Saturday, January 29, 2011

Kelas KPP dan Jejaka Belanda :)

Salam 'Alaik..
Okey, hari ni aku sangat penat.. Ya, teramat penat kerana terpaksa menghadiri ceramah selama hampir 5 jam sebagai langkah awal untuk mendapatkan lesen.. Memang sungguh sangat menguji kesabaranku.. Badan pula dah terasa lenguh. Sendi-sendi badan mula berbunyi kraakk kruuukk.. Mengalahkan orang tua pula aku ni ye tak?

Tapi, sebenarnya yang membuatkan aku geram ialah, kelas itu bermula tersangatlah lambat. Aku rasa kelas itu sepatutnya boleh dimulakan dengan awal, tetapi oleh kerana sistem pengurusannya yang aku kira tidak berapa sistematik, masa berlalu begitu sahaja. Hatiku terasa bagaikan ingin mengeluarkan 'ayat-ayat keramat' tapi aku pendamkan sahaja.. Sabar masih lagi menguasai diri. Baik aku buat latihan kat buku latihan ni, bisik hati kecilku.

Tiba-tiba, tatkala kekecohan yang berlaku, seorang jejaka yang tinggi lampai, mancung hidungya dan kulitnya kemerah-merahan masuk ke kelas. Aku dapat rasakan bahawa semua bebola mata di dalam kelas itu tertumpu kepada jejaka itu termasuklah aku. Dia terus ke kaunter, tempat pendaftaran.

"blablablabla"
"blablablabla"
[jejaka mat salleh itu berbicara dengan 2 orang perempuan dan seorang lelaki di kaunter itu..Aku kurang jelas butir percakapan mereka walaupun aku duduk di barisan nombor 2 dari depan]

Setelah itu, aku mendapat tahu bahawa jejaka itu adalah jejaka datangnya dari Belanda@ Netherland@ Holland. Bekas negara yang pernah menjajah Melaka pada suatu masa dahulu dan juga negara yang memenangi tempat kedua pada Piala Dunia 2010 yang lalu. Yang menariknya, jejaka ini boleh berbahasa Melayu dengan telor Indonesia. Bahasa Inggeris sudah pastilah kan? Oh lupa! Nama jejaka ini ialah Stef.

Ha, bercerita tentang mamat Belanda ni, yang aku dok geramnya ialah, cara pihak pengurusan itu menguruskan hal Stef untuk belajar memandu. Ya, memandangkan dia bukan warganegara Malaysia, sudah pasti prosesnya agak rumit. Tapi yang jadi isu besar di sini ialah mereka bertegang urat, bertikam lidah ( hiperbola sikit, tiada kronik mana pun..ni ayat penyedap la kiranya) hanya kerana ingin meletakkan negara mamat Belanda itu. Yang sorang cakap Belanda, yang sorang lagi cakap Holland, yang sorang lagi cakap Netherland. Hakikatnya masing2 tahu yang kesemua nama yang disebutkan tadi ialah negara yang sama. Tapi masih lagi mahu bertekak. Ceh! Walhal sudah terang lagikan bersuluh, di dalam pasport mamat Belanda tu dah ada kod negara itu, NLD = Netherland.. Ikut je lah. Apa yang susah sangat. Kalau nak tulis Belanda, memang aku pasti & yakin tiada. Dah memang kod dia macam tu, kalau kau ubah, ingat seluruh dunia ni faham ke apakah itu BELANDA? Mandat besar betul. Dah ada depan mata, lagi mahu menyesakkan minda.. Sabar, sabar.

Potpetpotpet..soksehsokseh..blablabla..
Kelas pun tamat. Aku terpaksa menunggu pak cik yang akan datang untuk menjemputku dan teman yang lain pulang. Kami terpaksa menunggu lebih setengah jam. Punya lah perit, tapi sabar je la.

Dan tibalah saat yang dinantikan..
Aku telah bersembang dengan pemuda Belanda itu, Stef. HA! Jangan salah sangka pula ya! Bukannya aku nak menggatal ke mengorat ke dan sewaktu dengannya. Niat sebenar aku saja ingin berkenalan dengannya. Teringin nak bercakap mat salleh dengan mat salleh sebenar. Nak gilap bakat berkomunikasi Bahasa Inggeris aku la ni hajat utamanya. Aku nampak je mat salleh ni pada awalnya terus aku teringat temu duga. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Gila gamaknya memandangkan SPC tak dapat. ( cukup pasal SPC!)

dan inilah perbualan kami berdua...

Hani : How long have you been living in Malaysia?
Stef: oh well.. couples of months ( sambil mengeluarkan sebatang rokok dan menghisapnya )

[ ceh, hani..mana greetings kau? dulu masa darjah 1 cikgu BI ajar kau tidur ya? cis, sungguh kurang sopan..hahaha~ sambung je la hani oii.belasah je.]

Hani: So, are you working here?
Stef: No..I'm not. Actually, I'm studying here. I study at UKM.
Hani: oh!..err.. what course do you take? (tergagap-gagap)
Stef: English..(senyum) But since I study in here, I also need to learn Bahasa Melayu.
Hani: So, do you like here? (sengih)
Stef: Of course! Malaysia is amazing!

[terasa bangga jadi anak Malaysia apabila dipuji sedemikian rupa]

Hani: erm..how old are you actually?

[mereng sungguh otak aku ketika itu. dah tahu tu soalan sensitif, lagi mahu ditanya.cis kau]

Stef: (menyedut rokoknya) Well, I'm actually 27.. how about you?
Hani: Well, I'm 18 right now.. actually going-to-be-eighteen this May.
Stef: oh, yeah?! Wow, that's great! (dah senyum melebar)
Hani: I actually just finished my high school last year. In Malaysia, when we reached 17, we will finished our high school.Right now, is a very loooooong holiday for me.
Stef:Seriously..That's why you ambil lesen? Belajar memandu?(slang indon)
Hani: Yup! Since I've nothing to do at home. So I decide to..err.. to learn driving..err..belaja memandu,ambil lesen.. (gelak)
Hani: Actually,I used to study in the boarding school.. in Malacca. You know Malacca?
Stef: Yes, Malacca!(teruja) Malacca is very nice.. Actually, I've been to Malaysia for several times.. I used to travel around the world..
Hani: Oh yeah? Hahaha~ Malacca is also my hometown too!
Stef: Seriously? wow! that's great! So, where do you live?
Hani: I live here. My parents work at Selangor and I was born in Selangor..It just thatconly my father was from Malacca. Actually,I've nothing to do since I was in a very long holiday except for learning to drive and cooking.
Stef: (gelak) Cooking is very important you know.
Hani: (mengangguk tanda setuju dengan pendapatnya) Well, my holidays are very long.. Since the intake for university will be held on September this year. Basically, the intake will be held on July, but I don't know why this year the goverment change it..
Stef: Whoa! That is very long.. well,some of my friends also got a very long holiday.. From May until September and like that..

[Aku mengangguk dan tersengih..lalu,aku pun mula sambung hikayat aku..]

Hani: And actually, I'm waiting for my SPM result.. If my result is good, then I get a chance to further my study. Some of my friends currently at the universities to further their studies.. i actually applied for it too since there is a fast-track programme for the boarding school's student like me..But, I don't get it..(ada nada sedih sikit la..)
Stef: Ouh, I see.. So, what do you plan to take in the future?
Hani: I want to be a doctor.
Stef: Wow! Medicine! Cool.. That's very cool man and it is very loooong time.. 6 years!
Hani: Yup, I know..
Stef: (memotong kata-kataku).And I know that you can do it. (tersenyum lagi sambil menghisap rokok)

[tiba-tiba nampak pak cik yang jemput aku tu datang..]

Hani:Okay, I've to go now.. Well, hope to see you again later..
Stef: Yeah, see you later. Bye.

[Aku beredar meninggalkannya..]

TAMAT~

okey, pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah(gaya budak kecil bercerita):
1. Kita mestilah berbangga menjadi anak Malaysia! Sedangkan orang luar boleh puji negara kita, mengapa tidak kita? Mereka belajar Bahasa Melayu, tetapi kita? Gagal peperiksaan Bahasa Melayu..
2. Jadilah peramah, tetapi jangan berlebih-lebih pula. Aku sungguh pelik. Bila aku cakap dengan mamat Belanda tu kan, semua tengok aku macam aku ni buat salah besar je.. Kenapa? Salah ke kalau kita nak berkenalan? Aku jaga batas aku tau.. hahaha~ Tapi dalam hati aku terdetik, alah, korang pun nak jugak cakap dengan mamat ni kan? hehehe~


without wax,
hani yahaya:)

nota kaki: yang tak tahannya kena bau asap rokok yang sememangnya hidung aku cukup sensitif dengan bau benda alah tu..
dan lagi satu, kali ni terlebih 'rajin' untuk buat entri kali ini berwarna-warni.. hehehe~

No comments: