Monday, November 15, 2010

Saat pahit manis di MRSM Gerik

Salam ‘Alaik..
kelmarin, aku online. Saje je.. Niat sebenar nak isi boring UPU.. tup..tup.. dah melencong arah.. Aku pun google la.. google punya google, terdetik di hati aku nak menaip MRSM Gerik.. sekolah semasa aku berada di Tingkatan 1-3..
Sebenarnya, di MRSM Gerik ni lah yang banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.. (ecece..ayat) banyak yang aku belajar kat situ..dan banyak jugak lah pengalaman pahit manis.. kat sini, biar aku share kan pengalaman pahit manis aku.. jeng,jeng,jeng…

· Aku masuk sini time form 1, bulan 3..aku ingat lagi, 27/3/2006..aku 2nd-intake.. at first aku excited, tapi bila parents aku nak balik, dah rasa sebak.. tapi aku tak nak tunjuk kat dorang yang aku sedih.. hahaha~ mak ayah aku balik dalam pukul 2.. sebelum tu sempat lagi la dorang pesan.. aku ingat lagi.. dorang suruh belajar elok-elok, jangan tinggal solat, jangan lupa mengaji at least 1 page per day, and last but not least, jangan ber’couple’. Hik3!
· Lepas mak ayah aku balik, aku ada perjumpaan homeroom yang pertama. Mak aii.. aku rasa macam rusa masuk kampong. Janggal betul rasanya di tempat baru. Aku ingat lagi time tu Hakim (homeroommate aku) cari.. so aku ikut je la dia pegi mana.. perjumpaan first homeroom kat hujung DSB( Dewan Semarak Budi). Kat situ aku jumpa Amar, the biggest and tallest guy in my batch and the whole student aku rasa. Besar gila mamat ni, terdetik di hati aku. Aku ingatkan ahli2 homeroom ni campur..ada form1-3..tapi sangkaan aku meleset..Semua form1! Mak aii..kalah bapak homeroom aku,Cikgu Makky.
· Form 1 aku masuk kelas 1 fajar, kelas 2nd last..kitaorang yang 2nd intake tak ada streaming class mcm 1st intake.. pakai main masuk je. Dia ada banyak kelas, Aman, Bakti, Ceria, Damai, Ehsan, Fajar, Gigih & Hebat (tapi untuk form3 je sampai Hebat..form1-2 x ada.)
· Kat 1Fajar aku jumpa pelbagai jenis orang..Al maklumlah..dah nama pun sekolah asrama kan.. macam2 backgroung kita jumpa. Ada budak Kelantan, Perak,Kedah, KL, Selangor, Perlis,Terengganu.. macam2 loghat keluar..
· Blok aku ialah blok merbau.blok yang dah lama. Selalu tak ada air masa aku form2. Asal hujan je tak ada air..pagi2 kalau nak mandi kena tadah air. Biasanya aku aku akan gosok gigi dulu.pastu tadah air dalam baldi untuk mandi. Air tuh gunakan separuh je. Separuh lagi untuk tgh hari in case kalau air tak ada sampai petang. Benda ni kena bertindak secara proaktif. Aku biasanya dapat beratur awal sebab rajin bangun pagi awal. Siap ada orang suruh aku ni jadi tukang kejut subuh pagi2 pulak!
· Kalau mandi aku jarang guna bilik air yang ada shower( perkara ini masih lagi diamalkan di tgb). Sebabnya? Aku tak suka mandi guna shower.. leceh kalau aku nak buang air.. hahaha~
· Time form1 kelas aku telah ditugaskan buat khidmat masyarakat cuci DSB.. sepatutnya cuci longkang sekeliling je, tapi kitaorang salah tafsir.. kita orang gi cuci lantai DSB yang berpakir tu dengan AJAX FABULOSO! Habis kembang parker..dah kena marah dengan Cikgu Makky and Cikgu Zurina. Dah la lagi seminggu nak grad! Kesian cikgu kena marah dengan pengetua.. nasib baik sivik kami x failed!
· Time form2 sgt best sebabnya Ustaz Rahim ajar kitaorg B.Arab. Best sgt class dia! Aku suka belajar bahasa Arab dengan dia. First time class dia punya lah aku kecut perut.. yalah! Sape tak kenal ustaz Rahim..ustaz yang paling garang kat gerik! Tapi, aku saying kat dia! Kelas kitaorang mmg happening kalau belajar dengan dia. Pernah sekali tu, dia dare kita orang untuk cat kelas. Kitaorang pun terima dare tu.. Akhirnya kelas kitaorang berjaya dicat warna biru.. rentetan peristiwa itu, kelas lain pun ikut jugak cat kelas depa.
· Time form2 kena repeat khidmat masyarakat! Dah la bulan puasa.. sabar je lah!
· Time form2, cikgu sains aku Puan Sharifah, TP HEA aku.. Orang nya mmg sweet & caring. Best belajar dengan dia for a year! Disebabkan dia, waktu form2 aku tak pernah dapat B untuk subjek Sains. Terima kasih cikgu!
· Waktu form 2 jugak lah aku and the gang gi panjat pokok rambutan kat tepi DS.. Actually pokok tu tak adalah tinggi mana, Cuma kena capai tinggi sikit. Tapi sebenarnya pokok tu tak ramai nak pergi.. sebabnya budak scout selalu berlatih buat gajet dll kat situ.. pastu bila aku and the gang pegi amik rambutan kat situ dorang marah. Alih2, kena keja dgn budak2 laki scout..ape lagi..aku dgn geng aku bertempiaran lari. Dapat jugak lah rambutan.. punya lah mengidam nak rambutan sampai cam tu sekali kan? Malam tu budak2 laki kelas aku sume perli aku dgn geng aku.. ceh!
· Time form2 jugak aku dpt 4.00! pastu dah x dpt lagi dah..
· Dulu time form2 selalu tolong Abi petik cili.. pastu dapat habuan makan magi dgn classmate perempuan yang lain.. hahaha~ time tu rasa bahagia sgt..almaklumlah, gerik mengharamkan studentnya mkn maggi!
· Aku pernah jadi calon untuk BWP (badan wakil pelajar).. tapi kalah pilihan raya. L
· Waktu form3 nama class dah tukar. Al suhail, Adhara, Al hena, Arcturus, Al nilam, Al phecca & Al nair.. semua tu nama2 bintang. Class aku Al suhail.. Al suhail ni sebenarnya nama bintang yang paling lawa la..
· Time form 3, aku pernah kena panggil dengan cikgu Makky, Penasihat LDP merangkap Penasihat Homeroomku, Shuhaib Arrumi.. sebab apa? Hahaha~ hanya budak gerik je lah yang tahu..
· Aku buat hatrik sebabnya tiga tahun berturut-turut kena rampas hp.. tapi kira aku ni sebenarnya pro jugak.. Bukan senang cikgu nak dapatkan hp aku tu.. aku sebenanrnya yang serah sendiri, sebab dorang penat mencari..
· Kat gerik ni la aku mengenal cinta monyet.cinta pertama aku. Hahaha~ aku tak adalah sampai ber’couple’ Cuma orang mungkin memandang kami seperti orang yang ber’couple’.. aku tak pernah pun declare apa2.. even tak menyatakan pun perasaan di hati ini..hehehe~ tapi sekarang ni dah tak adalah..Aku dgn dia pun ‘berpisah’ cara baik.. tak ada la gaduh2 ke apa.. Skrg aku pun dah tak contact dah orang tu.. kalau ada pun, setakat nak wish hari raya je kot. Masing2 bawa haluan sendiri.. nilah org kata tak ada jodoh sebenarnya. Bukan apa.. aku rasa mungkin aku tak sesuai untuk dia, dan mungkin juga sebaliknya.. lagipun, kami sama2 ada tanggungjawab lain, yakni BELAJAR!
· Waktu form3 aku terlibat dalam hisan dewan sempena graduasi.. Memang penat, tapi usaha tu berbaloi bila tengok hasilnya yang sangat menarik!
· Khidmat masyarakat time form3 kena wat tarian masyarakat di Malaysia. Kelas aku pilih masyarakat Portugis. Mmg best la time ni. Aku mmg awal2 lagi tarik diri daripada menari, jadi aku prefer berlakon, tapi watak sampingan je lah.. so aku jadi lah dayang yang tukang kipas raja. Masa awal2 tuh jadi waiter je, tp lepas buat rombakan, tukar story line, aku dpt jadi dayang.. watak kecil je.. tapi aku jadi pembantu tadbir..hahaha~ aku suka wat kerja di balik tabir..jadi penulis skrip ke, tukang hias2..so, kostum and hiasan semua tu under aku kebanyakkannya. Aku la yang jahit baju and seluar dorunk especially budak laki. Asal time riadah je, aku habiskan masa dengan menjahit, walaupun pada hakikatnya jahitan aku tak ada lah cantik mana. Tapi semua tu membuahkan hasil. Kelas aku dinobatkan juara keseluruhan, pemenang terbaik untuk kostum, tempat ke-2 untuk tarian paling menarik, sketsa terbaik( tak salah aku la).. mmg best malam tu!

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.. nak tulis jenuh tangan ni dibuatnya.. Apa2 pun.. tu semua kenangan masa dulu.. rasanya kalau diberi peluang, nak je aku putar balik..supaya dapat jadi lower form semula.. rindunye la..tapi apakan daya, benda tu semua dah lepas..life goes on! Berpijaklah di bumi yang nyata.

Without wax,
Hani yasmin yahaya
06104
Shuhaib Arrumi

4 comments:

Alya Azman said...

Salam. Saya nak tya . MRSM Gerik hanya ade Ting 1 - 3 sja ke ? Ting 4 & 5 tak ade ye ?

haniyahaya said...

Alya Azman : Yup. Sampai form 3 je. form 4-5 takde :D

sitisarah said...

mrsm gerik is the best thing happened in my life... the post remind me alot to those beautiful memory..thank you

Empire said...

Salam all ex-maresmag..aku dari batch 8..kelas 3 gigih (kelas 2nd last..kikiki), kelas paling ust rahim anti...tapi kelas paling ramai dpt 8A compared to kelas ehsan, fajar, gigih, hebat...bila terkenang balik life kat sana mmg seronok...mcm2 hal...hahaha