Thursday, December 16, 2010

SPM sudah berakhir..

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi..
akhirnya dapat juga aku menjengah ke blog ni setelah sekeian lama dibiarkan sepi tanpa entry..
Almaklumlah, terlalu sibuk dengan SPM.. oleh itu, masa untuk ber'blogging' perlu dihadkan kerana fakus utama ialah belajar..

Alhamdulillah, aku telah selamat menjawab kesemua subjek. Aku telah mengambil 10 subjek iaitu:
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik (a.k.a Modern maths)
-Pendidikan Islam
-Sejarah
-Matematik Tambahan (a.k.a Add maths)
-Biologi
-Kimia
-Fizik
-Pendidikan seni visual

Kertas terakhir aku adalah pada 13 Disember lepas, iaitu kertas2 bagi subjek PSV. penat juga 3 jam melukis dan mewarna.. tapi tak mengapa.. bila lagi kan nak buat semua tu.. sekali seumur hidup je nak jawab SPM.. lepas ni dah tak ada..

banyak sebenarnya yang ingin kuceritakan kepada kalian semua..
tapi terlalu banyak..
agak jenuh juga mahu menaip..
nanti-nanti sahajalah ya..

gtg.. got many things to do..
see you again..

without wax,
hani yahaya

No comments: