Thursday, January 27, 2011

semalam

Salam 'Alaik..


Okey, semalam pergi mendaftar ke kelas memandu. Mungkin agak lewat berbanding sahabat-sahabat yang lain, namun biarlah.. Biar lambat, asalkan selamat. Lagipun tahun ini, kemasukan ke universiti akan dilakukan pada bulan 9.. Mungkin selepas raya Aidilfitri barangkali..





Dan semalam juga aku mendapat berita bahawa sahabat baikku, Fateh mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Kuala Nerang bagi jurusan Kejuruteraan @ Engineering. Tahniah diucapkan, namun Fateh barangkali terpaksa menangguh dahulu untuk sementara waktu kerana beliau terikat dengan rawatan susulan. Tidak mengapalah. Insya Allah, beliau pasti dapat mengikuti program yang ditawarkan itu pada masa yang akan datang.





Tatkala mendapat berita itu, saya juga sebenarnya agak terkilan dan kecewa kerana tidak mendapat tawaran seperti rakan-rakan yang lain. Namun begitu, tidak mengapalah.. Insya Allah, rezeki aku mungkin bukan kali ini. Dan sebenarnya, Allah mahu menguji hamba-Nya yang seorang ini, supaya hamba-Nya ini tidak lalai dan leka dengan kehidupan duniawi. Dan mungkin juga Allah akan memberikan aku hamba-Nya ini yang lebih baik pada masa akan datang.





Dalam Al-Quran juga Allah SWT ada berfirman,





وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ





Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(QS. 3:139)

So lose not heart, nor fall into despair: for you must gain mastery if you are true in Faith. (3:139)






Dan juga,seperti kata-kata sahabat saya, Amira Nabiha Jamalludin..



"tkpe hani, lalau Dia tk kasi kau tyme ni, ada yg lbih baik menanti kat depan tu.. Insya Allah" [via SMS]





Terima kasih ya rakan-rakan yang lain kerana sudi memberi dorongan serta semangat buat insan kerdil seperti saya ini. Jazakallahu khairan katsira!





oh ya.. tidak lupa juga..


semalam aku buat kuih abuk-abuk? pernah dengar tak? bagi sesiapa yang belajar Kemahiran Hidup dan ambil elektif ERT mesti tahu punya kuih tradisional ni..


ni lah kuih abuk-abuk..

Penat tau tak buat kuih ni.. Actually kuih ni tak adalah susah mana nak buat, cuma kena kesabaran yang tinggi semasa ingin 'mengerjakan' gula melaka yang palsu.. kalau guna gula melaka yang ori, senang je nak potong + hancurkan.. tapi kalau takat gula melaka yang dah dicampur gula pasir beli RM 3.95 kat pasaraya E.. memang kena sabar lah...
Tapi akhirnya, penat lelah membuat kuih ini berbaloi apabila hasilnya sungguh menyelerakan.. Untuk mendapatkan resepi, cuba belek Buku Teks Kemahiran Hidup Tingkatan 1, bahagian Elektif : Ekonomi Rumah Tangga..

Sekian, selamat mencuba!

without wax,
hani yahaya:)

nota kaki: tidak rajin untuk menulis resepi..

No comments: