Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Okey, hari ni nak bercerita sikit tentang keputusan SPM. Yalah, rata-rata sekarang tengah sibuk bercerita tentang result SPM, jadi aku pun nak menyibuk sekali. Hehehe~

SPM 2010- satu peperiksaan yang sangat penting buat aku. Orang kata SPM ni tiket penentu masa depan, jadi kena buat betul-betul. Aku pun mengiyakan sahajalah. Malas nak ambil pusing. Yang aku tahu, pada tahun 2010, aku akan menduduki SPM. Dengan berbekalkan ilmu yang seciput kuman tu, aku pun melangkah ke dewan peperiksaan untuk menduduki 10 subjek.

Sememangnya aku pun tak berapa yakin dengan kemampuan diri sendiri. Orang kata kalau diri sendiri tak yakin, macam mana nak berjaya kan? entah lah... Tapi jujur aku cakap, kertas Biologi dan Fizik ternyata membuatkan aku berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukan yang terbaik buat aku. Dan di saat itu lah,aku sering memanjatkan doa agar aku mendapat keputusan yang cemerlang walaupun kadangkala aku sering terlalai. Doa kejap, lepas tu stop. Lepas dah lama sikit, doa balik. Memang iman aku ni tunggan terbalik. kejap naik, kejap turun. Sungguh nipis iman aku ya! Lebih nipis daripada kulit bawang merah.

Namun, penantian itu akhirnya tiba juga. Tanggal 23 Mac 2011 telah melakar satu lagi sejarah buat diri aku. Aku melangkah dengan penuh rasa yang sudah bercampur baur. Sampaaikan aku boleh kata kat kawan aku yang aku tak nak pergi ambil keputusan SPM bila dah sampai kat kaunter ambil keputusan. Memang masa tu aku hanya mampu berdoa, dan berdoa..

Akhirnya..

Alhamdulillah!!! Syukur kepada Allah SWT.


Bahasa Melayu -A+
Bahasa Inggeris- A+
Pendidikan Islam- A+
Sejarah- A+
Mathematics-A+
Pendidikan Seni Visual- A+
Additional Mathematics- A
Physics- A-
Chemistry- A
Biology- A-

(ini mengikut susunan dalam slip keputusan peperiksaan)

Jadi jumlah keseluruhan, Cik Hani Yasmin Yahaya berjaya mendapat 6A+, 2A dan 2A-.

ya, itulah yang aku mampu.

Dan bersyukur sangat-sangat sebab dapat keputusan yang cemerlang, walaupun hakikatnya tidaklah sehebat mana aku punya keputusan ni. Yalah, ada A, ada A-.. tapi apa-apa pun aku harus bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Dan kepada para sahabat sekalian yang mendapat keputusan cemerlang, TAHNIAH diucapkan atas kejayaan kalian. Kalian berhak mendapat keutusan itu sebab segalanya atas usaha kalian dan berkat doa kalian kepada Allah yang tidak putus-putus. Memana macam-macam ragam dapat aku tengok. Gembira sampai tak terkata, menangis..



Kepada para sahabat yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan,
Tidak mengapa kalau result SPM kita tak cemerlang seperti orang lain. Bukan bermakna gagal sekali, gagal selamanya.

SPM adalah tiket untuk kita pilih universiti pilihan kita selepas ini.. Paling penting sebenarnya ialah alam pembelajaran yang bakal kita semua tempuhi nanti ( yakni alam universiti)

Alam pembelajaran baharu tidak lagi mementingkan gred apa yang seseorang kecapi namun sebenarnya bagaimana seseorang berusaha mengecapinya.Jadi, buat apa fikir-fikir, kusut-kusut, pening-pening dengan keputusan?Lebih baik rancang perjalanan ke alam pendidikan baharu!Usah khuatir, SPM itu sudah berlalu zamannya, dan kini kalian harus merancang jauh ke hadapan. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi.


Okey, apa-apa pun, ingat ya rakan-rakan. Pejalanan hidup kita baru sahaja bermula! Selamat berjuang!!

without wax,
haniyahaya :)

Saturday, March 19, 2011

soseh-soseh tentang keputusan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW dan juga kaum kerabat Baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, sudah sekian lama blog aku ni tak diupdate! Maaflah wahai para pembaca sekalian.. ( Gaya macamlah aku ni banyak sangat follower, cuba tengok follower kau berapa ramai wahai Cik Hani Yahaya) hehehe~ Tapi apa-apa pun aku sangat,sangat menghargai rakan-rakan yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ini..

Terima kasih banyak-banyak ya!!!


Okey, untuk entri kali ni, aku nak bercakap tentang keputusan SPM 2010 yang Insya Allah bakal keluar pada tanggal 23 Mac 2011 nanti. Bercakap tentang keputusan SPM, aku pasti ramai yang boleh dikatakan kecut perut untuk mengetahui berapa keputusan yang bakal kita terima nanti. Dan buat aku, aku juga tidak terkecuali. Tetapi, aku kadang-kadang tak terfikir sangat pun pasal keputusan. entahlah. Barangkali aku ni selalu leka dan alpa dengan kehidupan duniawi ini.. Masya Allah.

Apa-apa pun aku mengharapkan yang terbaik untuk keputusan SPM aku nanti. Bukan bermakna aku dah masuk universiti dah tak pandang langsung keputusan SPM.. Jauh sama sekali. Aku benar-benar mengharapkan keputusan yang terbaik iaitu straight A+, atau pun straight A.

Gagal SPM? Moga dijauhkan lah sama sekali..

Aku sangat tidak bersetuju bila mana ada orang mengatakan,

" Ala budak MRSM ni, confirm dapat straight A punya."

" Ala, kau Hani. Hebat.. Confirm nye lah dapat. Tak payah risau."

" Budak MRSM, apa risau sangat.. Kitorang budak biasa ni yang kena risau. Korang nanti dapat jugak scholar Mara. Dapat je masuk U mana-mana."

" Ala, dah masuk U tu duduk belajar diam-diam. Tak payah sibuk fikir pasal SPM."

Kata-kata itu seringkali aku dengar bila aku mula bercakap tentang keputusan SPM. Untuk pengetahuan semua, aku ni bukan alien berotak cair tahu tak? Aku ni hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan daripada kelebihan. Kalaulah aku ni dilahirkan dari kecil lagi berotak cair, sudah tentunya aku dah masuk Universiti Oxford ke, Harvard ke dari kecil. Tak payah susah-susah masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk MRSM..

Kadang-kadang aku terfikir juga, dalam hidup ni ada turun naiknya. Kadang-kadang kita berada di puncak, kadang-kadang kita akan berada jauh di bawah. Bila kita di puncak, kita akan disanjung dan bila mana kita berada jauh di bawah, sudah pasti kita tidak akan dipandang orang. Sudah menjadi kebiasaannya begitu kan?

Dan sebenarnya perkara itu memang akan memberi banyak pengajaran kepada kita. Pengajaran supaya ingat kepada Allah, pengajaran supaya kita tak terlalu gembira dan sangka kita akan selalu berada di atas. Kita akan kalah juga satu hari nanti. Cuma bezanya cepat atau lambat sahaja kekalahan kita itu.
Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Jangan sampai buat perkara yang merugikan diri sendiri.

Apa-apa pun aku sekarang doa yang terbaik. Ah, lupa pula.. Ini ada sedikit perkongsian ilmu. Hari tu seorang sahabat telah memberi mesej ini kepada aku. Insya Allah, boleh kita semua amalkan.

Sebelum pergi untuk mengambil keputusan, amalkan membaca:

1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Al Ikhlas (7x)
4. Surah Al Alaq (3x)
5. Surah An Nas (3x)

Kemudian berdoalah dengan nama Allah dengan penuh rendah diri dan mintalah kejayaan sebagai seorang muslim.

Selepas itu, semasa ingin menuju ke sekolah, mulakan dengan melangkah kaki kanan. Insya Allah, kejayaan milik kita bersama dengan keizinan Allah SWT.

Akhir sekali, kalau dah dapat keputusan cemerlang, jangan lupa untuk sujud syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan.


Ini sekadar sedikit sahaja perkongsian ilmu untuk kalian semua. Boleh juga kalian sebarkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzar



Sekian sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu..

without wax,
hani yahaya :)


Thursday, March 17, 2011

20 fakta tentang Cik Hani Yasmin Yahaya.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entri kali ini aku nak cakap pasal personaliti. Ada seorang sahabat aku ni pernah cakap yang aku ni ada berbeza personaliti. Yeke? Entahlah. Aku rasa aku jadi macam apa yang aku nak. Takde lah nak mengikut orang lain ke apa. Mungkin juga kadang-kadang aku bertindak tidak seperti mana yang digambarkan di dalam blog atau facebook atau realiti..

Jadi di sini aku nak kongsikan sedikit pasal diri aku yang tak
seberapa.. Kalau rasa agak-agak entri ni membosankan kalian sebab Cik Hani ni macam perasan bagus sahaja, klik sahaja butang 'X' di atas.. okey? Tiada paksaan di sini..

1. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. 2 bawah aku tu semua laki. Kira the only girl in family lah ni..

2. Aku suka sangan dengan aktiviti lasak. Dulu kecik-kecik suka gila bab-bab panjat pokok, main api, main mercun segala bagai tu..

3. Aku ni memang suka buat diri aku cedera. Bukan sengaja, tapi secara tak sengaja. Dulu aku pernah kena jahit kat dahi masa umur 4 tahun, kena 3 jahitan kat mulut sebab jatuh buaian masa umur aku darjah 2, ada parut kat kaki sebab terseret kat jalan raya nak kejar van sekolah punya pasal dan pernah gunting jari sendiri masa main gunting masa English class waktu Tingkatan 2.

4. Aku pernah disuspek ILI masa tahun lepas.. dapat cuti seminggu tu...

5. Aku pernah skip class Science masa Tingkatan 3 sebab tak dapat masuk sickbay.. Sickbay kunci masa tu. Jadi aku dengan kawan aku duduk menyorok dalam tandas.

6. Aku paling pantang dengan orang ada bela kuku panjang ni. Jadi kepada sesiapa yang aku pernah tegur secara direct tu harap dapat faham ye..

7. Aku ada tabiat buruk iaitu suka gigit kuku. Sekarang ni masih dalam proses berhenti..

8. Aku suka bekerja dalam tekanan. Sebab bila tertekan dan sibuk, aku takkan fikir benda lain dah, terutamanya cintan cintun..

9. Aku tak pernah ada pengalaman bercouple ke apa. Mungkin dulu ada minat orang, tapi tu cinta monyet punya pasal. Zaman kejahilan lagi. Sekarang ni dah tak ada dah.. Tunggu la sampai aku habis MBBS, habis housemanship.. okey?

10. Markah aku paling teruk setakat zaman sekolah ialah 33. Gila kan? Subjek apa? Hahaha~ Apa lagi? Add Maths la.

11. Aku minat gila dengan silat. Aku mula terlibat dengan silat ni sejak aku darjah 5 sampailah Tingkatan 5.
12. Aku pernah nak masuk Silat Olahraga, tapi masa zaman aku Tingkatan 5 tu, berat aku tak cukup. Tapi aku rasa kalau sekarang nak masuk dah boleh dah. Berat makin naik. Huhuhu~

13. Aku selalu jadi orang yang paling rendah dan kecik dalam kelas.. Bila lah ada orang yang nak lagi rendah dari aku ni?
14. Aku minat gila dengan orang yang ada lesung pipit.. Sungguh cemburu. hahaha~ Orang kata kalau ada lesung pipit tu, tisu kurang.. Betulkah? Aku pun tak pasti, nanti aku selidik..

15. Aku memang suka tidur dalam kelas. Sejak masuk MRSM la aku jadi kaki tidur dalam kelas. Pantang lepa je, mesti tidur. Cuma yang bagusnya, jarang lah kantoi.. Tapi kalau sekali kantoi dengan cikgu tu,mesti ramai tak percaya.

16. Aku suka makan coklat & pisang. Memang minat gila, sampai orang panggil aku hantu coklat dan hantu pisang. Kalau balik asrama, tak sah kalau aku tak ada stok coklat dalam loker.

17. Aku jenis yang alergi makanan laut, habuk, ais, hujan dan ubat jenis amoxycilin. Tapi makanan laut, ais aku belasah je.. Degil kan?

18. Aku tak suka warna kuning, berbeza sekali dengan mak aku yang suka warna kuning. Bagi aku warna kuning tu tak lawa, tapi kalau dalam lukisan, warna kuning la yang paling cepat habis sebab aku suka warna background lukisan aku dengan warna kuning. Pelik kan?

19. Aku seorang yang simple. Tak suka sangat bergaya dengan fesyen pelik2 zaman sekarang. Baik dari segi pakaian, beg, kasut dan macam-macam lagi. Kalau makan pun aku tak memilih, semua bedal je. Dan aku paling tak suka bermekap. Apa yang menarik dengan mekap pun aku tak tahu.. Geli sungguh aku.. Cukuplah kalau sekadar bedak dan lip balm..

20. Aku sangat tak suka tangguh buat kerja sekolah. Kalau dulu, aku akan make sure aku orang yang first siap homework. Stress tahu tak kalau ada homework tak siap.

Sekian sahaja dari aku. Maaf lah ye kalau aku punya entri kali ini macam apa je..

Terima kasih kepada yang sudi membaca!!! ^___^


without wax,
hani yahaya:)


Wednesday, March 9, 2011

Cita-cita saya bila besar nanti, saya nak jadi..



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk masih lagi hidup.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Okey, aku tahu.. kadang-kadang kalian mungkin terasa bosan bila aku menulis macam ni setiap kali entri blog aku. Tapi kalian harus faham,kita merupakan hamba Allah dan menjadi kewajipan bagi kita untuk memuji Tuhan Yang Maha Esa, yakni Pencipta kita dan dunia ini serta sekalian makhluk yang lain, iaitu Allah SWT. Mungkin juga kalian ingin mengatakan bahawa aku ini hipokrit semata-mata. YA! Mungkin juga andaian atau tafsiran kalian begitu terhadap diri ini.. Itu hak kalian untuk mentafsir aku ini bagaimana, dan aku juga tidak menyalahkan kalian. Aku sedar bahawa aku insan biasa yang selalu bergelumang dengan khilaf dan dosa. Walau bagaimanapun, aku sedang berusaha untuk menjadi Hamba Allah, Umat Nabi Muhammad SAW dan khalifah yang terbaik di bumi ini.

Okey..okey.. sudah. Cukup setakat itu.
Aku nak cuba menulis dengan ringkas, seringkas yang boleh sebab ni dah nak kena sambung belajar balik. (Palsu semata-mata. Ni pun sebab aku dah buat post ni dari minggu exam, ni edit balik je.. ) Minggu ni aku ada ujian. Cepat gila kan? Yalah, kami ni memang express student, tu yang belajar memang laju gila. Kalau ada speed trap macam kat jalan raya tu, memang dah lama lah kami-kami ni semua makan saman dengan Inche polis.

Nak dijadikan cerita, kehidupan aku semenjak masuk ke MSU dan mengikuti program FMS di MSU memang perit. Tak lah perit apa sangat pun, cuma kejutan budaya. Memang awal-awal lagi aku dah dinasihatkan supaya bersedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Bila kita dah buat keputusan ni, kita dah tak boleh nak berpatah arah. Lagi pun, ni pilihan kita juga kan? Memang pada awalnya aku akui, aku nak jadi doktor ni pun sebab dulu zaman aku kecik-kecik orang tuaku memang paksa jadi doktor. Dulu memang aku sudah dipengaruhi dengan mereka. Katanya jadi doktor dapat tolong orang, gaji pun lumayan. Masa tu kecil lagi, jadi aku akur sahaja. Maklum sajalah, anak yang baik katakan.. ( angkat bakul sendiri ni..hehehe)
pembedahan otak
Sumber: Google.com
(memang takde kena mengena sangat sebenarnya gambar ni..)

Lepas tu bila dah mengorak ke arah alam yang semakin dewasa, aku mula terfikir. Betulkah aku ni nak jadi doktor? Ke sekadar mahu mengikut cakap ibu dan abah? Secara jujurnya, aku memang minat nak jadi doktor. Tetapi minat aku terhadap Seni memang sangat tinggi. Untuk pengetahuan semua, aku memang suka melukis sejak kecil lagi. Aku tak sehebat mana, tapi aku minat Seni, terutamanya Seni Lukis. Aku minat sungguh fesyen dulu. Terkejut kan? Sampai satu tahap, aku ada pasang angan-angan nak jadi pereka fesyen. Mungkin ni disebabkan terlalu terpengaruh dengan majalah Remaja kot zaman sekolah rendah dulu. Kan ada ruangan fesyen kan. Aku sebenarnya memang dilarang sama sekali baca majalah Remaja tu, tapi aku curi-curi baca majalah tu sebab mak cik aku selalu beli. Hahaha~ nakal sungguh.

Lepas tu kan, aku nak jadi pereka hiasan dalaman tak pun arkitek landskap. Menarik kan bunyinya? Aku timbul minat ni sebab dulu aku ada tengok cerita realiti TV 'The Apperentice'. Ala, yang Donald Trump punya tu. Tagline yang famous, " You're fired!". Ingat lagi tak? Sampai sekarang aku masih lagi menjadi pengikut setia rancangan tu sebab dari situ banyak benda yang kita boleh belajar. Walaupun aku tak minat sangat dalam bisnes, tapi benda tu tak salah kan kalau kita nak belajar berdasarkan pengalaman orang lain? Ha, sambung balik.. Aku tengok cerita tu. Masa tu Season 1, ada task yang mereka kena betulkan rumah apartmen ni, pastu sewakan kat orang ramai. Kumpulan mana yang berjaya sewa rumah dengan harga tertinggi menang. Masa tu memang aku rasa seronok sangat tengok mereka hias rumah tu. Rumah tu dah la buruk, hodoh, air takde, ape takde..alih-alih jadi lawa. Memang dari situ aku minat bab-bab hiasan dalaman. Lepas tu aku mula tengok cerita 'Makeover Mamas' kat TV3. Yalah, rumah aku takde Astro. Casa Impian pun aku tengok juga, tapi tak selalu sebab dulu Casa Impian sekejap je tayang kat NTV7. Ceh!!
dulu berangan nak jadi pereka hiasan dalaman dan berharap sangat boleh design macam ni..

Memang masa tu aku dah nekad la juga nak jadi pereka hiasan dalaman, tapi... Disebabkan satu peristiwa, aku nekad nak jadi doktor. Ramadhan 2004 banyak mengajar aku. Masa tu aku dapat tahu yang ayah aku menghidap penyakit central brain abcess, sejenis penyakit yang mana ada nanah dalam otak. Memang masa tu berat sungguh ujian Allah kat aku. Dah la jadi anak sulung, jadi aku kena tunjuk contoh yang baik. Aku tak boleh sedih-sedih depan adik-adik aku. Masa tu juga, aku tak menyambut Aidilfitri dengan ibu & abah. Ibu teman abah kat hospital. Dan sepanjang Ramadhan, ibu tak pernah balik rumah sebab nak jaga abah.


Profesion sebagai orthopedist.
Sumber: Google.com

Memang peristiwa tu banyak memberi cabaran dan dugaan kat aku. Dan pada masa tu aku bulatkan azam nak jadi doktor pakar neurologi, doktor yang pakar dalam bab otak dan urat saraf. Sebelum tu aku nekad nak jadi orthopedist, doktor pakar dalam tulang & otot sebab terpengaruh dengan cerita Power Rangers. Tapi aku tukar balik sebabnya, bila aku tengok situasi ayah aku dan juga pesakit-pesakit lain di wad neuro di HUKM, aku rasa aku kena tolong juga masyarakat! Tambahan di Malaysia, doktor pakar neurologi tersangatlah sedikit.

Tetapi bila selepas SPM, aku tak dapat SPC (pada awalnya), aku dah nekad nak jadi cikgu. Sebab apa? Aku takut yang keputusan SPM aku tak bagus mana. Sebab masa jawab SPM tu, aku memang tak yakin yang aku boleh jawab soalan SPM dengan baik. Macam-macam perkara berlaku, jadi aku dan sahabatku bertekad, kami mahu jadi cikgu.


Ya, sudah pasti ramai yang akan bertanya, mengapa guru?
-Guru tu kan salah satu tugas yang mulia selain doktor!!
Tapi kan kalian budak MRSM. Macam tak sesuai je.
-Suka hati kami lah! Isy..isy.. hahaha~

Tapi sekarang, bila dah dapat SPC, aku betulkan balik nawaitu aku. Memang aku tak sangka aku dapat peluang ni. Dan sekarang aku dikelilingi dengan budak-budak yang memang ada gene pandai-pandai belaka. Kalau aku boleh inherit gene mereka kan bagus. Eh, tak boleh! Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan terus berusaha. Betul tak? Ingat, Al Ijtihad Asasun Najah = Usaha Tangga Kejayaan.
Sekarang ni bila fikir balik, rasa macam kelakar juga. Yalah, dulu suka betul tukar cita-cita. Kejap nak ni lah, itu lah. Sekarang ni aku berazam untuk jadi DOKTOR! Ya, DOKTOR!! Dan Insya Allah, aku nak jadi doktor yang amanah dalam tugas, baik dari segi akhlak dan juga dapat membantu usaha dakwah ke jalan Allah di samping membantu Ummah! Insya Allah. Kita kena rebut dua-dua sekali kan? Dunia dan Akhirat.
Ha, lagi satu.. aku lupa nak cerita. Masa orientasi tu, sesi pengenalan diri ( sesi yang aku tak berapa nak suka sangat sebab aku ni penyegan orangnya..hahaha), aku ada cakap yang sebab munasabab aku nak jadi doktor selain daripada peristiwa yang telah terjadi kepada abah, antara sebab lain ialah dua sahabat baik aku, Fateh dan Nabilah telah menghidap leukimia. Dan aku rasa benda tu akan terus bagi aku inspirasi untuk jadi doktor. Entahlah, aku rasa memang aku patut.

Jadi apa-apa pun, doa yang terbaik. Sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi semangat dan juga dorongan yang tidak ternilai & begitu berharga.. Memang di saat ini, aku memang memerlukan nasihat serta sokongan daripada rakan-rakan. Sebab apa? Sebab aku rasa diri ini begitu kerdil dan lemah.






Sekian sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.

without wax,
hani yahaya :)