Tuesday, January 25, 2011

lelaki haram memakai rantai

Salam 'Alaik..

Sekadar ingin berkongsikan artikel menarik yang saya baca pada minggu lepas. Jenuh juga mencari keratan akhbar ini kerana ibu sudah mahu menghantarnya ke pusat kitar semula. Alhamdulillah, berkesempatan juga menyelamatkan keratan akhbar ini.


Soalan: Apakah hukumnya bagi lelaki yang memakai rantai?


Jawapan: Memakai rantai leher bagi kaum lelaki adalah haram dan wajib dielakkan. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu bentuk tasyabbuh (menyerupai) kaum wanita.

Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambanya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya seperti yang diciptakan oleh Allah dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang diciptakan oleh Allah.

Hal ini merupakan salah satu sifat penting kerana dengannya kehidupan manusia berjalan normal.

Dalam hadis marfu' riwayat Ibnu Abbas RA disebutkan:

" Rasulullah SAW melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki" (HR Al Bukhari, Fathul Bari: 10/332)

Dalam hadis lain juga, Ibnu Abbas RA meriwayatkan:

"Rasulullah SAW melaknat laki-laki yang bertingkah laku seperti wanita dan wanita yang bertingkah laku seperti laki-laki" (Al Bukhari, Fathul Bari: 10/333)

Hadis di atas menjelaskan peringatan daripada Rasulullah SAW kepada mereka yang cuba melanggar fitrah dan menyerupai sesuatu yang bertentangan dengan syarak.


Sumber: Kosmo! Jumaat, 21 Januari 2011
without wax,
hani yahaya.
nota kaki: Tidak memakai gelang atau rantai. Aku bukan tomboy.

No comments: