Monday, January 24, 2011

I untuk Isnin..

Salam 'Alaik..
Okey, hari ini hari Isnin.
Ya, ISNIN.
Saya ulang sekali lagi, ISNIN..
okey, noktah. cukup lah tu. berapa kali mahu diulang.

Kalau zaman budak sekolah dulu, hari Isnin merupakan hari yang tidak menyeronokkan. Masakan tidak, hari permulaan sekolah setelah dua hari bersantai, bergolek-golek di atas katil, bersuka ria menonton tv, keluar outing dan macam-macam lagi pada hari Sabtu & Ahad.

Ms Ida Madiha, merangkap bekas guru homeroomku (Topaz 3) selalu berkata, "Monday's blue..". Teringat pula dulu, hari Isnin pagi2 mesti ada perjumpaan homeroom. Perjumpaan selama satu jam itu kadangkala menyeronokkan, tidak lupa juga kadang kala membosankan aku sehingga mampu membuatkan ahli homeroomku yang lain terlena.

Hari Isnin juga, permulaan minggu untuk pergi kelas bagi mengikuti proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) bersama guru-guru yang sangat berdedikasi. Kebiasaannya, hari Isnin merupakan hari malas. Mungkin kerana masih teringat-ingat lagi cuti..

Hari Isnin, seperti sekolah-sekolah lain, maktabku pasti akan mengadakan perhimpunan. Ya, perkara yang aku tidak suka lagi sejak dahulu kala. Sebab nya aku memang tidak suka mendengar ucapan. (Maaf ya guru2). Mungkin juga kerana aku begtu letih dan kebiasaannya waktu perhimpunan, aku pasti terlena dibuai mimpi nan indah.. Namun di TGB, tidak lagi. Hal ini disebabkan aku sudah memegang jawatan tertentu dan sudah pasti, aku tidak boleh berbuat demikian..( Malu la oii.. dah la kene duduk dkt laluan red carpet cikgu.. pulak tu memang dekat je dgn budak laki.. kalau aku tidur, mesti malu punya. dh tak tahu nak taruk muka ni kat mana).. Aku bersyukur kerana sejak memasuki MRSM dari Tingkatan 1, perhimpunan hanya diadakan sebulan sekali.. Seronok bukan?

dan pada hari ini, aku mencuba sesuatu yang baru.. Aku mulakan operasi menurunkan berat badan aku dengan berjoging.. ya, sungguh! Mesti kalian begitu terpana bukan? ya, Hani Yahaya kini sedang menjalani proses penurunan berat badan! hahaha~
doakan saya berjaya ya, rakan-rakan..

Sekian saja buat kali ini..

without wax,
hani yahaya

nota kaki: tidak sabar menunggu hari Jumaat :)

No comments: