Tuesday, February 15, 2011

Reunion Ex- Gerik Batch 14!

Salam ‘Alaik. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, aku diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas di bumi-Nya ini.

Baiklah untuk pengetahuan semua , Ahad lepas aku baru sahaja pulang dari Gerik. Ha, Gerik? Kat mana tu? Hahaha~ aku sudah jangkakan bahawa soalan itu pasti bermain di minda kalian bukan? Aku amat pasti mesti ada dalam kalangan kalian yang tidak tahu, di manakah Gerik itu berada. Aku juga dahulu seperti kalian. Tidak tahu di manakah Gerik itu berada. Mungkin ilmu geografi pada masa itu masih lagi di bawah takat amatur. Okey, untuk pengetahuan kalian, Gerik terletak di Perak Darul Ridzuan di kawasan daerah Hulu Perak.

sila lihat peta ini untuk kefahaman yang lebih lanjut di mana kedudukan Gerik :)
Dan bagi sesiapa yang tidak tahu, aku sebenarnya merupakan bekas pelajar MRSM Gerik. Aku menuntut di sana selama 3 tahun, tatkala aku berusia 13 - 15 tahun (yakni Form 1 – Form 3). MRSM Gerik tu memanglah nuuuun jauh di hulu sana. Memang jenuh la kalau nak pergi dengan kereta. Kalau naik bas tu, tidur bangun tidur bangun adalah dekat 3 atau 4 kali. Hahaha. Hebat bukan?

Okey, sudah lah tu merepeknya. Balik semula ke tajuk asal.

10/2/2011- hari pertama
Pada 10 Februari 2011 yang lepas iaitu bersamaan dengan hari Khamis, 8 Rabi’ul Awal aku telah pergi ke Gerik. ( ceh..ayat macam stail format karangan laporan lah pulak! Ni kalau Cikgu Hasran tahu ni, mesti dia bangga dengan anak didiknya yang sorang ni..hehehe) Aku pergi ke Gerik dengan menaiki bas Transnasional dari Hentian Duta pada pukul 9 pagi.

Okey, sepanjang perjalanan aku ke sana, hati aku memang seronok sangat-sangat. Tak mampu nak digambarkan bagaimana perasaan teruja aku. Sahabatku Nawi telah menghantar SMS kepadaku.
N= NawiA= Aku

N : Hani, ko kat mne skrg?

A: Aku kat Ladang Bikam skrg ni. Ko kat mane?

N: Aku pun tak tau aku kat mane skrg..tapi dah bertola dr teluk intan la.. (p/s: Untuk pengetahuan semua, saudara Nawi org Teluk Intan ye..)

A: Ouh, ko skjp lg lah dah nak sampai.. aku ni mau pukul brape ntah smpai. Paling cepat boleh smpai pun aku gerenti pukul 1-2 cmtu.

N: Ala, aku ni sat gi kena gi Ipoh, baru amik bas gi gerik. Lambat lg lah nk sampai. Ko at least naik bas lalu highway, aku lalu jln jauh.

A: Ouh..hahaha~ takpe..sabar je lah ye.. nak buat mcm mane kan

N: Ko tau, aku baru je mtk kat ayh aku ni pg td utk gi gerik. Selamat lepas

A: Wah, hebat gila ko nawi! Aku igtkn ko bgtau ayh ko mlm selasa yg time aku contact ko tu..

Okey, sampai di situ sahajalah yang aku boleh tulis. Tu pun dah ada sedikit tokok tambah, gula garam, asam jawa segala bagai tu untuk menyedapkan lagi cerita. Cewah! Poin utamanya nak beritahu yang sahabat aku sorang ni, Nawi, boleh pulak dia minta keizinan daripada ayahnya untuk pergi ke Gerik pagi tu jugak! Haila.. kalau aku, memang confirm tak lepas. KL ke Gerik bukan setakat besar sekangkang kera. Jauh tu. Kalau takat sekangkang kera tu, boleh la buat lawak dengan ayah aku nak pergi hari tu, bagi tahu dia pun, dan dan tu jugak!

Alhamdulillah, pukul 1.15 petang aku selamat sampai di Hentian Bas Gerik. Sahabatku, Anis Arifah @ Ben, Hasma serta Nina @ Ball datang menyambutku dan Han yang datang dari Aloq Staq. Kami semua sememangnya teramatlah lapar. Perutku memang dah keluar macam-macam jenis muzik dari bas lagi. Kami berlima terus pergi ke kedai makan Norazah. Usai makan, Ben, Han & Ball pergi ke kedai untuk membeli hadiah hari lahir untuk Ustaz Rahim, merangkap penasihat homeroom mereka dahulu, Saad Ubadah. Aku dan Hasma menunggu Nawi &Jaie yang juga ingin makan di situ. Mereka tiba lewat sedikit memandangkan Nawi sampai agak lewat berbanding aku. Lepas makan, kami berbual-bual. Maklum sahajalah, dah lama tak jumpa. Banyak yang ingin diperkatakan. Selepas itu, kami berbincang dengan Ben, Ball & Han berkaitan lawatan kami ke MRSM Gerik pada esok. Hakim, bekas presiden homeroomku juga akan menyertai kami pada esok hari.
makan tengahari di kedai Norazah


Petang tu, aku, Ma, Tiqah, Ben & Han dah berpakat nak berjoging. Ceh!! Konon jogging.. jogging lah sangat kan? Tengah jalan tu, tiba-tiba terserempak dengan Sir Izad, guru Bahasa Inggeris aku yang sangat sporting. Sir bertanya kepada aku & Han, bila sampai? Pastu tanya bila nak pergi MRSM Gerik? Kami berlima pantas menjawab, esok!!

semasa berjogging..

Jogging punya jogging sampai lah Rumah Rehat Gerik. Pergi beli air sirap sekejap. Tup..tup.. dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat sekali. Mandi hujan lah kami berlima. Dalam kesejukan meredah hujan tu, ramai juga orang yang melihat keadaan kami. Gila sungguh budak-budak perempuan ni main hujan. Tak takut demam ke? (ni apa yang aku rasa lah.. tak tahu kalau-kalau orang lain tak beri reaksi begini)

Malam tu, aku duduk di rumah sambil melepaskan penat yang masih berbaki lagi. Tidak sabar menunggu esok!
11/2/2011- hari keduaPagi tu aku dan Hasma berjalan kaki ke Hentian Bas Gerik untuk ke MRSM Gerik. Aku sempat membeli kuih di tepi jalan. 4 biji kuih, RM1! Mak datuk! Memang sungguh tak kusangka! Kalau di Bangi nak dapat, kirim salam je lah! Masa kat Hentian Bas Gerik, kelihatan kelibat Atiyah yang sudah tunggu lama. Kemudian, Ball, Nawi dan Jaie sampai. Ben dan Han juga dating sejurus kemudiannya sambil membawa hadiah untuk Ustaz Rahim. Aku pun membawa sekali kad hari lahir yang sudah dibeli malam tadi. Kad itu aku wakilkan bagi semua BATCH 14. Hakim datang kemudian. Selepas berbincang, Hakim menyuruh kami yang perempuan naik kereta Estima yang dipandu oleh ibunya, manakala Hakim, Jaie dan Nawi menaiki kereta Mercedes yang dipandu ayah Hakim sendiri.

Kami sampai di maktab dalam pukul 10 pagi macam tu. Macam-macam prosedur yang leceh terpaksa kami lalui. Cikgu yang pertama aku temui ialah Cikgu Faridah, cikgu BM yang mengajar aku semasa aku di Tingkatan 2-3. Selepas meminta kebenaran daripada pengetua, kami pun mulakan operasi lawatan kami. Kami terus ke bilik guru dan bertemu dengan Ustaz Rahim, ustaz yang garang tetapi disayangi oleh semua pelajar MRSM Gerik. Ternyata dia terkejut melihat aku. Maklum sahajalah, aku ni duduk jauh di Bangi. Lain lah kalau budak-budak yang lain. Aku sempat berbual sedikit dengannya. Menyesal juga sebab tak dapat bergambar dengannya. Mujur ada gambar beliau sebagai pengubat hati..cewah!! ha, selepas itu, aku bertemu dengan Cikgu Makky, bapa homeroomku dulu. Masa tu beliau tengah sibuk menghadap komputer. Ternyata beliau juga terkejut melihat kehadiranku. Sempat jugak beliau memarahi ku..( bukan marah sgt pun..)

Ustaz Rahim yang tersayang! :)

“ Apesal tak bagi tau nak datang sini? Kenapa tak call dulu ke, sms ke?” soal Cikgu Makky dengan nada yang tinggi. Suaranya kuat seperti biasa.

“Ala cikgu. Saya saja je nak buat surprise kat cikgu..hehehe” senyumku. Pantas sungguh mulut aku menjawab. Mula-mula dah tak tahu nak jawab apa.

Lepas tu, Cikgu Makky suruh Ma ambil gambar kami berdua dengan hp nya. Hp cikgu dah tukar sekarang. Tak silap aku cikgu pakai hp Nokia yang Xpress Music. Hehehe~ aku ni pantang betul! Mata ni asyik meng’usha’je.. hahaha~ Selepas tu, banyak betul Cikgu Makky nasihatkan aku. Kena tarbiah habis la. Bangga betul beliau bila aku cakap sekarang ni aku duduk rumah, belajar masak & belajar memandu. Ha, gelak besar betul dia! Biasalah!
Untuk pengetahuan semua, Cikgu Makky ni pantang cuti sekolah je, dia mesti suruh anak-anak homeroom dia yang perempuan belajar memasak. Kalau yang laki disuruhnya menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Kalau time puasa, dia akan suruh anak homeroom dia yang lelaki bayar zakat fitrah sendiri. Tu sebagai latihan bagi kami semua katanya untuk menghadapi alam dewasa kelak. Serius kan? hahaha~


bersama bapa homeroom yang dikasihi


Paling aku tak boleh lupa, Cikgu Makky pernah tanya kami satu homeroom, dah baligh ke belum? Mak datuk!! Masa tu kan memang malu gila! Dah la kena ngaku depan laki. Dahsyat sungguh! Aku rasa macam muka aku dah kena simbah dengan minyak cap kapak je! Kalau minyak yuyi cap limau tahan lagi.. adusss! Cikgu Makky pun ada pesan kat aku baca sampai habis buku Hadis Bukhari tu.. Sebab aku ada cakap, cuti ni aku kena habiskan baca buku Hadis Bukhari yang baru sahaja dibeli oleh ibu 3 minggu lepas.

Lepas tu, kami pergi ke kafe.. Ms Karl ingin membelanja kami minum. Pucuk dicita, ulam yang datang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Memang kami tak boleh nak tolak je pelawaan Ms Karl tu. Tapi kami hanya minum milo ais sahaja. Malas nak makan. Puas Ms Karl dan Ms Farah pujuk kami supaya makan. hahaha

tangki air ni membawa 1001 erti buat aku dan rakan-rakan yang lain.. mana tak nye, kalau dulu bila takde air, mula lah berebut.. kadang-kadang sanggup tu bangun seawal jam 4 pagi semata-mata nak tadah air, nak dapat mandi.. brutal woo zaman dahulu kala..

antara ahli batch 14 yang melawat MRSM Gerik. * hanis tiada di dalam gambar kerana tidak sihat ketika ini

Lepas habis sesi lawatan kami, kami pergi makan tengahari. Sememangnya kami sangat kebulur pada ketika itu. Yalah, puas berjalan kat maktab. Perut pula tak diisi dengan sebarang makanan pagi itu. Hanya dua biji kuih sahaja yang sempat aku jamah pagi itu.

Petang tu, kami bertujuh pergi ke pasar malam. Puas juga kami tawaf satu pasar. Terserempak dengan Sir Izad lagi. Hehehe~ selepas itu, kami pergi ke kedai untuk membeli barang-barang makanan untuk dibawa bersama pada keesokkan hari kerana kami semua sudah berpakat untuk berkelah esoknya. Mula – mula kami pergi ke kedai A Wang. Kat sana tak banyak pilihan. Pulak tu, pekerjanya tak mesra alam. Haisy.. sabar je lah. Terus kami menuju ke The Store. Masuk sahaja The Store, kami terserempak dengan Afnan @ Penan yang sedang bekerja di situ. Memang malu sunnguh dia. Sebab dia ingatkan Ben sorang je pergi situ, jadi dia tegur lah Ben. Tup-tup kami pergi serbu dia. Habis dia malu! Sorry lah Penan!

Malam tu aku, Ma, Ben, Han, Jaie semua-semua tidur lambat. Ni semua gara-gara program berkelah. Mula-mula nak cari kenderaan untuk ke sana. Lepas tu nak cari tempat lagi. Memang banyak betul aral yang melintang. Sabar je lah.. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami berkelah di Sungai Beruk. Sungai apa?? Beruk? Yup! Aku tahu kalian pasti akan tergelak guling-guling bila dengar nama tu, tapi itulah hakikatnya.. tak percaya? Ikut suka hati kalian la..

12/2/2011-hari ketiga
pada pagi itu, kami semua berkumpul di rumah Atiqah. Ayah Adilla akan menjemput kami untuk pergi ke Sg Beruk. Tapi tunggu punya tunggu, ayah Adilla tak juga muncul2. lama juga menunggu, akhirnya pada pukul 10 ayah Adilla muncul juga. Rupanya ayah Adilla baru je balik dari Seberang Perai. Maaflah susahkan pak cik je. Adilla pula masak mihun goreng untuk kami. Masya Allah, buat susah2 je. Nawi & Afnan pergi ke sana dengan menaiki motor. Walaupun mereka berdua hanya ada lesen L sahaja. ceh! Nasib tak kena cekup dengan Inche Polis. Kalau tak..adoii.. Mau masing2 kena bungkus masuk lokap! Eh, tak.. kena merit 10 poin kan? hahaha~

mandi manda kat Sg Beruk memang best! Air dia.. Masya Allah, sejuk gila! Tapi seronok mandi kat situ. Kat Bangi mana ada..Merasa pulak aku nak mandi macam tu kan?
Selepas itu, kami makan2.. dan terus berkemas untuk pulang. Kami akan berkumpul di KFC. Aku memang berhasrat nak belanja rakan-rakan ku yang lain ni. Tambahan pula, Nawi dah nak balik Teluk Intan.



bermandi manda di sungai beruk..


Lepas balik je rumah Atiqah, aku terus solat. Selepas tu kami yang perempuan ni terus berjalan kaki untuk ke KFC. Maklum sahajalah. Mana ada kenderaan nak naik. Lesen kereta pun belum dapat lagi kan? Dah la terpaksa meredah sang mentari yang terik. Masya Allah, memang sabar sahajalah. Tapi demi kawan-kawan, kami semua pulun jugak!

Tapi bila kami tiba di KFC, Nawi beritahu kami bahawa kemungkinan besar dia terpaksa balik esok kerana bas ke Ipoh rosak dan mereka terpaksa menukar tayar. Pulak tu aku tak bawak sekali sijil PMR yang telah Nawi tugaskan aku simpan sementara bagi pihaknya semasa kami melawat MRSM Gerik tempoh hari. Cett!!
Dari kiri: Afnan, Rajaie & Asnawi

hasma, hanis, atiqah, anis, nisah arif, faizah & nani




bersama hanis @ han di KFC
Tup tap.. akhirnya Nawi pulang juga. Bas ke Ipoh tiba jam 4.30 petang. huhuhu~ dah sorang balik.. Rindu pulak rasa. Ha, jangan fikir negatif.. Maksud aku di sini, rindu pulak sebab nya dah tak jumpa lagi. Entah bila aku dapat jumpa Nawi dengan kawan-kawan aku yang lain..Wallahualam. Pukul 5 petang, Nani dengan Nisah Arif pun balik ke Peng.Hulu. Ni lagi buat aku sedih!! Memang serius, aku rasa macam tak nak je lepaskan mereka. Sumpah rindu nak jumpa lagi. Semoga aku dapat jumpa mereka lagi di masa akan datang.

Petang tu hari nampak macam nak hujan. Mendung je. Balik tu aku packing barang. Esoknya dah nak balik Bangi semula. Malam tu juga aku sempat menjengah ke restoran milik ayah Ball bersama Hasma. Minum air jus epal sahaja. malam tu memang aku tak rasa nak makan pun. Kenyang.

13/2/2011-hari keempat
Pagi2 lagi, aku bersama Ma dan Cik Bedah ( mak Hasma) pergi ke kedai untuk bersarapan. Aku memilih untuk makan Nasi Lemak kerana pagi tu aku akan berjalan jauh. Oleh itu, baik aku alas perut dengan benda berat supaya tak lapar nanti dalam bas. Pukul 8 lebih, Han datang dengan Ben. Tiket bas aku pukul 9 pagi manakala tiket bas Han untuk ke Baling pukul 9.15. Sementara menunggu bas, kami sempat berbual-bual.. Alih2, tengok bas Han yang nak ke Baling dah bergerak! nasib baik aku perasan. Apa lagi! Mula lah kami kejar bas tu. Dah la barang2, beg semua dah masuk dalam bas tu. Aisy.. Akhirnya Han berjaya juga naik bas tu. Alhamdulillah.. Kalau tertinggal, tak tahu lah nak kata apa. Pi jalan kaki balik aloq staq la ..

Sementara aku pula terpaksa menunggu hampi satu jam. Dekat pukul 10 baru bas ke KL sampai. Sabar sahaja lah. Pulak tu bas yang datang bukan bas transnasional, tetapi bas mana entah yang dicekupnya. tak tahulah sebab bas transnasional setakat yang diberitahu rosak.. Reda je lah. Bas tu memang bergegar sana sini. Memang jauh beza dengan bas transnasional. Apa2 sahajalah, asalkan aku selamat sampai di rumah!

Alhamdulillah. sampai Hentian Duta dekat pukul 2 petang. penat sangat! Tapi apa-apa pun, aku rasa bersyukur sebab dapat pergi dan balik dengan selamatnya. Rasa penat tu berbaloi sebab aku rasa percutian aku ke Gerik selama 4 hari ternyata berbaloi-baloi. Reunion bersama Ex-Gerik Batch 14 memang sangat menarik! Diharapkan nanti dapat pergi ke sana semula dengan lebih ramai lagi ahli Batch 14 yang turut serta.. Insya Allah! (^^,)

without wax,
hani yahaya :)

notakaki: SAYA SAYNG BATCH 14! SAYA SAYANG CIKGU2! SAYA SAYANG MRSM GERIK! dan sebenarnya, entri ini ditulis pada hari Ahad lagi, sebaik sahaja aku pulang dari Gerik. Namun disebabkan masalah teknikal yang dialami, entri ini terpaksa diolah & diubah suai dan disiarkan semula pada hari Jumaat ( 18/2/2011).

3 comments:

supersaraa said...

bestnye..kitorg bile ntahnye nak reu :'(

haniyahaya :) said...

hehehe~Insya Allah sara, nanti dapat lah tu.. Ni pun ktorg pergi tak ramai sangat pun..

Melor said...

melor tengah usha blog hani nie :)
hehehe..
was looking for mrsm gerik pics then came here..

i miss gerik so much walaupun setahun je sempat kat sana.