Friday, February 18, 2011

Management & Science University

Tanggal 12 Februari 2011, telah tercatat satu sejarah yang tidak mungin aku lupakan. Malah aku sudah mencatatnya dalam diari. Semuanya bermula ketika aku mahu berkemas pulang setelah puas berkelah di Sungai Beruk.
“ Weh, cepatlah kemas barang- barang. Nanti nak pergi KFC kan?” soal rakanku, A.

“ Yelah..ada orang nak belanja kita nanti,” sengih sahabatku, Si B sambil mengerling ke arahku.
Aku tersenyum simpul. Aku tahu kata-kata itu ditujukan khas buatku. Memang benar. Aku ada menyatakan hasratku untuk membelanja sahabatku di restoran KFC petang ini.
Tiba-tiba lagu ‘Barakallahulakuma’ dendangan Maher Zain kedengaran. Masing –masing tercari dari manakah arah suara itu datang. Aku lantas mencari telefon selular aku kerana aku pasti dan yakin bahawa itu suara itu datang dari telefon selular milikku.

Ha,jumpa! Nombor pemanggilnya berstatus tidak diketahui. Hati aku mula terdetik, siapa pula yang telefon aku pada waktu sebegini rupa? Nombornya seperti nombor telefon rumah, tetapi bukan nombor telefon rumahku. Tetapi ini nombor bagi kawasan Lembah Klang. Siapa pula ya? hatiku terus berfikir.

“Hello, Assalamualaikum,” sapaku.

“Hello, Wa’alaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Cik Y?” tanya suara lelaki itu di talian.

“Ya, saya bercakap di sini,”jawabku spontan.

“Cik Y, saya call dari Pejabat MARA. Saya ingin bertanya kepada cik. Cik ada menerima mana-mana offer untuk sambung belajar dari pihak ke?”

“Tidak. Kenapa?” hatiku berdebar tatkala menjawab soalan yang diajukan itu. Terasa macam nak tercabut je segala sendi ni.

“Saya wakil dari pihak MARA ingin memberitahu bahawa pihak MARA menawarkan cik untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam.”

“Tarikh pendaftarannya ialah pada 21 Februari ini,” sambung lelaki itu tadi.
Aku terdiam. Mulutku bagaikan terkunci. Suara di peti suara aku terasa bagaikan hilang begitu sahaja.

“Err..okey,”akhirnya aku bersuara. Terasa tekak aku seakan berpasir bila menuturkan sepatah perkataan itu.

“Jadi cik dah bersedia ke untuk mencatat segala butiran ni?” soal lelaki itu lagi.
“HA! APA DIA? Oh, kejap..kejap!!” Akhirnya suaraku kembali kepada sediakala. Kalut sungguh aku tatkala itu mahu mencari sebatang pen dan sehelai kertas. Hatiku mula merungut. Aku ni tengah mandi kat sungai, terlebih rajin la pula kalau aku nak bawa segala alat tulis semua tu

Haihla. Namun, Alhamdulillah. Akhirnya aku Berjaya menemukan sebatang pen di dalam beg sandangku dan sehelai surat khabar lama. Aku terus mencatit segala butiran yang disampaikan. Hatiku berbunga riang. Terasa ingin melompat sahaja. Tamat sahaja talian tersebut, aku terus menyampaikan berita baik itu kepada bonda dan sahabat baikku, F. Sampai sahaja di rumah, aku terus sujud syukur atas nikmat-Nya yang tak terhingga.

~TAMAT~

Okey, tu sebenarnya cerita sebenar setelah diolah, ditokok tambah, diletak pelbagai perasa seperti hiperbola, personafikasi, inversi, simile dan juga sinkof.

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di MSU, Shah Alam di bawah tajaan MARA. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki yang tak terhingga ini. Memang sukar bagiku ingin percaya setelah aku merasakan bahawa aku tidak berjaya mengikut jejak langkah sahabat yang lain yang kini sedang mengikuti program SPC yang sama di university yang berlainan. Aku tidak meletakkan harapan langsung setelah hatiku berkecai bila mendapat surat daripada MARA yang menyatakan permohonan aku ditolak.


Oleh itu, sahabat yang dikasihi sekalian, pengarang entri kali ini merangkap pemilik sah blog ini, saudari Hani Yasmin Yahaya ingin memohon jasa baik kalian semua agar dapat mendoakan saya dan juga rakan-rakan saya yang lain agar dapat meneruskan perjuangan di tempat baru ini ditambahi pula suasananya yang baru.

Oh, tidak lupa juga. Keputusan SPM juga semakin hampir. Ya Allah, memang hati ni risau sahaja bila mengingatkan kembali keputusan yang bakal keluar nanti. Cemerlangkah? Atau sebaliknya? Masya Allah! Moga-moga aku dan rakan-rakan mendapat keputusan cemerlang seperti yang diimpikan. Kami memohon kepadaMu Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau juga yang berkuasa atas tiap sesuatu. Makbulkan doa kami Ya Allah! Jangan Kau hijabkan doa kami disebabkan atas segala perbuatan dan dosa kami yang terdahulu. Kami mengharap kepadaMu Ya Allah.Engkaulah sebaik-baik sandaran. KepadaMu kami berserah dan kepadaMu jua kami memohon pertolongan serta rahmatMu.. Ameen~
without wax,
hani yahaya :)

2 comments:

*amiranabiha* said...

My loveliest friend ever been on Earth , congrates okay .
Jgn lupa aku plak nnty . Sedih aku kaw da pegi . btol ni ...

haniyahaya :) said...

to my dearest & greatest friend Amira Nabiha, thanks a lot! Please pray for my success!
Aku pun sedih juga.. tapi takpe.. nnt kte txt and calling2 kay?