Monday, January 31, 2011

Ahmad Dhani Pengetua AF9?

Salam 'Alaik..

"Menuju puncak,
Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak,
impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasia.."

Okey, aku tak tahu lah lirik lagu Manuju Puncak tu betul ke tak.. Pakai main copy & paste je dari internet. Sebenarnya itu pendahuluan sahaja. Teringat zaman SPM dulu, kalau buat karangan, mesti aku letak lirik lagu sebagai pembuka tirai pendahuluan karangan aku.

Baiklah, kita tutup kisah lagu AF tu. Bukan tajuk tu yang ingin aku perkatakan sebenarnya. Baru-baru ini aku ada terbaca artikel surat khabar yang menyatakan bahawa Ahmad Dhani akan dilantik untuk menjadi Pengetua AF9, sebuah rancangan program realiti TV yang popular di tanah air. Dan aku pasti, semua dah terbayang muka Ahmad Dhani dan rancangan realiti TV, Akademi Fantasia.

Untuk pengetahuan semua, aku bukanlah peminat setia rancangan realiti kerana tidak pernah menonton rancangan AF. Tambahan pula, aku tidak mempunyai kemudahan Astro di rumah. Sudah pasti aku tidak dapat menontonnya bukan? Aku hanya tahu perihal rancangan ini berdasarkan surat khabar dan tabloid.

Isu Ahmad Dhani menjadi Pengetua AF9 memang menjadi buah mulut masyarakat sekarang. Ada yang sokong dan ramai juga yang membantah. Dan bagi aku, aku ada pendapat aku sendiri.

Pada pendapat aku yang tidaklah begitu pakar dalam industri hiburan ni, aku rasa tidak wajar sekiranya diambil Ahmad Dhani sebagai Pengetua AF. Kerana apa? Bagi aku, mengapa kita ingin mengagungkan orang luar sedangkan di negara kita sudah ramai pada hemat aku artis-artis yang hebat seperti Amy Search, Sohaimi Meor Hassan, Anita Sarawak dan Datuk Siti Nurhaliza. (sekadar menyebut beberapa nama) Tidak hebatkah orang Malaysia?

Tapi sebenarnya, perkara utama yang ingin aku sampaikan ialah aku tidak berapa kisah jika siapa pun diambil sebagai Pengetua AF9 sebabnya aku bukanlah golongan yang minat AF. Tidak heran pun kerana rancangan ini sememangnya tidak memberi kesan apa-apa padaku.

Kalaulah Ahmad Dhani jadi Pengetua AF9 dan ramai orang tak suka, apa susah sangat? Pulau sahajalah rancangan itu. Sudah tahu rancangan tu lagha, lagi mahu ditonton. Bukannya tak tahu yang mana baik, yang mana buruk. Bukannya tak belajar halal, haram.. Betul tidak? Agak-agak, kalau kita berpelukan, menari sama-sama, tetapi berlainan jantina, yang bukan muhrim halal ke? Ada ke dalil yang cakap macam tu? Fatwa mana ikut?

Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Ini tidak, bangga benar kalau anak-anak dapat masuk AF. Dibawaknya satu kampung pergi tengok konsert AF. Selepas diumukan tersingkir, mulalah drama Spektra percuma. Berjujuranlah air mata yang sememangnya palsu dan begitu murah. Kalau bagi tengok derita anak-anak Palestin tu agak-agak boleh nangis macam tu tak? Bukannya golongan muda sahaja, bahkan yang dah pangkat datuk & nenek juga tidak ketinggalan. Ha, tu belum campur duit yang terpaksa dihabiskan untuk mengundi pelajar pilihan. Memang kaya la syarikat telekomunikasi kan? Kita penat-penat cari duit, tapi mereka yang untung. Kita dapat apa? Puas kalau pelajar yang diundi menang, begitu?

Sabda Nabi SAW, "Akhlak yang buruk itu merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu dan api membakar kayu bakar"(Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu, fikir-fikirkan lah..

without wax,
hani yahaya :)

nota kaki: Suka tonton cerita CSI kat Astro.

No comments: