Friday, February 18, 2011

pengalaman ke HUKM :)


Salam ‘Alaik. Ah, sudah lama blog ini ku biarkan menyepi tanpa sebarang entri baru. Maaflah ya rakan-rakan sekalian. Broadbandku begitu lembap! Aku tidak tahu mengapa. Oleh yang demikian, aku tidak dapat menulis entri dengan banyak. Tambahan pula, minggu ini aku begitu sibuk menguruskan persiapan untuk mendaftar ke MSU, Shah Alam.

Okey, sudah-sudah la tu merepek merapu nye.. Nak cerita pengalaman semalam. Semalam aku dan bekas teman sebilik di MRSM TGB, merangkap teman sekelas, Mun ingin melawat sahabat kami, Fateh di HUKM. Kami pergi ni gaya memang macam matang habis la. Independent kononnya sebab nak pergi sana naik kenderaan awam. Tapi dalam hati masing-masing memang dah memanjat doa banyak-banyak supaya selamat pergi dan pulang.
Pukul 10 pagi, kami berdua membeli tiket komuter untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan. Kami bertolak dari Stesen Komuter Kajang. Perjalanan tidak mengambil masa yang begitu lama kerana jarak di antara Stesen Kajang dan Stesen Bandar Tasik Selatan hanya 2 stesen sahaja.
Sampai sahaja di Stesen Bandar Tasik Selatan,aku terus ke kedai yang berdekatan untuk membeli topup dan air mineral. Selepas itu, kami terus menaiki bas untuk ke HUKM. Mula-mula macam tak tahu juga tapi kami pakai main redah sahaja. Gaya bajet gila! Macam lah pro gila jalan kat KL ni. Tapi tak pe sebab kami dah Tanya pemandu bas tu, betul ke bas ni stop kat HUKM. Pak Cik tu cakap yang bas tu akan stop kat KFC. Aku pun naik heran juga. Dekat HUKM ada ke KFC sebab aku rasa sepanjang aku pergi HUKM, tak pernah pula Nampak KFC kat area situ. Tapi kami berdua naik je lah. Tiket bas berharga RM1.

Dalam diam kami berbisik sesama sendiri. Kami bercadang nak ikut je pak cik India dan isterinya yang berada di sebelah aku memandangkan mereka pun ingin ke destinasi yang sama seperti kami. Lagipun, kami sememangnya tidak tahu bas ini akan berhenti di mana. Memang dia cakap nak berhenti kat KFC, tapi setakat yang aku pernah pergi HUKM, tak pernah pula Nampak ada restoran KFC tu. Haisy..
Kringgg!!!! Pak Cik berbangsa India itu bangun membunyikan loceng. Bas pun berhenti. Eh, kami terkejut buat seketika. Nak ikut ke tak? Ikut je lah! Tapi di mana KFC nya? Hurm.. Kami berfikir sejenak. Tapi setelah 30 saat berfikir, kami bersetuju untuk mengikut pak cik India tu dan isterinya. Bangunan HUKM tu memang dah Nampak, Cuma jalan nak ke situ aku masih ragu-ragu. Mun cakap kalau susah sangat kita naik je teksi, tapi tak pe, kita redah je dulu katanya. Memang betul-betul confident la.

Jalan punya jalan, Alhamdulillah! Akhirnya kami berjaya sampai di HUKM. Memang kami bersyukur sangat-sangat kerana dipertemukan dengan pak cik India tersebut. Kami sampai dalam pukul 11 macam tu. Awal kan? Semangat gila keluar awal-awal. Yelah, takut nanti nak pergi HUKM lambat pula sebab waktu melawat dia terhad. Dari pukul 12.30pm hinga lah pukul 2.00pm. jadi kami tak nak lah terlewat ke apa, sebabnya ni kali pertama masing-masing pergi ke HUKM dengan pengangkutan awam.

bila nampak je HUKM sebesar alam nih ha, memang syukur sangat2! lega..sebab berjaya sampai ke HUKM :)


Lepas lawat fateh, kami bercadang nak makan. Aku mencadangkan agar kami makan di KFC kerana nak tahu juga di mana KFC yang pak cik drebar bas tu cakap kan. Tambahan pula masa kat dalam hospital tu, Nampak ada orang beli KFC, tu yang nak selidik..kat mana letaknya KFC. Jadi, kami pun berjalan lah keluar. Aku sempat berjenaka dengan Mun.


“ Masa kau browse kat Google maps tak nampak ke KFC Mun?” gelak aku.


“Amboi, ni memang nak perli aku lah ni. Aku tahulah malam tadi aku ada search kat Google maps kau ni..Saje je nak pekenakan aku. Tapi semalam tak nampak pun KFC. Aku tahu ada stadium, kompleks renang..tu je lah,” jawab Mun. Mun ni memang seorang yang suka berjenaka dengan aku.


Lagi sikit je dah nak sampai ke pintu keluar HUKM, aku nampak papan tanda KFC.
“Lah, kat sini je rupanya. Aku ingat kat manalah tadi. Kalau tahu, tak payah ikut pak cik India tadi ikut masuk jalan belakang,” kataku sambil ketawa.

“Hani, kau punya pasallah ni. Kalau tak, kita mesti lagi cepat sampai,” gelak Mun.

“Alah Mun. Tapi kalau ikut pintu depan, kau tak merasa ikut jalan belakang masuk HUKM,” sengihku.

Ketawa kami pecah. Rupa-rupanya kalau kami tunggu je kat dalam bas tu dan tak ikut pak cik India tu, mesti kami lagi cepat sampai ke HUKM sebabnya bas memang akan berhenti betul-betul depan HUKM. Ni tak, kami terpaksa lau dekat-dekat rumah orang dan masuk ikut pintu belakang hospital. Aiseyman..Selama ni tak pernah aku perasan ada KFC kat situ. Mungkin sebab aku ikut jalan lain setiap kali pergi dan pulang. Lawak betul pengalaman semalam. Apa-apa pun takpe. Kita belajar daripada pengalaman kan? Kalau tak, mesti tak tahu bila nak datang ke HUKM nanti di masa akan datang..

Without wax,
Hani yahaya :)

No comments: