Friday, January 21, 2011

lelaki idaman?

Salam 'Alaik..

Pasti ramai yang tertanya-tanya, betulkah hani yasmin ni? hehehe~ Jangan terlalu awal membuat kesimpulan ya.. Baca dahulu entri ni..selepas itu, barulah anda membuat kesimpulan ye.


Saya amat tertarik dengan sepotong ayat Al-Quran dalam Surah An-Nur,ayat 26.


Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman
(Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.


Rujuk Pautan: http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/badd2cd649405034482566cd0032514e?OpenDocument


Saya pernah diberitahu oleh ustaz saya ketika itu saya masih belajar di tingkatan menengan rendah bahawa, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Saya hanya faham setakat itu sahaja. Dan tidak pernah untuk menyoal dengan lebih lanjut. Mungkin sifat ingin tahu yang mendalam masih tidak ladi ada dalam diri.


Namun setelah menjejakkan kaki ke alam yang lebih dewasa (yakni Tingkatan Menengah Atas), kini baru saya tahu apakah maksud sebenar ayat tersebut.


Namun demikian, saya bukanlah ingin mengulas dengan lebih panjang akan ayat ini. Maklum sahajalah, ilmu masih kurang di dada. Saya tidak berani untuk mengulas apa-apa, takut-takut tersalah kata, saya yang akan bertanggungjawab sepenuhnya..Apatah lagi ini ayat Al-Quran, bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main.


Apa yang saya inin perkatakan di sini ialah, saya telah menjadikan ayat ini sebahagian daripada prinsip hidup saya. Mungkin ada sesetengah pihak berpendapat saya masih terlalu mentah untuk berbicara soal pasangan hidup. Ya, benar. Saya akui, saya masih mentah dalam hal ini, namun demikian, tidak salah kiranya saya jadikan ayat ini sebagai mutiara hidup. Pertama kali saya cuba memahami ayat ini ialah sewaktu membaca Al-Quran semasa Ramadhan yang lalu. Hati saya bagaikan terusik. Dengan ayat ini jugalah, Alhamdulillah, saya dapat terus hidup sebagai seorang pelajar yang tidak terjebak dengan gejala 'couple' yang kini kian meruncing dalam kalangan remaja sekarang. Bukan ingin membangga diri atau apa, cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman. Saya juga percaya bahawa, suatu hari nanti saya juga pasti akan berjumpa dengan jodoh saya, yang terbaik buat saya untuk saya jadikan pasangan hidup.. ( okay, enough for the jiwang air..)


Apa-apa pun, saya juga cukup terusik bila mana imam membaca doa usai solat fardhu ketika masih bersekolah dahulu. Memandangkan saya budak sekolah berasrama, oleh itu kami semua memang diwajibkan untuk solat fardhu berjemaah. Bila Imam membaca doa agar dikurniakan pasangan hidup yang baik, pasti makmum yang mengaminkan akan menyebut "amin" dengan kuat (especially lelaki). Pada sangkaan saya pada awalnya, biasalah tu..siapa yang tak nak pasangan hidup yang baik. lagi-lagi lelaki.. Namun setelah membaca blog seorang sahabat saya, saya juga mulai berfikir. Mungkin benar. Pelajar lelaki ini memang benar-benar inginkan pasangan hidup yang solehah..pendek kata 100% perfect.

Pernah suatu ketika dahulu, sewaktu menghadiri Tazkirah Asar, ada seorang sahabat saya (BADAR untuk lebih spesifik) memberi tazkirah. Pada awalnya topik yang ingin disampaikan ialah berkenaan aurat wanita. Tapi alih-alih tukar topik.. Ayatnya yang saya tidak boleh lupa sehingga kini ialah..


" Untuk pelajar puteri, tolonglah jaga aurat anda. Kalau belajar dalam kelas tu, tak payah la nak tarik2 lengan baju tu sampai ke lengan. Kami yang laki ni tak nak tengok pun. Dapat free je dosa."


Dia menyambung lagi..


" Saya pernah bertanya kepada rakan saya, 'Apakah ciri-ciri awek idaman anda?' Rakan saya menjawab, 'yang free hair,yang seksi..hahaha' Selepas itu saya bertanya, ' Apakah ciri-ciri isteri idaman anda?'..Rakan saya terus menjawab,' mastilah yang bertudung, alim, baik, soleh,menjaga aurat' "


Ternyata, lelaki boleh terfikir sampai ke tahap itu walaupun usia setahun jagung..

Dan saya juga pernah bertanya soalan no.2 itu kepada salah seorang rakan sekelas saya..(lelaki)
dan jujur dia mengatakan jawapan yang sama. Saya bertanya lagi.. mengapa?
lantas dia menjawab..


" Ko ingat aku nak ke anak aku dari keturunan yang tak baik? Aku nak la bini aku nanti orang yang baik2.. Boleh ajar anak aku solat, puasa and benda yang baik2.."


Saya terkedu mendengar jawapannya.



without wax,
hani yahaya


nota kaki: kiranya ada salah silap, harap dapat ditegur ya..

No comments: