Wednesday, February 9, 2011

Kelas Teori/Amali & Gerik yang kurindui..

Salam 'Alaik..
Okey hari ni tersangatlah letihnya. Manakan tidak? Aku terpaksa menghadiri sesi ceramah selama 6 jam sebagai langah Pra-L, yakni ingin mendapatkan lesen L. Sungguh, kelas itu ternyata membuatkan aku letih yang teramat sangat. 3 jam yang pertama agak menarik kerana sesinya mungkin di dalam bilik yang berhawa dingin.

Namun, untuk 3 jam yang berikutnya, otak aku sudah tidak mampu lagi untuk menerima input-input yang diberikan.Penatnya hanya Allah sahajalah yang tahu. Terus aku memujuk hatiku supaya bersabar.. Sabar ya..Nanti kau akan dapat lesen L!

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menjalani kelas itu dengan jayanya. Sekarang aku perlu menunggu dalam masa seminggu untuk memperolehi lesen L aku. Syukur!

Tapi hati aku terus melonjak kegembiraan apabila mengenangkan esok aku akan ke Gerik! Yay!! Hati ini bagaikan tidak sabar lagi untuk menjengah ke bumi Gerik. Tempat di mana aku banyak menimba ilmu.

Jadi, mengikut perancangan awalnya.. Aku akan bermalam di rumah bekas teman sebilikku, Hasma sepanjang aku berada di sana.

Pada hari Jumaat pagi, aku dan rakan-rakanku akan pergi ke MRSM Gerik, yakni bekas sekolah lamaku untuk menziarahi guru-guru serta staf-staf di sana. Kemungkinan besar yang akan turut serta ialah aku, Hasma, Anis Arifah @ Ben dan juga Hanis. Nawi dan Jaie serta budak lelaki yang lain aku tidak berapa pasti. Bergantung kepada keadaan semasa.

Hari Sabtu pula, kami bercadang untuk berkelah di Lata Lawin.

Ahad, pulang ke rumah masing-masing.

Begitulah perancangannya.
Namun begitu, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan bukan? Dan perancangan Allah itu sememangnya adalah yang terbaik!

Sekian sahaja buat kali ini. Aku masih belum mengemas barang-barangku. Esok pagi seawal jam 7pagi aku terpaksa bertolak dari rumah untuk ke Hentian Duta. Hal ini demikian kerana KL sememangnya akan bertali arus dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing.

Sebelum saya lupa, doakan keselamatan saya ya sahabat sekalian! Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat pulang.. Insya Allah~


without wax,
haniyahaya:)

No comments: