Monday, February 28, 2011

Bilik Mayat :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah.. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi berpeluang untuk terus hidup di bumi Nya ini.



Jadi, seperi tajuk di atas. Aku ingin ceritakan serba sedikit pengalaman aku ke bilik mayat di MSU. Bilik mayat ini sememangnya digeruni ramai, tetapi untuk pelajar perubatan, perkara ini ialah perkara biasa. Sebenarnya kami pergi ke bilik mayat ini bukanlah untuk belajar di sana, tetapi ini adalah sebahagian daripada program 'Campus Tour' yang tertunda pada sesi orientasi yang lepas.

Memang sebelum masuk tu hati aku sudah berdebar-debar. Semua perasaan bercampur baur. Gembira, teruja, takut segalanya berlegar di fikiranku. Mana taknya, kita semua sering disogokkan dengan cerita-cerita seram yang sering berlaku di bilik mayat bukan?



Melangkah sahaja masuk ke bilik mayat, kami terus dikenalkan dengan Encik Anant, kakitangan yang bertugas di situ. Mula-mula, kami diperkenalkan dengan struktur badan manusia yang telah diawet. Ah, lupa. Tulang semua palsu, tapi otot-otot, yang sebenar tetapi sudah diawet. Untuk pengetahuan semua, proses nak awet ni bukan sekejap. Hampir memakan masa setahun juga tak silap.


Sekadar gambar hiasan. Ini adalah proses membuang kulit mayat sebab kalau kita nak awet oto-oto, kulit manusia perlu dibuang terlebih dahulu, termasuk lemak. (tak silap lah)

Setelah itu, kami diberi penerangan tentang organ-organ yang memang real dan fresh daripada manusia. Ada tu muka sampai ke bahagian dada, tetapi sudah dipotong secara longitudinal, jadi separuh je lah manusia tu.. Faham tak?

Ada juga kaki, tapi satu kaki sahaja lah, apendiks, usus, otak, paru-paru. Paru-paru itu kelihatan hitam kerana itu adalah paru-paru bagi peroko, walaupun tidak tegar mana.


Jadi nasihat aku kepada perokok-perokok di luar sana, janganlah merokok. Anda bukan sahaja membahayakan kesihatan diri anda, tetapi anda juga mengancam kesihatan orang di sekeliling anda. Pesanan khidmat masyarakat khas daripada pihak penaja, Cik Hani Yahaya.


ha, lihatlah perbandingan paru-paru orang sihat dan paru-paru perokok. Memang gambar ni tak tipu punya!




Bahagian paling best ialah melihat mayat-mayat yang sedang diletak dalam peti penuh dengan formalin. Bau formalin itu memang menyucuk hidung dan mampu membuat air mata mengalir. Begitu kuat bahan kimia itu. Secara umunya, mayat ada 10 dan diterbangkan khas dari India. Ada 9 mayat lelaki dan 1 mayat perempuan. Ada seorang tu mayat lelaki Cina. Memang seram juga lah kan, tapi kita kena berani. Nama pun nak jadi doktor. Cewah!!!

Apa-apa pun pengalaman hari ini cukup berharga. Nanti selepas ini aku akan lebih kerap ke bilikmayat itu. Untuk subjek Anatomi rasanya. Doakan kejayaan Cik Hani Yahaya ya!

Sekian,



without wax,

hani yahaya:)

nota kaki: Tiada gambar yang sempat diambil kerana kami tidak dapat membawa kamera masuk. Gambar diambil daripada google. maaf ya!

7 comments:

fatin sahira hamdan said...

haha,hai cuak pulak dgr bnde ni.

haniyahaya :) said...

alah, tak de lah. ok je.

mae said...

waaa best best :D

haniyahaya :) said...

yupyup~ you know what? i still remember their faces :)

ruqaiyahghazi said...

eeeeeee x suke x suke.
x scary ke weyh??

ruqaiyahghazi said...

eeeee x suke x suke.
x scary ke weyh??

haniyahaya :) said...

scary? tak la sangat.. biasa2 je..