Saturday, October 2, 2010

hijab.

Salam 'alaik..
buat kali ini, saya akan menulis dalam bahasa kebangsaan saya, Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa!

baiklah, saya bukanlah seorang yang bagus dan arif tentang hal-hal agama ini. tetapi, saya rasa tidak salah sekiranya saya mengutarakan pendapat saya tentang bab-bab agama.

Hijab. Apakah itu hijab? saya rasa masing-masing tahu apakah itu hijab dan tidak perlu saya mengulas dengan lebih panjang lagu tentang definisi hijab itu sendiri.

Sekarang ini menjadi satu fenomena bagi imej bertudung. Saya puji dan bersyukur kerana ramai di antara kita sudah mula bertudung. Alhamdulillah. Semoga hidayah Allah itu terus berkekalan di hati kita semua.

Namun kadang- kadang, saya terfikir juga, walaupun dengan imej bertudung, adakah kita mengikut garis panduan seperti yang digariskan oleh Islam? Saya akui, saya tidaklah bertudung labuh litup. Saya hanya memakai tudung bawal biasa sahaja, tetapi saya akan pastikan tudung saya itu menutupi dada saya, tidak jarang dan nipis sehingga boleh menampakkan leher saya dan juga saya tidak akan membuat sanggul atau apa-apa sahaja yang boleh menampakkan rupa rambut saya kepada kaum Adam.

Saya amat tertarik sekali dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud,


Saya akui, pada awalnya saya juga tidak suka dengan imej bertudung masa zaman kecil-kecil dahulu. Maklum sahajalah, masih hingusan lagi. Saya memakai tudung sejak umur darjah 3. tapi kadang-kadang on off juga terutamanya bila pergi mandi-manda di kolam renang. Alhamdulillah sekarang saya sudah bertudung secara tetap dan saya berharap ianya tidak berhenti setakat ini sahaja. Semoga Allah terus memberi saya hidayah agar terus bertudung, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Insya Allah.


Kasihan bukan? wanita Muslim sering ditindas dan dinafikan hak mereka..Salah sebuah tandas di Israel kalau tak silap.Bertapa hinanya wanita Muslimah.. ini semua merupakan angkara Yahudi. Masya Allah. Nauzubillah.


Cara pemakaian wanita muslimah yang betul?


Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah untuk menjadi wanita solehah. Ameen~
(harap maaf atas segala kesalahan yang dilakukan dalam post ini. menta perbaiki segala salah dan silap saya..)


without wax,
hani yahaya.


No comments: