar bahawa aku insan biasa yang selalu bergelumang dengan khilaf dan dosa. Walau bagaimanapun, aku sedang berusaha untuk menjadi Hamba Allah, Umat Nabi Muhammad SAW dan khalifah yang terbaik di bumi ini.

Okey..okey.. sudah. Cukup setakat itu.
Aku nak cuba menulis dengan ringkas, seringkas yang boleh sebab ni dah nak kena sambung belajar balik. (Palsu semata-mata. Ni pun sebab aku dah buat post ni dari minggu exam, ni edit balik je.. ) Minggu ni aku ada ujian. Cepat gila kan? Yalah, kami ni memang express student, tu yang belajar memang laju gila. Kalau ada speed trap macam kat jalan raya tu, memang dah lama lah kami-kami ni semua makan saman dengan Inche polis.

Nak dijadikan cerita, kehidupan aku semenjak masuk ke MSU dan mengikuti program FMS di MSU memang perit. Tak lah perit apa sangat pun, cuma kejutan budaya. Memang awal-awal lagi aku dah dinasihatkan supaya bersedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Bila kita dah buat keputusan ni, kita dah tak boleh nak berpatah arah. Lagi pun, ni pilihan kita juga kan? Memang pada awalnya aku akui, aku nak jadi doktor ni pun sebab dulu zaman aku kecik-kecik orang tuaku memang paksa jadi doktor. Dulu memang aku sudah dipengaruhi dengan mereka. Katanya jadi doktor dapat tolong orang, gaji pun lumayan. Masa tu kecil lagi, jadi aku akur sahaja. Maklum sajalah, anak yang baik katakan.. ( angkat bakul sendiri ni..hehehe)
pembedahan otak
Sumber: Google.com
(memang takde kena mengena sangat sebenarnya gambar ni..)

Lepas tu bila dah mengorak ke arah alam yang semakin dewasa, aku mula terfikir. Betulkah aku ni nak jadi doktor? Ke sekadar mahu mengikut cakap ibu dan abah? Secara jujurnya, aku memang minat nak jadi doktor. Tetapi minat aku terhadap Seni memang sangat tinggi. Untuk pengetahuan semua, aku memang suka melukis sejak kecil lagi. Aku tak sehebat mana, tapi aku minat Seni, terutamanya Seni Lukis. Aku minat sungguh fesyen dulu. Terkejut kan? Sampai satu tahap, aku ada pasang angan-angan nak jadi pereka fesyen. Mungkin ni disebabkan terlalu terpengaruh dengan majalah Remaja kot zaman sekolah rendah dulu. Kan ada ruangan fesyen kan. Aku sebenarnya memang dilarang sama sekali baca majalah Remaja tu, tapi aku curi-curi baca majalah tu sebab mak cik aku selalu beli. Hahaha~ nakal sungguh.

Lepas tu kan, aku nak jadi pereka hiasan dalaman tak pun arkitek landskap. Menarik kan bunyinya? Aku timbul minat ni sebab dulu aku ada tengok cerita realiti TV 'The Apperentice'. Ala, yang Donald Trump punya tu. Tagline yang famous, " You're fired!". Ingat lagi tak? Sampai sekarang aku masih lagi menjadi pengikut setia rancangan tu sebab dari situ banyak benda yang kita boleh belajar. Walaupun aku tak minat sangat dalam bisnes, tapi benda tu tak salah kan kalau kita nak belajar berdasarkan pengalaman orang lain? Ha, sambung balik.. Aku tengok cerita tu. Masa tu Season 1, ada task yang mereka kena betulkan rumah apartmen ni, pastu sewakan kat orang ramai. Kumpulan mana yang berjaya sewa rumah dengan harga tertinggi menang. Masa tu memang aku rasa seronok sangat tengok mereka hias rumah tu. Rumah tu dah la buruk, hodoh, air takde, ape takde..alih-alih jadi lawa. Memang dari situ aku minat bab-bab hiasan dalaman. Lepas tu aku mula tengok cerita 'Makeover Mamas' kat TV3. Yalah, rumah aku takde Astro. Casa Impian pun aku tengok juga, tapi tak selalu sebab dulu Casa Impian sekejap je tayang kat NTV7. Ceh!!
dulu berangan nak jadi pereka hiasan dalaman dan berharap sangat boleh design macam ni..

Memang masa tu aku dah nekad la juga nak jadi pereka hiasan dalaman, tapi... Disebabkan satu peristiwa, aku nekad nak jadi doktor. Ramadhan 2004 banyak mengajar aku. Masa tu aku dapat tahu yang ayah aku menghidap penyakit central brain abcess, sejenis penyakit yang mana ada nanah dalam otak. Memang masa tu berat sungguh ujian Allah kat aku. Dah la jadi anak sulung, jadi aku kena tunjuk contoh yang baik. Aku tak boleh sedih-sedih depan adik-adik aku. Masa tu juga, aku tak menyambut Aidilfitri dengan ibu & abah. Ibu teman abah kat hospital. Dan sepanjang Ramadhan, ibu tak pernah balik rumah sebab nak jaga abah.


Profesion sebagai orthopedist.
Sumber: Google.com

Memang peristiwa tu banyak memberi cabaran dan dugaan kat aku. Dan pada masa tu aku bulatkan azam nak jadi doktor pakar neurologi, doktor yang pakar dalam bab otak dan urat saraf. Sebelum tu aku nekad nak jadi orthopedist, doktor pakar dalam tulang & otot sebab terpengaruh dengan cerita Power Rangers. Tapi aku tukar balik sebabnya, bila aku tengok situasi ayah aku dan juga pesakit-pesakit lain di wad neuro di HUKM, aku rasa aku kena tolong juga masyarakat! Tambahan di Malaysia, doktor pakar neurologi tersangatlah sedikit.

Tetapi bila selepas SPM, aku tak dapat SPC (pada awalnya), aku dah nekad nak jadi cikgu. Sebab apa? Aku takut yang keputusan SPM aku tak bagus mana. Sebab masa jawab SPM tu, aku memang tak yakin yang aku boleh jawab soalan SPM dengan baik. Macam-macam perkara berlaku, jadi aku dan sahabatku bertekad, kami mahu jadi cikgu.


Ya, sudah pasti ramai yang akan bertanya, mengapa guru?
-Guru tu kan salah satu tugas yang mulia selain doktor!!
Tapi kan kalian budak MRSM. Macam tak sesuai je.
-Suka hati kami lah! Isy..isy.. hahaha~

Tapi sekarang, bila dah dapat SPC, aku betulkan balik nawaitu aku. Memang aku tak sangka aku dapat peluang ni. Dan sekarang aku dikelilingi dengan budak-budak yang memang ada gene pandai-pandai belaka. Kalau aku boleh inherit gene mereka kan bagus. Eh, tak boleh! Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan terus berusaha. Betul tak? Ingat, Al Ijtihad Asasun Najah = Usaha Tangga Kejayaan.
Sekarang ni bila fikir balik, rasa macam kelakar juga. Yalah, dulu suka betul tukar cita-cita. Kejap nak ni lah, itu lah. Sekarang ni aku berazam untuk jadi DOKTOR! Ya, DOKTOR!! Dan Insya Allah, aku nak jadi doktor yang amanah dalam tugas, baik dari segi akhlak dan juga dapat membantu usaha dakwah ke jalan Allah di samping membantu Ummah! Insya Allah. Kita kena rebut dua-dua sekali kan? Dunia dan Akhirat.
Ha, lagi satu.. aku lupa nak cerita. Masa orientasi tu, sesi pengenalan diri ( sesi yang aku tak berapa nak suka sangat sebab aku ni penyegan orangnya..hahaha), aku ada cakap yang sebab munasabab aku nak jadi doktor selain daripada peristiwa yang telah terjadi kepada abah, antara sebab lain ialah dua sahabat baik aku, Fateh dan Nabilah telah menghidap leukimia. Dan aku rasa benda tu akan terus bagi aku inspirasi untuk jadi doktor. Entahlah, aku rasa memang aku patut.

Jadi apa-apa pun, doa yang terbaik. Sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi semangat dan juga dorongan yang tidak ternilai & begitu berharga.. Memang di saat ini, aku memang memerlukan nasihat serta sokongan daripada rakan-rakan. Sebab apa? Sebab aku rasa diri ini begitu kerdil dan lemah.






Sekian sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.

without wax,
hani yahaya :)

1 comment:

dr afifah said...

oh. fateh izani! my exclassmates. she's genius kan? huhu. good luck eh!