Tuesday, November 2, 2010

Majlis Solat Hajat & Doa Restu...

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Alhamdulillah.. hari ini ku telah diberikan keizinan oleh-Nya untuk hidup dan terus bernafas di bumiNya..


Ku panjat kan syukur juga kerana dengan izinNya, dapat juga aku berkesempatan untuk online dan seterusnya menaip untuk menambah post di blog ini..


Baiklah..sudah sekian lama blog ini menyepi..sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan dengan kalian, namun masa kini amatlah terhad dan aku harus memanfaatkannya dengan perkara yang lebih penting..


baiklah..ingin ku ceritakan peristiwa yang telah berlaku pada Sabtu lepas, yakni taggal 30 Oktober 2010. jeng..jeng..jeng..

Sebenarnya, pagi tu maktabku telah mengadakan Majlis Solat Hajat&Doa Restu bagi pelajar Tingkatan Lima. pada pandangan mata aku, ramai juga ibu bapa yang datang.. Dipndekkan cerita, usai solat hajat, ada sesi mohon maaf. Ustaz Asri (penceramah yang datang) telah menyuruh kami semua pelajar Tingkatan Lima memohon maaf kepada kedua ibu bapa kami. Aku terus meluru ke arah ibuku dan mengalirkan air mata. Tak pernah kurasakan seemikian rupa. MAklum sahajalah. Aku tidak biasa mengucapkan perkataan " I love you" apatah lagi mencium pipi kedua ibu bapaku. Ganjil bukan? Apatah lagi untuk menangis sebegitu.. tapi pada hari itu kurasakan amat lain sekali.. Hatiku seolah-olah terusik.. Masya-Allah.. betapa banyaknya dosa yang telah kulakukan kepada mereka. Ampunkan aku ya Allah!


usai sahaja aku bersalaman dengan ibuku dan orang-orang yang aku kenali, tiba-tiba aku telah disapa lembut oleh seseorang.

"Hani,"ujarnya.

Aku menoleh untuk meihat siapakah gerangan orang itu...

Rupa-rupanya, dia ialah sahabat baikku yang hampir berapa buan telah tidak kutegur. Sungguh terkejut aku dibuatnya. Dia terus meminta maaf kepadaku dan memelukku erat tanpa disedari air matanya telah mengalir.Begitu juga aku. Kami bermaafan. Alangkah berdosanya aku. Bayangkanlah..sudah berapa lama aku tidak bertegur sapa dengannya, sebabnya? perkara kecil sahaja..


Aku sangat tersentuh kerana inilah pertama kali aku melihat dia menangis disebabkan aku. Selama aku kenal dia, tidak pernah walau sekali dia menitiskan air mata keranaku.. Apa-apa pun, semoga persahabatanku dan dia kekal selamanya.. Amin..





without wax,
hani yasmin yahaya :)

No comments: