Friday, February 25, 2011

Minggu pertama di MSU, Shah Alam


Salam 'Alaik. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Nya. Walaupun kesihatanku tidak begitu sihat pada ketika ini. Ya, aku sedang menghidap penyakit sakit tekak & batuk ( sore throat). Mungkin kerana tidak menjaga kesihatan sepanjang minggu ini.




Okey, baiklah. Sudah sekian lama blog kepunyaan aku ini dibiarkan menyepi. Maklum sahajalah, aku bukan ada komputer riba sendiri. hehehe~


okey, okey.. sambung cerita.Sepeti yang semua sudah sedia maklum, aku kini bergelar pelajar MSU. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi itulah hakikatnya.


Aku datang mendaftar di MSU pada hari Isnin yang lepas bersama dengan kedua ibu bapaku. Pada mulanya aku terasa begitu takut. Mungkin kerana terasa begitu asing di tempat baru. Kami terus pergi ke tingkat 5 di bilih kuliah 513, tempat di mana aku harus mendaftar. Masuk sahaja dewan kuliah tu, aku diberi borang yang harus aku isi. Aku sempat juga melihat rakan-rakan di sekeliling. Seorang pun dalam kalangan mereka yang aku kenal! Tidak lama kemudian, Amier Idris & Ainnur Ashirah datang. Hati aku tersenyum bila melihat mereka. Mana tak nya, hanya 2 orang tu je yang aku kenal sebab mereka juga bekas pelajar MRSM TGB. hehehe~


Selepas isi borang, bayar duit dan ambil fail, ibu bapa serta para pelajar terpaksa menunggu sehingga jam 11 pagi untuk mendengar taklimat daripada wakil MARA dan juga taklimat daripada pihak pengurusan MSU. Dah la dalam bilik kuliah tu sejuk nya macam kat dalam peti ais saja gamaknya. Aiyooo~~ lepas sesi taklimat, kami pergi ke tempat penginapan kami, Hostel Delta. Hostel kami terletak di Seksyen 20. Tak jauh juga lah dari MSU. Bila sampai di sana, kami dikehendaki memilih teman serumah kami. Satu rumah 5 orang memandangkan jumlah pelajar perempuan adalah seramai 25 orang. Akhirnya, aku ditempatkan di rumah 406 bersama Ainnur, Nazeha, Johana dan Syahira.



Part yang tak best nya ialah, rumah aku berada di tingkat 4! Masya Allah, memang jenuh nak exercise turun naik tangga sambil angkat barang-barang yang sememangnya banyak. Pulak tu aku memang dah lama tinggalkan zaman duduk rumah flat ni. Dulu zaman kat KL selalu la, bila dah duduk Bangi, mana ada lagi.. duduk rumah teres ada pulak lah kan tangga banyak-banyak.Lain lah kalau rumah aku tinggi malayut macam rumah jutawan India tu, sapa nama dia? Mukesh Ambani eh? Tu memang aku semput la nak naik rumah.. eh, dah.Melalut pulak aku ni.



Ha, sambung balik. Lepas letak barang-barang, aku kena pergi balik bilik kuliah pagi tadi untuk sesi orientasi. Memang diakui, aku memang lemah gila bab sesi suai kenal. Aku memang cukup sinonim tak suka benda-benda yang leceh seperti mendengar ucapan, menunggu dan buat benda yang aku rasa macam remeh temeh je. Apa-apa pun, kami dikehendaki berpecah kepada 4 kumpulan dan aku berada dalam kumpulan 'Adrenaline' bersama Arif, Amier, Nina, Afirah, Mimi, Hidayu & Syira. Sebenarnya kami dikehendaki memberi nama kumpulan berdasarkan istilah dalam perubatan, jadi kumpulan aku telah bersepakat untuk memberi nama Adrenaline, iaitu sejenis hormon. Ha? Ingat lagi tak nama hormon ni? Alah, dalam buku teks Biologi Tingkatan 5 kan ada.. baik mengaku.. ke dah lupa? hehehe



Jadi, kami dikehendaki membuat visi,misi, lagu kumpulan serta sorakan kumpulan. Satu benda yang aku cukup tak minat sebab dari sekolah rendah dulu sampai lah dah masuk PLKN, masuk U, semua kena buat benda ni. Haihlah.. Apesal eh? Tak boleh ke buat benda lain? Main masak-masak sama-sama ke apa ke.. baru extreme sikit. Seronok apa!



Ha, kami pulang awal sikit malam tu. Maklum sahajalah, hari pertama. Bukan ada apa sangat pun kan? Balik tu memang penat lah jugak. Nak kemas barang, mandi lagi. Isy..macam-macam.


Esoknya, ada sesi taklimat lagi. Macam-macam lah taklimat yang aku dengar. Ada yang best, ada tu memang saja je nak suruh aku lena. Dah lah dalam bilik seminar yang berair-cond tu. Memang aku hanyut dibuai mimpi lah.



Hari kedua memang banyak taklimat. Dari pagi sampai petang dan sampai malam. memang sumpah bosan. Dah lah mengantuk. Tapi ada satu benda ni. Para pelajar MSU yang di bawah fakulti CFS (Centre of Foundation Studies) nak buat Malaysian Book of Records (MBR) dalam acara the largest 'handmade' tanglung. Dan dengan tak semena-mena, kami para pelajar di bawah tajaan MARA ini kena turut serta memabntu mereka sebab nak capai 2500 biji tanglung. Masa suntuk, benda banyak lagi tak siap.Tanglung yang siap pun ada yang cincai boncai. Waduh!! Entah pape betul. Sabar je lah. Tapi nasib baik lah kerja tidak sukarela tu tak bertahan lama. Kami semua pakat nak duduk kat surau lama-lama sebab kami pun tak solat Asar lagi masa tu. hahaha~



Hari ketiga hari yang memenatkan sebab kami terpaksa bertungkus lumus untuk pembentangan kumpulan. Banyak juga benda tak selesai lagi. Pembantangan kumpulan tu akan diadakan pada waktu malam. Tapi sebelum tu kami ada sedikit halaqah ilmu bersama salah seorang tenaga pengajar di MSU. Dari raut wajahnya, orangnya dapat kusimpulkan kelihatan tenang je..Cewah!! okey, ini bukan bermakna aku suka lecturer tu ke hape. Tapi nak cerita yang muka beliau memang tenang je. tazkirah yang disampaikan pun menarik. Dah lama tak sertai halaqah Ilmu. memang masa ni hati aku rindu kat TGB...



Pembentangan kumpulan.. Masa diberi 10 minit untuk setiap kumpulan. Tapi tiba-tiba, projektor tak ada, jadi lambat sikit lah pembentangan tu diadakan. Pembentangan berlangsung tanpa projektor. Memang terasa bengkek lah jugak kan sebab penat-penat buat slideshow powerpoint, alih-alih projektor tak ada. Cettt!! Sabar je lah.. hahaha~



Kumpulan aku merupakan kumpulan yang terakhir yang membuat pembentangan. Seperti biasa, sesi pengenalan diri. Bila sampai aku punya giliran, aku terus memperkenalkan diri aku. Memang aku buat muka selamba habis la. Mungkin sebab dah selalu sangat kena perkenalkan diri masa sesi orientasi ni, jadi aku pun macam dah tak heran.



Habis sesi pembentangan tu memang lambat. Dah nak dekat pukul 11. Pak Cik India yang jadi tukang drebar bas memang marah la sebab dia dah tunggu dari pukul 10.30, tapi kami tak muncul-muncul. takde orang yang inform dia yang kami ni balik lewat. Adoii.. dah la Pak Cik India tu datang lambat dekat pukul 11.45, pastu kena lecture tak rasmi daripada dia. Memang otak aku dah tak boleh fikir ape dah masa tu. Fikir nak balik, mandi, solat, tidur je. Esok dah la nak kena sedia sebab esoknya (Khamis) kelas dah nak mula.



Esoknya, Khamis.. Kami punya kelas mula pukul 1 macam tu. Jadi kami kena naik bas seawal jam 11 pagi sebabnya terpaksa berkongsi bas dengan pelajar PTPL. Ingatkan bas pukul 10.30 pagi. Memang pulun la siap awal-awal. Ceh! Ini semua gara-gara salah faham yang timbul..Adoii.. Tapi tak mengapa lah kan? Siap awal bagus juga..



Kelas pertama ialah kelas Matematik 1 yang diajar oleh Ms Ed. Muda lagi pensyarah aku ni. Lawa orangnya. Umur baru 26 tahun.. Masih bujang lagi..



Selepas tu, kelas kami pada pukul 4 ialah kelas Biologi. Kelas ni memang seronok gila sebab pensyarahnya, Sir Addie merupakan pensyarah yang jenis sporting. Tambahan pula beliau merupakan bekas pelajar MRSM Muadzam Syah. Memang beliau faham bebenor lah kan stail budak MRSM ni macam mana. Dia pun masih muda lagi. dalam 20-an nak ke 30-an gitu lah rupanya.



Malam tu, kami berlima..Aku, Ainnur, Syira, Naz & Johana keluar untuk makan malam di kedai berhampiran. Ni kali pertama kami keluar bersama. Seronok juga lah! Makanan sudah semestinya mahal belaka.Mungkin sebab selama ni mak ayah yang jadi tukang bayar, bila sendiri bayar..mak aii terasa benar mahalnya!



Jumaat, kami terpaksa bangun pagi awal sebab kelas Maths 1 akan berlangsung pada pukul 8 pagi. Aku bangun agak awal juga lah dan terus mandi. Selepas itu, housemate aku Syira mandi.. tuptup~ air tiada rupa-rupanya! Nasib Syira sempat mandi guna air yang aku tadah dalam baldi. Patutlah pagi-pagi aku dah dengar suara orang riuh rendah. Aku ingat apa lah kan.. ramai juga yang pergi angkut air untuk mandi. Ada juga yang mandi dekat bawah. Macam-macam gaya ada.



Pagi tu, aku makan nasi goreng kat U-cafe, MSU. Cuba teka berapa?

Jeng.jeng.jeng



.




.




.




.




.


RM 0.80 je! Ambil lah banyak mana pun, harga still sama.. mak aii.. Seronok tak terkata aku. Mana taknya, mana nak cari harga nasi goreng semurah itu. Memang harus diakui, makanan yang dijual di U-Cafe ( kafeteria kampus ) sememangnya murah-murah. Jadi aku memang pulun habis kalau makan sarapan & makan tengahari!



Pagi tu kelas Maths 1 batal, jadi ramai juga yang mengeluh sebab dah la terpaksa bergegas nak siap sebelum pukul 7 untuk ke kelas. dengan takde airnya, mana lah orang tak bengkek. Ramai juga yang nak balik ke hostel. Tetapi aku? Aku duduk mengahbiskan masa kat libarary, baca apa yang aku rasa penting untuk subjek seterusnya, iaitu Biologi. Pada awalnya kelas Biologi batal juga. Memang semua rasa gembira lah juga dan kami mengharapkan agar kelas Ko-Kurikulum yang bakal ada pada pukul 5.30 - 7.30 batal sebab mana nak solat Asar lagi? kelas Bio je start pukul 3.30 - 5.3o. Haisy.. Alih-alih, di saat akhir kelas Biologi ada. Tapi pada pukul 4 petang.


Kelas Biologi di Universiti sememangnya tak sama dengan kelas Biologi zaman SPM. Kelas Bio tu memang laju gila. Baru nak fahamkan yang ini, pensyarah dah masuk bahagian lain pulak. Adoii.. Apa-apa pun, sebelum kelas memang kena study dulu. Nasib baik aku ada sempat baca buku Bio kat perpustakaan pagi tu, ada lah yang aku faham sikit-sikit walaupun pada hakikatnya banyak yang tak faham. =.='


Jadi, kesimpulannya.. Nasihat aku ialah kehidupan di universiti lebih mencabar dan sudah semestinya tak sama dengan kehidupan di asrama. Masa zaman sekolah dulu kita ada cikgu-cikgu yang boleh bantu kita. Tapi kat universiti, kita kena bergerak sendiri dan perlu banyak bertanya. Belajar pun dah makin kompleks. Bukan hanya x+ 3 = 1, berapa nilai x? Bukan hanya setakat belajar tentang sel. Tapi banyak lagi sebenarnya. Kepada rakan-rakan yang di kini rumah, walaupun kalian tidak berpeluang untuk masuk ke alam universiti awal macam diri ini.. jangan khuatir. Insya Allah, rezeki itu ada di mana-mana. Mungkin belum sampai masanya lagi. Anda mungkin perlu bersiap sedia lebih awal supaya tidak begitu terkejut nanti..dan yang paling utama, tak jadi seperti diri ini yang sememangnya agak culture shock. Apa-apapun, donyaakan kita semua boleh berjaya ye!Insya Allah.



without wax,

hani yahaya :)

16 comments:

AZRUL AZMI said...

saya pun tak suka orientasi... bende sama je... menci..menci..menci...

good luck, hani....

mesti best kan...

haniyahaya :) said...

hahaha~ yay! saya ada gang juga akhirnya..

terima kasih azrul :)

so far so good in msu ^__^

nurafifah huda yunus said...

Good luck dkt MSU tu hani :)

myka zyra said...

waaaa, ada foundation kat MSU erk?
tak tahu plak...

myka zyra said...

waaa, MSU ada foundation erk?
Tak tahu plak...
Hmm, nanti cter la lagi apa yang best kat MSU erk.. :)

Khatrine Ahmad said...

akak, teringin jgk nak masuk msu under mara. tp xtau nak dpt ke tak. akak setahun je kan dkt msu?

anti dajjal mata sati said...

saya oun nak masuk msu.27.5.2013 daftar

najiah said...

Salam kak. Saya ni bakal masuk msu under mara jugak. kat sana memang fully english eh? Foundation bape lama? Orientasi memang kejap jek eh?

Anonymous said...

hye hani..salam sejahtera..
saya dpt twran utk degree kat MSU jgak utk kemasukan November 2013..
Saya nak tanya kemudahan yg disediakan disana ok tak? Saya Tanya ni bukan apa sebab saya banyak membaca blog bekas stdent MSU yg mana mereka mengatakan kemudahan yg disediakan kurang memuaskan. Maksud kemudahan yg saya katakan ini adalah hostel..

haniyahaya said...

to anonymous : Tentang kemudahan yang disediakan, saya tak pasti. Saya merupakan pelajar tajaan MARA. Jadi, kalau ikutkan zaman foundation, MARA memang bayarkan duit hostel. Hostel yang saya duduk tu kira okey lah juga. Saya tak tahu kalau persepsi saya berbeza berbanding rakan yang lain. Saya ni memang jenis tak kesah sangat. Asal ada tempat tinggal, boleh je! :)

Untuk degree pula, MARA beri kami duit elaun lebih (yakni RM770 ; kalau foundation = RM430). Elaun lebih ni sebab termasuk transportation & penginapan. Jadi saya & rakan-rakan lain bersetuju untuk menyewa rumah yang dekat area MSU. Tentang rumah sewa ni, kena pandai cari. Nak yang murah ke, fully-furnished ke, dekat ke apa ke. Terpulang. Kalau nak senang, cari je kat mudah :)

Itu adalah berdasarkan pengalaman saya. Maybe berbeza sikit dengan orang lain :)

Anonymous said...

Hostel tu kena pandai pilih. Kalau under owner murah la sikit, bil kena bayar sendiri tau. Tp under agen Poovan takyah la sbb dia mmg cop duit, selfish.

Anonymous said...

hai akak..mara ada bagi akak duit pendahuluan untuk bayar yuran daftar tu tak?? akak ambil kos apa?? seronok lha..akak banyak cakap pasal bio..saya akan masuk msu on 5 jan 15..pls reply kak..o email me kofimoccha@gmail.com

Anonymous said...

Kalau masuk MSU kan swasta, MARA taja tak?

farish`s blog said...

lpas amek foundation kat situ untuk amek degree, mmg wajib sambung kat situ atau ble apply dkat u lain?

Anonymous said...

MARA mmg taja universiti swasta sahaja (ipts) . So MSU mara taja :)

Jenny Lawrence said...

Hakak kat msu ade atm ape? Nk prepare buat kad bank?