Wednesday, February 2, 2011

Anjing


Salam 'Alaik..
Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk bernafas di bumiNya ini.
Hari ni terlebih rajin online di pagi hari, gaya macam tiada kerja lain pulak ya wahai hani.
walhal,kau ada ujian berkomputer pada isnin depan.. ceh!
ha, hari ini aku ingin berkongsikan pengalaman aku pagi ini..


Okey, pagi-pagi seperti biasa, bangun, mandi.. tapi hari ni berlainan sedikit. Aku terpaksa menghantar adikku, Hadi yakni berusia 9 tahun untuk ke sekolah agamanya dengan berbasikal (memandangkan aku belum boleh memandu). Tapi nak dijadikan cerita, perut aku pula meragam di saat-saat genting ini.. Astaghfirullahalazim.. Sabar je lah..


Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.. Ya! sudah lewat.. Aku terus mencapai tudung yang tidak perlu digosok dan terus menyarungnya di kepala. Ibuku sempat berjenaka denganku.. Macam minah indon hantar anak pergi sekolah, tak pun macam perempuan China yang berbasikal hantar anak. Nampak sangat penampilan aku kelihatan sungguh selekeh pada ketika itu. Aku tersengih sahaja. Yang penting sekarang kena hantar Hadi ke sekolah agama.


Dalam perjalanan pulang, aku terus mengayuh dan mengayuh. Perut dah meragam da.. Tiba-tiba, kelihatan seekor 'bapak' anjing mengejar aku.. Lari punya lari.. Mak datuk!! Laju sungguh! Aku pun mula la mengayuh sekuat hati.. Alhamdulillah, berjaya juga terlepas.. Aku menarik senyum lega. Dan untuk pengetahuan semua, ini adalah kes kedua aku dikejar anjing semasa berbasikal. Kalau jalan kaki agaknya, dah lama kot wassalam kena ngap dek anjing tu.



ha, beginilah rupa anjing tu..




Sebenarnya, sudah banyak rungutan aduan yang dibuat oleh penduduk di sini. Anjing-anjing liar memang banyak berkeliaran di kawasan perumahanku. Anjing ni mencari mangsa tidak mengenal usia. Ada sekali tu, dikejarnya seorang budak lelaki yang ingin ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Budak itu akhirnya terjatuh ke dalam longkang berhadapan dengan rumahku dengan basikal serta sejadahnya. Kasihan bukan?

Macam-macam kes sudah terjadi, namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib. Mungkin selepas semua penduduk kat sini sudah dimasukkan ke hospital baru nak ambil tindakan kot.Tak pun tunggu sampai masuk mana-mana surat khabar atau stesen TV. Aku yakin dan pasti, segenap lapisan masyarakat akan turun padang untuk membanteras kes ini..Masa tu lah kita akan lihat, berdedai-dedai orang datang.



Mungkin suara kita begitu kecil.. Tiada siapa yang mahu mendengar. Ya, siapalah kita kan?



without wax,

haniyahaya:)
nota kaki: selepas ini kena training bawak basikal 100km/h la.







No comments: